« Home | Hear Ye! Hear Ye! » | Diari AF & Others » | Awek-Awek si Spender merah » | Apa punya sabtu daaa!!!! » | Konsert Kelima Akademi Fantasia 4 » | Behind the cape » | 10 Persembahan Terbaik kat AF. » | Lagu baru AF » | Must see movie!!! » | Showmanship, tak perlu lah dipertikaikan. Suara, a... »

Konsert Keenam Akademi Fantasia 4

Pengkritik Jemputan

Adnan Abu Hassan
: Aku rasa pemilihan yang paling tepat so far dalam Akademi Fantasia mukim kali ni. Dia kan bekas cikgu AF 1 sampai AF 3, so, dia dah memang cukup kenal dan masak dengan perangai-perangai yang pelajar ni tunjukkan.Dan dia tau what is going on in the academy and what is going on in the student’s mind. And he is much more capable from Ajai tu. So, Adnan layak duduk kat kerusi panas pengkritik tu. Tapi Adnan ni bukan jenis yang suka laser dan sound direct. Kalau aku jadi dia la, aku kritik abis-abis. Dah lah Astro tak panggil aku jadi tenaga pengajar, suruh aku jadi pengkritik jemputan pulak tu. Hahahaah!!!

And one more thing, what is with Adnan’s hair tu? Macam kena kejutan elektrik aje? Dia try iron rambut dia tu guna seterika kat rumah dia? It looks bad lah.



Kak Engku @ Raja Azura
: Kalau nak dikatakan Kak Engku ni berpengalaman dalam bidang nyanyian….. Tak ada kot.. !! Buat album pun ahli keluarga aje yang beli. Hehehhe… Tapi kalau nak diikutkan dari segi lakonan, memang dia ni sesuai. Komen-komen Kak Engku ni eventhough tak banyak, tapi aku rasa dia banyak membantu dari segi expression muka, stage presence, how to play with emotions, use the stage and bab-bab persembahan pelajar-pelajar. Kalau nak sentuh bab vokal, tak yah lah ye kak engku, pengalaman pun sikit, album pun satu aje. Tapi Kak Engku nampak bias. Kalau pelajar yang dia suka, puji abis. Kalau tak, ada aje lah silapnya.



Kedudukan Sebelum Konsert

Ni adalah kedudukan pelajar sebelum konsert. Aku pun tak faham lah dengan kedudukan Lotter dan Velvet ni. Dalam diari, kedudukan berubah-ubah dari hari isnin sampai lah jumaat. Tak ada kedudukan tetap. Tapi bila tiba menjelang konsert konsert dan selepas budak-budak tu buat persembahan, kedudukan pelajar memang akan berubah lah. Yang aku pelikkan tu, macam mana si Donald Duck tu boleh ada kat no 2 dalam carta undian pelajar.

Velvet 15%
Lotter 15%
Faizal 15%
Farhan 15%
Amirul 15%
Diddy 14%
Haziq 11%

Persembahan Bonus : Angguk-Angguk Geleng-Geleng



Aku rasa penyelemat untuk persembahan bonus kali ni hanyalah Farhan, Velvet and most important of all Ellisa tu ajer.Diorang aje pun yang banyak menyanyi. Yang lain-lain tu setakat tepek tepek macam tu aje. Macam tak membantu sangat pun. Entah macam ada silap aje. Amirul, not bad lah, walaupun dari segi nyanyian takde lah sedap mana pun. Tapi dia menonjol sebab Hip Hop ni memang forte dia. Lotter, please lah. Tunjukkan something yang menunjukkan kau layak untuk undi kitorang dan yang paling penting, layak nak berada kat dalam Akademi tu. Haziq, aku dah memang jangka dia memang tak boleh nak bawak lagu hip hop ni. Faizal, nampak awkward sangat lah kau nyanyi lagu tu. Dengan pakaian macam bangle naik tongkang datang Malaysia, serba serbi tak kena aje. Tapi dari segi tarian, aku rasa minggu ni ada banyak improvement dari segi tarian. Step diorang tak lah nampak janggal sangat antara satu sama lain.

Persembahan Pelajar


Faizal (Senandung Anak Laut)

Faizal beruntung sebab dapat bantuan dari anggota asal Kembara. Dia jarang terima kejutan sebelum ni, so aku anggap kejutan yang dia terima kali ni memang sesuai sekali. Untuk persembahan Faizal kali ni, aku rasa dia berjaya membawakan lagu ni dengan baik sekali. Ekspressi yang dia tunjukkan memang kena and sesuai sangatlah dengan lagu ni. Emosi dan mainan muka yang dia tunjukkan nampak feel aje dia bawak lagu ni. Muzik
akustik yang dimainkan banyak membantu vokal Faizal. Suara Faizal memang terang dan jelas, aku tak rasa dia ada masalah pitching dan projection suara yang jelas.

Entah apa pakaian yang disarungkan kat si Faizal ni. Entah apa-apa aje lah wardrobe manager diorang tu bagi baju. Ibu Fauziah Nawi dan mula menunjukkan emosi dia pulak. Mula lah tersedu sedu dan adegan nak menitiskan air mata yang tak pernah turun-turun pun .



Lotter (Da Bomb)


Tarian is not a problem for Lotter. Dia memang ada groove dan dia tau menari. Badan dia senang nak dilenturkan kalau nak dibandingkan dengan kayu-kayu dan kongkang-kongkang lain (pinjam cakap Adlin sekejap) yang ada kat dalam Akademi tu. Tapi aku ada sikit problem dengan vokal dia. Aku rimas dengan vokal Donald Duck si Lotter ni. But aku tak boleh lah nak discredit dia minggu ni. Sebab aku setuju dengan bekas cikgu, cikgu Adnan yang cakap this is Lotter’s best performance yet. Kalau nak dicomparekan dengan dia masa nyanyi lagu Iris tu, aku rasa lagi baik lagi persembahan dia minggu ni. Dari segi suara, aku rasa ada banyak lagi yang dia perlu perbaiki. Takkan lah nak stick to just one genre of song? Memang lah dia sesuai bawak lagi hip hop & pop rock. But not balada or slow pop.

Same goes dengan showmanship Lotter.Dia memang ada showmanship dia sendiri. Dia tau nak attract crowd, dia tau nak menggunakan pentas dan dia tau macam mana nak gunakan backup dancers dia. Macam yang aku dah cakap bila aku merepek dalam entry-entry yang lepas, Lotter memang ada stage presence yang sangat strong. Kalau dia atas pentas tu, tak kira apa, orang tetap akan sorak kat dia walaupun suara dia kadang-kadang out.



Haziq (Seruan)


Aku cukup risau bila dapat tau si Haziq dapat lagu ni. Tapi sesuai jugak lirik mula-mula lagu ni dengan si Haziq ni. “Gigil… Menggigil aku”. Menggigil lah engkau kat atas pentas tu Haziq. Hahahha… menggigil-gigil dia kat atas pentas tu. Sampai nak bergerak mic stand tu. Aku rasa serba serbi tak kena persembahan Haziq ni. Aku tak minat sangat bila di banyak gunakan mic stand sebagai prop untul persembahan dia. Vokal, aku tak tau lah kan?Sebab vokal dia memang tak sesuai dengan lagu-lagu macam ni. memang persembahan terburuk Haziq lah. And the sunglasses made it worse.

And worst of all, he made the biggest mistake a performer can do. Dia lupa lirik. Something yang memang jadi satu kepantangan besar untuk si Adlin.Tiba-tiba dia Senyap dan blank kat atas pentas tu tapi tetap nak menggayakan persembahan dia dengan aksi pegang mic tu aje Feel dia tak sampai, vokal dia out, pergerakan dia kat atas pentas tu nampak kaku dan macam dirancang sangat-sangat.

This is the worst performance from Haziq yet. Sorry to say lah but I hate Haziq’s performance tonight. Sampai menangis si Haziq dibutkan kena kondem dengan pengkritik. Nasib baik Aznil pandai cover line.

Other than that, aku Cuma nak tanya… kenapa untuk 2 minggu berturut-turuj, si Haziq tu asyik dapat lagu rock aje? Seksa si Haziq tu aku tengok. Sampai menangis dibuatnya budak tu.



Velvet (Run Baby Run)

Personally, aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ni. So, aku tak boleh nak cakap lebih-lebih bagi persembahan Velvet. Mungkin lontaran suarmena Velvet ni jelas dan dia pandai menggayakan dan menunjukkan emosi yang baik untuk persembahan dia. Vokal velvet ni memang lantang dan jelas.

Other than that, maaf, aku tak reti nak komen apa apa.



DIddy (Air Mata Kasih)

Diddy antara yang paling beruntung malam ni sebab dia nyanyikan lagu yang mak dia sendiri pernah nyanyikan. Aku tak berapa senang dan suka dengan persembahan Diddy malam ni. Feel yang dia tunjukkan untuk lagu ni memang sesuai sangat dengan lagu ni. Tak keterlaluan sangat dan nampak natural sikit lah kalau nak dicomparekan dengan yang lepas-lepas tu.

Diddy tak ada masalah dari segi pitching dan kelantangan suara dia. Tapi, lagu ni lagu slow dan penuh mendayu-dayu. Lagu yang cukup menyentuh jiwa. Mungkin Diddy kena lebih melankolikkan suara dia tu supaya dengar lebih soothing dan sampai ke dalam seluruh pelusuk arteri, vena dan kalipari darah ni.



Farhan (Kopi Dangdut)


Nanti tak pasal-pasal Indon kontrak yang kerja kat Malaysia ni datang dewan sivik MBPJ nak tengok persembahan Farhan lepas tengok opening gambit untuk si Farhan ni. Hahahahah… ada-ada aje!! Aku tak ada masalah dengan suara Farhan, tapi suara dia tak cukup dangdut lah malam ni. Mungkin sebab suara dia tak sesuai dengan lagu jenis dangdut dan dia pun tak pernah dapat pendedahan dengan lagu-lagu macam ni. Suara dia memang lah jelas dan projection yang sangat clear, tapi suara dia macam yang aku cakap tadi, dia tak cukupkan lenggok nyanyian dangdut untuk persembahan dia malam ni. Gaya tarian dia pun tak nampak natural. Gelek dia tak nampa natural dan terlampau stiff.

Perlu ke si Diddy tu masuk nak dangdut rapkan lagu tu? Aku nrasa macam tak payah pun
tak apa. Buat semak persembahan Farhan aje. AKu sedikit kecewa dengan persembahan Farhan pada malam ni. It is not the best performance from Farhan for the past 6 weeks. Tapi kalau nak dicomparekan dengan persembahan lain, aku rasa persembahan dia masih boleh dikirakan baik kalau nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain.



Amirul (Sedang Ingin Bercinta)


Aku memang suka dengan lagu ni. So, masa mula-mula Amirul dapat lagu ni, aku keep my fingers cross aje lah. Takut si Amirul tak boleh bawak lagu ni. Track record si Amirul untuk fast number tu, tak memberangsangkat langsung. Aku takut sampai ke tengah lagu, dia dah pancit dah. Tapi ni telahan awal aku ajer sebelum aku tengok persembahan si Amirul.

Awal-awal lagu, tempo Amirul tak lah teruk sangat. Tapi bila sampai tengah-tengah second verse tu, hancur tempo dia. Sesuka hati dia aje nak lagukan dan slowkan bahagian yang tertentu. Kelemahan paling besar Amirul adalah vokal dia. Dia tu kena polish lagik vokal dial ah. Nak harapkan gaya tarian aje yang baik, tapi suara hancur nak buat apa pun kan?
Aku tak faham kenapa kak engku cakap satu persembahan yang menarik sedangkan aku rasa persembahan yang entah-apa-apa entah. Yang aku suka tentang persembahan dia cuma tarian dia dan pakaian dia yang paling stailo kalau nak dicomparekan dengan pelajar-pelajar yang lain malam tu.


Persembahan Bonu s (To Sir With Love)

Sekali lagi Velvet and Farham menjadi penyelamat persembahan budak-budak tu dalam persembahan lagu bonus yang kedua. Yang lain tu jadi tunggul kayu aje lah yang membantu dalam persembahan To Sir With Love ni. Tak banyak yang aku boleh kata untuk persembahan kali ni. Biasa aje. Tak ada yang istimewa sangat dalam persembahan bonus yang kedua ni. Wah... promosi bunga from Blooming nampaknya. Masa AF3 dulu. kasi mak pelajar pompuan aje, tapi kali ni, bagi kat semua tenaga pengajar.

Hmm.. aku teringat persembahan bonus lagu dari pementasan Cats masa AF2 dulu. Aku rasa, itu lah antara persembahan bonus terbaik dalam AF.



Menuju Puncak

Baru lah nampak puncak yang korang nak tujukan tu. Kalau tidak, entah apa apa aje yang korang nak tuju agaknya. Persembahan Menuju Puncak yang lagi baik kalau nak dicomparekan dengan last week. Diorang nampak sedikit synchronize.Maybe sebab dah kurang orang kot? Walaupun diorang ni dah nampak sedikit synchronize, tapi, diorang patut carik placing yang lebih sesuai dengan diorang. Maksud aku, aku tengok tarian diorang dah okay, tapi kedudukan pelajar tu yang nampak tak teratur. Yang sorang tu, jauh dari kedudukan pelajar-pelajar lain. Yang sorang tu pulak macam terhimpit aje dengan pelajar yang lain. Kot ye pun ghairah, be on the look out untuk pelajar-pelajar lain lah.

Keputusan :

Walaupun persembahan Diddy malam ni lebih baik dari sesetengah daripada pelajar yang membuat persembahan malam ni, tapi Diddy yang menjadi mangsa yang seterusnya. Aku bukannya nak Kalau nak compare dari segi persembahan, Diddy aku nak ratekan antara yang terbaik malam tu. Kesian kat
presiden dazzling diddy dengan communication director fan club Diddy yang bersungguh-sungguh promote suruh afundi si Diddy tu. Akhirnya, tak kesampaian nak tengok Diddy kat konsert final. Taka pa lah.. mana lah tau ada kezutan lain pulak yang Astro buat nak sumbatkan balik si Diddy tu masuk dalam Akademi balik.

Tapi aku rasakan yang agak tak adil Diddy keluar pulak malam ni.Macam yang aku cakap tadi, kalau nak dicomparekan, ada lagi student yang persembahannya yang entah apa apa ntah dari persembahan Diddy. Tapi dah ni keputusan AFUNDI, undian sms, terima aje lah. Tak payah lah nak menangis air mata darah pun.Tu lah, lain kali undi! Jangan nak harapkan orang lain undi aje.

Silap-silap, Farhan pun boleh keluar minggu depan. Siapa yang tahu kan?

Farhan yang dapat undian yang tertinggi malam tadi kena buat pilihan nak bawak sorang pelajar untuk diserapkan masuk dalam Akademi sebagai seorang pelajar. So, dia ni pun pecah kepala nak fikir siapa yang dia nak bawak masuk ke dalam akademi . Lepas dia discuss dengan kawan-kawan dia pun, dia masih susah nak buat keputusan nak pilih siapa. Dia gi tanya pulak tenaga pengajar. Alah, kalau dah Aznil suruh pilih tu, pilih aje lah. Tanya tenaga pengajar tu buat apa pun? It is your choice! You deserve to make your choice. Fauziah Nawi suruh pulak pilih Hazama. Apasal ye? Yo Yo suruh pilih hazama.




So, at last, dia pilih Leez to join them in the academy. Tapi yang tak sedapnya, bukannya masuk akademi untuk jadi pelajar. Sekadar nak masuk dan merasa jadi pelajar seminggu aje. No AFUNDI for her at all. Laaa… yo yo aje lah. Aku ingakan tadi betul lah. Rupanya trick dari Astro aje rupanya.

Aku pelik lah kejutan kali ni. Buat apa ye dorang buat macam ni? Agaknya, dalam hati si Leez tu dah berbunga sangat dah dapat masuk akademi, tapi rupanya, dapat lah masuk kelas tarian, kelas seni persembahan, kelas vokal tu selama seminggu aje. Dapat jugak lah merasa kentut tenaga-tenaga pengajar tu.

Aku kata :


Carta Undian Lepas Konsert :

Farhan 17%
Faizal 15%
Haziq 15%
Lotter 15%
Amirul 14%
Velvet 13%
Diddy 12%

Cuba korang tengok sendiri. Aku memang bertambah pelik dengan kedudukan Donald Duck tu. Haziq tu pun sama gak. This week has been his worst performance ever tapi dia still dapat 3rd place. Macam mana Velvet boleh dapat 2nd last place entah? Voters, aku nak advice sikit. Please buy one box of cotton budd and korek telinga tu sebelum konsert berlangsung so that you can hear more clearly. Tak lah Donald Duck tu dapat undian tinggi dan siapa yang buat persembahan yang baik terkeluar

Aku tengok kan..Astro dah lebih longgar lah dalam AF kali ni. Diorang dah lebih open. Velvet dapat tengok bola dengan Rich yang dah terkeluar, Mak bapak Lotter lagik, benarkan Leez masuk akademi seminggu, macam macam lah. Kenapa ye? Mungkin diorang ada alasan sendiri kenapa buat macam tu. Bukan aku tak setuju, tapi Astro patut lebih tegas dalam benda-benda macam ni.

Dah lah bebudak ni semua pampered aje, nanti dimanjakan pulak budak-budak ni. Apa-apa pun, aku rasa konsert malam ni lagi baik dari konsert minggu lepas. Walaupun diorang dapat lagu yang jarang nak dengar dan susah-susah, tapi aku still rasa konsert minggu ni lagi baik lah. Diorang nampak lebih fokus dalam persembahan diorang dan nampak effort yang diorang letakkan dalam persembahan diorang.
Dah lah kena nyanyi lagu sendiri, tarian sendiri, tambah pulak dengan 2 lagu bonus dan tarian Menuju Puncak lagi. So, I have to hand it to them for giving their best effort in putting the best emotion.

Aku rasa keputusan memang tak dijangkakan. Bagi aku, persembahan diddy minggu ni baik dan dia antara pelajar yang konsisten persembahannya. Lepas Diddy ni dah keluar, aku tak tau lah macam mana pecahan undi tu nanti. Amirul, Lotter, Velvet antara yang dapat sokongan kuat dari pengundi-pengundi kat Sabah and Sarawak.

Anyway, pilihan aku untuk malam tadi

Faizal ****
Farhan *** 3/4
Velvet ***
Diddy***
Lotter **
Amirul *
Haziq *

Aku pilih Faizal sebab aku dapat rasa feel dia nyanyikan lagu tu. Farhan jatuh no dua sebab feel dia kurang sikit aje. It's a tie between Diddy and Velvet. Aku suka persembahan dua-dua sekali. Yang lain, no komen.
AKu harap undian Diddy tu akan gi kat Farhan and Faizal. Naikkan undi diorang tu tinggi sikit so diorang boleh sampai ke final. So, once again, untuk para pengundi, jangan buang duit korang kalau korang tak reti nak mengundi. Vote untuk yang layak aje dah lah.

Hari tu aku dan ada klasifikasi pengundi kan? So, aku nak bagi tips untuk bakal-bakal pelajar AF5. Tu pun kalau ada lah. Takut Astro tak sambung sebab tak dapat balik modal.So, tips untu korang :

1. Untuk berjaya, jadilah penyanyi yang boleh jadi pelakon air mata. Lagi banyak air mata yang korang keluarkan, lagi tinggi undian korang.
2. Kepit suara tu selagi boleh. Kalau keluar macam chipmunk atau Donald Duck lagi bagus. Kalau tak dapat, buat suara itik serati aje dah.
3. Rajin-rajin lah membuta in between classes.
4. Kalau korang nak menyanyi, pastikan korang betul-betul berbakat. Kalau tidak, kau kena pandai melawak dan mengajuk cikgu-cikgu ngkorang.

So, kalau korang ikut tips tips ni, peluang korang nak kekal lama dalam AF pasti akan lebih besar sebab pengundi kita ni suka yang macam ni. Woookeh!

Ulasan-ulasan lain

Klubbkidd (yang claims aku tak cukup pedas and more polite)
Comm. Director Diddy FC yang ku-chi-wa
Seni dia lagik.
Presiden Dazzling Diddy

Yang lain, nanti aku updatekan.

anyway, aku nak congratulate
Mr Iron Board yg dapat his awards masa Staff Conference company kitorang last saturday. Tunggu!! Nanti aku sharekan dengan korang pasal itu semua later.

pic kertesi of Astro. Thanks Astro!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer