Sunday, December 31, 2006

Goodbye 2006. Ola 2007!

One year has already passed by. Dalam setahun ni, macam-macam benda dah jadi dan macam macam benda yang still aku belum dapat capai lagi. But I can say that about 80% of what I aimed dah tercapai. Alhamdulillah. I am blessed by god for a great year. Ada juga yang belum tercapai. But never despair, itu memang memerlukan masa yang panjang. That's why I never have any new year resolution. For what? Kalau kita tak boleh nak capai benda tu? Lagi baik kalau kita set our goal on something and work for it. No time limit given. Insya allah.


Utk movie fans , music fans, stalkers, seekers, online-sexers, lovers, haters, chauvinist, intollerable pranksters, dreamers, and most important of all, my muslim friends and fellow bloggers,

I wanna wish all of you
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
and,
HAPPY NEW YEAR! HO! HO! HO!




Hope to see a great new year in 2007 and may a great year be for the movie fans out there. Great things will happen and insya allah, may we all be blessed with a better and longer life. Full with excitement. Insya allah!


p/s : Al-fatihah untuk Saddam Hussein yang digantung right on Aidiladha this year.

Labels:

Thursday, December 28, 2006

Reel Review - Coming Soon


Cicak-Man : Malaysia's very own superhero. In a very funny way.



The Pursuit of Happyness : Based on a true story

Labels:

Wednesday, December 27, 2006

Entry Rojak Jalan Masjid India.

Heading towards the end of the month, my work is beginning to pile up like Mount Kinabalu. Seriously! Those stupid and idiotic marketing manager loves to pass the documents for processing last minute. Talk about being punctual and efficient at work!

Anyway, for those who celebrate Christmas (like Mr Vernon da Manager), I would like to wish all of you a very MERRY CHRISTMAS and A HAPPY NEW YEAR. For those who didn't I am sure that it's time to enjoy the holiday, to relax and sit back at home. Be a couch potato and watch TV, VCD or DVD. Well, It was quite a busy weekend because I was out scavenger hunt. I am hunting for something which I've been looking for quite some time and I've been longing for it for a long period. Bini? Bukan bini daaa... It's something different. Nantilah, once I get my hands on it, I will share it with you guys. For now, let it be in the dark first. (as if!)

So many things to write but so litte time. So, here's the wrap!

Anugerah Skrin.

I don't really bother to watch Anugerah Skrin which was telecasted live on TV3 last week. One reason is because I was on my scavenger hunt. The other reason is because letih lah tengok majlis anugerah yang macam tu. Dah sah sah yang menang tu akan ada some connection with the organizer. Korang tengok the winners list this year. Betul tak apa yang aku cakap?

Kalau tengok pun, just nak tengok who wears what and who is drop dead sexy. (Trying to find anyone who can beat Nanu Baharuddin). Alah, kes yang sama dengan Anugerah Seri Angkasa jugak lah when RTM 1 sapu bersih hambar kebanyakan Anugerah tu. Oh well, next time, the other TV Station can hold their award ceremony and tabalkan rancangan terbitan sendiri as winners.

Apa-apa pun, kudos to Cip Kodok for Buli Balik. Wa memang salute sama itu orang. Pelik dan lain dari yang lain punya manusia.

On Air

While typing this entry, kat radio keluar pulak lagu My Heart. You know what, sejak kebelakangan ni, dah terlampau kerat sangat keluar lagu ni. Lagi satu lagu is Cahaya Cinta.
I don't have anything against those songs tapi bila dah selalu sangat keluar radio, I's becoming more annoying and irritating, damn it. Being played on air for zillion times and repeatedly, it's becoming more tiresome. Come on radio station, there's like thousands of song that you can play but why insist on playing the same track. Sometimes I think it's played for more than 10 times in a day. Sheesh! And this happens to one of the biggest radio station in the nation. If it was the listeners who requested for it, I am fine with it. But the deejay keep on playing the same sing over and over again.That's what makes me feel bored.

One more thing yang aku perasan is the issue of nepotism and favouritism. I'll explain the situation. Like this Station E, which without fail will play songs from their reality tv artists. Mungkin ada unsur favouritism kot. Or it is just plainly sebab nak naikkan artis sendiri yang memang takde chance nak naik kat stesen-stesen lain. masalahnya, unlike Station H which for me, is quite reasonably lenient in their songs playlist. I don't find them having trouble playing songs from other reality tv artists. They are more open in this kind of stuff. Aku pernah jugak dengar lagu from other reality tv artist yang lain

So, my hypothesis is this : I reckoned that Station E is a little bit dominant and they are quite forceful in their playlist. Unlike Station H, yang still baru lagi and diorang ni lebih liberal. Ape lah salahnya korang mainkan lagu-lagu lain besides that same song all the time? Deejay tu tak bernanah ke telinga dengar lagu yang sama? And be more open in your playlist.

For Reel.

Just watched Cicakman and The Pursuit to Happyness. For those local movie fans, do watch Cicakman eventhough you are tired to watch Apek too many times. Aku pun ada sikit reluctant jugak mula-mula tu, but what the heck! Tengok aje lah. And it's not bad. Not bad at all.

By the way, Will Smith (The Pursuit to Happyness) was nominated in the Golden Globe Award for Best Actor along with Leonardo DiCaprio, Peter O'Toole and Forest Whitaker. Insya allah, I'll post my review in the near future. This freaking internet connection which is sometimes on and off, really forbid me from doing so.

Cheerios! Later alligator!

Thursday, December 21, 2006

Anugerah Juara Lagu 21


Tahun ni, Anugerah Juara Lagu akan melangkah ke tahun yang ke 21. Kalau nak dikira-kira lah, dah boleh jadi bapak dah rasanya, Tapi nampaknya mcam tahun tahun lepas jugak lak, ada aje kontroversi yang melanda sebelum and selepas pertandingan. Lets not go into that sebab kita belum tau lagi apa yang tak kena dengan final Anugerah Juara Lagu kali ni.

What bothers me is that, aku rasa macam juara lagu ni is not as entertaining as those years. Kadang-kadang tu aku pelik dengan pemilihan juri untuk sesetengah lagu tu. Ada lagu lain yang aku rasa lebih layak untuk bertanding kat final Anugerah Juara Lagu tapi kalah di separuh akhir. Lagu yang entah apa-apa entah boleh masuk ke final.

As we all know, Anugerah Juara Lagu has a remarkably significant impact on the music industry. Yelah, semua orang tertunggu-tunggu jugak lagu mana yang bakal dinobatkan as the best song of the year. Tapi for the past few years back, AJL mesti jadi bualan lepas pertandingan disebabkan kontroversi. Cuma pelik kan? Different award ceremony and pertandingan has different winners. Lagu yang menang for AIM mungkin takkan menang untuk Anugerah Juara Lagu. Lagu Jiwa Lagu Cinta yang menang kat Hitz.1 mungkin takkan menang dalam AJL ni. Who knows. Selera juri ni kan berbeza-beza,

Aku pun konpius kenapa juri perlu bertukar untuk setiap kategori. Dah sah-sah lah criteria untuk pemilihan tu berbeza-beza untuk setiap kategori. Lagipun, setiap ka
Isn’t it better if they stick to the same group of jury and it all consists of of the same person for each category? At least elemen-elemen bias tu takde lah nanti. Kalau boleh, group a jury that collectively know their stuff and takde kepentingan whatsoever dengan penggubah lagu, penulis lirik ataupun penyanyi tersebut. Jangan jadi macam nes Nora hari tu. Memang lah lagu Samudera tu bukan Johan Nawawi yang tulis tapi yang menyanyi tu, orang yang he does to the same bed with. Sikit sebanyak, mesti lah terpengaruh punye. Nasib baik Nora tak dapat ke final, kalau tak, memang lah jadi bahan untuk artikel-artikel surat khabar. Just stick to that one group of jury untuk setiap kategori. Kan senang? Takde lah orang mengata nanti.

Anyway, enough said, here’s my own bid of Anugerah Juara Lagu 21 kali ni.

[Addendum : Ni hanyalah komen-komen aku sahaja. Aku bukan nya juri dan bukan macam juri yang memang bias dan ada kepentingan. Aku lebih telus.]

Kategori Irama Malaysia Dan Etnik Kreatif

Hantaran Hati - Nik Nizam/Rosminah Teh/Bob & Aspalela Abdullah
Candak - Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/Lokman Ghani/Syura
Warkah Buat Laila - Ayob Ibrahim/Habsah Hassan/Zahid
Zapin Cinta SMS - Anuar Dahlan/Anuar Dahlan, Atie, Gee, Ahmad Azam & Azlee Senario/Senario & Adibah Noor

Tilikan Aku : Warkah Buat Laila stands a good to win. Lagu ni pernah menang sebelum ni. Aku suka dengan lagu ni dan aku tau ramai kat luar sana yang suka dengan lagu ni. Bagi aku, the closest competition would be Hantaran Hati from Bob & Aspalela Abdullah tu aje lah. Candak? Aku tak leh nak cakap lebih-lebih sebab aku jarang dengar lagu ni. The worst would come from, Zapin Cinta SMS. Aku memang tak faham macam mana lagu ni boleh ke final. Atas criteria apa entah yang membolehkan lagu ni layak ke final. Aku rasa Nafas Cahay lagi layak

Kategori Balada

Mungkir Bahagia - Norkamal Hazami Ahmad(Hazami)/Hazami & Ita/Hazami
Terlalu Istimewa - Azlan Abu Hassan/Adibah Noor/Adibah Noor
Ku Seru - Mohd Faizal Maas(Ajai)/Habsah Hassan & Shuhaimi Baba/Misha Omar
Secebis Harapan - Zulkifli Mahat/Noor/Nora

Tilikan Aku: Frankly speaking, I am not looking forward to this category. After Siti Nurhaliza left Anugerah Juara Lagu for Datuk K, kategori ni seakan suram aje. I look forward more to Pop Rock tahun ni. Tapi my bid to win the category would be Mungkir Bahagia. It’s a good song. Melodi yang sedap walaupun liriknya simple aje (alah, lirik simple macam Gemilang pun boleh menang AJL last year).A close fight mungkin datang dari Ku Seru and Terlalu Istimewa. Aku tak tau lah kalau Ku Seru memang bertiketkan Pulangkan sebab orang yang sama jugak yang buat kedua-dua lagu. If that’s the case, I don’t think Ku Seru will win. Personally, aku tak gemar sangat dengan Ku Seru. Mungkin Misha akan menyanyi macam hentak kaki kuda masa dia menang untuk persembahan tahun ni. Terlalu Istimewa? It’s a nice song. It’s a nice melody. The lyric is simple. But bagi aku, that’s about it. Nora? No comment. Biasa aje!

Kategori Pop Rock

Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mohd Nasir Mohamad (M.Nasir)/Rosli Khamis (Loloq)/Mawi & M. Nasir
Juwita Citra Terindah - Mohd Nasir Mohamad (M.Nasir)/Mohd Nasir Mohamad (M.Nasir)/M.Nasir
Diari Seorang Lelaki - Raizan Zainal Abidin (Neves)/Raizan Zainal Abidin (Neves)/Pretty Ugly
Tak Tercapai Akalmu - Aidit Alfian/Ad Samad/Elyana

Tilikan Aku:. As I’ve mentioned earlier, I am looking forward to this category compared to the other 2. Saingan untuk kategori ni lebih hebat. Obviously I am going to pick M Nasir to win the category. Kalau boleh biarlah Juwita Citra Terindah memang. Bukan aku tak suka dengan LJLC tapi aku lagi tertarik dengan JCT. It’s a good road song. LJLC mungkin akan menang jugak sebab adanya aura Mawi. Does it help or not? I can’t say much about that. Diari Seorang Lelaki pun boleh tahan jugak. Sempoi aje lagunya. Catchy. Mungkin Pretty Ugly akan ulangi sejarah Spider. Siapa tahu kan? Mungkin Elyana sekadar memecahkan kuota 3 orang lelaki dalam kategori ni. Tapi Aidit Alfian pernah menang dengan lagu Keliru. Jangan lupa tu. Senang citer, it’s going to be quite a fight in the category.

ANUGERAH JUARA LAGU : Alah, kategori ni jatuh kepada one of the winners of the category. Kalau M Nasir dengan JCT menang for Pop Rock, so, M Nasir is my pick to win AJL. If it is Pretty Ugly, then my pick would go to Mungkir Bahagia by Hazami. Aku lagi suka dengan Mungkir Bahagia compared to Diari Seorang Lelaki. Nothing against Pretty Ugly but lagu Mungkir Bahagia is more appealing.

Ekcelli, I am voting for Juwita Citra Terindah to win actually. I like the song. Simple road song. Kalau telahan aku salah macam mana yek? Mungkin Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif yang akan meanng tahun ni? Eventhough it’s a bit likely mungkin Anugerah Juara Lagu takkan datang dari kategori ni.

Kalau nak diperhatikan dari pattern, M Nasir stand a pretty good chance to swipe the category and Anugerah Juara Lagu as well. Penyertaan M Nasir dalam AJL tak pernah mengecewakan. Tengok aje pada yang lepas-lepas, M Nasir menang untuk Tanya Sama Itu Hud Hud, Ghazal Untuk Rabiah & Andalusia.

Untuk kategori Pop Rock jugak, kalau juri inginkan kelainan tahun ni, macam kes yang sama dengan kemenangan Spider, Pretty Ugly stand a good chance to win. Diari Seorang Lelaki is a catchy song, something light and easy listening. Lain dari kebiasaan Pretty Ugly yang suka dengan lagu pelik-pelik. Itu kalau juri-juri tu ingin kan kelainan. Kalau tidak, it might be some other song.

Having said that, it’s settled then. JUWITA CITRA TERINDAH is my pick to win Anugerah Juara Lagu 21.

Tuesday, December 19, 2006

Top 10 - Virtual Reality

I am still drooling over the lost of my internet usage in the office! Shit man! Aku pun tak tau berapa lama aku akan jadi macam ni rupa but hang with me guys! I need to get hold of myself! It's going to take quite some time until this no-access-fever is over. I just still can't get over it and currently, I am blogging from my email to Blogger(dot)com. Yes! Sad!. Very sad!

Here's my top 10 list of Kesan Kehilangan Internet kat Office.

1. You tend to spring clean cubicle, drawer dan table engko yang memang jarang dikemas. Buang semua sampah yang tak guna, susun semua file yang lama-lama dan lupuskan semua dokumen yang dah lapuk. Do things yang memang korang akan buat for once in a blue moon.

2. Ko sanggup check blog ko sampai 5 kali seminit dengan harapan yang akan ada miracle berlaku. Walaupun kau tau memang mimpilah akan dapat, tapi korang takkan putus asa jugak.Hampeh!

3. Korang sanggup browse the intranet yang memang sama isinya untuk bertahun-tahun. Korang akan click semua link yang ada kat situ, go to every single section dalam intranet tu dan download Adobe Acrobat Reader over and over and over again.

4. You'll rewind every songs yang korang pernah download dalam real player tu

5. Korang akan try every single way possible and godek setting Internet Explorer korang semata-mata untuk mencoba membolehkan proxy tu berjalan.

6. In my case, sanggup pinjam N80 (ada WiFi) kawan aku and lepak kat mamak yang ada WLAN connection semata-mata nak tatap blog yang memang dah jarang ada update tu. Lepas dapat tengok tu, the satisfaction is almost as similar to having sex. Woohoo!! Too much man!

7. You'll talk about your blog and blogging friends more often than usual. Pasal ada sesiapa yang ada entry baru ke tidak. Ada anything interesting posted or not. Anything new ajelah.

8. You'll miss your daily dosage of Berita Harian, Harian Metro, The Star. You will miss clicking the links on your blog and memang terpancar segala kebosanan kat muka korang tu. You'll even go to the extent of clicking every folders in your C: drive and find anything interesting to do with it.

9. Korang akan check email korang to see whether ada orang tinggalkan komen atau tidak kat blog korang. Kalau ada, dengan tergopoh-gapahnya bukak email tu and read the comments. Tak dapat baca blog, baca komen pun dah cukup bagus dah.

10.You'll go nuts about how your blogger friends and readers will miss your daily entry or not.

Sigh! (A zillion times). Pathetic huh?

P/s : one thing is for sure, I am still certain that Mama Ikmal is still obsessed with MCR (dari sumber-sumber yang boleh dipercayai).

Monday, December 18, 2006

Connection Error!

Seperti yang dinyatakan dalam blog IronBoard, company aku telah mengstopkan penggunaan internet kepada staff-staffnya . Adoi! Shitz man! Tension giler beb! Hilanglah kemeriahan bekerja and the sole purpose of me coming to work everyday for 5 days a week. (besides getting my salary hujung bulan lah)

Sedih tu memang lah sedih giler beb. Susah lah nak blog from the office, baca blog kengkawan, download tones of stuff, berYM dengan kengawan, check friendster and myspace dan macam-macam benda yang melibatkan internet ni lah. Tension giler beb! Tension up to the point sampai company punya intranet pun aku gi surf lah! (Intranet tu memang doesn't contain anything interesting at all.) Paranoid aku dibuatnya macam ni!Alah, yang kitorang ada ni pun sebenarnya illegal punya excess. In other words, underground!

Dah ada kawan baik yang kerja dekat IT department, diorang bagi kitorang bypass dengan proxy address yang membolehkan kitorang dapat a full Internet access. Kalau nak dikirakan dengan orang yang dapat legal access, kitorang ni lagi beruntung sebab diorang tak enjoy all the benefits. Ada site yang diorang tak boleh browse sebab telah diblockkan. Tak macam kitorang ni, semua site kitorang balun. Porn, entertainment, news, movies, music, local, international, pendek kata semuanya lah. Hu Hu! Memang enjoy giler lah.

Macam yang aku cakap tadi lah, kitorang punya access ni illegal. So, memang kena bersedialah dengan benda macam ni. Nak buat macam mana kan? Benda haram ni memang sentiasa panas beb! Mana boleh tahan lama-lama sangat.Tapi kalau nak diikutkan pattern macam yang sudah-sudah tu, benda won't be for long. Top is just maybe for 2 or 3 weeks aje. Tak tau lah kali ni berapa lama kan? (We'll, I am keeping my fingers cross for this!). Harap-harap kali ni takde lah lama sangat kot!

Here's my top 10 reasons why the company decided to be lean and mean on Internet usage.

1. Over excessive usage of Internet during office hours. I do mean over excessive. Our working hours is 9 hours including 1-hour lunch. So, after doing our own math, we discovered that we worked only for almost an hour whereas we spent the rest of the time surfing the Internet.

2. Maddox's PC alone was infected with more than 3000 spyware and bots. How did I find out? Well, that's the advantages of having a good friend working in the IT department. Masa diorang dok audit my pc and in the cleaning-up process, time tu lah segala detail pasal pc aku keluar. Kesudahannya, they decided to execute a total tack-back on my pc. My friend who's working in the IT department tengah dok clean my pc and sampai sekarang tower aku tak kembali-kembali ke tangan aku. According to him,

3. I've been downloading thousand and thousand of songs, games, wallpapers, screensavers, documents, videos and pictures. 70% of them are movies-oriented, 20% of it is porn and the rest is just utter rubbish. Sudahnya, internet-line pun jadi slow nak mampus.

4. My company has a strict policy on peer-to-peer software. Memang diorang tak allow dari dulu pun. So, being me, I downloaded Yahoo! Messenger, Kazaa, Online Yahoo Games and all sorts of stuffs. It all went smoothly until one day, I can't get Messenger to work! Oh tahi! Diorang dah find out!

5. I used to send about 3000 emails per day. By myself per se. Ain't that cool. Last-last, dapat memo dari company. Selain dari aku, memang ada ramai chart toppers yang mengungguli carta black-list email company aku ni. Semuanya for the same valid reason. Mana tidaknya, semuanya penuh dengan email porn, movies, jokes and rubbish aje. Email kerja, lets say yang ada tapi sekadar cukup nak cover line ajelah. Sesetengah company implement a filter on incoming emails from external servers macam Yahoo!, G-Mail, Hotmail or other web based email provider. Tapi company aku ni baik hati, diorang terima mana-mana email luar yang nak masuk ke dalam server kitorang.

6. Company aku dah terima terlampau banyak sangat report pasal pc down la, cpu crash la, sound system out la? macam-macam laa..

7. Due to these illegal usage, diorang takut yang these viruses will penetrate ke dalam server. Walaupun firewall yang dibeli tu mahal nak mampus, lambat laun lemah jugak system ketahanan tu jugak. So, better late than never, dipotongnya Internet access tu.

8. Bill Internet yang melampau giler babas punya tinggi for the past months. Kesemuanya datang dari floor aku. Kiranya department aku ni memang major contributor untuk bill internet ni lah. Lelaki perempuan semuanya sama aje. Kitorang balun habis.

9. Kalau sorang dah tau the illegal way, sah sah lah satu company mesti tau. Kitorang kat sini percaya that even the walls have ears. Dia mesti bagitau kat kawan dia. Yang kawan dia ni pulak suruh bagitau kawan dia dan dia jugak pesan kawan dia ni suruh pesan dengan kawan kepada kawan dia jugak tu to allow them to access the internet.

10. Not to mention, most important reason of all would be due to blogging. Daily updates, baca blog my coubnterparts and partner-in-crime, commenting on people's blog dan macam-macam lagi lah. 80% of my Internet time is used for blogging, 10% for downloading all sorts of stuff 5% is for chatting and the other 5% is a lot of other stuff.

For now, I am unable to update new entry for my blogs on a frequent intervals due to those constrains mentioned above. So, who's the smooth criminal? I am proud to say that moi is the culprit behind all these. Not to forget Ironboard who is not as malicious but as same evil as me.
Power to the unsolicited, pompous, paranoia-brat but yet exquisite staff on the company.

Labels:

Wednesday, December 13, 2006

Aku bosan...

Aku mengantuk... Sebab aku tak cukup tidor (Thanks to channel 83, 84, 85 & 86 Astro)

Aku tak tau apa nak taip... Sebab kepala aku blank giler....

Aku tak tau apa nak diceritakan... Sebab takde cerita menarik kot?

Aku tak tau apa benda nak buat entri... Sebab dah takde modal nak merapu kot?

Aku tak tau....

Aggggghhhhhh!!!!!!.....

p/s : can anyone... and I mean anyone please tell me what to do? Darn it!

Labels:

Friday, December 08, 2006

Still on Cinta...

FADE IN:
INT. PETALING JAYA - AFTERNOON

Main-plot : A real life situation on Thursday semasa berjalan balik ke office selepas waktu lunch. Dah lah panas terik tengah hari ni sampai berasap kepala aku dibuatnya. (subplot : Makan jauh dari office semata-mata nak pekena ikan bakar padahal yang tinggal kat kedai tu cuma daun pisangnya sahaja! Hampeh!). Habis terbakar nasi dengan keropok lekor yang aku makan sebelum tu.

MADDOX
Wei, pergi lah tengok cerita Cinta. Aku dah tengok dah last Tuesday. Best wooo!!!

KAWAN MADDOX
Ish! Tak nak lah aku! Entah apa-apa cerita entah.

MADDOX
Laaa.. apasal pulak? Best giler kau tau tak cerita tu. Sempoi aje.

KAWAN MADDOX
Ala… cerita dia slow sangat! Lembab semacam aje aku tengok iklan dia.

MADDOX
Looo… Then ko nak tengok apa pulak? …

KAWAN MADDOX
Cicakman (with a very very big giggle)

MADDOX
Apasal pulak??

KAWAN MADDOX
Sebab aku tengok aksi dia dengan lidah dia tu. Macam best aje! (Kalau korang fikir aksi lain dengan lidah, then stop it!)

MADDOX
hmmmm…. (A very long sigh!)
FADE OUT

Is it me or is that the typical reaction that I’ll get kalau cakap pasal Cinta?

Still on the topic of Cinta. And to answer my friend’s question. Lagipun, bagi aku, there’s no harm in frantically exaggerating about Cinta. It’s a good movie furnished with a superbly simple storyline and the best cast around. (For me, that is). You tell me berapa banyak filem Melayu yang boleh dapat captivate the Malaysian viewers?

I don’t know about the rest of you but for me, I have gone way pass the stage where I am tossing the coin to watch a film just to see whether it’s entertaining or not. I don’t want to sit in the cinema, spend my RM 10 bucks and walk out of the cinema getting nothing but my stomach filled with popcorn, 1901 Chicago Chicken and carbonated drink. I guess the sentiment is a bit different now. Well, that’s the advantages (or should I say disadvantages) of getting older.

However, true that a movies’ function is to entertain but it’s rigid to see that a film does carry a moral messages. If a film is just merely to entertain the viewers, why did a film being discriminated as “pencemar budaya”? Obnoxious huh? For me, I value movies far beyond their cast and storyline. Way pass all that. Picky? Not really! I watched Remp-it. In fact, suffice to say that I am willing to watch Nana Tanjung (which I didn’t because of my time constraint) eventhough it is such a lampoon of the Penangite’s. Ironic isn’t it? This type of genre is more acceptable by our viewers. Whose fault is it, then?

Bla bla bla.. yadda.. yadda… yadda… enough said;

And since it has been quite some time since I did my top 10 list, here is the Top 10 reasons why you MUST watch CINTA.

1. Jalan cerita yang menarik. Korang boleh pilih kisah cinta yang dekat dengan korang. Ada suami isteri, ada warga emas, ada adik beradik.Something yang korang boleh relate because of love. If you are a human, then you can feel humane and love.

2. Kemunculan Fatimah Abu Bakar yang dah lama sangat tak muncul on the silver screen. Walaupun the Kedah accent is a bit awkward, as I’ve mentioned earlier, tapi it’s just worth it.

3. Cinta bukanlah arahan pengarah paling prolifik negara, pengarah yang bukan menggunakan pelakon yang sama untuk setiap movienya dan bukan pengarah yang syok sendiri main hentam keromo aje mengarah.

4. 10 bintang, 5 kisah, 1 cerita. Ada kisah cinta 3 generasi.

5. Sebab filem ni aku rasakan bukan setakat setaraf, malah lebih baik dari sesetengah filem cinta Indon yang datang kat Malaysia ni. Don’t trust me? Sebab tu aku suruh gi tengok Cinta.

6. Sebab muzik-muzik dan lagu latar filem Cinta yang cukup menarik. Ada lagu soundtrack Cinta which is Perpisahan by Anuar Zain, Revival Ikhlas Tapi Jauh by V.E dan lagu Cinta nyanyian semula oleh Jaclyn Victor & Misha Omar.

7. Sebab semua review yang aku baca tentang Cinta said it’s a great movie. So, I am not alone on this. So, you wanna feel the love, go and watch Cinta.

8. Sebab ada seminggu aje masa yang diberi untuk Cinta kat panggung. Seminggu lepas tu (which is yesterday when Cicakman was launched), competition is gonna be very stiff.

9. And in my case, because there’s Fasha Sandha. Tak kisah lah kalau lakonan dia biasa aje, I still love her. Fasha darling, abang is still here for you.

10. The last reason kenapa korang kena tengok Cinta? Sebab aku suruh la. Aku dah kering idea nak cari the 10th reason why. So, gi tengok aje lah.


P/s : Aku nak berterima kasih pada Ajami Bicara Skrip sebab sudi membenarkan aku membaik-punya-cilok-kan hasil kerja tangannya.(boleh dak Ajami?)

Anyway, semasa aku tengah belek-belek majalah yang aku pinjam dari IronBoard, aku ternampak poster Tenacious D from Jack Black and Kyle Gass. Sekali pandang, baru aku berasan yang there is some kind of similarity dengan poster Bruce Almighty from Jim Carrey tu.




What do you think?

Labels: , ,

Wednesday, December 06, 2006

Cinta (2006)

Bukan setakat will contain spoiler, memang contain spoiler pun!

Cinta - 30th November 2006

CINTA. Sesuatu yang cukup mudah. Perkataan yang cukup mudah tapi ada maksudnya yang cukup dalam. Walaupun subjektif pada setiap individu tapi it is something yang boleh diterima oleh semua. Love is unconditional, loves knows no boundary and love goes beyond any feelings. Something universal that anyone can embrace.Betul? Apa? Korang ingat cinta ni setakat kissing and caressing antara pakwe makwe aje ke? Drop dead wrong, man!

Cinta adalah elemen yang ditonjolkan dan merupakan main ingredient dalam filem Cinta by Alternate Studio ni. Tema yang cukup mudah but yet, it’s something yang kita semua boleh faham, ingat dan yang paling penting boleh rasa dalam diri kita.

10 Bintang, 5 Kisah dan 1 Cerita. CINTA adalah 5 kisah cinta dalam 1 cerita. Cinta yang bukan berpaksikan pada cinta sepasang kekasih sahaja. It’s more than that. Cinta adalah kisah cinta yang tulus, romantis cinta, unggulnya cinta, cinta yang abadi selamanya dan akan dirasai sepenuh jiwa

Tulusnya Arianna & Taufik
Sharifah Amani sebagai Arianna yang datang ke KL jauh dari selatan semata-mata nak mencari kekasihnya. Seorang yang nakal, rebellious dan “jahat”. Tapi itu semua sebab CINTA. Datang ke KL pun sebab nak mencari CINTA. Dia dipertemukan dengan Taufik. Pierre Andre sebagai Taufik seorang yang naïf tapi baik hati. Seorang yang lurus tapi kerjanya hanya “menyelesaikan sampah” orang lain. Ketulusan hati Taufik menolong Arianna mencari sesuatu yang tak pasti.Tulusnya Taufik menemukan Arianna dengan berpuluh orang Khalif. Tulusnya Arianna memaksa Khalif yang sebenar datang sebab terpaksa. Taufik sendiri tengah tercari-cari tapak dia kat bandar metropolitan ni. Kerja sebagai penulis kat Mingguan Sensasi yang buruk sangat officenya. Sekali hentak, gugur siling pejabat. Dia tolong Arianna ikhlas tapi ada maksud tersirat. Tiap kali Taufik cuba meluahkan isi hatinya, ada aje halangan yang mendatang.

Aku paling suka babak Arianna & Taufik kat jambatan tu. Simple but symbolic. Tapi babak paling romantik yang tak menjadi masa Taufik nak cakap “Saya cintakan awak, Arianna” tapi diganggu pulak oleh bunyi bising train yang memekak aje.

Favourite line : “Kalau kita betul-betul nak, mesti ada cara….” & “Awak pernah rasa tak? Apa perasaannya bila kita dah jumpa orang tu dan kita tau dia lah orangnya”

Romantisnya Azura & Azlan

Susah sangat ke bercinta dengan orang yang berjaya dan well-known? Perlu ke disembunyikan dari khalayak ramai dan menidakkan perasaan CINTA yang lahir tu?
Azlan, lakonan Eizlan Yusof is the most eligible bachelor dan a successful man. Jatuh cinta pulak dengan orang kebanyakan yang bekerja kat MPH Bookstore. Azura (lakonan Fasha Sandha) macam the girl next door. On a personal basis, pada mulanya, Azlan seorang yang sangat romantis. Kalau tak, takkan sanggup nak buat surprise dinner siap dengan a music ensemble and waiter sekali. Meamng lah tak logik sikit tapi betul jugak, you would do anything for love. Ye ke? Not me, I guess. Dia gugup sikit bila berdepan dengan Azura. Tapi dia jugak seorang egoistic yang lebih mementingkan kerjayanya. Tapi tu semua pada mulanya aje.

Aku suka dengan close-up shot masa Azlan dengan Azura baru naik dari escelator dan jumpa pulak dengan reporter (mamat iklan aiskrim Nestle tu!). Tak tau lah apasal, tapi close-up shot dari bawah masa Azlan asked for Azura’s hand tu nampak sangat menarik.

One more thing, aku kelakar tengok mamat poyo dalam ERL kat sebelah Azura yang pandang Azura macam nak telan aje. Ekspressi muka dia masa tu memang priceless!

Favourite Line “ Ambik cincin tu nak. Mahal tu. Kalau anak tak nak, makcik ada sorang anak perempuan kat rumah”

Unggulnya Elyas & Rubiah
Kita jarang dihidangkan dengan cerita cinta orang-orang lama. Mungkin dah mentaliti orang kita yang suka dihidangkan kisah cinta dongeng yang kadang-kadang tu aku rasa macam crap dan nonsense sahaja. Tapi Rubiah and Elyas tulus. Takde kepura-puraan, tak ada I & You, tak ada candle light dinner. Yang ada cuma panggilan Cikyu Elyas dan Rubi; dan jugak kedai makan Rubiah yang menjadi titik pertemuan mereka. Cinta Rubiah pada Elyas lebih kepada satu pengorbanan yang tinggi nilainya. A love that is vivid and pure. Vivid because Cikgu Elyas is an Alzheimer. Dia seorang yang “live his life for today and tomorrow is another story. Rutin hidupnya memang sebegitu tiap-tiap hari. Main chess, kedai minum, gunting rambut, kedai jam Chong and lastly Amin mengambilnya pulang. Pure simply because no matter what happens and nothing that he can remember, Rubiah masih lagi setia. Bayangkan lah, kita akan lalui hari hari yang mendatang tanpa ingat satu benda sekalipun tentang hari ni. Tapi yang bestnya, peresaan cinta tu boleh kita semai semual setiap hari. Mula-mula tu, aku tertipu jugak dengan jalan ceritanya.

Adegan paling menarik bagi aku should go to when Rubiah was moved into tears when Cikgu Elyas gets a fake haircut. It was after that when she realized that Cikgu Elyas ni istimewa hidupnya.

Favourite Line : Isteri bukannya hak milik… tapi anugerah (ditambah pulak dengan shot jauh kemudiannya diclose-upkan)

Abadinya Dyan & Dhani

Cinta antara seorang adik dan seorang kakak sememangnya abadi. Bukannya cerita yang melibatkan sumbang mahram, beb! Tapi perasaan sayang adik pada kakaknya & kakak pada adiknya. Dyan seorang yang berjaya dalam hidup dan memandu Honda Civic. Dhani seorang yang berpendapatan RM 20.00 dan cukup untuk makan sampai 3 bulan. Seorang pelukis jalanan yang bekerja dengan melukis potret kehidupan sedangkan kanvas hidupnya sendiri tak terlukis. Mana lagi tempat yang sesuai untuk orang macam Dhani besides Central Market?

Aku paling suka adegan masa Dyan menangis sebab date dia dengan Kamal telah dikenselkan oleh penyangak tu. Ditemani hujan dan latar belakang lagu Cinta nyanyian Jaclyn Victor & Misha Omar. Nanu memang hebat!

Favourite Line : “Welcome back bro…You’re gonna be okay bro” (seniman jalanan Central Market and “Selamat tidur kakakku” (perrggghh!! Touching la beb!) & “Kadang-kadang, orang yang paling kita sayang lah yang paling susah kita nak sayang.”

Awek penjaga gerai yang bernama Baizura Kahar tu mari giler lah beb! Tapi ada satu scene masa Dyan dengan Dhani baru lepas bertekak, ada pulak sorang India yang nak enterframe. Menyibuk aje! Again, kes yang sama dengan Airin & Harris, aku dengar suara Kamal aje.

Sepenuh Jiwa Airin & Harris
Aku pun tak tau macam mana perasaan bila orang yang kita sayangkan dan cinta sepenuh jiwa mencintai orang lain. Inilah konflik yang dihadapi oleh Harris (lakonan Rashidi Ishak) yang ditinggalkan Airin (lakonan Rita Rudaini) yang kononnya dah jumpa dengan soul-matenya. Harris on the surface seems to have an almost complete life. A good career as an architect, a damn beautiful wife and a great kid. He was too much in love with Airin until he didn’t see any of it coming. Si hopeless romantic yang terlampau setia, cinta dan sayangkan Airin. Airin pulak tersepit antara cinta, kasih dan saying. Sayangkan suaminya yang sudah dianggapkan abang dan cintakah belahan jiwa yang baru dia jumpainya. Impian dia nak bina mahligai tanda cintanya pada Airin hancur lebur pada jam tepat 11 malam sebelum dia sempat nak luahkan isi hati dia kat tempat pertama they went for a date. A wrong time at a wrong place lah lebih kurangnya.

Aku paling tersentuh dengan adegan peluk antara Rashidi dengan anaknya, Alissa (lakonan Erynn Erynna) tu. Dengan berlatar belakangkan lagu Cinta nyanyian semula Jaclyn Victor & Misha Omar, cukup menusuk. Lagi satu scene yang cukup menarik bila Harris nak serahkan Alissa pada Airin. That child’s tear! Wow! Genuine beb! That kid surely can act.

Cuma satu aje, sampai ke hujung filem Imran tak ditunjukkan didalam cerita ni. Dan seperkara lagi, babak kemunculan cameo seseorang pada akhirnya left me clueless? Apa signifikannya ye?

Dato’ Rahim Razali – Wataknya lebih kurang sama dengan Drew Barrymore dalam 50 First Date. Maksud aku sama is that Elyas hanya boleh ingat apa yang terjadi pada hari ni dah dia akan totally lupa semuanya keesokan harinya. Apa pun, lakonan orang lama memang bersahaja. Tak perlu nak keluarkan dialog yang terlampau banyak, tapi dengan mainan muka dan gerakan badan, dah cukup nak convey the message to the viewers.

Fatimah Abu Bakar – Mungkin loghat utaranya serba tak kena, tapi ekspressi mukanya dah cukup nak menyentuh jiwa. Macam yang aku katakan, aku cukup tertarik dengan scene kedai gunting rambut tu. She knows how to carry the character very well and it's just natural. flawless!

Que Haidar – Que ada bakat, tak dinafikan. Sekurang-kurangnya dia berjaya lari dari watak penyangak dalam Castello. Aku rasa dia dah banyak improve dari lakonan dia yang sebelum ni. Tak mustahil kalau dia bakal jadi pengganti hero-hero tua kat Malaysia ni.

Nanu – Sorang lagi pelakon yang berjaya bawak watak Dyan dengan cukup berkesan. Nanu is one our actress yang aku memang respek sebab Nanu memang pelakon yang berkaliber. Watak orang yang teraniaya memang cukup sinonim dengan Nanu dan dia berjaya membawa watak Dyan. It’s just effortless.

Rashidi Ishak – Antara watak terbaik dalam filem ni. Selain dari Nanu, aku rasa Rashidi berjaya bawak watak Harris dengan baik sekali. Lakonan Rashidi cukup baik dalam filem ni. Mainan emosi yang baik dah dia boleh bawak watak sedih. Dia tak kedekut air mata kali ni. Rashidi dah banyak improve kalau nak compare dengan lakonannya yang lepas especially dalam Mimpi Moon.

Rita Rudaini – Lakonan yang agak berkesan walaupun aku rasa sama aje dengan lakonannya dalam drama Rafflesia. Pada awal-awal cerita, Rita semacam tak dapat menunjukkan emosi dalam watak dia tapi as the story progress, baru aku nampak kesedihan dalam watak Airin tu. Especially semasa dia dapat hadiah khas dari Harris.

Eizlan Yusuf - Eizlan, well at least kali ni dia tak lah kayu macam lakonan dia yang sudah-sudah. Dia nampak lebih relaks sebagai Azlan. Mungkin watak macam ni sesuai dengan dia. Satu perubahan yang cukup baik untuk Eizlan. Walaupun watak tu sedikit stereotype tapi this time he manage to do it well enough to get a pat on the back.

Fasha – Fasha is just Fasha. Sama jugak lah macam dalam filem-filem dan drama dia yang lain. Nothing that great but it was okay.

Pierre Andre – Aku sikit kecewa dengan Pierre sebagai Taufik. Apasal? Lakonan dia masih longgar dan ada lubang here and there. Tapi kalau dia disuruh jadi macam tu punya lurus bendul and naïve, well he has done a very good job. Kalau tak, it's just plain simple Pierre Andre. Sampai sekarang I am still waiting for the best from him. What bothers me the most is his R pronunciation. Ada sikit off lah!

Sharifah Amani – Lakonannya lebih kurang sama dengan Gubra tapi kali ni lebih baik lagi. Lakonan dia lebih kurang nakal + cheeky + manja. Whatever it is, she is one rising star yang cukup hebat. Anak siapa lagi kalau bukan anak Fatimah Abu Bakar. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke pinggan.

Banyak watak pembantu dan cameo yang cukup menguatkan Cinta. Nasrizal cukup berkesan sebagai Amin, pemandu teksi bernombor HWB 6314, cucu pada Elyas. Joe (lakonan Shoffi Jikan) walaupun kecik dan kadang-kadang macam jester pada Dhani aje, tapi cukup kuat. Siapa yang boleh lupakan Erynn Erynna yang membawa watak Alissa tu yang cukup hebat dengan tangisan air mata yang tak nampak palsunya. Tony Eusoff, Annahita Bokavali, Gambit, Baizura Kahar, Khor Cheng Guan (Tokey MPH) sekadang pelengkap cerita sahaja.

Filem Cinta ni bukannya filem cinta yang berasingan. Ehh.. memang 5 kisah yang berlainan tapi watak-wataknya berkait rapat. Arianna bekerja dengan Rubiah. Arianna mencari Khalif di firma arkitek tempat Dyan bekerja. Dyan adalah rakan sekerja Harris. Harris berkawan dengan Azlan for a long time. Kalau sekali pandang, memang nampak macam jumbled-up tapi sebenarnya tak serabut langsung. Setiap cerita, pengisian kisah dan adegan disusun supaya senang bagi orang yang memang buta pasal teknikaliti filem ni nak faham. Setiap cerita, setiap watak dicrosskan dengan mudah antara satu sama lain. Jalan cerita Cinta tak kompleks dan mudah. I know I’ve said this earlier but trust me, I am going to repeat the same thing sampai habis review aku ni.

Walaupun ada part-part yang aku rasa tak logic, tapi tak kisah lah. Seronok jugak sekali sekali dibuai dengan kisah-kisah macam ni. Personally, aku lebih tertarik dengan kisah Dyan & Dhani and Airin & Harris. Bukan bermakna 3 kisah yang lain tu tak menarik tapi bagi aku, 2 kisah tu lebih appealing. Mesejnya lebih sampai pada aku and lakonan Nanu dan Rashidi Ishak lebih menangkap.

Kedai Makan Rubiah, KL Sentral, firma arkitek, hospital semacam menjadi titik pertemuah dan perpisahan dalam filem ni. Kisah Cinta banyak berpusing kat sini. KL Sentral tempat permulaan untuk Harris & Airin dan Arianna & Taufik, Kedai Makan Rubiah tempat Rubiah & CIkgu Elyas bertemu and Dyan & Dhani bertekak. Alah, korang faham sendiri lah nanti.

Mainan kata-kata dalam Cinta walaupun nampak ringkas tapi dalam maksudnya. Skripnya takde yang bogus tapi sangat mudah nak diikuti. Hats off to Mira Mustaffa, Khabir Bhatia & team sebab berjaya menghasilkan sesuatu yang baik macam Cinta ni. Kita tengok lah perkembangan diorang lepas ni.

Aku kata:

Jarang sekali aku jumpa filem melayu yang berkonsepkan sedemikian.5 kisah dalam satu cerita. Kalau ada pun, Gangster yang menampilkan 3 kisah dalam satu movie. (Is it relevant if I gave that example?) Tapi Gangster dibawak oleh hero tua yang sama dalam ketiga-tiga cerita. Cinta tidak. Cinta didokong oleh orang yang berbeza. 3 kisah Gangster takde kena mengena antara satu dengan yang lain. Cuma akhirnya sahaja ketiga-tiga cerita ni ditemukan. Tapi Cinta dari awal dah menemukan kelima-lima kisah ni.

Filem ni sarat dengan cinta. Aku cukup minat dengan the start of the movie dimana diorang buat sorotan tentang hiruk pikuk kehidupan kat Kuala Lumpur. Khabir Bhatia pandai bermain dan menangkap emosi penonton. A display of what is KL like. Dilatari pulak dengan narration Nanu Baharuddin dengan sajak (sajak ke?) yang dia tulis khas untuk adiknya sebagai permulaan. Walaupun nampak subtle tapi aku rasa very effective. In fact, filem ni jugak diakhiri dengan benda yang sama.

Bagi aku, Cinta adalah something refreshing. Menyegarkan. Aku memang cukup puas hati bila aku keluar aje dari panggung. Memang serious cukup puas hati. Jarang-jarang sangat aku dapat tengok filem yang macam ni rupa. Yang paling menarik dalam movie ni adalah ensemble pelakon-pelakonnya yang cukup mantap, storyline yang simple dan tema yang memang liberal.

Mungkin cerita ni ada kesamaan dengan Love Actually ataupun Magnolia tapi filem ni dibuat ikut acuan dan terapan kita masyarakat Malaysia. Kisah cinta orang Malaysia lah senang cerita. Sebab tu lah aku senang faham dengan cerita ni. Sebab subjeknya is very close to us and we can relate to it. It’s as simple as that.

Aku paling tertarik dengan sinematografi filem ni. Angle-angle yang digunakan untuk meamng cukup indah. Aku suka dengan lokasi-lokasi filem ni yang memang sempoi habis. Sampaikan construction site and kawasan rumah setinggan Abdullah Hukum tu pun nampak menarik. Masa penghujung cerita, diorang siap boleh capture Putra LRT, Komuter and Keretapi Tanah Melayu at the same time. Menarik! Betul kata Sharifah Amani dalam Wayang Kita, the location is something so beautiful that we see everyday until we barely noticed it.

Cuma ada beberepa perkara yang aku rasa sikit off dalam filem ni. Yang paling obvious sekali mestilah loghat kedah yang digunapakai Fatimah Abu Bakar. Aku ni bukan lah orang Kedah tapi aku ada ramai kawan-kawan orang Kedah. Aku rasa ada sedikit kejanggalan dalam dialog Fatimah Abu Bakar tu. However, nonetheless, lakonan mantap Fatimah Abu Bakar dah cukup nak menutup benda ni.

Ada satu perkara lagi. Aku tak tau lah whether production team terlepas pandang atau tak tengok into details. Kalau tak silap aku, semasa Arianna & Taufik nak berjumpa dengan Khalif tiruan kat construction site tu, Arianna menenakan safety hat berwarna putih. Correctly if I am wrong, but a white safety hat tu hanya untuk mereka yang berpangkat kat site tu aje. Kalau pelawat, warna lain rasanya.

Alah, kalau cerita dah baik, skrip dah bagus, cast-cast dah hebat dan lokasi pun menarik, you’ll tend to let go of all these minor mistakes. Yang penting, aku keluar dari panggung tu puas hati dengan RM 11.00 yang aku bayar untuk tayangan hari Selasa jam 6.30 petang.

Untuk Cinta, aku definitely kasi **** ½ / *****

P/s : perrgggh!! Panjangnya review Cinta ni. Hahahahah…..
P/s : Aku tengah duk humming lagu Ikhlas tapi Jauh by V.E. Such harmonious voice.
P/s : Thanks Edd Vedder for pointing out the sexual interconnection mistake.

Labels:

Tuesday, December 05, 2006

Back to the future!

No! I am not going anywhere and I am not planning to close my blog. Heck! Whatever gave you that idea? I didn’t say that in my blog, do I? I didn't mention the word close or shut, did I? If I remember correctly, I mentioned in hiatus. Hiatus in a laymen's term basically means pause, break or interruption. Not a sudden stop or intentionally stopping. So, how can close down my blog? Where else can I find the place for me to write about anything man?Where else can I find the space to rubbish, brag, talk nonsense or rant about everything? Shish! Hell people! Whoever gave you that idea? Ni mesti kerja Mr IronBoard ni.!

So, in order to avoid any future misconceptualization and just to share a knowledge, click HERE for a more in-depth meaning of hiatus.

Merajuk? Hahahahah…. No way jose! How can a pathethic blogger like me merajuk? Huh, Iron Board? Aku bukannya nak pull some stunt la… isk! Bukannya aku ni stunt man yang akan jadi stand in for some big time actor pun nak pull that kind of stunt.

So, dalil-dalil Mr Iron Board tentang entry YANG INI, itu semua hanyalah fitnah dan dusta semata-mata. I can sue him on the cause of defamation. Hahahah….

Let me make this clear now okay, my blog is just undergoing some major make over. Dah lama sangat dengan rupa yang lama. So,aku pun nak jugak jep botox and vitamin C dalam blog aku ni so that it looks more refreshing and new. I need to change the interface and look of my blog. Not for it too look the same for too long. So, hurrah untuk Edd Vedder sebab berjaya meneka dengan tepatnya pasal ni. Nanti kita pekena teh tarik, ye kawan?

I think it’s now okay (I think!) but I just need to do some adding up here and there. Links to put up, pictures to load and some other stuff. The only thing now is my HALOSCAN doesn’t seem to work since I’ve changed it to Blogger Beta Version.Damn it! I’ve tried playing around with the HTML but sucks! It just can’t seem to work. So please.. anyone… please enlightened me in this time of darkness. Please guide me in using Haloscan with this Blogger Beta Version.

Pada kengkawan kat luar sana yang concern, thanks a whole bunch and to Mr Iron Board, stop insinuating, will ya freak? Hehehehe…. Just kiddin’ dude!

macam mana? Okay tak layout baru ni?


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer