« Home | Everyone has a first ove story to tell » | Ne me quitte pas » | A little update about me... after some time! » | Pesanan Penaja » | Kuch Kuch Hota Hai (1998) » | Coming to an end and a new beginning. » | Norbit (2007) » | Ghost Rider (2007) » | Tips-tips semasa nak beli tiket wayang » | 5 things.... »

Akademi Fantasia kembali lagi....

Dah lama aku tak menulis apa-apa pasal Akademi Fantasia. Kalau dulu, awal-awal aku dah war-warkan pasal Akademi Fantasia ni. Tapi sebab aku ada banyak sangat kerja, so, I don't really have the time to really concentrate on AF. Memang ada idea nak buat entry, tapi insya allah, kalau ada masa, aku akan buat seboleh mungkin. Yelah, ini pun permintaan one of my ex-colleague yang suruh aku buat entry pasal AF. So, not to disappoint her, here's a start.

Konsert 1 Akademi Fantasia 5

Mula-mula aje aku dok tanya diri sendiri, ini konsert Akademi Fantasia ke Kuala Lumpur Fashion Week? Yelah, mana tak nya! Peragaan baju-baju by the students was such a waste of air time. Sudahnya, It took almost 3 hours and 10 minutes of airtime. Itu pun tak tolak iklan lagik. Alah, tak payah lah nak walk down the runway dengan gaya seorang model amatur tu. No need for all that. .The stretch of the concert was way too long.

Terkejut gak aku bila diorang cakap Zana tarik diri dari Akademi Fantasia 5. Well, katanya sebab stress yang terlampau sangat. Alah, kucing aje beb. Kalau parents tu takpe jugak. But I also heard some other reason. Entah, well, based on the "evidence" yang aku tengok, ermm.. no comment lah….

Personally, aku suka dengan reka pentas untuk musim ni sebab it's more simple and wider. Sekurang-kurangnya, ada lebih ruang untuk bebudak tu untuk bergerak. Walaupun persembahan kebanyakan pelajar semuanya nampak macam malas-malas belaka, tapi dengan adanya ruang yang luas ni, mungkin diorang akan improvise in weeks to come. Who knows huh?
Satu lagi pembaharuan yang diorang buat untuk musim kali ni adalah diorang tak tunjukkan carta kedudukan pelajar-pelajar. Fine by me. Yelah, at least biar thrill sikit and biar bebudak tu tertanya-tanya where are they now. Mungkin… (mungkin aje ye!), sesiapa yang berada kat tangga teratas tu, takde lah rasa macam diorang are already in the comfort zone and everyone will put their equal effort dalam persembahan.

Anyway, this week is the first concert, Macam biasa dah sepeerti yang akun agakkan, memang akan over run giler babi punya. Yelah, masa AF 3 dulu, dengan Marsha & siapa entah nama budak tu masuk pun boleh over run sikit. Inikan pulak dengan 13 orang pelajar. Tu belum masuk Fatin dengan Aswad yang "cuti" sakit lagi, kalau tidak maunye konsert habis pukul 12.30. Tak ke kematu bontot dibuatnya.

Yang membuatkan aku letih menonton (selain lama sangat), is the music arrangement. Macam tak masuk dengan telinga aku and there's something wrong with the music direction. Aku rasa kalau diorang maintainkan Sham Kamikaze as the music director pun tak apa. Not to say that Roslan tak bagus, tapi aku rasa Sham, in this sense, is more creative. Arrangement music of the concert was very slow and kinda like dull. Mungkin the kids ada masalah to suit with that kind of arrangement. Cuma untuk lagu Ka Ching aje I didn't find any changes in the arrangement. Aganya, sebab tu bebudak tu punya performance pun macam malas aje

Pengktitik Tetap

Haaa… semuanya pengkritik tetap. Ini satu pembaharuan ni. Ambik konsep Malaysian Idol dengan pengkritik-pengkritik tetap yang akan berada kat kerusi panas tu until the final concert. What do I think about them? Well, eventhough they are undeniably orang lama, tapi aku rasa Fauziah Latiff boleh digantikan dengan orang lain. I am not talking in the sense that I hate her, walaupun pengalaman dia luas, tapi aku rasa they should have taken someone with a background on music. Aku actually prefer Syafinaz more than Jee. Kak Ogy, memang lah aku minat kat dia and she's the right candidate to comment on their performance tapi aku mintak Kak Ogy spare those kids sikit la. Give them a chance. It's all ain't that bad. Ada jugak point-point Kak Ogy yang aku setuju. Tak kurang jugak ada point-point dia yang aku tak setuju sikit

Tapi yang aku suka pasal Ogy ni is that she is very concern about detail and she has the right words to say it Mungkin it is too much sometimes but to a certain point, I kinda agree with her. Malah, dia kurang sentuh bab vocal and concerntrate more on their performance. Hattan, well, for me, Hattan lagi baik dari Adlin Aman Ramli. Komen Hattan padat, tepat and he knows what he is talking about.

Hmmm.. okay lah, on with the performance.

Aizat – Pengeran Cinta

Tak tau lah aku ini kes split personality ataupun mistaken identity. Ape taknya, pakai baju hippo.. ehh… hip hop, tapi bawak lagu Pangeran Cinta. Itu pun yang paling besar yang aku rasa jadi kesilapan dalam persembahan Aizat. Kalau nak bercakap bab suara, as far as I am concern, tak menunjukkan suara rock yang cukup baik to lift up his performance. Mungkin suara Aizat lebih sesuai untuk genre yang berbeza kot/ The back-up singer didn't really help sebab diorang pun just menyanyi masa towards the end of the song. So, aku rasa it just a waste there. Sayang, lagu sedap tapi dek sebab beberapa perkara, the performance wasn't that good.

Afiq – Janjiku

Entah kenapa, there's something wrong somewhere dengan performance dia hari ni. Gaya tu dah cukup hebat macam Usher, tapi suara tu dah tak berapa sedap pulak. Aku takde la minat lagu ni tapi bagi aku, kalau Afiq berjaya bawak lagu ni, he can nail the show. As I said, dia dah ada style, cuma persembahan dia yang entah macam ada yang tak kena pulak. His biggest problem is his tempo. Nak kata menyanyi syok sendiri tu tak lah tapi aku rasa Afiq is trying to present something different. But for me, it doesn't really work this time. Gaya dan showmanship tu ada tapi sayang, Afiq nampak sangat being too cool and malas in his performance. Masa half way through the song aje aku nampak he's trying to make an attempt to sing the song. Don't know whether I should blame him, or it's the music arrangement yang memaksa dia jadi macam tu.

Mila – Bersamamu

I like the song.. Sangat mendayu-dayu and very melancholic. Yang aku salute Mila ni is because she tries very hard to perform. Suara dia boleh tahan la walaupun dia nampak sangat nervous kat atas pentas tu. I like her voice tapi sayang, dek keraja nervous, hilang semua konsentrasi. As for her showmanship, aku rasa biasa sangat and there's nothing special about it. Sayang, lagu sedap tapi dia tak dapat laksanakan dengan baik.

Dafi – Uptown Girl

Okay.. Dafi can sing but what type of genre can he really dwell into? Uptown Girl is too easy. Budak-budak pun boleh. Lagipun, he's too cute for all those young girls to resistAwek-awek yang tengah dok sekolah menengah tu memang akan vote dia for sure la. He has the look but does he has the talent? . He delivered it quite biasa aje and there's nothing so good about his performance. His performance was okay la.. dengan penari tu. Just one thing, buat apa lah ada dua clown kat belakang tu.? ADuhai, tak payah pun tak apa rasanya. Apa-apa pun, among the boys, he did quite okay la. Itupun sebab some of them tak berapa menarik.

Diya – Aku Masih Setia

There's something missing in her performance, I don't really know how to tell what it is. Ni kes yang sama macam Akma, she can sing, but there's nothing that special about her. Mungkin lagu ni tak sesuai dengan dia kot. Performance dia ada sikit hambar.

Farha – Balada Pemuzik Jalanan

One of the worst performance of the night. Kenapa? Sebab rock dia nampak sangat dibuat-buat dan tak original. Aku tak rasa yang Farha sesuai menyanyikan lagu rock. Seriously, takde semangat langsung menyanyikan lagu ni. Ni antara lagu Search yang jadi kegemaran aku, and he failed to deliver it. The performance tu memang tak menarik langsung. I don't want to sound harsh but the action was pointless. He was everywhere.Showmanship yang entah apa-apa entah. Takde attitude rock langsung.

Ebi – Milik Siapakah Gadis Ini

Suara dia ni boleh tahan tapi entah apasal persembahan dia serba tak kena. Macam tak bermaya langsung cara dia menyanyi. He didn't really sing out of tune but the tempo was out. Dia macam malas aje nak menyanyi. Sayang! Sebab lagu ni lagu yang sedap and he should have taken this opportunity to deliver very well And can someone get him a haircut.

Dekna – Tanpamu

Walaupun orang kata dia ni menggedik tahap melampau, tapi aku suka jugak dengan character dia yang bubbly and cheerful tu. Yes, mungkin dia gedik sikit kot tapi sekurang-kurangnya orang macam dia ni yang menceriakan suasana kat dalam akademi tu. Korang kena ingat, sekurang-kurangnya dia menunjukkan perangai dia yang sebenar. She didn't pretend in front of the camera. Well, itu pandangan aku lah kan. Tak tau lah korang macam mana pulak. For her performance, aku rasa yang kurang adalah semangat. Gaya menari dia pun macam sudi tak sudi aje. Suara dia boleh tahan tapi sayang dia tak bersungguh-sungguh sampaikan bila Afiq enterframe, dia sedikit tenggelam dengan kehadiran Puff Daddy tu. She shouldn't let anybody take the limelight from her. And one more thing, penari-penari pulak nampak lebih hebat daripada diorang.

Shawal – Harapan

Among the boys, aku rasa Shawal adalah antara yang terbaik. Walaupun sakit tekak, tapi yang aku respek dengan dia, sebab dia mencuba. Yes, he didn't deliver it his perfect best but it was a good attempt. Shawal pandang menyesuaikan diri dengan music arrangement tu. It wasn't out of tune eventhough there are times that his pitch was everywhere. Tapi as I said, among the boys, he is kinda more promising. Tak tau lah pasal Aswad because he didn't perform in the concert.

Candy – Ka Ching

Bagi aku senang aje, kalau mother tounge language diorang bukan bahasa English, aku tak rasa yang pronounciation is a big problem. Bayangkan kalau kita disuruh menyanyi lagi Kantonis, sedangkan kita memang tak berkomunikasi dengan bahasa ni, sah sah lah nahu dan tatabahasa kita tak betul kan? So, why question the diction? Rasanya, the authenticity of the language is not spoilt right? Same goes dengan persembahan Candy ni. She did quite well with the dance eventhough the English delivery wasn't that good. Hey, at least she gave her best performance. Her performance has the showmanship, the style and most important, she delivered.

Rizal – Menanti Sebuah Jawaban

Nampak macam nak putus urat kat tengkuk dia bila menyanyi one of my favourite song from Padi ni. I personally think that he should be more shoulders down and relax. Sayang, this is a simple song but he made it look like it's taking his life away. He did sync with the melody and rhythm of the song but it wasn't that commandable. Sayang, muka boleh jual tapi he lacks in his performance, Well' see how he do in his next performance.

Noni – Tak Ada Logika.

It's a known fact that this song can get you dancing and pump up the beat. Aku personally suka dengan lagu ni and I know that IronBoard likes it too. The dance was okay laa cuma the delivery wasn't so uplifting. Noni sepatutnya can nail the show with the song tapi sayang, there wasn't enough effort that Noni put for her performance. Kalau Noni usaha lebih lagik, aku sure yang Noni can perform much better with this song.

Heliza – Kau Pergi Jua

Okay, as everyone knows, she is the savior of the night. Out of all, not just the girls, she reigns the best performance that night, Her soothing vocal suits the song very well walaupun dia banyak sangat vibrato in her singing. Aku paling suka bila she made the song hers when she sings it with her own style. Lain dari versi asal dan versi Dayang Nurfaizah. Walaupun nyanyian dia memang sibijik macam Siti Nurhaliza, but at least he did better than the others. Way better than the others. She's sweet and she's humble. Mungkin dia tak macam Dekna or the others yang mengejar the camera's attention.That is what so special about her. Her move was well organized and her expression was subtle but just nice. Aku dengan Ironboard vote for her (as if we really AFUNDI HELIZA and send it to 32999… hahahaha!)

As I said, it was expectedly draggy sampaikan berita Astro setengah jam Apasal? Sebab banyak sangat benda yang tak perlu. Apart from Aznil singing (masih terngiang-ngiang lagu Profesor Klon kat telinga aku ni), Aznil's blabbering was as usual, long and lengthy and also a long video clip about Aswad.Aswad?He's the rock kapak type of singer. Mungkin dia boleh deliver the 80's song very well but what about other type of genre? I am sure than everyone is keeping their fingers cross to see Aswad perform other type of songs. I don't know the decision made for him to remain in the academy is a wise one. Kita kena tunggu dan lihat aje lah.

After that, diorang buat kejutan yang dah diexpectkan bila Fatin keluar membuat separuh persembahan dia untuk lagu Angkat Kaki. Just one thing that came cross my mind, minah ni memang kurang makan ke ataupun dia ni ada penyakit Aneroxia Nervosa? Kesian aku tengok sebab kurus sangat. Tapi her performance was quite okay. Despit lack of preparation and no classes attended, she managed to pull thru just nice, beating the other girls (except for Heliza, that is).

By far, this is the worse Menuju Puncak in history. I though that AF 4 was bad, but this is the worse. Bad to the bone! Menari pun macam nak tak nak aje. Aku tak salahkan the kids jugak sebab music arrangement for the new song was way out! Aduhai, memang tak bermaya langsung nak mendengar and menonton Menuju Puncak kali ni. Dah la tu, siap ada yang berterabur lirik. Yang aku dengar, sorang nyanyi lain, yang lagi sorang pulak menyanyi lain. Tak tau lah pulak aku ada 2 version lirik Menuju Puncak. Such a waste of 5 minutes. No effort to make it lively langsung. Hampeh!

Aku rasa kelemahan paling besar pelajar-pelajar malam ni adalah mereka kurang penghayatan lagu yang diorang nyanyikan. Bukan masalah diorang tak faham dengan lagu ni cuma diorang tak memahami kehendak lagu tu sendiri. Lagi satu, diorang macam tak bersemangat langsung nak menyanyikan lagu ni. At the same time, this will effect their mood lah. Yelah, kalau lagu tak difahami, macam mana penghayatan tu nak datang kan?

Diorang macam takde semangat langsung nak buat persembahan. Menyanyi karaoke pun kira sedap jugak lah kalau nak dicomparekan dengan persembahan pertama diorang ni. It is as if diorang terlampau selesa in the adacemy without even trying hard to perform at best.

Satu perkara common yang jadi kat semua pelajar-pelajar ni lagi, diorang takde buat eye contact dengan penonton kat rumah langsung. Hampir kesemuanya perform without looking at the camera. Ada la sorang dua yang made the effort to look at the camera, tapi yang lain tu takde langsung.

Aku tak tau lah nak salahkan tenaga pengajar ke, pelajar ke, production team ke ataupun siapa. Sebab sebagai penonton, aku nakkan yang terbaik untuk bahan tontonan aku. Yelah, ape guna mengundi and bayar bill Astro tiap-tiap bulan kalau apa yang dihidangkan tak sedap di mata dan telinga.

Better luck for the next concert!

p/s : gambar akan diupload kemudian. Editing pun sama jugak

Labels:


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer