« Home | Ne me quitte pas » | A little update about me... after some time! » | Pesanan Penaja » | Kuch Kuch Hota Hai (1998) » | Coming to an end and a new beginning. » | Norbit (2007) » | Ghost Rider (2007) » | Tips-tips semasa nak beli tiket wayang » | 5 things.... » | Tired... »

Everyone has a first ove story to tell

*AMENDED!!!!!*



KISAH MUKHSIN & ORKED

Orked : Hello
Mukhsin : Hello

Orked : How do you do?
Orked : How do you do?

Orked : You look very nice today
Mukhsin : You looks very nice today

Orked : Takde s… You look very nice today
Mukhsin : You look very nice today

Orked : Very nice
Mukhsin : Very Nice


Ini adalah saat pengenalan Orked dengan Mukhsin. Cinta pandang pertama Mukhsin yang tertarik pada Orked yang bersongkok senget. Cinta pandang pertama Orked pada Mukhsin yang tertarik pada gaya alunan tangan Mukhsin kat dalam teksi menuju ke rumah Mak Senah. Mukhsin adalah sebuah filem indah yang mudah untuk difahami. Mukhsin membawa kita ke zaman bila kita tak pernah peduli tentang dunia luar. Mukhsin adalah kisah zaman kanak-kanak yang penuh ceria & gaduh-gaduh manja Mukhsin adalah perjalanan masa muda Orked dengan seorang budak bernama Mukhsin. Sebelum Orked kenal dengan Jason ataupun berkahwin dengan lelaki melayu bodoh tu!

Mukhsin seorang budak kampung. Dia seorang SURVIVOR. Dia bukan macam abangnya Hussin, seorang yang mengalah pada keadaan dan menyalahkan takdir. Mukhsin seorang yang kuat. Mukhsin seorang yang jujur pada perasaan dia sendiri. Orked pula lahir dalam keluarga yang extrovert. Orked seorang tomboy yang lebih open minded, cerdik dan brutal. Orked tak mudah menunjukkan rasa hatinya walaupun gerak lakunya menunjukkan maksud yang sebaliknya.

Mukhsin & Orked dipertemukan dalam keadaan yang yang cukup indah tapi berpisah dalam keadaan yang perit. Di antara saat pertemuan dan perpiasahan yang singkat itu, bermacam-macam perasaan tersimpul antara dua anak muda ini. Kasih, sayang, rajuk, benci, cukup semuanya. Macam-macam yang mereka lalui untuk merasai perasaan tu.

Kasihnya Mukhsin pada Orked sampaikan dia sanggup balut basikal buruknya tu dengan kain buruk untuk keselesaan Orked. Cemburunya Mukhsin bila Orked dengan sengajanya dipeluk kawan mereka. Bencinya Orked pada Mukhsin sebab Muksin menengkingnya. Rajuknya Orked pada Mukhsin sampaikan dia tak ingin bercakap ataupun berjumpa dengan Mukhsin. Sayangnya Mukhsin pada Orked sampaikan setiap hari tanpa gagal dia tetap berteriak nama Orked didepan pintu dan tingkap bilik Orked. Tapi itu semua Mukhsin buat atas dasar kasih sayang. Mukhsin sayangkan Orked.



Mungkin keterlaluan sikit kalau aku cakap Mukhsin pencinta yang agung. Alah! cinta budak berumur 12 & 10 tahun. Apa lah yang ada? Tapi korang semua pernah fikir tak? Cinta zaman tu adalah cinta yang cukup tulus. Sebab kita masih belum dirasuk perasaan materialistik, emosi dan amarah yang mengawal nafsu. Cinta bukannya penyelesaian matematik, algebra ataupun logaritma. Ia terlalu kompleks nak disebut satu per satu. Hmmm....!

Cukup lah kot aku bagi spoiler pasal synopsis filem Mukhsin. Kalau korang baca entry aku kali ni, aku rasa korang dah boleh faham semua pasal Mukhsin.

Lakonan

Syafie as Mukhsin is outstanding as a newcomer. He has that kampong boy charm yang menarik. He has talent, no doubt about that. Cuma perlu dipolish lebih sikit. Trust me, kalau kena gayanya, dia boleh cemerlang sikit masa lagi.

Aku sedikit kecewa dengan lakonan Aryana. Entah! The only thing that came to my mind was “I want more from her”. Aku tak nak dia dibayangi oleh kakak-kakak dia yang dah cukup establish. Tapi itu lah masalah aku, aku tak pernah puas when it comes to those siblings. Aku cuba nak lari dari membandingkan Aryana, Amani dan Aleya. Mungkin aku berjaya tapi seriously, aku tak puas dengan lakonan Aryana. Aku lagi tertarik pada Ayu, budak kecik yang kepoh dan suka jaga tepi kain orang macam mak dia jugak. Si kecik tu memang cukup perfect dengan ekspressi muka dan body languagenya.



Aleya? Aleya lebih cheeky, fun and adorable. Maybe she is too young to be Mak Inom tapi she carried the character well Same goes to Irwan Iskandar. Irwan Iskandar memang perfect as Pak Atan. Selamba, blur, blobbish but fun. Aku tak pernah tengok satu kali pun watak Pak Atan ni serious. Kalau tiap kali ada Pak Atan, aku mesti gelak besar. Kelakar… memang kelakar.

Adibah Noor tak berubah dalam Sepet, Gubra ataupun Mukhsin. Which was fine by me. Dah itu gayanya Kak Yam, nak lebih macam mana lagi ye tak? Mislina Mustafa tak kurang hebatnya sebagai Mak Senah. Cukup sifatnya sebagai orang kampung yang susah hidupnya. Mukhsin ada banyak special appearance dari pelakon-pelakon Gubra dan Sepet macam Norkhiriah, Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Ho Yuhang dan Alan.

Mukhsin has a complete set of family. The cast was complimenting each other in everyway. Yasmin Ahmad dah groom semua pelakonnya dengan baik sekali walaupun ada sikit yang aku rasa masih belum puas dengan satu dua perkara Apa-apapun, pelakon-pelakon Mukhsin dan berjaya menghidupkan watak mereka dengan cukup baik sekali.



Kritikan, Sindiran, Sinikal atau Realiti?

Bak kata Rewan, Yasmin Ahmad banyak mengkritik Melayu secara halus. Aku kurang setuju dengan pendapat Rewan dalam komen yang dia tinggalkan kat Comment Box aku. Dia cakap “Mungkin dah jadi signature Yasmin utk "kritik secara halus" org melayu dalam filem2nya”. (Wan, aku cilok ayat kau!) Mungkin itu bukan kritikan, tapi itu lebih pada reality yang ditonjolkan oleh Yasmin Ahmad dalam filem-filemnya.

Aku rasa, Yasmin Ahmad bukan jenis yang suka menyindir dan mengkritik. Sebab apa? (Sekali lagi aku cilok dari blog Yasmin Ahmad). Yasmin Ahmad cakap, “am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool.”. So, I don’t think that Yasmin Ahmad is trying to criticize anybody. Ala, itu pendapat aku aje. Kalau salah, tolong lah jolokkan. Heheheheh…..

Mungkin yang paling menarik dalam Mukhsin is kenyataan “si kucing pencemar budaya” itu merupakan sekadar lawak sinis kepada you know who?

Ehhh… dah melalut pulak aku merepek. Let’s get back to the topic. Kenapa aku kata filem ni kuat budaya Melayunya?

1. Kan dah sikap orang melayu kita yang pantang tengok orang lebih sikit. Mula lah mengata itu ini. Mula lah jadi si joyah, si tipah dan si senah yang duduk berkumpul menceceh dan sibuk menjaga tepi kain orang lain

2. Poligami. Mungkin isu ni sedikit taboo kalau nak diceritakan. Yelah, sebab setiap orang ada pandangan berbeza pasal benda ni. Tapi it’s becoming more recurrent that si suami meninggalkan isteri pertama dia sebab dah ada awek kat belakang marriage dia.

3. Budak-budak kan suka main masak-masak and kahwin-kahwin dulu. Hehhee… tergelak aku dengan scene ni. Tergelak sebab terkenangkan aku dengan kawan-kawan aku pun ada main kahwin-kahwin jugak dulu. Ala, dulu geng lelaki dengan geng perempuan kan boleh main sama-sama. Hehehhehe… kelakar.. kelakar…Masa tu mana lah ada X-Box ataupun PS2. Masa tu pun, aku masih buta lagi computer game ni semua. Game arked pun takde lagi masa tu. So, kira merasa jugak lah aku main permainan-permainan tradisional ni

4. Aku teringat permainan yang aku selalu main dengan kawan-kawan aku dulu. Galah Panjang atau in Johor (the place where I grew up), diorang panggil belonaca (kalau tak silap aku lah). Kan itu permainan rakyat kan? Berapa banyak movie yang ada tonjolkan permainan macam tu dalam filem mainstream mereka?

5. Rasanya dah jadi adat lah kan? Jiran tetangga dok pinjam gula, garam kat jiran sebelah, Dok jadi ahli mesyuarat tingkap sambil-sambil tu. Takde salahnye pun benda ni bagi aku.

6. Lagi satu lagi budaya Melayu kita. Kalau dah ambik barang secara berhutang tu, memang liat sikit nak bayar. Bukan tak bayar, tapi liat nak bayar. Kadang-kadang tu lewat seminggu, kadang-kadang tu lewat sebulan. Silap-silap, sampai kena tarik lah. Alah, perkara normal lah tu.

Walaupun tak semua, mungkin satu dua benda, pasti terkena batang hidung sendiri kan? Alah, kita ni orang melayu. Bagi aku, Yasmin dah berjaya menyampaikan budaya melayu dalam filemnya. Mungkin nampak simple dan mudah, tapi ada banyak kaitannya dengan masyarakat Melayu kita sekarang ni.

Aku kata :

Orang kata filem ni adalah prequel filem Sepet dan Gubra, Yes, memang betul! Tapi, aku melihat dari perspektif yang sikit berbeza, Aku tengok Mukhsin as Mukhsin sendiri tanpa ada pengaruh Sepet & Gubra. Aku masuk dalam panggung, I totally blank myself from Sharifah Amani’s Orked, Ida Nerina’s Mak Inom dan Harith Iskandar’s. Sebab apa? Aku nak tengok Mukhsin as a different part of the Orked’s trilogy.

Banyak sebab kenapa aku suka dengan Mukhsin. Mungkin jalan cerita Mukhsin slow, tapi bagi aku walaupun slow, ia cukup menyenangkan. Slow tapi tak lembab. Slow tapi enjoyably simple. Macam tu lah cerita Yasmin Ahmad. Aku suka dengan filem Yasmin Ahmad sebab ia filem yang simple.Aku enjoy filem Yasmin Ahmad sebab ia dekat dengan kita.

Yang membuatkannya hebat, pada aku, cuma satu perkataan aje. SIMPLE. Simple but it’s filled with substance and its rich with emotion. Simple because it brings us back to a place where we one were. Simple but it is full of memories yang any of us can relate to. Simple; but yet deep with sentiment of love.

Inilah kelebihan Yasmin Ahmad. Personally for me, her film isn’t about trying to hard but it’s all about the simplicity of everything. Her film dooesn’t require us to think hard. She only ask us to sit back and feel the movie. That is what I did. Aku tak fikir apa-apa pun semasa menonton filem ni. Aku just duduk dekat sead E06, Hall 5 kat GSC Midvalley, pastu aku just enjoy and feel the movie. And I did feel and enjoy the movie. It touched me and it moved me. It didn’t make me cry though. It was touching enough to make understand Mukhsin’s feeling that time.

Mukhsin’s location is very soothing. Kuala Selangor yang digambarkan sebagai Muar (betul ke ni? Kalau salah, please betulkan.). I love the serenity and tranquility of the trees, paddy field and kampong site. Sangat menenangkan. Dalam kes ni, aku tak nak tengok camera angle yang hebat sebab aku dah tertarik pada suasana Mukhsin tu sendiri.

Mungkin Sepet ataupun Gubra tak kuat nafsu Melayunya. Tapi, Mukhsin kuat nafsu melayunya. Main galah panjang, main laying-layang, berbasikal menyusuri kampung & panjat-panjat pokok. Benda-benda biasa yang budak kampung biasa buat. Dan itu yang membuatkan aku rasa selesa menonton Mukhsin.

Aku suka dengan Mukhsin. Personally, aku lebih suka Mukhsin kalau nak dibandingkan dengan Gubra ataupun Sepet. For me, this is Yasmin Ahmad’s best work so far. kalau nak dibandingkan Sepet, Gubra and Mukhsin, aku pilih Mukhsin atas banyak sebab yang aku dah ceritakan kat atas. Yang paling penting, Mukhsin tak mencemar budaya (hahahahha) tapi Mukhsin lebih berbudaya. Yes!!! Mukhsin tidak mencemar budaya tapi sarat dengan budaya. Tak tau lah kalau bermain galah panjang pun dikatakan mencemar budaya.

Sebenarnya, aku tak puas hati menonton Mukhsin. Sebab apa? Sebab pendek sangat. Apa-apa pun, itu dah memang diluar dari bidang kuasa aku. The ending couldn’t be much more better than what Yasmin have served us with. Mungkin keadaan akan jadi berbeza kalau Mukhsin & Orked bertemu dalam keadaan yang berbeza. But, let’s not go into that sebab it’s a totally different thing all together.

All in all, Mukhsin adalah satu filem yang cukup indah isi nya dah mudah pengertiannya. Macam yang aku pernah cakap dulu, it’s a movie that anyone of us can relate to. Aku sendiri pun pernah main layang-layang, main galah panjang

Korang pergi menonton wayang, just sit back, relax and enjoy the movie. Don’t think at all just Feel!

p/s : Oh ye, yang buat aku rasa lebih berbunga, masa tengah tunggu tayangan bermula, akun toleh kanan dan aku terperasab a Chinese couple sitting and watching Mukhsin. What a rewarding moment! Well, at least for Yasmin Ahmad it is. :)

KISAH AKU

Filem ni sarat dengan emosinya. Mula-mula tu, kau takkan terasa apa sebenarnya yang emosi yang cuba disampaikan Yasmin Ahmad dalam Mukhsin, tapi sikit demi sikit, aku dah dapat tangkap apa sebenarnya Mukhsin. Dah lebih dari itu, aku dapat relate dengan apa yang Mukhsin lalui. Haa… korang nak tau ape benda yang aku cakapkan ni? Kisah kat bawah ni kira macam Confession on a Dance Floor lah nie. Macam kenyataan terbuka pasal diri aku yang dengan selamba badaknya kasi tau semua orang pasal kisah silam aku. Hehehehhe…

Aku tak pernah bercinta. Yes! Ini pengakuan ikhlas aku. Memang aku takde that special someone in my heart before and at present. Aku memang tak pernah serius bercinta sebelum ni. Kenapa? Sebab aku ni penakut! Aku takut bab cinta ni. Aku takut gagal and I am not someone who takes defeat easily. Tapi, aku pernah rasa ingin bercinta, mencintai dan dicintai. Aku pernah rasa menyayangi seseorang. Aku pernah suka pada seseorang walaupun aku tak pernah betul-betul bercinta.

Aku tak buta perasaan tu. NO! Tapi aku masih dapat tangkap emosi dan perasaan Mukhsin. Sebab apa? Sebab aku dengan Mukhsin sama. Aku tak samakan kisah aku dengan kisah Mukhsin, tidak! Tapi aku samakan apa yang aku lalui dengan apa yang apa Mukhsin lalui. Perit, kecewa, sedih, merajuk! Itu semua lah!

Aku pernah hilang ramai sangat that someone to somebody else. Bayangkan, orang tu ada depan mata. Tunggu aku buat that move to say it out loud. Tapi disebabkan aku ni pengecut, bodoh (that came out from her mouth!), takde la aku make to move to say it. Hahahha… to make things worse, I lost to my own friends. Bukan sekali jadi macam ni. Kalau ikut perkiraaan aku, rasanya dalam 3 kali benda ni jadi kat aku. Sheesh! Kata orang, third time is a charm? Now I have doubt about that! Hahahha….

Aku pernah rasa mencintai seseorang tu dalam diam. Tapi aku takde dan takkan make that move sebab itu bini orang wooo!! Tak bleh.. tak bleh… dosa… so, lets not go into details about that, okay?

Aku pernah rasa di perhatikan dalam diam. Okay, this is creepy. Tapi aku dapat tau sendiri dari kawan baik budak tu. AKu rasa kelakar pun ada, pelik pun ada. Tapi ada jugak perasaan berbunga tu. Yelah, orang macam aku ni ada secret admirer. Hahahah… geli pulak aku dengan bunyi SA tu.

Aku pernah rasa ingin mencintai orang yang sekarang ni adalah best friend aku. Yang aku still jumpa dan lepak sekali sekala. Berat tu memang berat beb. Kadang-kadang tu rasa cemburu tu memang membuak-buak dalam hati ni kalau tengok dia mesra dengan orang lain. Tapi I have to accept the fact that we are not destine to be lovers (for now maybe. In the future, kita tak tau lah kan). You know what the feeling is like to be sitting in front of that someone, but knowing that you will never be that someone special. It hurts, damn it.

Mungkin sebab tu sekarang hati aku dah keras untuk cinta. Bukan aku tak open diri aku untuk benda tu semua but maybe its because of all those things. Aku tak sedia lagi untuk tu semua.

Aku tak tau macam mana perasaannya bila disayangi and dicintai, aku cuma macam mana rasanya nak menyayangi dan nak mencintai seseorang. Let me tell you one thing, the feeling ain’t that nice. Entah lah! Mungkin aku belum ditakdirkan untuk bercintan-cintun kot. Hehehehhe....

p/s 2 : Habis dah review aku yang panjang lebar ni. Aku kalau review and cerita pasal filem Yasmin Ahmad, memang panjang. Tapi takde la sepanjang dan sedetail Ajami Hashim. har har har!!! So, what's next after this? AF? Hmmm.. maybe.. tunggu aje lah!

Labels:

Good review Maddox! Psl acting aku setuju. Mohd Shafie as Mukhsin is outstanding. Aryana aku pon rasa "i want more from her". Mukhsin mungkin karya terbaik Yasmin Ahmad. Lebih baik dari Rabun, Sepet & Gubra. Bagi aku nobody's perfect. Dlm Mukhsin pon sama jugak. Mungkin dah jadi signature Yasmin utk "kritik secara halus" org melayu dalam filem2nya. Watak Rozie Rashid dan husbandnya Abg Odeng tuh mcm part of realiti hidup. Tapi aku takut nanti org ingat kalo filem Yasmin, melayu mesti malas, mesti suka bawak mulut kecuali melayu yg pandai berbahasa inggeris.

*Budak perempuan yg pegang watak Ayu tuh memang menjadi. Boleh dicalonkan as Best Sopporting Actress mcm Abigail Breslin yg tercalon kat oscar.

Baru tadi pagi berkesempatan menonton filem ini. Aku bersetuju yang watak Ayu lebih menyerlah. Teringat pulak pada "si Joyah" bila melihat telatahnya. (Mungkin ini Joyah Jr.).
Pelakon yang bawa watak bapak Orked pun menarik jugak.

aku akan tunggu sampai kau abis gunting rambut!.. cepat hapdet!..

aku rasa aryana lagi cute dari kakak-kakaknya. agak2 sepuloh tahun lagi boleh la jadi bini aku. hehehu

Rewan : thanks bro! Aku ada komen tentang komen ko tu and aku slot in dalam penghabisan entry aku ni.

Saudagar Mimpi : betul tu! Aku setuju dengan ko. Kalau ada open 20, 30 tahun lagi, dia lah calon yang paling sesuai sekali.

Ajami : dah botak pun rambut aku ni.

Taiko : ko memang pedophile. Cis!

yeah right! kau punya 'memang' tak panjang & detail!.. err.. i mean ur posting ini!.. qah!qah!qah!

fuyoo ada amended version. Maddox jgn salah faham dgn komen aku tuh. Bila aku ckp psl signature filem2 Yasmin "kritik melayu secara halus" bukannya maksud aku Yasmin nak bantai or hentam orang melayu. "Kritikan" mesti dilihat dari sudut pandangan berbeza. Orang melayu kalau kalau cakap psl kritikan mesti pandang from negative point of view. "Kritik secara halus" yg aku maksudkan dari positive point of view. Kita bercakap pasal filem bukannya pengarah. Apa yg kita tgk kat layar perak. Filem jugak satu art expression mcm "painting" dan apa yg penonton tgk boleh dilihat dari sudut pandangan berbeza. Mungkin boleh dinilai sebagai social critic atau dari sudut commercial value dan aesthetic value. Dan dalam Mukhsin sebagai penonton aku rasa ketiga2 perkara ni ada.

"Tapi aku takut nanti org ingat kalo filem Yasmin, melayu mesti malas, mesti suka bawak mulut kecuali melayu yg pandai berbahasa inggeris."

-Maksud aku, aku takut kalo penonton2 yg dah biasa dan suka dgn filem2 melayu arus perdana & tak cakap english dalam percakapan seharian dan diorang ni dalam kelompok yang kurang gemar dengan pendekatan yasmin tapi gemar menonton filem2 melayu yg popular & slapstik, nanti diorang akan cakap tak habis2 nak mencemar budaya.

Tapi bagi aku yang "tidak gemar" filem2 melayu yg typical dan slapstik, Mukhsin is truly classic. Indah dan puitis. Aku melihat dari sudut art expression dan bukan realiti hidup. Dan aku boleh rasa keindahan tuh. dan lagu Hujan bagi aku antara lagu melayu paling indah pernah aku dengar.

Mungkin Yasmin dah baca entry amended version nih dan 1st comment aku. And i hope she will read my 2nd comment. Takut nanti dia ingat aku cakap dia "pengkritik" orang melayu pulak.

Good review Maddox. Majulah filem untuk negara.

nak komen yg last part..

hmm about urself tu... btw if u tak ble nak open up ur feeling toward oths susah lah...

if u never told anyone about ur feeling how org nak tahu...

if org reject u at least u dah tahu kan da consequences..

dont b afraid to tell... or else u end up alone..

hmm my 2cents...

Post a Comment

My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer