Monday, July 31, 2006

Mukhsin : Everyone has a first love story to tell

Taken from Yasmin Ahmad's blog.

After Rabun, Sepet & Gubra, Yasmin Ahmad is back with Mukhsin. Don't know about you, but I am waiting for this movie.

Is this masterpiece going to be as controversial as Gubra? Kita tengok aje lah nanti. Lepas kena cop dengan Pencemar Budaya (Which i find damn ridiculous!!!), Harap-harap takde pulak lah yang cop Pencemar Agama pulak lepas ni.

Sunday, July 30, 2006

Konsert AFMASUK Akademi Fantasia 4

Sebelum aku review dan ulas concert malam tadi from my eyes, mari kita recap balik semua gimik-gimik hampeh bin tak hampas, menyibuk a/l menyemak dan tak perlu d/o tak penting pada malam tadi. Sorry lah kalau kasar, but these are the things yang buatkan konsert tu makin bosan dan meleret...

Gimik-gimik dalam Konsert yang membosankan untuk konsert kali ni.

1. Masa nak umumkan kedudukan dalam carta AFMASUK tu. Sekejap kata nak umumkan, sekejap kata tak payah nak umumkan. Sudah sudah bebudak tu kejap duduk, kejap bangun. Diorang tu sengaja buat lawak atau pun sengaja nak menyeksa bebudak tu? Sepatutnya benda-benda macam ni diorang dah plan awal-awal lagik and not make a pun out of it.

2.Aznil menyanyikan lagu jepun tu untuk Karen.Ape reason. Seriously, aku tak tau entah apa purpose benda tu dibuat. Dah macam lagu Doraemon aje bunyinya. Aku tak suka Aznil goes up to that extent untuk buat gimik. It is out of the norm yang aku nampak from Aznil.

3. Kerusi tercabut. Aku tak tau lah sama ada that thing was self-inflicted, accidental or unintentionally, tapi aku rasa its something that does not need to be featured. Aku tak nampak apa rasionalnya benda tu. Setakat nak tunjuk production team tak buat kerja ke?

4. Lampu padam masa persembahan si Diddy. Lagi satu gimik yang aku memang tak faham lah apa fungsinya. Astro tak bayak habis sewa dewan ke? Yelah, next week dah tak de kat Dewan Sivik MBPJ tu. Semuanya dah beralih ke Bukit Jalil.


5. Main lagu cepat untuk Zila. Saja nak test kat si Zila ataupun nak kasi thrill kat penonton? Entah lah....

Pengkritik Jemputan :

Liza Hanim: Mak aku cakap, ya allah, mata dia macam tak boleh nak bukak langsung dengan mascara and contact lense yang macam tu. Liza, paip air kat rumah you berkarat ke? Heheheh… bukan main berkarat lagi rambut. Anway, aku rasa Liza tak menjalankan tanggungjawab dia dengan baik sangat.

Sharifah Shahira
: Maaf! Aku tak faham langsung apa fungsi sebenar Shira sebagai pengkritik. Dia banyak buat lawak kosong dan bodoh yang tak menjadi langsung. Aku rasa Shira patut fokus on how to improve the students dari segi persembahan diorang. She should say something that she is good at and and not blabber on other unimportant things.

Dah tak ada orang lain ke yang boleh jadi pengkritik untuk Akademi Fantasia ni? I mean, at this level of the competition, Astro sepatutnya panggil pengkritik yang lebih berkaliber untuk mengkritik budak-budak tu baik dari segi persembahan ataupun dari segi vokal. Masa diorang panggil Adnan and Siti Hajar dulu, bagi aku memang it is a smart move by Astro. Tapi minggu ni, panggil pulak Liza Hanim and Sharifah Shahirah. I don’t have anything against them, malam aku memang respek kat diorang. Cuma I am looking at the other side of the coin aje. We need criticism yang boleh develop bebudak tu to the next level. Itu ajr!

Carta AFMASUK

Carta undian AFMASUK tu takde lah menunjukkan apa apa menarik sangat pun. Yelah, semua orang dah tau tentang kedudukan bebudak tu semua and kedudukan tu memang tak berubah sangat pun. For a few days, Rich memang dah lead the pack and dihampiri dengan Lotter. Amirul comes next before DIddy. Yang perempuan, semua hanya merasa 4 tempat terakhir carta tu dengan beza peratusan undi yang besar giler. Zila mendahului bebudak perempuan tu, followed by Salima, then Karen and lastly Nora.

Aku kesian tengok bebudak perempuan ni. Walaupun sesetengah budak perempuan tu jauh lagi berbakat dari sesetengah bebudak lelaki tu, tapi undian diorang tetap rendah. Korang bayangkan lah, macam mana lah 1 % @ 3% undi tu nak lawan dengan 43% undi yang si Rich dapat pun?

Yelah, bebudak sekolah berpinafore yang baru nak naik tu aje yg rajin nak perabiskan duit mak bapak diorang nak undi bebudak yang kiut miut tu. Untuk kes si Rich tu lain lah kan, entah2, bapak dia mau habiskan beratus ribu nak undi anak dia tu.

Persembahan Pelajar

Salima (Nour El Chams)




Dapat jugak Salima nyanyi lagu Arab yang dia idam-idamkan sangat. Aku rasa lah, dalam banyak-banyak persembahan Salima, ni adalah persembahan dia yang terbaik sekali.I mean, lagu ni lagu rancak, tambah pulak dia kena menari ala-ala belly dancers timur tengah, sebab tu aku kata ia menarik. Cuma satu aje, Salima nampak outstanding bila dia ada sama-sama dengan back-up dancers dia. Bila dia sorang-sorang, aku tak rasa sangat yang dia appeal ke depan.

KOreografi tarian dia pun nampak cantik dah kena dengan lagunya. Salima memang boleh move dan dia memang boleh menari. Dan move dia memang kena dengan lagu macam nie. Tapi dari segi vokal, aku rasa plain dan biasa aje. Tak ada penekakan dalam high notes dan low notes.Tak ada sangat variation dalam vokal dia untuk lagu ni. Nampak biasa aje dengan banyak penekanan pada middle range aje.(cheeewah.. iye ke ni?)

Dia cuba jugak nak interact dengan penonton kat studio tapi nampak macam tak ada respon aje. Penat dia angat tangan suruh penonton penonton menyanyi bersama.. tapi tak ada sambutan langsung.

Amirul (Kurniaan Cinta)




Apa masalah nye dengan si Amirul ni? What the heck is wrong with him? Seriously, ni adalah persembahan terburuk antara yang terburuk from Amirul for the past 9 weeks. Kalau last week was bad, this week is even worse. Suara dia serba tak kena dengan lagu ni, feel dia serba tak kena, gaya dan tarian dia serba tak kena, memang ni adalah persembahan Amirul yang paling out sekali.Vokal dia memang tak sesuai dengan lagu macam ni dan macam yang aku dah cakap, dia tak menunjukkan apa-apa improvement pun dalam suara dia.

Dia macam tak bersemangat menyanyikan lagu ni. Aku setuju dengan cakap Adlin yg cakap Amirul macam tak nak aje masuk ke final. Aku tak nampak kesungguhan Amirul menyanyikan lagu ni. Dia macam nak tak nak aje menyanyi malam ni.

Masa tengah-tengah lagu ni, dia semacam pancit dan termengah-mengah aje. Kalau ye pun kau tak berminat nak masuk final, at least fake it la.. Orang pun naik bosan tengok persembahan kau tu.

Oh ye.. kenapa aku rasa lagu ni macam lagu M Nasir?

Nora (Berpaut Di Dahan Cinta)




Dari segi persembahan, aku nampak tahap keyakinan Nora agak tinggi walaupun dia hanya sempat masuk Akademi Fantasia tu selama seminggu aje. Dia tak takut nak mempelbagaikan persembahan dia. Aku rasa dia cuba memaksimakan apa yg dia belajar dalam masa seminggu kat akademi tu.


Hmmm... Nora sangat confident kat atas pentas and dia ada jugak bergerak ke hulu and hilir pentas. Cuma aksi main gitar dengan mengetap bibir tu aku rasa tak penting and tak perlu sangt dalam persembahan dia tu. But suara dia kira okay juga lah.

Rich (The Reason)



Aku memang suka dengan lagu ni dan aku suka dengan persembahan Rich pada hari ni. Face expression dia dan feel dia memang tepat dengan lagu ni. Aku rasa ni sebab lagu-lagu macam ni adalah lagu makanan dia. Sebab tu dia boleh bawak lagu ni dengan cemerlang. Tak keterlaluan ke kalau aku cakap yg ini adalah persembahan terbaik Rich setakat ni dan persembahan Rich ni adalah persemban terbaik antara ramai-ramai malam tadi.

Confidence level dia menyanyikan lagu-lagu omputih ni memang terserlah and feel dia membawakkan lagu ni memang sedang sedang elok ajer. Bagi aku, based on persembahan dia malam tadi, memang dia antara yang paling layak untuk ke final. Gaya persembahan yang bersahaja dan dia banyak interact dengan crowd kat studio and penonton kat rumah. Aku rasa dia memang sesuai bawak genre muzik yg macam ni.

Alahai... kau menangis sebab apa Rich? Kau sedih sebab tak dapat jumpa Velvet ye....

Karen (Jejaka Idaman)





Persembahan Karen ni anggap comel. Baik dari segi suara dia, nyanyian dia, presembahan dia and especially arian dia. Macam yang aku cakap dulu, dari segi sebutan dan diction bahasa melayu, Karen mem ang tak ada masalah sangat. Suara dia pun aku rasa not bad sangat lah. Kira sedap juga lah didengar kat telinga aku ni. Suara dia lantang dan voice projection dia jelas.

Persembahan Karen pun nampak menarik jugak. Koreografi dia menarik sebab dia pandai menari dan dia tau macam mana nak berinteraksi dengan penontoh dirumah dan kat dewan tu. Tahap keyakinan dia kat atas pentas tu memang tinggi dan dia ada stage presence dia sendiri.

Diddy (Diari Seorang Lelaki)


Dalam persembahan yg dulu-dulu Diddy nampak macam he is trying to hard untuk persembahan dari dia. Baik dari segi persembahan dia ke, koreografi dia ke, pergerakan dia kat atas pentas dan apa-apa pun lagi. Tapi minggu ni aku rasa Diddy nampak sempoi dan relax dalam persembahan dia. That should be the way man. I mean, walaupun this is a competition, tapi dia patut lebih relax dan cool dalam persembahan dia. Kalau dari dulu dia macam ni kan bagus, aku rasa persembahan dia akan nampak lebih menarik. And Adlin’s comments says it all.

Apa-apa pun, aku suka tengok persembahan dia hari ni. Mula-mula tu aku reluctant jugak nak tengok dia bawak lagu ni, Frankly speaking, aku takut dia tak boleh bawak aje lagu ni. Tapi he proved that he can sing this song very well.

Bagi aku, Diddy antara yang paling layak untuk jadi calon konsert akhir. Tapi itu kalau judging was based professionally lah. Tapi kalau based on undian penonton, susah sikit lah.

Zila (Bisikan Hati)


She looks sweet and beautiful dngan pakaian tradisional tu. Satu persembahan yang berbeza dari Zila. Something yang sangat menarik dan lain dari yang lain. Persembahan Zila nampak simple and modest. Just nice for that song.

Aku memang tak ada masalah sangat dengan vokal Zila. Suara dia memang sedap. Voice projection dia memang terang dan sebutan dia memang jelas. Penghayatan dia yang sederhana tu aku rasa memang kena dengan lagu ni. Feel dia cukup

Memang lagu macam ni tak perlukan tarian sebab lagu ni lagu yang slow. Sebab tu, dia berdiri macam tiang bendera aje. Walaupun macam tiang bendera, tapi, bagi aku memang cukup kena dengan lagu tu. Yelah, takkan lah lagu-lagu macam ni, nak bergerak ke hulu, ke hilir. Nanti terlondeh pulak kain songket dia tu.

Lotter (Pria Terhebat)


Ni lagik satu lagu favourite aku from Shiela On 7 and actually, I am not putting that much hope in Lotter singing this song well.

Yang menariknya persembahan si Lotter ni adalah dance move dan moon walk dia aje. Seriously! It’s not that I don’t like Lotter tapi minggu ni dia kembali dengan suara kepit Donald Duck dia tu. Lotter memang tak ada vocal variation ke? Yelah, asyik stail menyanyi macam tu aje yang dia gunakan in almost all of his performance.

Tahap keyakinan Lotter atas pentas memang tinggi. No doubt about that. Memang semua orang tau yang dia memang confident dia dalam apa-apa persembahan dia.Confidence level dan stage presence dia memang tinggi.Tapi bagi aku, aku nak tengok persembahan yang baik dengan suara yang sedap.Sorry to say, si Lotter ni ada one part of it aje. Bab suara dia memang tak ada sangat. Masa nak ke hujung-hujung tu dia dah mula pancit.

TENGOK persembahan dia memang menghiburkan tapi DENGAR persembahan dia memang memang mengharukan.

Oh ye Adlin, aku tak rasa Lotter faham apa maksud STAGNANCY tu.

Persembahan Bonus

Medley Hujan, Tanda Kasih, Hendak Ku Tanya Terasa Malu dan Berilah Kasih Sayang
Aku rasa, untuk keseluruhan persembahan bonus ni, Farhan & Velvet lagik menonjol dari Faizal and Haziq tu. Aku suka the combination of the girls. Diorang memang appeared to be above than the boys. Aku tak nampak apa-apa kelebihan Faizal dalam persembahan bonus ni. Tapi aku suka denan suara Haziq masa dia nyanyi lagi Henday Ku Tanya Terasa Malu. Ada lemak dan merdunya. Sama jugak dengan Farhan. Masa Farhan and Haziq combine suara diorang, aku rasa itu satu paduan suara yang memang kena dengan lagu tu and they compliment each other very well.. Cuma Faizal aje yang tak berapa menonjol untuk persembahan kali ni. Haziq nampak lagik menonjol dari si Faizal tu.

For the first time, aku rasa Farhan lebih open up and dia lebih move dalam tarian dia. Dia lebih banyak menari dalam persembahan bonus kali ini. Same goes to the rest of them. Ada jugak lah nampak koreografi dan percubaan diorang menari tu.
Cuma yang aku nak tergelak guling-guling tu dengan gaya empat-empat orang bebudak tu dengan gaya Superman Return diorang. Lawak sungguh!

Menuju Puncak :

Apa lagik yang aku boleh cakap for Menuju Puncak ni? I mean, rentak tarian and move yang sama jugak tiap-tiap minggu. Yang berbeza kali ni, yang menari adalah bekas-bekas pelajar tu and not the 4 finalist. Hmm.. not bad lah..nampak meriah sikit pentas tu dengan 8 orang. Kalau tidak , nampak kosong aje dengan 4 orang yg terkinja-kinja kat atas pentas tu.

Persembahan kali ni nampak okay jugak lah dan harmoni jugak tarian bebudak tu.

Keputusan :

AGGHHHH!!!! No!!! No!!! No!!! No!!! My worse nightmare became a reality. Si Donald Duck tu berjaya masukkan ke balik. Hahahahah….. Apa lagik yang aku boleh cakapkan? Aku memang dah agak dah pun yang dia akan dapat masuk balik. Well, it is between Lotter and Rich lah. Bebudak yang lain tu pun realize sebenarnya yang diorang tu doesn’t stand a single chance to win pun.

Yang aku paling kelakarkan tu, bebudak yang lain tu… bersorak, bertepuk tangan bagai na rak ni.. kononnya menyokong keputusan yang aku rasa memang boleh dijangkakan tu.Hehehehe…. korang ni tumpang gembira bebetul ke apa ni? Entah-entah, dalam hati kata lain ni kot.. Memendam rasa aje lah ye.

Aku kata :

Hmmm…. Secara rasminya, dah cukup lah 5 orang finalis yang akan bertanding dalam Konsert Final Akademi Fantasia musim ke 4 ni. Here are the finalist akhirnye


Haziq, Farhan, Faizal & Velvet + Lotter. Konsert final will be on the 5th of August next week kat Bukit Jalil. Hmmm… apa pendapat aku tentang finalis-finalis tu?

Alah.. pendapat aku does not matters sekali pun. Ini cuma pendapat peribadi aku aje. Yelah, yang mengundi, korang semua. Korang yang tentukan kedudukan bebudak tu dan korang yang akan tentukan siapa yang akan jadi juara untuk Akademi Fantasia musim ni. Cuma aku harap we will be fair to all the students and kita vote diorang based on bakat yang diorang dah tunjukkkan aje lah.

Kalau nak cerita pasal persembahan bebudak tu malam tadi, macam yang aku cakapkan sebelum nil ah, tak ada persembahan Konsert AFMASUK ni pun tak apa, Dah memang sah-sah kita tau siapa yang akan dapat masuk pun.

Apa-apa pun, aku nampak improvement dan perubahan dalam persembahan pelajar-pelajar tu. Zila, Karen and Nora nampak lebih berkeyakinan dalam persembahan diorang. Mungkin diorang dah tau macam mana nak handle the crowd. Diddy nampak lebih relax dalam persembahan dia. Lotter macam biasa, tahap keyakinan dia memang tinggi pun and dia takde masalah sangat pun dalam persembahan dia tu. Amirul was the worse that night.Seriously, he flunked badly dalam persembahan dia malam tadi. Rich was one of the best last night. Dapat lagu yang dah jadi makanan dia, so memang aku rasa something yg expected dari Rich lah.

Anyway, here are my pick of the performance last night

Rich ****
Zila ***3/4
Diddy ***1/2
Lotter***
Karen - Salima – Nora **3/4
Amirul (Again, he does not deserve anything at all based on the worse performance last night.

Aku sengaja ratekan Karen, Salima & Nora at the same level sebab I am trying to be fair. Aku rasa yang persembahan diorang tu sama menarik. So, it’s unfair kalau aku bezakan diorang tu.

Apa-apapun, aku memang respect the girls lah. And Diddy too. Walaupun diorang tau yang diorang tu memang does not stand a chance, at least they put the best effort dalam persembahan diorang. Tak macam si Amirul tu, he stand a good chance to go to the final, tapi sayang he wasted it. Hampeh tul!

Enough said, kita dah ada 5 finalis dan calon-calon juara dah pun. Apa-apa pun, kita tengok lah Konsert Finale Akademi Fantasia Musim Ke-Empat minggu depan.
Ulasan-ulasan lain (nanti kalau aku jumpa, aku updatekan)
Communication Director Dazzling Diddy

Jangan lupa, send in your votes and vote for your favourite student. Kalau susah-susah,

AFUNDI FARHAN

and send it / hantarkan ke

32999

Entry nak pursuade korang!

Haziq, Faizal, Farhan & Velvet + Lotter are the 5 finalist for the Final Concert of Akademi Fantasia musim ke empat ni.

Hmmmm.... what do I think? Entah.... aku rasa kalau itu dah kehendak undian pengundi-pengundi, so nak buat macam mana kan? Walaupun kalau bole, aku memang nak orang lain yang masuk ke final tu. Tapi dah undian orang lain tu lagik banyak... tak dapek den nak nolong.

Hmmm... personally, aku rasa it is going to be an interesting konsert final tu nanti. Mark my word, placing untuk Lotter will be among the top 3. Percaya lah.... So, jalankan tugas korang macam biasa sekarang,

AFUNDI FARHAN
dan hantar kan ke
32999

Again, untuk semua peminat Nora, Karen, Salima, Zila & Diddy, please combine your votes and vote for her. She is talended and she has what it takes to be a singer.

Cukup lah tu.. aku mengantuk! Ulasan and review pasal konsert, esok aje aku post!

Friday, July 28, 2006

Julai oh Julai!!

Hmmm…macam-macam benda yang berlaku bulan ni kan? Lepas satu ke satu benda yang jadi. Ada yang baik dan ada yang tidak. So, apa kata kita recap the recent big happening yang jadi around us.

1. Hani Mohsin, Pelakon, pengarah & pengacara Roda Impian kembali ke rahmatullah selepas serangan jantung. Allahyarham rebah di LCCT, Sepang while on the way to Langkawi to spend the holidays dengan anaknya, Hani Karmila. Tak ada siapa yang tau yang Allahyarham menghidap penyakit tersebut. Apa-apapun, aku respek kat Datin Seri Tiara sebab sanggup untuk menyelesaikan urusan pengkebumian Allahyarham.

2. Ni adalah berita gembira (Gembira ke??) After much speculation made, Diva No.1 kita, Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan majlis perkahwinan dia dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa aka Datuk K. Diorang akan bernikah on the 21st of August and majlis persandingan diorang akan dibuat kat Kuala Lumpur Convention Centre on the 28th. Majlis akan dilangsungkan secara sederhana tapi meriah. (Baju penggantin dari Michael Ong, Radzuan Radzwill, Embun, Anna Avanti, ada chariot kuda keliling klcc, bersanding kat KLCC, you call that sederhana is it?J)…Hmmm… alahai Siti… aku terpaksa melepaskan kau.

3. Bapak Mawi, Allahyarham Ani bin Ahmad @ Pak Atan meninggal dunia kat IJN pada malam sabtu. Allahyarham dibawak kembali ke kampung dan dikebumikan pada keesokan harinya. Time tu Mawi ada kat JB tengah buat show. Terus balik ke Felda Taib Andak. Allahyarham tak sempat nak tengok rumah baru yang Mawi bina untuk keluarga tu.

4. Mawi lagik! Mawi officially putus tunang dengan Nordiana Mohd Naim. Lepas macam-macam berita keluar kat surat khabar, akhirnya it’s final, diorang putus. Ina skarang ada kat KL nak memulakan hidup baru membantu keluarga. Is that all ataupun dia nak expand her horizon and payback time? heheheh…

5. Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi and tsunami kat Jogjakarta. Ratusan jiwa yang terkorban and banyak harta benda yg musnah. Masyarakat Indon skarang dalam ketakutan sebab tak menentu keadaannya.

6. Itali menang World Cup dengan Itali. Zidane akhiri karier dia dalam bola sepak dengan mempertahankan maruah dia, keluarga dan agama dia. A respectful way and he earn my respect for that.Materrazi pun mengaku dan dua-dua kena denda!

7. Erra officially bercerai dengan Yusri selepas lebih kurang 3 tahun mendirikan rumah tangga. Kahwin bagai nak rak, tapi akhirnya tak ada jodoh. Kesian diorang. Tapi soalan killer dari hakim tu “Adakah awak pernah melakukan hubungan kelamin semasa kamu bersama isteri kamu?”. Yusry was stunned and struck by that question.

8. Adinda Sultan Pahang terbunuh selepas ditikam dengan pisau Rambo di Banglonya di Kuantan.

9. Lubnan diserang Israel. Orang awam menjadi mangsa dan banyak yang terkorban serta mayat-mayat yang terkorban di jalan-jalan raya. Semua sebab yahudi Israel!

10. Ulang tahun pertama blog aku! Huhuhuhuh!!! Tak ada kaitan pun dengan any recent happening yang berlaku.

Jangan salah anggap! Don't insinuate yang aku blame Julai or say that Julai is a bad month or what, okay! Aku cuma point out benda yang jadi masa bulan ni. Ni semuakan ketentuan tuhan. We have to accept it no matter what.


Let’s pray and sedekahkan Al-fatihah untuk hani Mohsin, Pak Atan, Adinda Sultan Pahang dan Umat Islam yang terkorban akibat gempa buni di Jogjakarta and saudara kita di Lubnan

Teori Konspirasi Aku!

AFMASUK

Alhamdulillah….Akhirnya okay jugak blog aku ni…After some glitches yang self inflicted semalam, I had to re-do the whole stuff again. Troubleshooting to make it perfect… amend code, tambah tolak, dah siap pun di amend mana yang patut, diendorse mana yang perlu, dan ditambah mana yang aku rasa sesuai. Just a few minor details aje that I need to work on. Hehehehhe…. Entah.. bagi aku, it’s a personal satisfaction kot tengok blog aku sendiri and just something that I wanna share with everyone!!! Hahahahah…. Giler lah.. self-compliment tu!

Anyway, enough about me. Pasal AFMASUK ni. From the look of the carta AFMASUK yang terbaru, Rich dah mendahului and catching on close is Lotter. The rest of the boys, macam doesn’t stand a chance aje. Same goes for the girls, yang mengekori tapi tak berapa rapat pun Zila tu ajer.Itupun agak jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan yang lelaki-lelaki.

Percentage Rich and Lotter jauh kedepan kalau nak disbandingkan dengan Amirul and Diddy. The gap between them is too big. Too big for Amirul, Diddy, Zila, Salima, Karen, Nora to catch up.

I am not taking any wild guess or what.. tapi I can already predict siapa yang akan lepas untuk masuk ke Final.Aku rasa korang pun dah boleh predict lah…sebab as at now, persembahan tu aku rasa macam tak perlu diambil kira sekalipun, sebab apa? Kalau pun Nora buat persembahan yang paling baik among all the AFMASUK students, aku jamin yang dia tetap takkan dapat lawan undi Rich or Lotter. Not even close. Unless some bloody damn rich Dato’ is willing to spent RM 1,000,000.00 just to AFMASUK her, dream on if you wants to see Nora in the finals.

So, here’s the thing, instead of AFMASUK Nora, Zila, Salima, Karen, Amirul (sebab dia memang tak layak untuk berada di Final), apa kata engkorang put your money together and vote for AFUNDI juara AF 4 ni. Macam mana? Why not we see a breeze of change. Kita tengok perempuan pulak jadi juara.

So, fans of Nora, Zila, Salima, Karen & Amirul, marilah menggembleng undi korang tu untuk


AFUNDI FARHAN

dan hantarkan ke

32999
CEPAT!!! CERGAS!!! PANTAS!!! SEGERA!! AFUNDI FARHAN!

Thursday, July 27, 2006

Under Construction!

Aku tengah nak edit blog aku punya setting and template and aku tak tau kat mana silapnya, habis semua sidebars, hit counter, visitors tengah melepak, who links to me, link-link aku, semuanya hilang… and how do I feel about it?

AGGHHHH!!!!! Tensionnye…… penat aje aku buat all those add ons kat blog aku ni… sekali boleh hilang macam tu ajer! Aggh!!!! F**k man…. Tensen giler nie…nak kena buat balik yg aku penatkan ni…

So, all I can say now is that my blog is under massive costruction. So, to all my readers (kalau ada lah pun!), hold on tight!

:)... Adios!!

AF lagik!

DIARI 1

Jalan-jalan lagik!

Kan aku dah cakap, bebudak AF4 memang lah sangat dimanjakan. Few days back keluar makan ke Melaka, this time pulak lagi best, dapat gi jalan-jalan kat Genting Highlands. Perrghhh…Seronok gi main semua games yang ada kat Genting tu ye. Sakan berjalan, asalkan jangan sampai lupa pelajaran kat akademi tu udah lah ye.

I mean, walaupun dikawal ketat, tapi peraturan tetap longgar. This is what I do not want to see in AF. Sebab tu budak-budak tu makin manja and pampered all the time. So, the blame tak boleh korang letakkan kat pelajar-pelajar tu aje. Akademi pun patutnya lebih strict and consider pasal pelajaran jugak.

Promo


Waaah…. Sekarang kat diari dah ada kelas masakan pulak ye!Agaknya semua sponsor memang nakkan airtime sebab nak promote barangan-barangan diorang. Jemput pulak chef Ismail nak tunjuk dengan budak-budak tu pasal barangan masakan tu. I find this ridiculous! Yelah, aku tengok muka memasing blank semacam aje bila org tua tu membebel. Except for Velvet maybe yang faham ape chef tu cakapkan.

Drama Air Mata

Velvet and Farhan mintak maaf kat Umi sebab diorang tak bersungguh-sungguh masa konsert yang baru lalu. Sorry! Satu lagi benda yang aku rasa ridiculous! Yelah… it looked fake and macam dipaksa-paksa. Yes, aku memang sokong farhan tapi she sometimes nampak macam tak ada perasaan langsung. Velvet lain, she can express herself very well. Bosan!

Kelas Tarian


Korie suruh bebudak tu practise tarian! Biasa aje. Not that interesting pun!

DIARI 2

Lepak-Lepak

Bebudak tu semua lepak-lepak kat meja makan sambil bercerita! Farhan express her worries on certain issues and lepas tu diorang bercerita pulak pasal kahwin. Nothing much to see coz tak menarik sangat.

Kelas tarian


Aduh faizal! Still macam tu jugak eventhough dan 8 minggu dalam akademi. Faizal still fail to dance sampai Korie terpaksa sepak kaki si faizal tu sebab kaki dia tu kejung sangat, Step pun asyik salah aje. Kayu-kayu si Mawi pun, takde lah sekongkang si Faizal ni.

After that, diorang lepak-lepak and Korie share experience dia dengan Faizal. Dia citer yang masa mula-mula, memang semua org face the same problem. Cuma nasihat Korie, kena lebih focus and concentrate on the performance.

Kelas Vokal

Syafi ajar diorang macam mana nak bukak jaw dengan cara yg betul! Nothing much to talk about! Bosan!

Kelas Seri Persembahan

Diorang diberi tugas untuk menyanyikan lagu-lagu dari penyanyi kegemaran diorang. Farhan dengan Sheila Majid, Faizal dengan Sudirman, Velvet dengan Nora and Haziq dengan Ahmad Jais. The rule of the game is for them to sing any of their fave singer’s number and if the were stuck, then the next students will continue with their own singers. Frankly, I did not see the purpose diorang buat benda ni. Tapi tak tau lah kan, kebijaksanaan masing-masing nak menilai benda tu.

Sessi Rehearsal

The last segment was about diorang rehearse lagu bonus diorang depan tenaga-tenaga pengajar. What do I think? Hmmm.. okay kot.. biasa aje. Mungkin sebab diorang still tak tunjukkan sepenuhnya and simpan untuk the konsert nanti.

Last bit of the diary tunjuk cikgu FN pun nak tunjuk skill menyanyi dia jugak. Not bad jugak lah suara dia. Untuk korang yg tak tau, Fauziah Nawi pernah jadi penyanyi dulu. Kalau tak silap aku, ikut kata mak aku, dia pernah keluarkan 2 atau 3 LP. Dulu-dulu mana ada CD.

Panjang-panjang aku tulis... kesimpulan diari semalam?

BORING!!!

Tuesday, July 25, 2006

Aku ingatkan nak tulis pasal diari malam tadi, tapi disebabkan diari tu ada sikit bosannnya dan tak ada sangat yang menarik, so, aku pun tak nak lah tulis pasal benda tu. Kalau korang nak baca pasal diari, korang boleh gi ke blog Joe KK.

Anyway, ni adalah lagu baru untuk Konsert minggu ke sembilan ni.

1. Lagu-lagu Baru

Lagu Tugasan

Amirul - Kurniaan Cinta (Adi Fashla)
Lotter - Pria Terhebat (Sheila On 7)
Diddy - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)
Salima - Nour El Chams (Pascale Machaalani)
Zila - Bisikan Hati (Siti Nurhaliza)
Rich - The Reason (Hoobastank)
Karen - Jejaka Idaman (Raja Ema)
Nora - Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)

Lagu Bonus finalis

Hujan - Hail Amir & Uji Rashid
Tanda Kasih - Hail Amir & Uji Rashid
Hendak Ku Tanya Terasa Malu - Uji Rashid
Berilah Kasih Sayang - Uji Rashid

Aku rasa untuk lagu tugasan tu tak ada masalah kot, sebab diorang banyak dapat lagu wish list diorang. Tapi aku cuma pelik dengan pemilihan lagu bonus finalis untuk konsert kesembilan ni. Kenapa semuanya lagu Hail Amir & Uji Rashid? Don’t get me wrong coz aaku cuma nak tau kenapa tak divariasikan lagu tu. Mungkin diorang nak buat tribute to Hail Amir and Uji Rashid tapi aku rasa kan lagik elok kalau dipelbagaikan lagi lagu-lagu tu. Lagu Broery Marantika ada, lagu Sharifah Aini ada, DJ Dave ada. Kalu nak dikira lagu duet, aku rasa lagu duet tahun 80’s atau 70’s pun banyak ape? Macam lagu Broery & Sharifah Aini, lagu-lagu lama Ogy Ahmad Daud. Entah lah.. aku

2. Manja sangat

One thing yang aku tak puas hati sangat pasal AF kali ni, diorang tu longgar sangat and they pampered the students too much. Lepas konsert, korang tengok kat Diari diorang outing pergi mana, Taman Botani Putrajaya, Negeri Sembilan, Velvet dapat keluar kat khalayak ramai jumpa Rich masa World Cup. Semalam punya diari, citer pasal bebudak tu gi makan kat Melaka.

Wahh.. besarnya pangkat dan senang hati betul bebudak tu kan. Kalau AF yg lepas, semua kena kurung duduk dalam akademi aje. Kalau keluar pun, gi klinik ataupun beriadah kat area akademi aje. Apesal ye diorang buat macam tu? Diorang tak strict langsung dalam benda-benda macam ni. That is why bebudak tu takes for granted semua benda. Yelah, diorang tu dah dimanjakan dan semuanya spoon fed. Nak apa, mintak.. nak apa mintak… so, naik lemaklah dibuatnya.

3. AFMASUK


alah… senang citer, tak payah dibuat konsert AFMASUK tu pun tak apa sebenarnya. Apesal aku kata macam tu? Alah, dah clear cut yang memang si Lotter yang akan masuk balik pun. Yang terdekat dengan dia pun Rich and Amirul. Aggggh!!! Masuk balik si Donald Duck tu kat dalam Akademi. Tu menunjukkan yg sokongan orang sana tu kuat.
I am not questioning the steps that Astro takes tapi aku cuma fikir yang itu bukan macam dah sessi pembelajaran AF lagik. Dah macam pertandingan nyanyian yang jadikan bebudak tu boneka so that Astro boleh kaut untung. Isssh…directnya statement. Hehehheh….

Mark my word lah.. silap-silap si Lotter tu boleh dapat tempat ke 2 atau 3 ajer. Kalau pulak ada pengundi pekak yang pilih dia, lagik lah jadi juara dia.. korang tengok aje lah nanti. Kes yang sama macam si Linda tu jugak. Silap-silap, memang boleh jadi Juara AF4 lah si Donald Duck tu kali ni.

Hmmm.. cukup lah aku merepek tengah hari buta ni. Cuma satu aje pesanan penaja :

Jangan pentingkan kuantiti tanpa ambil kira kuality lah beb.

Adios!

Monday, July 24, 2006

Dance, Glitter, Beautiful Women and.... Panjat Gunung!

Okay... Entry aku kali ni lain sikit dari entry-entry yang aku pernah buat selama ni. Aku admit yang aku ni bukannya freak sangat dengan cerita Hindustan but my mom is. Aku banyak diinfluence oleh my mommy dearest yang memang peminat hindustan.

Semua yang aku tau pasal Hindustan ni basically is a referral of what my mom has shared with me. So, kat bawah ni adalah a list of ten Hindustan movies yang aku pernah tengok dan aku rasa boleh blend sikit dengan jiwa aku.

Yeah.. I watched Hindustani Movies. Nothing wrong right? If there is anything wrong, tell tell ur parents that. Aku sure yang diorang pun tengok jugak citer Hindustan ni.

p/s : Kalau korang perhatikan kat senarai ni, mostly adalah filem Shah Rukh Khan. Shah Rukh Khan memang deserve to be on my A-List aktor sebab dia satu-satunya pelakon hindustan yang versatile.

1. Aag Gale Lag Ja (please tell me if the spelling is correct!)
Ni antara citer Hindustan paling awal aku kenal. Aku ingat lagik masa tu aku kecik lagik masa mak aku citer pasal citer ni. Citer pasal budak kecik yang tempang dan mak bapak dia yang berpisah disebabkan bapak mertua dia yang jahat. Lebih kurang macam Mak Dara dalam citer Ibu Mertuaku lah nie..


2. Dil Chahta Hai
Yang aku suka pasal citer ni adalah it is about friendship. No lovey dovey but just plain friendship. Pelakon dia is Aamir Khan, Saif Ali Khan and Akshay Khanna.

Photobucket - Video and Image Hosting

3. Bobby
Rishi Kapoor and Sharmila Tagore is the main cast dalam citer cinta nie. Aku suka citer ni sebab location yang dia gunakan untuk filem ni memang lawa giler.

4. Sangam
Lagik satu citer terawal yg mak aku share dengan aku. Citer pasal cinta tiga segi antara 3 orang sahabat. Actually, mak aku yang minat giler dengan cerita tu.




5. Mera Naam Joker

Ni Hindustan paling sedih aku pernah tengok. Kalau tak silap aku, pelakon dia Shammi Kapoor (datuk pada si Karisma and Kareena Kapoor) with Rishi Kapoor masa si Raj tu kecik lagik. Citer ni pasal budak yang grow up to follow the steps of his late father to become a joker in a circus. Last-last, riwayat dia pun tragik macam bapak dia jugak. He died doing his last show kat sarkas tu. Memang citer yang cukup menyentuh jiwa.




6. Kuch kuch Hota Hai

Shah Rukh Khan and Kajon punya combination, what more could go wrong? The best combination yang Bollywood has given us. Again, it is a love story with a mix of friendship memang ingredient yang membuatkan mana-mana citer Hindustan tu meletop. Karah Johar memang selau buat filem-filem hindustan yang dapat sambutan hangat.




7. Mann
Ni satu-satunya filem Manisha Koirala yang aku suka tengok. Bagi aku, Manisha Koirala ni sangat berbakat. Tapi sayang exposure untuk dia kurang dan dia tak berapa menonjol sangat. Anyway, gabungan Manisha dgn Aamir Khan dalam movie ni memang menjadi. Siap ada Sharmila Tagore lagik sebagai special appearance.

8. Devdas
Aku ingat lagi tag line citer ni masa kat poster dia adalah SAGA CINTA AGUNG. That was what catches me to watch this movie. And yes, SRK pun ada dalam movie ni. So are Aish and Madhuri Dixit. Yang aku suka pasal citer ni adalah set yang diorang bina from scrap dan belanja untuk filem ni yg sangat besar. It just look plain majestic. Pengarah dia kalau tak silap aku Sanjay Leela Banshali.




9. Mohabbatein
Aku memang respek giler dengan Big B.Aura yang dia bawak dalam filem-filem dia tu memang power. Aku letakkan dia ni satu level dengan Sean Connery sebab walaupun dah tua, dia still has what it takes to be the lead. Tengok aje citer Black (dengan Rani Mukherjee) tu. Walaupun cast diorang hebat, ada Big B, SRK and Aish, tapi sayang movie ni tak mendapat sambutan sangat.




10. Kabhi Kushi Kabhi Gham
Hmmm.. one reason apasal aku suka citer ni sebab ada Kajol & Shah Rukh Khan. Gandingan paling mantap yang Bollywood pernah hasilkan. One other reason is citer ni all about family. Bagi aku, there is no other citer yang boleh beat citer tentang family. Diorang siap mention citer nama Malaysia lagik dalam filem ni.

Sunday, July 23, 2006

Konsert Kelapan Akademi Fantasia 4

[Gambar dan editing aku akan buat kemudian]

Personally, aku makin “enjoy” tengok konsert Akademi Fantasia minggu ni dan drama-drama mingguan yang dihidangkan ASTRO minggu ni. . Cheeeewaaah ikhlas ke ni Maddox oi?Dan aku rasa “happy” dengan konsert minggu ni. Yes… seriously! Kenapa aku cakap macam tu? Aku rasa konsert minggu ni jauh “lagik baik” dari konsert yang sebelum-sebelumnya walaupun ada beberapa benda yang aku sebagai penonton still tak puas hati lagik. Anyway, benda tu aku akan citer nanti, so lets move on with ulasan aku yang tak seberapa ni.Besides aku nak merepek dan merapu macam biasa, this week aku nak berlagak macam fashion and image consultant sikit.

Pengkritik Jemputan


Siti Hajar : So far, this is the best pengkritik yang Astro boleh panggil untuk Akademi Fantasia musim ke-empat kali ni. Kalau dulu dia duduk atas kerusi tenaga pengajar, kali ni dapat lah dia menghentam dan mengkritik pelajar-pelajar tu from the technical aspek of singing. Aku memang respek giler dengan Siti Hajar sebab dia langsung tak bias and dia bagi komen yang telus. Aku tengok terkebil-kebil budak-budak tu bila Siti Hajar bukak mulut dia. Haa.. takut pun korang ye… selama ni korang nak kena puji aje ya… ni dia orang yang tak kasi can kat korang. Aku salute dengan Siti Hajar.

Tiara :
Datin ni sekarang asyik berkepit aje dengan si Stephen Rahman ni sejak kebelakangan ni. Yelah, aku tau lah yang diorang berdua tu terikat dengan Puteri Gunung Ledang the Musical, tapi aku rasa lagik baik kalau dia bawak Dato’ Effendi Norwawi tu. Anyway, aku rasa Tiara tak jalankan sangat tugas-tugas dia dengan baik. She should be more bernas dalam komen-komen dia.

Aku nak cakap sikit pasal pengkritik tetap kita ni. Kadang-kadang aku tak paham apa yang cakap kan.Aku rasa dia pun tak paham entah apa yang dia merepekkan tu Student-student tu lagik lah tak faham dengan kehendak si Adlin ni sebenarnya. Kejap dia cakap main dengan ruang yang cukup luas, kejap dia cakap pegang ruang yang ada kat sekeliling body student tu. Kejap dia cakap dia suka budak-budak tu minimize kan persembahan dia, kejap dia cakap dia lagi suka budak-budak tu all out dalam persembahan dia tu. Kejap cakap ni, kejap cakap tu!

Macam malam tadi, bebudak tu punya effort nak menari salah, kalau berdiri tegak pun salah, tak move pun salah, move pun salah, kadang-kadang tu serba salah budak-budak tu dibuatnya. Isk… senang citer kadang-kadang aku rasa apa yang dia cakap tu crap aje.

Persembahan Bonus (Aku Sudah Jatuh Cinta)

Aku rasa persembahan bonus pembukaan ni not that bad lah. I mean, considering that they are already in concert ke lapan, memang lah diorang boleh buat lagik baik lagik. Tapi at least aku nampak effort diorang dalam lagu ni. Faizal tak ada masalah bab menyanyi.Same goes to Haziq, suara dia pun kira okay for this song. Farhan and Velvet, macam biasa lah, memang tak payah nak dipertikaikan lagi bab suara diorang tu. Yang aku paling suka untuk persembahan adalan koreografi diorang yang nampak lebih menarik dan harmon. Aku nampak effort diorang untuk menari dengan bersungguh-sungguh walaupun ada masa, si Faizal tu tetap menari macam kongkang jugak.

Persembahan Pelajar-pelajar

Farhan (Emosi)

First thing yang aku nak cakap adalah pasal pakaian si Farhan tu. Berapa punya seksa lah dia nak jalan dengan kasut high-heels dia tu. And the skirts tu buatkan si Farhan tu jalan macam orang yang baru lepas makan jamu rapet aje jalan dia. Jalan macam nak kepit ape benda aje dari jatuh. Aku suka tengok clipping yang disediakan untuk si Farhan tu. Makan hati agaknya si Leez tengok video clip tu.

Apa-apa pun, aku senang dengan cara pembawakan Farhan dengan lagu ni biar pun skirt dan kasut dia tu nanpak menyeksakan. Dia cuma kena betulkan low note dia tu sebab ada masanya aku tak berapa dengar. Is it that ataupun telinga aku ni yang dah lama tak korek? Heheheh…. Tapi projection suara dia very jelas dan terang.. Walaupun Adlin kata feel dia kurang, tapi aku rasa aku feel dia kena dengan lagu yang dia bawakkan. Takkan lah dia nak feel sedih macam orang hilang laki kot? Lagu ni pun mellow, so, kena lah dengan feel dia tu. Yang aku rasa kurang sikit adalah gaya nyanyian dia tu. Sebab dia kerap gunakan gaya nyanyian yang hampir sama untuk setiap nyanyian.

All in all, ni adalah persembahan yang aku paling enjoy dalam ramai-ramai pelajar-pelajar tu. Aku tak boleh bayangkan macam mana dia nyanyi with that shoes.Anyway, I love the hats.

Haziq (I Need to Know)

Haziq lah Tiara….. Not Faizal. Anyway, lagu ni memang lagu susah untuk Haziq. Aku tak ada masalah sangat dengan nyanyian Haziq untuk lagu ni. Sedap tu memang kira okay lah tapi kalau ikut telinga aku yang masih belum dikorek ni lagik, aku masih ada dengar lenggok-lenggok asli dalam nyanyian dia tu. Betul ke? Okay.. diction sebutan perkataan English aku rasa not that bad lah walaupun masih boleh diperbaiki tu. Besides that, aku rasa dia boleh bawak lagu ni dengan baik. Cuma towards the end tu aku rasa dia macam off tempo and off beat sikit. Entahlah. Mungkin ni jugak kesan dari telinga aku yang dah lama tak dikorek ni.

Tapi yang aku paling respek kat Haziq ni adalah keberanian dia nak explore tarian dia tu. At leat dia takde lah nampak kongkang sangat minggu ni.Move dia kira okay lah jugak kalau nak dicomparekan dari koreografi dia pada konsert-konsert yang lepas. Takde lah kongkang sangat tarian dia kali ni.

Bertambah kronik lah penyakit anxiety disorder tu di kelilingi dek penari-penari dia tu. Hahhaha… Tapi colour pakaian dia tu memang reminds me of someone.. Korang nak tau siapa?.....


Photobucket - Video and Image Hosting

Velvet (Penantian)

First of all, aku rasa Velvet tak utilize sepenuhnya kehadiran quintet iringan yang dibawakkan khas untuk membantu persembahan dia. Dia patutnya lebih berinteraksi lagik dengan pemuzik iringan tu. Kalau dia dapat buat macam tu, aku rasa mesti persembahan dia lebih baik lagik. Dari segi nyanyian, aku tak ada masalah sangat dengan nyanyian dia. Aku rasa dia dah improve low notes dia. Much better than dari masa dia nyanyi lagu Teman Tapi Mesra.The only thing is that lagu ni lagu slow, but dia hit the low notes too high for that song.

Penghayatan Velvet tu nampak lebih dari ape yang diperlukan untuk lagu tu. Sama jugaklah dengan Puan Fauziah Nawi punya penghayatan untuk persembahan si Velvet ni. Entah kenapa dia tiba-tiba melalak bagai nak rak agaknya? Terlampau sedih dengar lagu ni ataupun she cannot accept the fact that people are criticizing the way she teach her students. Sorry lah kalau aku terlebih cakap sikit tapi dia selalu ajar student-student dia tu to hide their emotions tapi dia sendiri tak pandai buat benda tu.

Seperkara lagik, siapa lah yang paksa Velvet pakai baju tu agaknya? Pakaian si Velvet tu memang menyeksakan.And one more thing, entah mangkuk hayun mana lah yang bagi dia kasut tu. Entah apa-apa entah. Memang betul macam kata si Adlin, macam langsuir dok menyanyi atas pentas aje. Tapi masa mula-mula aku tengok Velvet.. aku teringat kat

Photobucket - Video and Image Hosting

Amirul (Jatuh)

Memang patutlah pun kau jatuh minggu ni. Dah 2 minggu aku tengok gaya beruk mak yeh kau tu.Kau nak sangat ke jadi beruk ?And frankly speaking, aku dah naik menyampah dengan gaya Amirul tu. Try to grow up lah bro!

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku rasa Amirul lah pelajar yang paling tak bersungguh-sungguh dalam persembahan dia pada minggu ni. Aku memang ada masalah sepanjang persembahan dia tu. Dari intro dia yang out, sampai lah ke low notes yang sememangnya out. And dia memang ada masalah low note yang nampak sangat. At this level yang dah ada kat konsert ke lapan, this shouldn’t have happen.

One more thing, gaya persembahan dia memang out dan tak ada apa-apa yang boleh menarik perhatian aku pun. Berdiri terpacak macam tiang bendera and sometimes terhuyung-hayang mundar mandir ke depan ke belakang tu. Aku tak rasa apa-apa pun feel dia untuk lagu ni. All I can say, ni adalah antara persembahan terburuk Amirul sepanjang 8 konsert Akademi Fantasia.

And one more thing, seluar si Amirul tu, memang aku nampak kesamaan dengan gambar kat bawah ni. Kalau dipakaikan baju macam tu jugak, memang sebijik lah samanya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Faizal (Smells like Teen Spirit)

Laaa… ada jugak penonton yang dah berjangkit dengan penyakit Anxiety Disorder si Haziq tu ke? Hahahahah… kelakar aku tengok makcik tu terketar-ketar tangan bila si Faizal menyanyi.

Apa-apa pun, mula-mula dia dapat lagu ni, aku pun takut jugak. Yelah, entah boleh bawak entah tidak lah dia dengan lagu NIR-VA-NA ni. Dia bukannya fasih berbahasa inggeris pun. Memang struggle giler nak menghafal lirik lagu ni.

Aku suka stail Faizal bawak lagu ni. Tak ada terikut-ikut cara Kurt Cobain. Cara dia nyanyi tu memang penuh dengan stail keterengganuan. Aku suka suara dia yang serak-serak dan husky tu.Bagi aku memang kena dengan lagu ni walaupun kadang-kadang tu sepatah haram pun lirik dia yang aku tak faham apa yang dia nyanyikan tu. And one more thing, dia kalau menanyi, suka sangat dongak ke atas. Alahai.. ko suka sangat ke tengok silling dewan tu Faizal oi? Dah puas Syafi cakap, kalau high notes, jangan dongak ke atas. Dia suka repeat the same mistake. Dan stamina dia mula kurang towards the end of the song. Bunyi lagu tu pun dah macam entah orang asli mana nyanyi lagu omputih entah,

Tapi, ni lah persembahan terbaik dari Faizal yang aku dah tengok sepanjang lapan konsert Akademi Fantasia ni. Lantak lah vokal ke laut ke… suara dia sumbang ke… speaking London bunyi terengganu ke…the energy and the spirit that he lifted masa dia buat persembahan tu memang menggegarkan lah. Tengok aje lah sorakan dan tepukan yang dia dapat untuk persembahan dia tu. Stage presence dan confidence level dia memang tinggi giler.

Aku tengok, lepas persembahan Faizal, barulah tenaga-tenaga pengajar tu berani nak angkat muka diorang tu. Kalau tak, tengok lantai aje lah diorang tu.

Persembahan Bonus : Cinta

Aku rasa ini adalah persembahan bonus terbaik setakat ni.Persembahan Farhan and Velvet ni mengingatkan aku pada persembahan bonus Marsha dgn Amylea masa diorang nyanyi lagu-lagu Adnan Abu Hassan musim lepas.
Memang tak ada siapa yang boleh nafikan yang vokal dua-dua orang ni memang power dan bagi aku, vokal diorang memang compliment each other. Takde lah masing masing cuba nak try to steal their partner’s limelight.

Yang aku rasa kurang dalam persembahan diorang ni adalah interaction. Diorang kurang berinteraksi antara satu sama lain. Kan lagu ni lagu duet, so, aku rasa persembahan ni lagik berkesan kalau diorang dapat lebih berinteraksi dgn body dan eye contact antara satu sama lain.

Lepas tu, diorang tunjuk pulak clip masa si Donald Duck tu datang ke akademi sebab si Faizal tu rindukan sangat dengan si DD tu. Hmmm…. Ada feeling jugak si Donald Duck tu ya. Hehehhe…. Tu lah Haziq, tak nak cayer cakap orang lain, sekarang baru kau tau ha…

Persembahan Bonus : Bila Rindu

Aku rasa VT tadi banyak bantu menaikkan feel diorang untuk persembahan bonus terakhir diorang.Aku nampak harmoni dalam nyanyian diorang dan expression yang budak-budak tu tunjukkan kena dengan feel lagu ni. Tapi aku tetap kecewa dengan persembahan vokal Amirul yang aku rasa memang out.

Menuju Puncak

Persembahan kali ni nampak kosong giler lah. Yelah, dah tinggal 5 orang aje atas pentas tu. So, memang nampak kosong lah pentas tu. Sepatutnya diorang gunakan peluang ni dgn sebaik-baiknya nak isi kekosongan kat atas pentas tu. Diorang patut cari jalan macam mana nak memeriahkan pentas. Maybe at this point diorang patut pelbagaikan lagik koreografi Menuju Puncak tu.

Kesian Haziq sebab head mic dia rosak dan suara yang aku dengar pun banyak suara si Farhan and Faizal aje.

Keputusan

Aku tengok jam, baru pukul 10.40 masa diorang habis Menuju Puncak dan nak umumkan keputusan malam ni. Aznil has about 20 minutes at hand sebelum habis konsert. Aku fikir gak, apa yang si Aznil ni nak bebelkan sampai 20 minit. Pastu, Aznil mula membebel bab prestasi budak-budak tu lah, improvement budak-budak tu lepas 8 minggu lah and macam-macam lagik lah…

Pastu, aku tengok yang nada Aznil dah mula bertukar dan dia dah mula intense masa nak umumkan keputusan. Dia dah macam naik angin dah sebab tak puas hati dengan prestasi and performance bebudak tu selepas konsert ke lapan. Apahal pulak lah yang dah rasuk si Aznil?

Sekali.. tup tup… si Aznil lari ke belakang pentas dan air time untuk iklan pulak dikeluarkan. Aku cakap dalam hati.. takkan Aznil tak tahan nak kencing kot? Sebab tu meluru keluar dari pentas nak ke tandas tu? Hahahahha…. Tak lah.. aku memang dah agak yang something is coming up lepas iklan.
Memang betul sangkaan aku. Rupa-rupanya itu semua propaganda dan gimik aje. Alah.... aku rasa ada yang dah boleh baca pun sebenarnya ada kezutan pada konsert malam ni. Bila Aznil keluar aje balik lepas iklan, muka dia relax aje.. Kan aku dah cakap.. itu semua gimik biasa yang Astro dah selalu sangat buat. Cuma lakonan Aznil tu lagik baik dari lakonan dia dalam Aku No. 1 aje.

Mula-mula Aznil umumkan pelajar yang keluar.

Akhirnya perjuangan si budak cengeng tu berkahir malam tadi. Amirul terpaksa usung bag dia keluar dari akademi sebab dia dapat undian paling rendah.

Lepas tu, Aznil umumkan pulak kejutan pada malam tadi.Dia bawak keluar lagi satu bag dari belakang pentas. Dia cakap bag tu mungkin untuk sorang lagik pelajar yang akan terkeluar minggu ni. Aznil jugak umumkan pelajar-pelajar yang akan ke konsert final Akademi Fantasia 2 minggu lagik. Mula-mula dia umumkan Faizal, then Velvet. Masa tinggal si Farhan and Haziq, dia umumkan Farhan akan ke final. Aku tengok si Haziq dah nak menangis dah sebab tak dapat ke final AF. Hahahahha… rupa-rupanya, Haziq akan ke final dan bag tu sebenarnya untuk sorang lagi bekas pelajar buangan yang akan bertanding pada konsert minggu ke 9.

Maksudnya, minggu depan tak ada pelajar yang akan tersingkir dan 5 orang akan ke final. Semua 8 bekas pelajar tu akan bertanding pada konsert minggu depan untuk menentukan siapa yang akan terpilih untuk ke final. Farhan, Faizal, Haziq dan Velvet hanya akan jadi penonton pada minggu depan.

Aku kata :


YAHOOO!!!!!! Akhirnya, keluar jugak si Amirul tu. Aku admit yang aku memang gembira dengan keputusan malam ni. Yelah, kalau nak dicomparekan dia dengan pelajar-pelajar lain, Amirul memang tak tunjukkan perkembangan yang banyak dari segi vokal dan persembahan dia. Sorry to say… aku memang just tak minat dengan Amirul dan aku tak nampak apa-apa pun keistimewaaan dia. So, aku rasa pengundi telah menjalankan tanggungjawab diorang dengan baik sekali. Korang dah mula pandai menilai bakat budak-budak tu. Good boy! I have to say, aku memang puas hati lah dengan keputusan malam tadi.

Tentang kejutan tu, sebenarnya aku memang tak terkejut sangat pun. In fact, aku memang dah expect dah pun. Yelah, cuba korang bayangkan, kalau tak ada AFMASUK, minggu depan ada sorang lagik pelajar akan terkeluar, takkan lah 3 orang aje kot masa final nanti? Tak ada thrill lah kalau 3 orang aje masa final tu nanti. So, aku memang dah expect benda ni akan jadi.

Cuma aku tak faham apa signifikannya dibuat AFMASUK ni pada hujung-hujung musim ni. Yelah, ini bukan ke sessi pembelajaran? So, macam mana bebudak yang dah terkeluar tu, especially Nora, Karen or Rich yang dah terkeluar awal tu nak catch up dengan kelas-kelas yang ada kat akademi tu?

Sessi hentam menghentam



Ada a few things yang aku nak komen sikit lah. First and foremost, Adlin tu pulak apahal? Aku memang tak marah bila dia cakap kat Faizal JANGAN HISAP DADAH. But he mentioned pasal dadah for the second time, kali ni dengan lebih kurang sedap, aku rasa pissed off. Ada ke patut kau tanya sama ada Faizal atau penonton yang hisap dadah. HOI! Agak-agak lah!

Aku suka dengan komen-komen yang Siti Hajar tu bagik. This is how a professional speak and she knows what she is talking about. Selain dari kritikan dan komen ditujukan untuk budak-budak tu so that they can improve themselves, indirectly Siti Hajar tu menunjukkan kat tenaga-tenaga pengajar tu macam mana caranya nak jadi cikgu kat Akademi Fantasia. tu bermaksud yang cikgu-cikgu. Haaa.. ambik ngkorang. Aku tengok semuan tunduk kebawah aje masa konsert tu. Baik Fauziah Nawi, Syafi, Ajai and even Sham.

Anyway, pilihan aku untuk konsert malam tadi

Farhan ****
Faizal ****
Haziq ***1/2
Velvet ***
Amirul (Sorry… aku tak bagi satu star pun sebab bagi aku, he doesn’t deserve it at all)

Since dah ada AFMASUK ni, take this chance to vote untuk pelajar kesayangan korang. Apa-apapun, pastikan yang korang undi masuk tu betul-betul ada bakat menyanyi dan bukannya bakat alih suara untuk kartun-kartun Disney channel tu aje okay.So,

AFMASUK DIDDY

Or

AFMASUK ZILA

Dan hantarkan ke 32999.

Oh ye.. ulasan ulasan lain:
Budak yang claim aku AFMASUK LOTTER. (Not in a million years, bro!)
Budak yang satu suku masak, tiga suku mentah dan setengah akal.
Presidente yang tengah bercuti!
Adios!

Friday, July 21, 2006

Super Action Hero

Kalau korang minat dengan filem-filem yang diadaptasi dari komik-komik yang terdiri daripada superhero-superhero yang femes, aku ada cadangan movie yang korang boleh anticipate untuk tengok. Tak banyak info yang aku ada. Ni pun surf internet and idea dari Partner-In-Crime aku. Thanks ye! Nanti kalau ada info baru, aku akan updatekan.

Movie ni punya release will vary and some of them mungkin tak keluar dalam jangka masa terdekat ni. So, just keep your seat tight for them.

1. Transformers
Ni antara kartun paling famous dan paling aku gemari masa aku kecik-kecik. A battle between the good heroic Autobots dengan the evil Decepticons. Movie ni akan diarahkan oleh Michael Bay (Bad Boys, Armageddon, The Amityville Horror). The list of cast includes Shia LaBeouf (Constantine, I,Robot), Megan Fox (Confession of a Teenage Drama Queen), Bernie Mac (Charlie's Angel : Full Throtle), Jon Voight, Josh Turturro, Rachael Taylor & Josh Duhamel. It is set to be release on July 2007.




2. Spiderman 3
The third sequel for Spiderman ni will be release in summer 2007. Around July, I think. Lebih kurang sama dengan Transformers jugak lah. Hero dia, macam biasa... Tobey Maguire and heroin dia Kristen Dunst. James Franco akan kembali sebagai The Green Goblin and penjahat lain will be Sandman (Flint Marko) and Venom (Eddie Brock). This movie will be directed by Sam Raimi (Pengarah The Grudge, The Grudge 2, Boogeyman, Spiderman & Spiderman 2)




3. Teenage Mutant Ninja Turtle
Siapa yang tak tau dengan citer ni. Citer pasal 4 ekor kura-kura yang dimutatekan menjadi bipedal creatures yang terrer dalam ninja skills. Diorang ni dilatih oleh sifu-tikus-ninja-master diorang, Splinter. Diorang ni diberi nama from the Renaissance Master, Michaelangelo, Raphael, Donatello, Leonardo. Pastu dioarng diemerge keluar dari sewege tempat diorang bersembunyi to the human world. This movie is directed by Kevin Munroe and mungkin akan direleasekan in march 2007.




4. Wonder Woman
Lagi satu action movie tentang freedom fighters. Pun tak banyak sangat info yang aku ada pasal movie ni. Bila ia direleasekan pun aku tak berapa sure sangat. Yang aku tau, pengarah dia is Joss Whedon. Dia ni jugak pengarah Firefly and Serenity.




5. Ghost Raider
A motorcycle stuntman, Johnny Blaze, makes a pact with a dark force, selling his soul to save his girlfriend. When the bargain goes sour and the girl isn't saved, Blaze is transformed, gaining raging superpowers.Movie ni akan direleasekan in February 2007 dan diarahkan oleh Mark Steven Johnson (Pengarah Elektra). Cast-cast dalam movie ni adalah Nicholas Cage, Eva Mendes, Wes Bentley, Peter Fonda, Jon Voight & Donal Logue.


6. Thor

7. Fantastic Four
Masa the first installation, diorang perkenalkan how the fantastic four came abouts. Cast-cast diorang are Jessica Alba as Susan Storm/The Invisible Girl, Ioan Gruffudd as Reed Richards/Mr. Fantastic, Chris Evans as Johnny Storm/The Human Torch & Michael Chiklis as Ben Grimm/The Thing. Movie ni diarahkan oleh Tim Story dan maybe akan direlesekan in June 2007.

9. Iron Man
Lagi satu movie yang tak banyak sangat info yang aku dapat. Mungkin akan release in May 2008 and pengarah dia is Jon Favreau (Pengarah Zathura and Wimbledon).




10. Incredible Hulk

11. Wolverine
Basically ni prequel movie of how Wolverine came about. Kira citer sebelum X-Men. Of course Hugh Jackman yang akan pegang watak Wolverine tu.

12. Sin City 2
Tak banyak info yang aku dapat pasal movie ni. Maybe akan direleasekan in 2007 and the director is Robert Rodriguez. Cast-cast dia, aku update kemudian-kemudian aje lah..


13. Captain America



14. Aqua-man


15. Batman


Maaf lah kalau info kurang. Nanti aku akan updatekan lagik bila aku ada info yang lebih. Sementara tu, hold on tight for these movie. Aku gerenti mesti gempak punye.

47 - 27 = 20

Korang kenal gambar kat dalam tu? Aku dapat gambar ni from my friend. Saja nak share dengan korang.

Bukan nak offend sesiapa, tapi kelakar lah gambar ni. Muahahahah... Siti is 7 years old and Datuk K is 27 years old. Looks funny isn't it? Macam bapak dgn anak lah. Tapi dah jodoh kan...

Apa-apa pun, Siti, aku merestui pilihanmu, walaupun ia bukan aku. Muahahahahah!!!

Thursday, July 20, 2006

Diari 016

Oleh kerana aku balik awal semalam sebab tak ada apa-apa plan lain, sempat jugak lah aku melayan Diari sekejap and Ejen 016 tu. So, here's a little bith of both!

Diari AF

Aku cuma bagik simpulan aje lah ye. Malas nak cerita panjang sebab aku memang tak dapat nak follow dairi hari-hari pun. So, here goes nothing...

Haziq

Kenapa lah malas sangat Haziq oi? Nak menari pun macam nak tak nak aje. Show some commitment in your presentation la brudder. Dia masih ada problem dari segi pronunciation words dalam lagu dia tu. Tapi cikgu-cikgu dia tetap bantu dia so that he can hit it right. Aku nak tengok jugak macam mana dia bawak lagu Marc Anthony tu nanti.

Faizal

He still has troubles with this song. His diction still tak betul. Mengikut telinga aku ni, aku suka dia bawak lagu Nirwana eehh... Nirvana ni sebab bagi aku, suara dia husky (I think!). Dari masa dia practise tu, aku rasa suara dia sesuai dengan lagu ni. CUma aku takut lirik dia aje ke laut.

Masa part dia nyanyi "Hello.. hello... hello.. hello..."aku dengar macam "Halau... halau... halau.. halau..."
Hehehhe... Senyum sokmo deh!

Farhan

Macam yang aku selalu cakap, Farhan memang tak ada masalah dalam vokal dia. And I have a feeling that dia boleh bawak lagu ni dengan baik sekali. Yang aku rasa jadi masalah pada Farhan and this has been going on week by week adalah feel dia. Aku rasa dia kurang feel dalam lagu yang dia bawakkan dan aku rasa dia perlu lebih jelled lagi dengan muzik. Expression is something that she is lack of. Attitude dia towards the song tu tak ada. I mean bukan tak ada, tapi kurang.

Amirul

Amirul tak ada masalah besar sangat dengan lagu tugasan dia minggu ni. Sorry lah.. Aku makin lama makin bosan dengan Amirul. Not because of his showmanship tapi vocally. No doubt lah dia memang ada showmanship, dia menari tak kongkang dan dia ada beat sendiri. Tapi, aku dah muak dengan suara dia. Tak ada perkembangan besar sangat pun. Tapi apa susah, cute face kalau buat album. Memang boleh jual pun. Budak-budak sekolah yang berpinafor dengan budak-budak yang baru nak kenal dunia memang suka macam tu. Maestro pun target lah market diorang dekat budak-budak macam tu. Lantaklah suara macam katak panggil hujan pun, as long as they can sell the album and makes profit, fine by them. Entertainment is music huh?

Velvet

Aku tak tau whether Velvet boleh bawak ke tidak lagu ni. Yelah, this is a slow song and aku tak yakin sangat bila Velvet bawak slow song. Lebih-lebih lagik dengan slow notes. Velvet memang ada masalah dengan low notes dia. Cikgu-cikgu dia pun cakap macam tu. Tengok lah masa dia nyanyi Teman Tapi Mesra tu. Masa high notes, she hit it big time, tapi mengkala tiba low notes, aduh… perit aje bunyiknye. Tapi tak apa.. Velvet jenis yang hard-working. Dia rajin dan dia suka tolong orang. Who knows.. Velvet can do miracle?

Tuan Puteri & Hang Tuah versi Mat Salleh

Ni masa kat Diari pukul 9.00 tu. Muncullah Tiara Jacquelina and Stephen Rahman Hughes. Aku rasa korang kenal siapa diorang berdua ni kan? Leading actor and actress in Puteri Gunung Ledang the Musical. Dua-dua ni nama besar dalam bidang seni. Tiara memang famous dalam filem dan drama. Aku paling suka lakonan dia dalam Ringgit Kasorrga

Both of them share pengalaman yang diorang kutip sepanjang diorang ada dalam showbiz. Aku memang respek kat Datin Tiara yang sempoi habis dah tak kisah nak share dengan bebudak tu. Ada lah diorang bagi tips on how to tell a story by singing. Yelah, diorang ni pelakon (except for Tiara lah kan), so diorang showed one or two skills diorang in front of the students.

Yang aku kelakarkan tu, si Stephen Rahman kan tak reti cakap melayu and si Faizal pulak memang slack sikit bab speaking London. Terangguk-angguk kepala Faizal mendengar si Steve tu bersembang tapi dalam kepala dia, entah apa lah yang mat saleh celup ni gebangkan ni? Hahahaha… berkerut-kerut muka si Faizal mendengar.

Lotter kembali ke akademi!

Ape... Lotter datang balik ke akademi? aggh... no.... tidak... hahahaha... tak lah...Lotter datang balik ke akademi sebab nak mengubat kerinduan kawan-kawan dia tu especially si Faizal yang makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang sebab rindukan sangat si Lotter. Sedih gamaknya ya?

Tu aje kot kesimpulan aku on yesterday’s diary. Nothing much pun!

Ejen 016







Aku dapat tau pasal siri ni kat blog badrul-selepas-enam and Joe KK. So, malam tadi, disebabkan tak ada apa-apa plan lain, aku pun mengadap lah depan tv.

Sinopsis cerita ni : Ejen 016 memaparkan kisah perisikan ejen yang hebat di kalangan ejen-ejen yang masih ada telah ditugaskan untuk mendapatkan kembali meteor yang telah dicuri oleh Chief Blontok. Meteor misteri ini mempunyai kehebatan yang tersendiri. Ia harus diletakkan dalam sebuah puing lama, dalam masa 5 hari selepas ia terhempas, kerana jika tidak, ia akan meletup dengan kuasa luar biasa melebihi 200 kali ganda kuasa nuklear! Berjayakah Ejen 016, Ejen Alpha 0146, Ejen Delta 0146 dan Ejen Gamma 0146 dalam misi mereka? Apakah yang terjadi pada Chief Blontok dan konco-konconya?

Episod minggu ni lebih kepada episod pengenalan aje. Diorang perkenalkan siapa Agen 016(Azhar Kamaruddin Abdullah Khamis Jumaat bin Sabtu), Agen Alpha 0146 (Intan Suraya), Agen Delta 0146(Alia Sari), Agen Gamma 0146 (Kamelia Adreana). Diorang ni kerja macam perisik dah badan perisikan diorang ni diketuai oleh Chairman dan kakitangan-kakitangan bada perisikan tu are Mr K (Bukan Datuk K, woookey!), Dr Rini & Dr Mat

Penyangak dia punya ketua bernama Chief Blontok dengan dibantu oleh konco-konco dia macam Dr Whisnu, Dr Erica, Koja, Tore & Ramon Doremon.

Apa pendapat aku tentang cerita ni? Hmmm.... okay lah kot.. tapi this comedy is a bit black...No.. it's not a black comedy macam the Black Adder tu, tapi apa yang aku maksudkan dari segi plot dia, latar belakang dia, watak-watak dia, macam ada sikit black and kusam. Entah, itu pandangn aku aje. Tapi lne of cast dalam cerita ni memang power-power. So, aku expect something yang aku tak pernah jumpa kat mana-mana siri yang ada dalam Malaysia ni.

Untuk maklumat lanjut, korang lawat lah OFFICIAL WEBSITE EJEN 016

Adios!

Tuesday, July 18, 2006

A little bit of anything

Lagu-lagu Sorang-sorang
Farhan - Emosi (Shiela Majid)
Velvet - Penantian (Harmoni)
Amirul - Jatuh (Adam)
Faizal - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Haziq - I Need To Know (Marc Anthony)

Lagu Bonus
Ku Telah Jatuh Cinta (Nur Shila Amin)
Bila Rindu (Ruffedge)
Cinta (Melly & Kris Dayanti)

Farhan dapat lagu favourite dia. Lagu ni pun lagu sedap, so aku tak rasa ada masalah dengan dia. Velvet dapat lagu lama. Lagu ni abit slot. Aku harap dia boleh bawak sebab kalau dia berjaya, memang sedap lagunya. Amirul dapat lagu slow yang aku tak gemar sangat.

Haziq & Faizal, masak lah ngkorang minggu ni. Tengok lah macam mana seksanya nanti nyanyi lagu ni. Hmm.. best best...

Anyway, aku rasa seluruh Malaysia dah tau pasal berita ni. Sibuk orang cakap pasal benda ni, newspaper punya front page features cerita ni, berita kat tv pun buat coverage cerita ni.

Semua orang pun cakap pasal benda ni. Dari golongan muda, sampailah yang dah kertu-kertu, dari yang hanya habis UPSR, sampaikan ke golongan VVIP.

Bagi aku satu aje lah, itu semua jodoh dia yang Allah dah tentukan.

Jangan lah kita doa yang bukan-bukan ataupun cakap yang bukan-bukan. Ish... tak payah lah.

Yang nak kahwin, DIA.. yang beranak, DIA, yang cerai, DIA, yang bahagia DIA, yang sedih, DIA, yang seksa, DIA. Kan lagi baik kita doakan kebahagian dia. Kan lagi berpahala kan?Aku pun dah bosan belek-belek suratkhabar, asyik cerita dia aje. sampai tenggelam semua cerita panas yang ada sebab cerita dia aje. Give her a break!


Happy 30th Birthday

Cewek-cewek seberang...

Awek-awek Indon yang menarik perhatian aku... **not finalized yet**

1. Sophia Latjuba
Dalam ramai-ramai awek yang aku listkan, dia ni kira macam berumur sikit lah. Alah, tak kisah lah tu,asalkan she's hot. And she is damn hot! Dalam ramai-ramai awek-awek Indon yang aku suka, dia ni top of the list. Dia ni pelakon dulu dan kini dah pun berkahwin dengan mamat bernama Michael Villareal.



2. Nadya Hutagalung
Aku mula kenal dengan Nadya masa aku kat Johor lagik. Dia ni kerja sebagai VJ and she was born in Indonesia. Tapi dia dah migrate ke Singapore untuk mengembangkan kareer dia. Besides that, dia jugak kerja sebagai model.




3. Dian Sastrowardoyo
Siapa yang tak kenal dengan Dian, pelakon muda yang berbakat ni. Aku mula kenal dengan dia dari filem Ada Apa dengan Cinta. Dia banyak berlakon dan antara filem Dian yang aku tau adalah Pasir Berbisik, Ungu Violet, Ada apa dengan Cinta and dia ada buat appearance dalam filem Puteri Gunung Ledang.




4. Titi Kamal
Tak banyak yang aku tau pasai minah ni. Tapi dia pun sama macam Dian, aku mula kenal dengan dia masa AADC and apa yang aku suka dengan dia is muka dia yang nampak macam brutal tapi cantik tu.




5. Anggun C Sasmi
Anggun atau nama penuhnya Anggun Cipta Sasmi aku dah kenal masa aku still kat sekolah menengah lagik. After she made it big kat Indon, dia bawak diri dan mencuba nasih plak ke Perancis sebelum ke Canada untuk mengembangkan bakat dia. Apa yang aku suka pasal Anggin is her voice. Suara dia ada weight, husky dan memang lemak merdu disukai ramai. And she's damn sexy.



6. Caroline Ingrid Adita
Model turned actress ni aku terperasan masa aku came across one magazine about a few years ago. Then, tau tau dia dah jadi pelakon untuk one telenovela Indon. Sorry, aku tak recall sangat apa nama cerita tu but yang aku tau, dia berambut panjang untuk telenovela ni. And muka dua macam model Malaysia, Tengku Azura tu.



Monday, July 17, 2006

Summersault Berpusing

Korang ingat lagik tak citer ni? Aku ingat lagik citer ni. Dapat sambutan giler-giler masa tu. Back during those days masa aku budak-budak lagik.

Heheheh... this brings back memorie. Awek-awek seluar pendek main bola tampar.

Sunday, July 16, 2006

Konsert Ketujuh Akademi Fantasia 4

Drama pentas telenovela minggu ni punya tema, cinta tiga segi yang memang takkan menjadi dan juga ada afew lagi sketsa-sketsa yang ditokok tambah untuk menyedapkan lagi jalan cerita ni. Para pelakon-pelakonnya adalah sisa-sisa para pelajar yang still berjuang dengan sehabis baik diorang walaupun para pengundi ni yang menentukan sama ada drama diorang tu menjadi ataupun kayu semata-mata.

So, dengan itu, ulasan aku minggu ni adalah berdasarkan plot-plot dan sub-plot yang ada dalam Akademi Fantasia. Dimainkan diatas set yang kecik (Dewan Sivik MBPJ, bukan besar mana pun kan? heheheh.... ) dan disaksikan berjuta-juta pengundi yang jadi penonton malam tu. Diorang jugaklah yang menentukan sama ada drama pelajar-pelajar tu layak untuk menang anugerah besar ataupun hanya layak untuk setakat anugerah parti Cit Cat Azwan Ali ajer.

Pengkritik Jemputan

Edry Abdul Halim - Malam ni, Edry tak kurang pedasnya macam si Adlin tu jugak. Anyway, banyak jugak idea-idea sumbang dan kritikan-kritikan yang membina yang dia berikan tu walaupun dia pun takde lah hebat mana pun. Tapi Edry banyak sentuh bab persembahan pelakon-pelakon pentas tu. Which is okay sebab apa yang dia komen kan ke para pelajar tu, aku rasa sampai pada diorang. Diorang aje tau! Tak sampai pun kat aku! Aku bukan student AF!




Siti Nurhaliza: Siti Situ Sana Sini. Hehhee... sana sini orang dok memperkatakan tentant simanis ni. Bukak aje lah surat khabar, majalah, website, mana mana aje. Mesti ada kisah Siti Nurhaliza & Mr X nya. Hmmm... Siti dah bijak dan bertambah pandai sekarang. Bukan setakat nak menyembunyikan kisah cinta dia tu, malah memberikan komen dan kritikan yang aku rasa okay kalau nak compare dengan Deja Moss last few weeks. Tapi Siti kurang fokus kat aspek teknikal lah.




Hmmm... kenapa perlu tunjuk muka Fazley pula? Ada apa-apa ke? Datuk K tak marah ke kalau S pandang F nanti? Ish... Biarlah Rahsia ye siti!

Kedudukan pelajar sebelum konsert.

Masa aku tengok kat @15 pukul 5 lebih, aku tengok Amirul no 1, tempat kedua si Faizal and tempat ke tiga milik si Farhan. Yang lain tu aku tak berapa pedulik sangat sebab memang yang akan jadi fokus pun tempat pertama sampai ketiga aje. Tapi bila Aznil umumkan kedudan pelajar sebelum konsert, tercengang aku kejap. Yelah, macam mana Velvet boleh ada kat third place and si Farhan falls to sixth place, pelik betul lah.


Amirul 22%
Faizal 19%
Velvet 16%
Lotter 16%
Farhan 16%
Haziq 12%

Korang tengok sendiri. Except for Faizal, carta kedudukan pelajar semua diduduki oleh pelajar Malaysia Timur. Apa yang aku boleh conclude is that peng-afundi kat Sabah and Sarawak lebih rajin dari kita kat Semenanung ni. Kalau tak, takkan lah Amirul tu boleh berada kat tempat pertama carta undian tu kot?

Drama Bonus : Hips Don’t Lie

First of all, aku salute semua budak-budak ni semua sebab tak miming lagu ni.Walaupun aku still rasa agu jenis macam ni tak sesuai nak dibawakan untuk konsert, tapi at least effort diorang tu aku rasa patut kita hargai lah kan. Walaupun ada time tu macam tak keluar bunyi pun dan aku tak faham sepatah haram pun apa yang diorang nyanyikan kat atas pentas tu.

Again, the girls steal the show. Aku tak setuju bila Edry kata Lotter and Amirul yang paling mononjol. Among the boys, diorang memang yang paling menonjol. Yelah, si Faizal menyanyi setakat satu dua line aje. Itupun nak terbelit lidah dia nak menyebut perkataan tu. Haziq pun sama, nyanyi setakat satu dua line aje. Semuanya si Amirul dengan Lotter sapu habis. Amirul aje yang memang fluent in English. Aku rasa Farhan, Velvet and Leez lagi menonjol dari diorang. In fact, diorang bertiga pun memang fluent in English pun. Suara diorang pun aku rasa sedap jugak. Tak lah macam si DD (Again... Donald Duck! Not Diddy) tu, harapkan tarian aje. And Amirul, I am still wondering how he could be the chart toppers until now.

Edry mentioned that the students should tonjolkan diri diorang sendiri walaupun ini adalah persembahan berkumpulan, tapi aku rasa diorang patutnya work as a team and collaborate within each other. Diorang nampak macam tak kerja sama antara satu sama lain. Masing-masing cuba nak steal the limelight from each other.

Okay lah setakat nak panas badan untuk konsert malam ni. Tapi aku nampak kesungguhan dalam persembahan diorang tu.

Leez, bak kata Yasmin Ahmad. Jamban dia best! Gelek dia power!




Persembahan yang layak untuk dicalonkan untuk Anugerah Parti Cit Cat Azwan Ali ajer. Tu pun, nasib baik tak menang beb.

Drama Individu Para Pelajar

Amirul - Oh No Kamu!

OH NO.....Untuk drama pelajar pertama ni, yang bestnya persembahan Amirul ni adalah rentak tarian dia aje.Itu pun dia tak move sehabis baik lagi. Persembahan dia minggu ni is not his best performance yet. Thats about it. Vokal dan suara dia memang is not something yang aku really look forward to and really that good. No offence, tak banyak improvement yang dia tunjukkan. Kadang-kadang aku dengar dia nyanyi, nak keluarkan suara dia macam orang tercekik putik durian pun ada. Sebab kadang2, macam tak lepas aje suara dia tu. Dan aku rasa dia kena tingkatkan lagi stamina dia tu. DIa macam dah semput half way throughout the song.

Siti cakap wajah dia yang jadi kesukaan tu sebab dia cute. Sorry Siti, I have to disagree with you. Entah tang mana yang cute pun aku tak tau lah kan. I mean, looking from a man's point of view. Suara dia pun macam tu aje. Tak ada improvement sangat yang dia tunjukkan dari segi vokal. Cuma keyakinan dan stage presence dia tu aje yang meningkat tiap-tiap kali konsert.

Not the best performance from him.(bila pulak dia ada bagi performance yang really outstanding pun?).Aku lagi suka time dia bawak lagu Sedang Ingin Bercinta last week. oh ye... ini lah dia rupa maskot Astro yang baru. hehehhe.....hello Astro..


Drama yang memang layak dicalonkan untuk Anugerah Parti Cit Cat Azwan Ali aje.




Farhan (Meniti Titian Usang)

Aku kurang minat sangat dengan persembahan dia malam ni. Bukan sebab suara dia. Pada aku, suara dia aku tak ada masalah sangat. Suara dia memang sedap. Lontaran suara dia pun terang dan jelas. Farhan sendiri faham teknik-teknik nyanyian yang cikgu dia tu ajarkan. Kalau Farhan dapat husky kan sikit suara dia tu sure lagu tu lagik sedap punya lah. Tapi aku ada skit kureng dengan persembahan dia malam ni.Attitude rock dia tu kurang sikit malam ni. Aku tak nampak jiwa rock tu dalam persembahan dia tu. Feel dia untuk lagu tu pun kurang. Macam dirancang-rancang, dipaksa-paksa dan dibuat aje. Farhan patutnya lebih relax lagi.

Aku rasa persembahan Amylea menyanyikan lagu Ella masa AF3 tu lagi menarik.Cuma aku pelik kenapa diorang kasi lagu Search untuk Farhan. Why not lagu Ella ke, Candy ke, Alanis Morissette ke. Kenapa lagu group lelaki untuk Farhan?

Drama yang layak dipertandingkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.




Faizal (Dealova)

Aku suka dengan persembahan dia malam ni. Suara dia memang sesuai membawakan lagu-lagu macam ni.Aku suka dengan husky @ gemersik suara dia tu. Middle of the song dia macam dah off tune sik it. Tapi lepas tu dia cover and get in the right track again. Dari segi persembahan, aku rasa yang feel dan expression muka dia dengan lagu tu memang kena. Yang aku faham dari bait-bait lirik lagu ni, ia menunjukkan lelaki yang gilerkan dan dambakan kasih dari seseorang yang dia cintai. Dan apa yang aku nampak dia ada tunjukkan ciri-ciri tu dalam ekspressi muka dia.

Bagi aku, something aje yang abit disturbing masa persembahan dia tadi. Gaya dan movement dia tu macam tak kena lah. Nampak terlampau mechanical sangat. Especially masa dia menari dengan Leez tu, nampak macam tak kena aje. Kalau dia lebih natural, aku sure yang persembahan dia lebih menarik.

Aku setuju dengan Adlin, ada kejujuran dalam cara nyanyian Faizal yang tak nampak fake dan dibuat-buat.

Memang layak dipertandingkan untuk Anugerah Seri Angkasa yang bakal dibolot lagi oleh RTM. So, Faizal, harap tercalon aje lah ye.



Velvet (Caramu) feat Faizal.. eehhh... Zahid

Hahahahha… pecah perut aku masa Faizal nak rapkan lagu ni. Maunya terbelit lidah dia lagi sekali nak rap. Baru 20 seconds lepas lagu tu, Aznil stopkan persembahan tu. Yelah, si Faizal tak keluar suara apa pun bila tiba part dia rap. Kononnya Aznil yang nak tolong, tapi sebenarnya si Zahid yang akan back-up Velvet for this song. Yo yo aje kata Zahid still kat German. Ala! Aku dah agak yang Zahid mesti akan keluar punyer. Yelah, tak ada siapa pun yang boleh buat part rap lagu tu beside Zahid.

Aku tak expect Velvet nak tiru teknik whistling yang hanya Idayu and Nikki aje boleh buat tu. Memang fact that in Malaysia, only Nikki and Idayu boleh buat macam tu. Tapi vokal Velvet lantang dan memang jelas. So, aku boleh dengar apa yang dia nyanyikan tu. Cuma Velvet slack sikit dari segi persembahan. Groove dia untuk lagu ni masih kurang. Mungkin sebab lagu ni lagu rancak, so, ada sebutan dia yang agak tak jelas. Lagipun nampak sangat si Velvet penat half way throughout the song sebab kepenatan berlari. Stamina dia dah mula kurang dan dia dah sedikit pancit towards the end

Drama lakonan Velvet ni aku rasa layak dipertandingkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Lotter (Chow Kit Road)

Ini aku tak klasifikasikan sebagai drama. Ini, kalau korang tune in kat channel 61 astro, korang boleh tengok Mickey Mouse and friends. Haaa.. ni lah salah sorang kawan-kawan dia. Tapi, kalau adlin kata dia ni on and off, aku bagi term yang lagik subtle lah, which is SPLIT PERSONALITY. Nasib baik minggu dia tak jadi Donald Duck. Minggu ni, dia jadi Woody Woodpecker. Aku tak dengar sangat sengau suara dia minggu ni. Nasib baik lah tak ada suara sengau Donald Duck dia sebab kalau tak, mau geleng kepala ahli keluarga Allahyarham Sudirman dengar lagu Allahyarham jadi sampai mcam tu sekali. Aku agak puas hati dengan vokal dan suara Lotter this week.

Dari segi persembahan, macam yang aku pernah cakap sebelum ni, Lotter memang tak ada masalah dalam persembahan dia. Tahap keyakinan dia memang tinggi dan dia ada stage presence dia yang tersendiri. penguasaan pentas dia pun memang baik. Gaya tarian dia pun not bad at all kalau nak dicomparekan dengan kongkang-kongkang lain. Hehheeheh…

Wokeh kalau nak dicalonkan untuk Nickelodeon Kids Choice Award tu.

Haziq

Hehhehehe…. Aiman keluar tv lah.. ini rupanya kejutan yang abd badrul tu cakap rupanya ya. Hehhehehe… kelakar lah… kelkakar sungguh… AIMAN TAK KISAH. Hahahhaha….. sakitnya perut aku gelak! Go go Aiman!!!

Ini lah Drama terbaik minggu ni yang patut mengisi slot-slot drama tempatan dekat Astro Ria. Eh… macam aku kenal aje baju yang si Haziq tu pakai lah. Bukan tu baju yang dia pakai masa dia nyanyi lagu Tidurlah Permaisuri nyanyian Allahyarham P Ramlee tu ke? Tak tau lah kalau aku silap kan. Hehhe… Anyway, aku tak ada masalah sangat dengan persembahan Haziq malam ni. Dia dapat lagu yang aku rasa memang makanan dia. Dia tau macam mana lenggok-lenggok lagu asli, feel yang dia bagi untuk lagu ni pun aku rasa sesuai dengan lagu ni.

Aku setuju dengan Edry. Kita tak terlampau disuapkan dengan penyanyi-penyanyi R & B, pop dan balada, so, for a change, mungkin Haziq akan menonjol sebagai penyanyi lagu asli yang muda. Why not kan?

Anyway, he looks better with the spectacles. Take off the contact lenses, please!

Drama yang layak dicalonkan untuk Anugerah Skrin. Drama kasih sayang dengan plot cinta 3 segi yang digarap dan diadun dengan baik sekali.

Leez (Ku Gembira Di Samping Mu)

Aku harap tak keterlaluan bila aku cakap persembahan Leez malam ni lagi baik from some of the students yang ada tonight. In fact, Leez lagi baik from some of the ex students Akademi Fantasia 4 ni. Tapi sayang rezeki dia tak ada nak duduk kat dalam akademi tu. Kalau tak, mesti lebih meriah akademi tu nanti and lebih bersemangat la si Haziq tu nanti.

Suara dia, aku rasa okay lah. Suara dia lantang dan sebutan dia dia pun jelas. Persembahan dia menghiburkan dan dia konsisten dalam persembahan dia tu. Tarian dia pun nampak sempoi dan tak kongkang. Cuma Leez ni nampak terlampu berhati-hati, so feel dia untuk lagu ni kurang.

Sayang dia cuma diserapkan seminggu aje.

Persembahan yang memang layak dicalonkan untuk Anugerah Sri Angkasa.

Persembahan Bonus

Lemas – Aku rasa persembahan bonus lagu Lemas ni lagi baik dari lagu Hips Don’t Lie tadi. Nyanyian diorang nampak lebih seimbang kali ni. Kolaborasi diorang as a team pun aku rasa much better than the first bonus song. Faizal nampak kelakar aje untuk lagu ni.

Cuma dari segi persembahan, aku ada sikit kecewa lah. Aku expect ada lah some dance move untuk lagu ni tapi tak ada. Semuanya in one line aje without doing anything on the koreografi. Cuma towards the end aje ada a few move ke hulu dan ke hilir from the students.

Saya Anak Malaysia – Persembahan lagu bonus terbaik untuk malam ni. Bukan sebab ini lagu patriotic, tapi sebab semua played their part dan aku nampak keserasian antara pelajar-pelajar tu. Mereka nampak mesra di atas pentas dan she-ra-shi ber-sha-ma. Cuma dari segi koreografi aje yang nampak sikit out. Yang lain-lain, aku rasa ok!

Hoi! Tenaga-tenaga pengajar yang pemalas!. Nyanyi lagu patriotic, kena lah bangga beb, ini tidak, si Kevin tu, melambai mcam nak tak nak aje. Syafi, lagi malas nak kibarkan bendera Malaysia tu. Yang lain tu, macam tak makan seminggu aje nak angkat tangan lambai bendera negara tercinta tu. Penonton-penonton dan pelajar-pelajar tu lagi bersemangan dari diorang.

Eh? takkan nak bagi bendera Malaysia tu kat Ramli Sarip kot? Hahahaha… dia kan warganegara Singapura? Kena buang negara dia nanti. Heheheehhe.....

Menuju Puncak.

Improving week by week. At least minggu ni nampak meriah dengan kehadian Leez dan nampak seimbang sikit. Mula menampakkan keserasian dan synchronization dalam koreografi budak-budak tu. Besides that, it’s all the same.

Adlin, ada aja benda yang nak dicakapkan tu. AKu ada satu cadangan, why not kita masukkan Adlin Aman Ramli one week in the academy and let him rasa dan lalui apa yang budak-budak tu lalui, then, buat persembahan masa konsert hari sabtu. Dengar komen-komen dan kritikan-kritikan orang pulak. Macam mana? How does it feel?

Keputusan :

Leez terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia. Sayang sekali sebab aku rasa Leez tu lagi berbakat dari a few of the students yang ada dalam dan yang pernah menduduki akademi fantasia tu.Seriously, this is what I feel. Tapi nak buat macam mana kan? Dah dia pun duduk menumpang kat dalam akademi tu for a week. Sampai masa, kena lah blah kan?

Abang misai, bapak si Leez yang naik atas pentas bawak balik anak dia tu.

Amboi Haziq, siap peluk lagi bakal bapak mertua dia tu ya. Heheheh..

Si Donald Duck keluar! Puasnya hati aku. Hehehhe… maaf lah ya! Untuk pertama kalinya pengundi-pengundi membuat keputusan yang bijak. It is not something that I have against orang Malaysia Timur but aku cuma tak rasa dia layak untuk berada di final aje. Jangan kata aku ni racist, sebab Velvet pun aku rasa okay juga. Cuma, DD tu lack of singing talent. To be someone who can entertain us, Lotter memang ada that package, tapi nak jadi the singer, aku tak berapa gemar sangat.

And the Best Actor Award goes to(**drum roll***)......AMIRUL...Yang si cengeng tu nak melalak macam hilang anak tu kenapa ye? Alah.. sudah-sudah la tu. Nanti hari isnin, kau gelak-gelak balik punya. Berpisah pun bukan lama. Kejap aje tu. Nanti-nanti baik lah tu. Lambat laun jumpa juga. SO THE DRAMA LA BRUDDER....

Anyway, kedudukan selepas konsert :

Farhan 20%
Faizal 17%
Velvet 16%
Amirul 16%
Haziq 16%
Lotter 15%.

hmmm... kalau keadaan macam ni kekal for the rest of the concert sampai ke final, there is a good chance that Farhan will take back the condo, cars, barangan osim, duit RM 20,000.00, and afew other prizes tu. Which is fine by me sebab I am really hoping for Farhan to win. Not because I am some kind of sexist or chauvinist, but I am making my decisions based on their talents and not just pretty face with the voice of some cartoons.

Frankly speaking, I prefer haziq more than Amirul in any way possible. Why? it is because Haziq can tune eventhough it sounded more "asli". not like Amirul who sounded flat at all times. Nasib baik Syafinaz tak jadi pengkritik, kalau tak, tambah banjir lah Dewan Sivik MBPJ tu nanti.

Aku kata : Itulah dia tadi pementasan drama air mata yang cukup melankolik hidangan Astro untuk kita. Ada drama yang memang tahap telenovela yang berjaya menarik perhatian penonton, ada pulak drama yang setakat jadi tontonan suri rumah tangga aje dan ada siri kartun adaptasi dari channel 70 kat Astro tu.

Overall, aku rasa konsert kali ni is the best concert dalam kesemua tujuh konsert Akademi Fantasia. Not the best concert in the history of AF but the best concert in Akademi Fantasia Musim ke 4 nie. Baru ada feel konsert sikit minggu ni. Tapi kenapa lambat sangat panasnya. Ni dah minggu ke tujuh. Takkan sekarang baru nak all out buat sehabis baik kot? Lambat sangat nie!

Tapi memang betul, konsert minggu ni memang yang terbaik dari ketujuh-tujuh konsert yang ada. Mungkin ni disebabkan oleh pelajar tambahan, Leez yang datang memeriahkan akademi untuk seminggu. Mungkin juga kebanyakan para pelajar dapat lagu yang bersesuaian dengan diorang. Mungkin banyak drama spektra yang jadi sepanjang minggu ni kot?

Tentang keputusan? Personally, aku rasa Lotter memang patut keluar pun.Actually, my pick is either Lotter or Haziq. Kalau nak diikutkan pada pola pengundi, memang aku dah boleh jangka yang tak mungkin Haziq akan keluar. Sebab tiap-tiap minggu memang Haziq yang akan terselamat pada akhir-akhir konsert.

Pilihan aku

Faizal ****
Leez ***3/4
Farhan***1/2
Lotter***
Haziq **1/2
Velvet **
Amirul *

Ulasan lain
Peminat Amirul
Peminat Powerpuff Girl
Il Presidente (kalau ada lah)
Parti Liberal
Parti Bersayap Kanan

p/s : Joe KK, I am not a fan of that Donald Duck...

p/s : oh ye... Adlin, kau nak tengok DD dalam final concert ya.... IN YOUR DREAM kot.


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer