« Home | Aku ingin menjadi mimpi... » | Eat your heart out! » | Setahun sudah berlalu... » | Superman Returns (2006) » | Konsert Keenam Akademi Fantasia 4 » | Hear Ye! Hear Ye! » | Diari AF & Others » | Awek-Awek si Spender merah » | Apa punya sabtu daaa!!!! » | Konsert Kelima Akademi Fantasia 4 »

Konsert Ketujuh Akademi Fantasia 4

Drama pentas telenovela minggu ni punya tema, cinta tiga segi yang memang takkan menjadi dan juga ada afew lagi sketsa-sketsa yang ditokok tambah untuk menyedapkan lagi jalan cerita ni. Para pelakon-pelakonnya adalah sisa-sisa para pelajar yang still berjuang dengan sehabis baik diorang walaupun para pengundi ni yang menentukan sama ada drama diorang tu menjadi ataupun kayu semata-mata.

So, dengan itu, ulasan aku minggu ni adalah berdasarkan plot-plot dan sub-plot yang ada dalam Akademi Fantasia. Dimainkan diatas set yang kecik (Dewan Sivik MBPJ, bukan besar mana pun kan? heheheh.... ) dan disaksikan berjuta-juta pengundi yang jadi penonton malam tu. Diorang jugaklah yang menentukan sama ada drama pelajar-pelajar tu layak untuk menang anugerah besar ataupun hanya layak untuk setakat anugerah parti Cit Cat Azwan Ali ajer.

Pengkritik Jemputan

Edry Abdul Halim - Malam ni, Edry tak kurang pedasnya macam si Adlin tu jugak. Anyway, banyak jugak idea-idea sumbang dan kritikan-kritikan yang membina yang dia berikan tu walaupun dia pun takde lah hebat mana pun. Tapi Edry banyak sentuh bab persembahan pelakon-pelakon pentas tu. Which is okay sebab apa yang dia komen kan ke para pelajar tu, aku rasa sampai pada diorang. Diorang aje tau! Tak sampai pun kat aku! Aku bukan student AF!




Siti Nurhaliza: Siti Situ Sana Sini. Hehhee... sana sini orang dok memperkatakan tentant simanis ni. Bukak aje lah surat khabar, majalah, website, mana mana aje. Mesti ada kisah Siti Nurhaliza & Mr X nya. Hmmm... Siti dah bijak dan bertambah pandai sekarang. Bukan setakat nak menyembunyikan kisah cinta dia tu, malah memberikan komen dan kritikan yang aku rasa okay kalau nak compare dengan Deja Moss last few weeks. Tapi Siti kurang fokus kat aspek teknikal lah.




Hmmm... kenapa perlu tunjuk muka Fazley pula? Ada apa-apa ke? Datuk K tak marah ke kalau S pandang F nanti? Ish... Biarlah Rahsia ye siti!

Kedudukan pelajar sebelum konsert.

Masa aku tengok kat @15 pukul 5 lebih, aku tengok Amirul no 1, tempat kedua si Faizal and tempat ke tiga milik si Farhan. Yang lain tu aku tak berapa pedulik sangat sebab memang yang akan jadi fokus pun tempat pertama sampai ketiga aje. Tapi bila Aznil umumkan kedudan pelajar sebelum konsert, tercengang aku kejap. Yelah, macam mana Velvet boleh ada kat third place and si Farhan falls to sixth place, pelik betul lah.


Amirul 22%
Faizal 19%
Velvet 16%
Lotter 16%
Farhan 16%
Haziq 12%

Korang tengok sendiri. Except for Faizal, carta kedudukan pelajar semua diduduki oleh pelajar Malaysia Timur. Apa yang aku boleh conclude is that peng-afundi kat Sabah and Sarawak lebih rajin dari kita kat Semenanung ni. Kalau tak, takkan lah Amirul tu boleh berada kat tempat pertama carta undian tu kot?

Drama Bonus : Hips Don’t Lie

First of all, aku salute semua budak-budak ni semua sebab tak miming lagu ni.Walaupun aku still rasa agu jenis macam ni tak sesuai nak dibawakan untuk konsert, tapi at least effort diorang tu aku rasa patut kita hargai lah kan. Walaupun ada time tu macam tak keluar bunyi pun dan aku tak faham sepatah haram pun apa yang diorang nyanyikan kat atas pentas tu.

Again, the girls steal the show. Aku tak setuju bila Edry kata Lotter and Amirul yang paling mononjol. Among the boys, diorang memang yang paling menonjol. Yelah, si Faizal menyanyi setakat satu dua line aje. Itupun nak terbelit lidah dia nak menyebut perkataan tu. Haziq pun sama, nyanyi setakat satu dua line aje. Semuanya si Amirul dengan Lotter sapu habis. Amirul aje yang memang fluent in English. Aku rasa Farhan, Velvet and Leez lagi menonjol dari diorang. In fact, diorang bertiga pun memang fluent in English pun. Suara diorang pun aku rasa sedap jugak. Tak lah macam si DD (Again... Donald Duck! Not Diddy) tu, harapkan tarian aje. And Amirul, I am still wondering how he could be the chart toppers until now.

Edry mentioned that the students should tonjolkan diri diorang sendiri walaupun ini adalah persembahan berkumpulan, tapi aku rasa diorang patutnya work as a team and collaborate within each other. Diorang nampak macam tak kerja sama antara satu sama lain. Masing-masing cuba nak steal the limelight from each other.

Okay lah setakat nak panas badan untuk konsert malam ni. Tapi aku nampak kesungguhan dalam persembahan diorang tu.

Leez, bak kata Yasmin Ahmad. Jamban dia best! Gelek dia power!




Persembahan yang layak untuk dicalonkan untuk Anugerah Parti Cit Cat Azwan Ali ajer. Tu pun, nasib baik tak menang beb.

Drama Individu Para Pelajar

Amirul - Oh No Kamu!

OH NO.....Untuk drama pelajar pertama ni, yang bestnya persembahan Amirul ni adalah rentak tarian dia aje.Itu pun dia tak move sehabis baik lagi. Persembahan dia minggu ni is not his best performance yet. Thats about it. Vokal dan suara dia memang is not something yang aku really look forward to and really that good. No offence, tak banyak improvement yang dia tunjukkan. Kadang-kadang aku dengar dia nyanyi, nak keluarkan suara dia macam orang tercekik putik durian pun ada. Sebab kadang2, macam tak lepas aje suara dia tu. Dan aku rasa dia kena tingkatkan lagi stamina dia tu. DIa macam dah semput half way throughout the song.

Siti cakap wajah dia yang jadi kesukaan tu sebab dia cute. Sorry Siti, I have to disagree with you. Entah tang mana yang cute pun aku tak tau lah kan. I mean, looking from a man's point of view. Suara dia pun macam tu aje. Tak ada improvement sangat yang dia tunjukkan dari segi vokal. Cuma keyakinan dan stage presence dia tu aje yang meningkat tiap-tiap kali konsert.

Not the best performance from him.(bila pulak dia ada bagi performance yang really outstanding pun?).Aku lagi suka time dia bawak lagu Sedang Ingin Bercinta last week. oh ye... ini lah dia rupa maskot Astro yang baru. hehehhe.....hello Astro..


Drama yang memang layak dicalonkan untuk Anugerah Parti Cit Cat Azwan Ali aje.




Farhan (Meniti Titian Usang)

Aku kurang minat sangat dengan persembahan dia malam ni. Bukan sebab suara dia. Pada aku, suara dia aku tak ada masalah sangat. Suara dia memang sedap. Lontaran suara dia pun terang dan jelas. Farhan sendiri faham teknik-teknik nyanyian yang cikgu dia tu ajarkan. Kalau Farhan dapat husky kan sikit suara dia tu sure lagu tu lagik sedap punya lah. Tapi aku ada skit kureng dengan persembahan dia malam ni.Attitude rock dia tu kurang sikit malam ni. Aku tak nampak jiwa rock tu dalam persembahan dia tu. Feel dia untuk lagu tu pun kurang. Macam dirancang-rancang, dipaksa-paksa dan dibuat aje. Farhan patutnya lebih relax lagi.

Aku rasa persembahan Amylea menyanyikan lagu Ella masa AF3 tu lagi menarik.Cuma aku pelik kenapa diorang kasi lagu Search untuk Farhan. Why not lagu Ella ke, Candy ke, Alanis Morissette ke. Kenapa lagu group lelaki untuk Farhan?

Drama yang layak dipertandingkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.




Faizal (Dealova)

Aku suka dengan persembahan dia malam ni. Suara dia memang sesuai membawakan lagu-lagu macam ni.Aku suka dengan husky @ gemersik suara dia tu. Middle of the song dia macam dah off tune sik it. Tapi lepas tu dia cover and get in the right track again. Dari segi persembahan, aku rasa yang feel dan expression muka dia dengan lagu tu memang kena. Yang aku faham dari bait-bait lirik lagu ni, ia menunjukkan lelaki yang gilerkan dan dambakan kasih dari seseorang yang dia cintai. Dan apa yang aku nampak dia ada tunjukkan ciri-ciri tu dalam ekspressi muka dia.

Bagi aku, something aje yang abit disturbing masa persembahan dia tadi. Gaya dan movement dia tu macam tak kena lah. Nampak terlampau mechanical sangat. Especially masa dia menari dengan Leez tu, nampak macam tak kena aje. Kalau dia lebih natural, aku sure yang persembahan dia lebih menarik.

Aku setuju dengan Adlin, ada kejujuran dalam cara nyanyian Faizal yang tak nampak fake dan dibuat-buat.

Memang layak dipertandingkan untuk Anugerah Seri Angkasa yang bakal dibolot lagi oleh RTM. So, Faizal, harap tercalon aje lah ye.



Velvet (Caramu) feat Faizal.. eehhh... Zahid

Hahahahha… pecah perut aku masa Faizal nak rapkan lagu ni. Maunya terbelit lidah dia lagi sekali nak rap. Baru 20 seconds lepas lagu tu, Aznil stopkan persembahan tu. Yelah, si Faizal tak keluar suara apa pun bila tiba part dia rap. Kononnya Aznil yang nak tolong, tapi sebenarnya si Zahid yang akan back-up Velvet for this song. Yo yo aje kata Zahid still kat German. Ala! Aku dah agak yang Zahid mesti akan keluar punyer. Yelah, tak ada siapa pun yang boleh buat part rap lagu tu beside Zahid.

Aku tak expect Velvet nak tiru teknik whistling yang hanya Idayu and Nikki aje boleh buat tu. Memang fact that in Malaysia, only Nikki and Idayu boleh buat macam tu. Tapi vokal Velvet lantang dan memang jelas. So, aku boleh dengar apa yang dia nyanyikan tu. Cuma Velvet slack sikit dari segi persembahan. Groove dia untuk lagu ni masih kurang. Mungkin sebab lagu ni lagu rancak, so, ada sebutan dia yang agak tak jelas. Lagipun nampak sangat si Velvet penat half way throughout the song sebab kepenatan berlari. Stamina dia dah mula kurang dan dia dah sedikit pancit towards the end

Drama lakonan Velvet ni aku rasa layak dipertandingkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Lotter (Chow Kit Road)

Ini aku tak klasifikasikan sebagai drama. Ini, kalau korang tune in kat channel 61 astro, korang boleh tengok Mickey Mouse and friends. Haaa.. ni lah salah sorang kawan-kawan dia. Tapi, kalau adlin kata dia ni on and off, aku bagi term yang lagik subtle lah, which is SPLIT PERSONALITY. Nasib baik minggu dia tak jadi Donald Duck. Minggu ni, dia jadi Woody Woodpecker. Aku tak dengar sangat sengau suara dia minggu ni. Nasib baik lah tak ada suara sengau Donald Duck dia sebab kalau tak, mau geleng kepala ahli keluarga Allahyarham Sudirman dengar lagu Allahyarham jadi sampai mcam tu sekali. Aku agak puas hati dengan vokal dan suara Lotter this week.

Dari segi persembahan, macam yang aku pernah cakap sebelum ni, Lotter memang tak ada masalah dalam persembahan dia. Tahap keyakinan dia memang tinggi dan dia ada stage presence dia yang tersendiri. penguasaan pentas dia pun memang baik. Gaya tarian dia pun not bad at all kalau nak dicomparekan dengan kongkang-kongkang lain. Hehheeheh…

Wokeh kalau nak dicalonkan untuk Nickelodeon Kids Choice Award tu.

Haziq

Hehhehehe…. Aiman keluar tv lah.. ini rupanya kejutan yang abd badrul tu cakap rupanya ya. Hehhehehe… kelakar lah… kelkakar sungguh… AIMAN TAK KISAH. Hahahhaha….. sakitnya perut aku gelak! Go go Aiman!!!

Ini lah Drama terbaik minggu ni yang patut mengisi slot-slot drama tempatan dekat Astro Ria. Eh… macam aku kenal aje baju yang si Haziq tu pakai lah. Bukan tu baju yang dia pakai masa dia nyanyi lagu Tidurlah Permaisuri nyanyian Allahyarham P Ramlee tu ke? Tak tau lah kalau aku silap kan. Hehhe… Anyway, aku tak ada masalah sangat dengan persembahan Haziq malam ni. Dia dapat lagu yang aku rasa memang makanan dia. Dia tau macam mana lenggok-lenggok lagu asli, feel yang dia bagi untuk lagu ni pun aku rasa sesuai dengan lagu ni.

Aku setuju dengan Edry. Kita tak terlampau disuapkan dengan penyanyi-penyanyi R & B, pop dan balada, so, for a change, mungkin Haziq akan menonjol sebagai penyanyi lagu asli yang muda. Why not kan?

Anyway, he looks better with the spectacles. Take off the contact lenses, please!

Drama yang layak dicalonkan untuk Anugerah Skrin. Drama kasih sayang dengan plot cinta 3 segi yang digarap dan diadun dengan baik sekali.

Leez (Ku Gembira Di Samping Mu)

Aku harap tak keterlaluan bila aku cakap persembahan Leez malam ni lagi baik from some of the students yang ada tonight. In fact, Leez lagi baik from some of the ex students Akademi Fantasia 4 ni. Tapi sayang rezeki dia tak ada nak duduk kat dalam akademi tu. Kalau tak, mesti lebih meriah akademi tu nanti and lebih bersemangat la si Haziq tu nanti.

Suara dia, aku rasa okay lah. Suara dia lantang dan sebutan dia dia pun jelas. Persembahan dia menghiburkan dan dia konsisten dalam persembahan dia tu. Tarian dia pun nampak sempoi dan tak kongkang. Cuma Leez ni nampak terlampu berhati-hati, so feel dia untuk lagu ni kurang.

Sayang dia cuma diserapkan seminggu aje.

Persembahan yang memang layak dicalonkan untuk Anugerah Sri Angkasa.

Persembahan Bonus

Lemas – Aku rasa persembahan bonus lagu Lemas ni lagi baik dari lagu Hips Don’t Lie tadi. Nyanyian diorang nampak lebih seimbang kali ni. Kolaborasi diorang as a team pun aku rasa much better than the first bonus song. Faizal nampak kelakar aje untuk lagu ni.

Cuma dari segi persembahan, aku ada sikit kecewa lah. Aku expect ada lah some dance move untuk lagu ni tapi tak ada. Semuanya in one line aje without doing anything on the koreografi. Cuma towards the end aje ada a few move ke hulu dan ke hilir from the students.

Saya Anak Malaysia – Persembahan lagu bonus terbaik untuk malam ni. Bukan sebab ini lagu patriotic, tapi sebab semua played their part dan aku nampak keserasian antara pelajar-pelajar tu. Mereka nampak mesra di atas pentas dan she-ra-shi ber-sha-ma. Cuma dari segi koreografi aje yang nampak sikit out. Yang lain-lain, aku rasa ok!

Hoi! Tenaga-tenaga pengajar yang pemalas!. Nyanyi lagu patriotic, kena lah bangga beb, ini tidak, si Kevin tu, melambai mcam nak tak nak aje. Syafi, lagi malas nak kibarkan bendera Malaysia tu. Yang lain tu, macam tak makan seminggu aje nak angkat tangan lambai bendera negara tercinta tu. Penonton-penonton dan pelajar-pelajar tu lagi bersemangan dari diorang.

Eh? takkan nak bagi bendera Malaysia tu kat Ramli Sarip kot? Hahahaha… dia kan warganegara Singapura? Kena buang negara dia nanti. Heheheehhe.....

Menuju Puncak.

Improving week by week. At least minggu ni nampak meriah dengan kehadian Leez dan nampak seimbang sikit. Mula menampakkan keserasian dan synchronization dalam koreografi budak-budak tu. Besides that, it’s all the same.

Adlin, ada aja benda yang nak dicakapkan tu. AKu ada satu cadangan, why not kita masukkan Adlin Aman Ramli one week in the academy and let him rasa dan lalui apa yang budak-budak tu lalui, then, buat persembahan masa konsert hari sabtu. Dengar komen-komen dan kritikan-kritikan orang pulak. Macam mana? How does it feel?

Keputusan :

Leez terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia. Sayang sekali sebab aku rasa Leez tu lagi berbakat dari a few of the students yang ada dalam dan yang pernah menduduki akademi fantasia tu.Seriously, this is what I feel. Tapi nak buat macam mana kan? Dah dia pun duduk menumpang kat dalam akademi tu for a week. Sampai masa, kena lah blah kan?

Abang misai, bapak si Leez yang naik atas pentas bawak balik anak dia tu.

Amboi Haziq, siap peluk lagi bakal bapak mertua dia tu ya. Heheheh..

Si Donald Duck keluar! Puasnya hati aku. Hehehhe… maaf lah ya! Untuk pertama kalinya pengundi-pengundi membuat keputusan yang bijak. It is not something that I have against orang Malaysia Timur but aku cuma tak rasa dia layak untuk berada di final aje. Jangan kata aku ni racist, sebab Velvet pun aku rasa okay juga. Cuma, DD tu lack of singing talent. To be someone who can entertain us, Lotter memang ada that package, tapi nak jadi the singer, aku tak berapa gemar sangat.

And the Best Actor Award goes to(**drum roll***)......AMIRUL...Yang si cengeng tu nak melalak macam hilang anak tu kenapa ye? Alah.. sudah-sudah la tu. Nanti hari isnin, kau gelak-gelak balik punya. Berpisah pun bukan lama. Kejap aje tu. Nanti-nanti baik lah tu. Lambat laun jumpa juga. SO THE DRAMA LA BRUDDER....

Anyway, kedudukan selepas konsert :

Farhan 20%
Faizal 17%
Velvet 16%
Amirul 16%
Haziq 16%
Lotter 15%.

hmmm... kalau keadaan macam ni kekal for the rest of the concert sampai ke final, there is a good chance that Farhan will take back the condo, cars, barangan osim, duit RM 20,000.00, and afew other prizes tu. Which is fine by me sebab I am really hoping for Farhan to win. Not because I am some kind of sexist or chauvinist, but I am making my decisions based on their talents and not just pretty face with the voice of some cartoons.

Frankly speaking, I prefer haziq more than Amirul in any way possible. Why? it is because Haziq can tune eventhough it sounded more "asli". not like Amirul who sounded flat at all times. Nasib baik Syafinaz tak jadi pengkritik, kalau tak, tambah banjir lah Dewan Sivik MBPJ tu nanti.

Aku kata : Itulah dia tadi pementasan drama air mata yang cukup melankolik hidangan Astro untuk kita. Ada drama yang memang tahap telenovela yang berjaya menarik perhatian penonton, ada pulak drama yang setakat jadi tontonan suri rumah tangga aje dan ada siri kartun adaptasi dari channel 70 kat Astro tu.

Overall, aku rasa konsert kali ni is the best concert dalam kesemua tujuh konsert Akademi Fantasia. Not the best concert in the history of AF but the best concert in Akademi Fantasia Musim ke 4 nie. Baru ada feel konsert sikit minggu ni. Tapi kenapa lambat sangat panasnya. Ni dah minggu ke tujuh. Takkan sekarang baru nak all out buat sehabis baik kot? Lambat sangat nie!

Tapi memang betul, konsert minggu ni memang yang terbaik dari ketujuh-tujuh konsert yang ada. Mungkin ni disebabkan oleh pelajar tambahan, Leez yang datang memeriahkan akademi untuk seminggu. Mungkin juga kebanyakan para pelajar dapat lagu yang bersesuaian dengan diorang. Mungkin banyak drama spektra yang jadi sepanjang minggu ni kot?

Tentang keputusan? Personally, aku rasa Lotter memang patut keluar pun.Actually, my pick is either Lotter or Haziq. Kalau nak diikutkan pada pola pengundi, memang aku dah boleh jangka yang tak mungkin Haziq akan keluar. Sebab tiap-tiap minggu memang Haziq yang akan terselamat pada akhir-akhir konsert.

Pilihan aku

Faizal ****
Leez ***3/4
Farhan***1/2
Lotter***
Haziq **1/2
Velvet **
Amirul *

Ulasan lain
Peminat Amirul
Peminat Powerpuff Girl
Il Presidente (kalau ada lah)
Parti Liberal
Parti Bersayap Kanan

p/s : Joe KK, I am not a fan of that Donald Duck...

p/s : oh ye... Adlin, kau nak tengok DD dalam final concert ya.... IN YOUR DREAM kot.


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer