« Home | Konsert Keenam Akademi Fantasia 4 » | Hear Ye! Hear Ye! » | Diari AF & Others » | Awek-Awek si Spender merah » | Apa punya sabtu daaa!!!! » | Konsert Kelima Akademi Fantasia 4 » | Behind the cape » | 10 Persembahan Terbaik kat AF. » | Lagu baru AF » | Must see movie!!! »

Superman Returns (2006)

Entah kenapa, aku rasa macam ada kurangnya Superman Returns ni kalau nak dibandingkan dengan francise-francise superman yang lain. Despite budget yang sangat tinggi, about RM 300 juta, aku rasa macam masih kurang garam dan gula untuk cerita kali ni.

Cerita kali ni bukanlah fokus dari mula macam mana Superman sampai ke Bumi, landed in Smallville, dibesarkan oleh the Kent Family, bekerja kat Daily Planet, berjumpa dengan Lois dan macam mana Clark Kent jadik Superman. Bertepatan dengan tajuknya SUPERMAN RETURNS, filem ni berkisar dengan kembalinya Superman @ Clark Kent ke Bumi lepas menghilang selama 5 tahun.

The film started off with the classic villain Lex Luthor yang memaksa satu balu tua bernama Gertrude to sign some kind of pemindahana harta yang melayakkan si Lex ni mewarisi harta perempuan tua ni yang berjuta-juta dan mejadikan Lex kembali kaya-raya. Dalam Superman Returns, Lex sebenarnya baru aje keluar dari penjara. Sepatutnya dia ni kena double life sentence but disebabkan kehilangan Superman, yang sepatutnya menjadi saksi utama dalam kes ni, so, his jail imprisonment was shortened.

Bila Superman ni kembali, things were not as what he left 5 years. Too many changes happens. Bapak dia dah meninggal. Lois pulak dah ada anak dengan jantan lain, macam-macam lah.

Aku suka cara Superman made his grand enterance selepas dia kembali. Lois and a few media people sedang dalam menyaksikan space shuttle akan berlepas from the flight of AIR FORCE ONE. And then, disebabkan oleh kesilapan teknikal dan power failure(which was the courtesy of Lex Luthor again!), the shuttle tak dapat nak direleasekan to space and membawa sekali Air Force One to space. Then, out of nowhere Superman comes to the rescue. He managed to separate the plane and the space shuttle yang dah sampai ke angkasa tu. And then, macam biasalah, all things that drops down from space to our atmosphere, going thru our stratosphere and hemosphere akan bertukar menjadi one ball of fire (Aku belajar ni kat dalam Sains masa sekolah menengah). Again superman rescued them. Yang bestnya, Superman managed to land the place right in the middle of a baseball field. Perrghh.. Dapat standing ovation lagik tu beb.

Cuma satu aje yang aku pelik. How did those people dalam plane to manage to breath in space? Mana ada oksigen kat sana? Sedangkan angkasawan-angkasawan tu pun pakai space suits.

Lois dan berubah dan in total denial that she still has feelings for Superman. Selepas Superman blah, dia tulis artikel "WHY THE WORLD DOESN'T NEED SUPERMAN" sebagai simbolik betapa dia bencikan superman walhal dia tu rindu gilerbabas dengan Superman. And as a result, dia menang Pulitzer Award for that achievement. Dia dah bercinta dengan orang lain, Richard White (anak sedara Perry). Bila Superman muncul perasaan dia mula berbelah bagi. Antara Richard dengan Superman. Masa scene dia jumpa Superman kat rooftop Daily Planet, dia tunjukkan betapa sedihnya dia ditinggalkan Superman. Dalam movie ni, Lois ada anak bernama Jason. Mula-mula aku ingatkan anak Lois dengan Richard, tapi doubts begin to rise bila Jason ni ada superpower dia sendiri masa scene dalam kapal si Lex Luthor.

Aku Suka :

1. Opening credit for Superman Returns. Masih lagik mengekalkan teknik old skool tapi kali ni nampak lagi real. Thanks to CGI effect yang menjadikan opening Superman Return very very nice.

2. Academy Award winner, Kevin Spacey as Lex Luthor. Memang cool giler dengan that cold expression yang dia ada. It took him 9 years to lobby the producers supaya dia dapat pegang watak to. Since Tim Burton punya time, up to Brett Ratner and to Bryan Singer. Kalau dan rezeki dia, tak ke mana gak lah kan?

3. Macam biasa, effect yang nampak real. Tu lah kehebatan filem-filem genre macam ni. Effect dia nampak real. Cuma ada satu dua adegan dalam yang nampak fake sangat. Contohnya, macam bila Superman ada kat angkasa tu, after dia fly from Lois's house. Its too computer graphic dan tak nampak real.

4. Adegan masa Lex kat kristal Island tu. Ada scene bila Jor El spoke tu kan? Actually Bryan Singer manipulate the footage from Superman : The Movie in 1978 so that Marlon Brando appeared in that scene. Yelah, takkan lah Marlon Brando nak berlakon from six feet under kot?



5. Team si Lex yang semuanya bodoh-bodoh alang tu. Especially Kitty. Tapi pelik, macam mana someone as villainous as Lex t boleh team up and plan to dominate the world dengan orang-orang macam tu?

Aku tak suka

1. Entah kenapa filem ni nampak tak setanding dengan budget yang dikeluarkan. RM 300 juta, besar tu beb. Tapi, bagi aku, masih nampak kosong. Nampak macam filem yang biasa-biasa aje. In fact, it is not even close to LOTR or Star Wars. Sorry to say, Hitch-hiker's Guide to the Galaxy punya effect pun lagi bagus.

2. Suit Superman tu. Kenapa nampak macam baju untuk Parti Pakaian Beragam aje. I mean, I don't expect some tight-fitting leather costume, but nampak too usual. Buat lah dari fibre-glass ke, baru lah best. And one more thing, spender merah dia tu.. hahaha... nampak kelakar sangat lah.

3. Kate Bosworth. Walaupun dia ada classic beauty, tapi the lack of something. Dia macam tak ada aura nak jadi Lois. Lakonan dia macam kurang mantap aje.

4. Ending cerita ni yang very anti-climax. Diorang patutnya show a more impactful ending. macam apa jadi kat Lex, apa jadi kat Lois and Superman.

5. Power si superman ni tak diexploit sebaik mungkin. Dia tak tunjukkan banyak sangat power dia kali ni, setakat x-ray vision dengan his ability to lift heavy things and dia ni kebal. Aku rasa that's about all aje.


6. Watak Martha Kent yang sekejap sangat. Sama jugak dengan watak Perry White. Anak sedara dia lebih menonjol dalam cerita tu.

Korang tau tak?

1. Sir Anthony Hopkins was set to play Jor El masa Brett Ratner was attached to direct Superman Returns. Besides that, Johnny Deep turut berminat nak lakonkan watak Lex Luthor (which aku rasa very amusing dan tak sesuai). As for watak Lois Lane, Bosworth telah mengalahkan Kiera Knightley, Elisha Cuthbert, Mischa Barton (The O.C.) dan Keri Russell.

2. Rumah the Kent tu, previously was built in a studio sebelum dia di reconstruct kat ladang in Australia? Ia dibuat supaya nampak lebih real and the cew spent about 12 weeks nak tanam jagung kat ladang tu.

3. Bryan Singer ada ajak Judd Law berlakon sebagai General Zod, villain from Krypton, tapi sebab si Judd ni banyak cekadak sangat, Singer naik bosan terus buang watak tu.

4. Walaupun Brandon Routh to dah put up some weight and muscle, dia tetap kena pakai muscle tank so that dia dapat perfect physique to. Tapi aku rasa cam dia nampak gemuk aje dalam movie tu.

Aku sebenarnya sedikit kecewa dengan Superman Returns kali ni. Walaupun bugdet diorang besar, I expect something more than Bryan Singer. He did well dengan first and second installation of X-Men, tapi kali ni macam kureng sikit. I don't know kenapa.

Maybe the next one akan lebih gempak. Especially that Jason kid. Aku nak tengok what they plan to do with him. We have to wait and see.

Hmmm... aku kasi : ***1/2 / *****


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer