Tuesday, October 31, 2006

Top 10 - Lagu Raya kegemaran aku

Since kita still lagi dalam mood beraya, a few entry aku mungkin akan berkait dengan raya lah. Yelah! masa puasa dulu, kita citer pasal puasa. Bila dah tiba Syawal ni, kita citer pulak pasal raya.

Bila tiba aje masa hari raya ni, satu kemestian yang mesti ada adalah lagu raya. Rasa tak meriah aje raya ni kalau tak ada lagu raya yang berkumandang kat radio. Selalunya, lagu raya akan mula berkumandang masa 1 @ 2 minggu sebelum hari raya dan kita ada macam-macam jenis lagu raya yang kita boleh dengar. Tapi bagi aku secara peribadi, lagu-lagu raya lama lagi syahdu dan menangkap jiwa dan raga kalau nak dicomparekan dengan lagu raya yang baru-baru ni.

Macam mana pun, orang kita mesti akan pilih lagu raya yang evergreen dan malar segar ni sebagai halwa telinga di Aidilfitri ni. Bukan apa, lagu-lagu baru ni, feel dia kurang sikit lah. Ditambah pulak lagu-lagu raya yang ada bunyi-bunyi hip-hop, lagi lah sakit telinga aku dibuatnya.

So, here's my Top 10 most favourite Lagu Raya of all time. This is in no consecutive order.

1. Anuar & Ellina (Suasana Hari Raya) : Suara budak-budak Anuar Zain & Ellina (Akak pada Aliza AF3) tu memang menceriakan hari raya lah. "Bertukar senyuman dan salam.. Ziarah menziarahi.. Tutur dan Kata yang sopan, saling memaafi...".

2. S Jibeng (Musafir Di Aidilfitri) : Kalau dengar intro lagu ni memamg cukup syahdu syahdan lah dibuatnya. Lagi pulak Allahyarham S Jibeng yang menyanyikannya. Tambah-tambah la sedih dibuatnya kan?

3. P Ramlee (Dendang Perantau) : Syahdunya lagu Dendang Perantau ni mesti membuat hati orang-orang yang berada kat perantauan rasa meronta-ronta kesedihan mengenangkan kg halaman dan rumah flat (Ni utk org KL yang takde kampung dan tinggal kat flat ke.. apartment ke...).

4. Fazidah Jonet (Selamat Hari Raya) : Lagu yang sesuai didengar waktu malam raya masa tengah sibuk-sibuk mengemas rumah sambil mak aku memasak kat dapur tu.

5. Sanisah Huri (Aidil Fitri) : Lagu sedih yang cukup hiba didengar kalau pagi-pagi raya masa tengah bersalam-salaman dengan family.

6. Siti Nurhaliza (Sesuci Lebaran) : Ni satu-satunya lagu moden yang aku rasa boleh diterima. Dapat pulak Datuk Siti Nurhaliza DIMP, PJK, P.M.S (woopsss!! PMS takde!!) yang nyanyi.

7. M Nasir (Satu Hari Di Hari Raya) : Nak kata lagu ni baru tak juga dan kalau nak dikira lama pun tak juga, tapi satu sebab yang buatkan aku minat lagu is because ni lagu Sifu M Nasir.

8. Sudirman (Balik kampong) : Aku suka dengar lagu ni kalau aku balik kampung aku kat Melaka tu. Nyanyi pulak dengan adik beradik aku. Memang rasa meriah aje perjalanan tu dibuatnya. Rasa tak sabar aku nak sampai ke kampung tu. Aku suka balik kg waktu malam. Tak lah panas sangat. Lagipun,. boleh singgah kat Kawasan Rawat & Rehat sambil pekena teh tarik. Kalau siang, tak boleh singgah minum. Memang la boleh minum sebab kita ni musafir, tapi takkan nak tebalkan muka selamba badak aje lepak minum kan?

9. Khairil Johari Johar (Sepasang Kurung Biru) : Yang membuatkan lagu ni best is melodi dia. Mendayu-dayu aje bunyinya. Ditambah pulak dengan lirik nya yang puitis tu.

10. Saloma (Suasana Hari Raya) : Antara lagu favourite aku. Cukup klasik ciptaan Pak Mat (aku dapat tau pun masa aku tengok Melodi Raya kat TV3 hari Ahad lepas.

Monday, October 23, 2006

Salam Aidilfiri

Entry ni adalah entry back-dated yang aku memang tak sempat nak postkan sebelum aku bercuti panjang sebelum Hari Raya Puasa tahun ni. Sempena hari yang berbahagia 1 Syawal 1427 Hijrah nie,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin


Kepada sesiapa yang sanggup meluangkan masa untuk melawat, menyinggah dan membaca blog aku ni. Maaf kalau ada yang terasa dengan mana-mana tulisan aku sebelum ni dan terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk ke sini.
Coming up, the misadventure and mishaps of Maddox during Hari Raya Aidilfitri!

Thursday, October 19, 2006

Top 10 - 10 things I love about raya

1. Ni lah masanya korang akan dapat jumpa saudara mara yang dah lama sangat tak jumpa.Macam aku sendiri, due to my work, nak balik kampong pun susah. So, this is the time for us to really gather. Kalau nak tunggu pada masa yang biasa, kalau takde kematian atau pun majlis kahwin, memang susah la nak nampak batang hidung ni kat melaka.

2. Selain dari tu, ni jugak masa yang terbaik kalau nak jumpa kawan-kawan lama yang memang bertahun-tahun tak jumpa. Unfortunately for me, it’s a different case, aku bersekolah kat JB, so ramai kawan kawa aku kat sana. Since aku pindah ke KL ni, baru sekali aku balik sana after 7 years.

3. This is the best time kalau nak cari rendang ayam, rendang daging, sambal kacang, ketupat, lemang, lontong dan macam macam lagi juadah yang diorang hidangkan. Kalau bulan-bulan biasa tu, memang susah sikit lah kalau nak cari benda alah tu semua. Tapi this year aku ada resolusi yang aku takkan makan banyak sangaat. Nak try jaga badan beb!

4. budak-budak akan ketuk pintu rumah pagi-pagi subuh sebab nak buat collection. Kadang-kadang tu, anak anak siapa yang aku tak kenal pun datang rumah aku nak beraya, Tapi dek kerana semangat aidilfitri, sambut aje lah jugak Tapi duit raya tu tak banyak sangat lah yang dihulurkan.

5. Masa ni lah boleh jumpa macam-macam jenis kuih raya yang ada. Macam-macam warna dan macam-macam bentuk. Tapi yang menjadi kegemaran aku tetap kuih-kuih tradisional macam kuih tart, kuih ros, kuih siput, bahulu, semprit. My late grandmother, she makes the best kuih bahulu in the world.

6. Aku akan dapat tengok perangai sebenar pemandu-pemandu Malaysia kat atas jalan raya. Why? Yelah, especially malam raya. Orang semua ada yang berpusu-pusu nak balik kampong. Masa tu lah ada pemandu yang berhemat bawak macam ulat gonggok. Ada jugak yg cara bawaknya tu, macam pelumba Grand Prix F1 Sepang Circuit aje. Tapi yang best, bila sampai kat highway serembah tu, semua menyembah sebab jalan dia yang dari 4 lane kat Nilai tu, dah jadi 2 lane aje.

7. Lagu raya yang akan berkumandang masa raya ni. Sesetengah stesen radio tu, baru 4 hari puasa dah ada yang nak pasang lagu raya.. Nasib baik tahun ni dah kurang sikit. Tapi walau macam mana maju pun masyarakat kita ni, we still goes back to the old and evergreen lagu raya. I know I do.

8. Jalan kat KL ni tak jem langsung. Dah tu, dah 75% orang yang ada kat KL dengan Selangor ni semuanya dah bergerak ke segala ceruk rantau Malaysia. Kosong la jadinya KL. Kalau ada orang KL pun, dah kahwin dengan orang yg ada kampong, makin kosong la KL & Selangor ni. Kalau ada orang nak bawak sleeping bag and membuta kat federal highway pun orait lagik. Jalan memang kosong giler.

9. Masjid India & Up-Town Kota Damanasra. Kawasan yang paling penuh dengan umat-umat yang sakan giler membeli belah. Kalau korang rasa tak mampu nak beli Levi’s 501 Vintage Jeans ke…yellowboot Timbalan (ciplak dari Timberland)… atapun korang nak merasa Polo Ralph Lauren yg rendam sekali terus mengecut tu, cari la kat sini. Lagi last minute, lagi macam ulat taik lah orang datang berbelanja kat sini. Meriah Beb!


10. Last but not least, Hari Raya is about a loooooong leave. Something yang aku meang tunggu tunggu nak rehatkan pale otak aku yang dah suku insane, suku mentally retarted and half wacko ni. Hmmmm… Tak tahan lagi…. Ingin bercuti….

Top 10 - 10 Kenangan Masa Hari Raya!

Photobucket - Video and Image Hosting

1. Dulu, masa aku duduk kat Johor, aku selalu balik kampong naik bas. Sekali dengan family aku. Memang tak nak naik kereta pun. Besar belanja bak kata ayah aku. Lagipun, masa aku bebudak, tambang half price maa. Lagi la jimat kan? Yang seronoknya bila berbuka kat dalam bas. Jamah roti aje dengan air kotak laici. Bila diorang stop dekat Hentian Yong Peng or Air Hitam, baru hentam kaw kaw.

2. Aku cukup suka kalau dapat pakai baju baru masa raya ni. Bukannya masa biasa pun tak boleh pakai baju baru tapi masa raya ni feel dia lain sikit. Lagipun masa ni la semua mak-mak nak membuat fesyen show sebab nak tunjuk baju anak siapa lagi cool. Aku ingat this one baju yang orang tua aku belikan. It’s an overall dengan baju warna biru. Jenama Kiki Lala (alah.. masa budak2, Kiki Lala pun dah cukup bagus)

3. Aku ingat lagi aku pernah kena dengan bunga api besi tu. Masa tu, aku dengan sepupu aku, Aziah (aku panggil dia Adik) tengah main bunga api. Tiba-tiba pulak, sepupu aku ni pergi campak benda tu dekat aku. Aku pulak tengah pakai sweater masa tu. Apa lagi, melecur lah kena dada aku ni. Sampai sekarang ada lagi scar tu kat dada aku.

4. Pagi-pagi buta lagi aku dengan sepupu-sepupu aku akan serbu rumah mak saudara-mak saudara. Kat kampong aku kat melaka tu, kebanyakan mak saudara-mak saudara aku memang jenis yang tinggal dekat giler. Rumah diorang sebelah-sebelah and rumah ibu pun memang ada kat situ. Rumah pertama yang kitorang pergi? Rumah Mak Long aku. Memang dah jadi perkara wajib tiap-tiap tahun

5. Kalau buat collection tu, sanggup kitorang pergi sampai ke kampong seberang ni. Kampung aku namanya Kg Krubong and kampong seberang tu pula Kg Sungai Badau. Aku orang Melaka lah beb. Sampai kat rumah yang orang aku tak kenal pun semuanya di balun.

6. Pasang pelita masa malam tujuh likur. Memang dah jadi kewajipan kami sepupu sepapat ni pasang pelita untuk malam tujuh likur kat halaman rumah kitorang. Memang terasa kemeriahan nak beraya masa tu.

7. Kena kejar dengan lembu merah. Hahahah…. Serious beb. There was this one year masa tu mak aku buat baju raya aku warna merah. Masa tu aku kecil lagi, even to complaint about the colour. So, pakai aje lah. Masa on the way pergi rumah mak saudara aku, ada pulak seekor anak lembu ni yang tiba-tiba aim aku. Apa lagi… aku pun mencicit-cicit lari selamatkan diri aku ni.

8.Yang aku dah cerita dari tadi tu belah emak aku, kalau belah bapak aku pulak, diorang semua kat Singapore. So, masa aku reside kat JB tu, memang tak miss pergi kesana. Selalunya kitorang akan pergi petang raya dengan naik bas jugak. (it’s too expensive to drive in to Singapore. Even more expensive than going back to Melaka). Yang besrnya, masa kat Kastam tu, memang pack giler orang. And along the road kat causeway tu, penuh sesah dengan kereta nak masuk Singapore.


9. Ong thing kalau beraya kat Singapore ni, celebration diorang ni lain sikit. Kat sana korang tak boleh nak ketuk rumah orang pagi-pagi subuh tu. Tradition diorang is that diorang akan jalan raya lepas menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri. Lepas tu aje yang korang akan nampak kemeriahannya. Time tu okay lagi, boleh dengar laungan Azan. Bukan macam sekarang. Azan tak boleh nak dengar dah (Bodoh punya Lee Kuan Yew).

10. yang aku suka kalau raya kat Singapore ni, memang poket korang akan lebat la. Mana taknya, orang sana busuk-busuk hulur SGD 2.00 untuk duit raya. Kalau orang yang tak dikenali pun diorang bagi banyak cam tu, kalau orang yg kenal, lagik lah best. Dah la dekat sana semua flat HDB aje. So, kalau ada sebelas tingkat, korang bayangkan lah berapa rumah boleh lawat? Balik aje johor, mewah terasa dengan currency exchange masa tu.

Hmmm… kata orang tu, those were the days. Kalau aku dapat exchange anything to experience it all over again, sudah tentu aku nak. Memang terlampau precious, all the moments. MUngkin kemeriahan kat Singapore tu berbeza dengan kemeriahan kat Melaka. But whatever it is, kita meraikan the Spirit of Aidilfitri, hari kemengangan kita selepas sebulan berpuasa.

Bila aku tengok balik kesan kat dada aku tu, hati aku mesti tersentuh. (hahaha… melankolik la pulak!) Sekarang, masing-masing dah besar panjang dah pun. Tapi, sepupu aku tu tetap akan tunggu kepulangan aku walaupun dia sekarang dah bersuami.

Actually, I haven’t met my sepupu kat sana for almost 8 years. Kenapa? Ada lah sebabnya. Do I miss them? Sudah tentu!

p/s : no offence to any Singaporeans yang baca my blog. My remark was to that old wimp tak guna tu.

p/s : This is one of the top 10 list yang aku buat sempena utk raya. So, tunggu for another few...

Tuesday, October 17, 2006

me = @#@* + ^#*(!( = @%*+_()#

Remember in my earlier entry pasal I was pissed off at someone? I kept on repeating the same thing over and over again. Aku memang letih. Letih yang teramat sangat. Rasa macam I just woke up from the dead aje rasanya. My body is aching, my head is banging, my hands are crippling and I am just lethargic. Aku pun tak tau apasal but I am just worn out. My energy dah dried out of everything. Every small particles dalam badan aku ni tengah hantar signal ke otak aku saying “Stop working”… “Stop working”……

Aku pandang kerja aku ni pun macam just a pile of shit aje. Maaf la bulan-bulan puasa ni aku cakap direct. But this work has really taken a toll on me. For now, tenaga aku aje yang takde. AKu tak nak lah sampai aku punya semangat pun takde. I don’t want to be in the position where I am not motivated to come to work. Rasa tak adil pulak aku layan diri aku macam ni.But this is something yang I can’t avoid. It’s something yang I must face. I guess this is the time where people say I am having my Pre-Menstrual syndrome. No.. bukan mid life crisis. I am far away from all that. Cuma mungkin hormone-hormone dalam badan aku ni tengah bertindakbalas kimia yang menyebabkan ikatan kovalen kot. Agggh… what the heck am I saying. Hehehhe…

Anyway, korang nak tau ape perasaan aku sekarang ni?

1. Sakit

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku bukannya sakit badan put I just worn out of my energy. Aku memang in dire need of Patch Adams. Maybe he can do miracles with me. Since last night aku memang dah shivering dah. Nak kata demam tak jugak sebab symptom-simptom tu masih belum sampai. Usually, kalau aku nak demam, I’ll be having sore throat, runny nose and cough. Alhamdulillah, setakat ni takde pulak. Maybe the haze punya angkara kot?

2. Pissed

Photobucket - Video and Image Hosting

With who? With my boss, frankly speaking. Since the re-structuring took place and one of my team-mate goes on medical leave, all she did is dump everything to me. Gimme a break, I am not some mechanical or electrical appliances. I am not some bulldozer yang ko boleh guna to shove anything on. I am a normal humal being with a limited capabilities, aku bukannya Wolverine yang boleh heal himself in a blink of an eye. Aku homo sapient, bukan neo-sapient.

3. Annoyed

Photobucket - Video and Image Hosting

this is the result of the chain reaction from Item 1 and Item 2. Need to say anytbing longer, just summarize Item 1 and Item 2.

4. Anxious

Photobucket - Video and Image Hosting

The only positivo in myself right now. This is something yang memang aku look forward upon. Actually, 50% of my hope lies in here. Apa dia? Nanti lah, aku akan sharekan dengan korang semua. For the mean time, lets just say yang aku tak nak lepaskan something so god pass by just like that.

5. Tired

Photobucket - Video and Image Hosting

out of almost everything. Badan aku letih, otak aku letih, pendek kata, semuanya letih. Letih dengan kerja, letih dengan haze, letih dengan traffic jam, letih dengan macam-macam benda lah.

6. Angry

Photobucket - Video and Image Hosting

I gets angry easily. Some might not notice this but it’s the truth. I can easily get angry over small things. Kadand-kadang tu, Aku silap tulis sikit pun aku boleh gets all worked up. Just for nothing.

Well, there you have it. I guess it’s a mixed feeling. But the equation is not correct.

You see, this is the equation

90% -ve [25% Pissed, 15% sakit, 15% Annoyed, 25% Angry 10% Tired]

10% +ve [anxious]

So, putting the two and two together, it results in DEEP SHIT. I am going crazy and going over board, I am loosing my sanity.

Korang ada solution? Cuba lah bagi semangat kat kawan korang ni sebelum he drifted far far away from reality. Sebelum aku menjadi Zero Cool yang menjadi rebellious didalam dunia maya.

I need a break! I need to go on long leave. I need to take my mind of things at the current moment. Nasib baik lah ada cuti raya. Aku purposely ambik cuti lama sebab aku dah bosan giler dengan kerja office. My only motivation to work now is just my pay. That’s it. Pathetic giler isn’t it? But that’s the truth. I don’t know when will this end but I know that it’s going to take a very long time.

Sigh! Begini la nasib… diri ku yang malang.. oh tuhan…

Ehh.. wait…. Silap lagu… tukar frequency radio, tune to Sinar FM. Tengah pasang lagu Kabut Serangkai Mawar.

p/s : mind my blabbering. I am recovering. Just one of those days where kepala otak aku tak center. Jangan aku jadi macam orang giler yang nampak punggung dalam citer Gubra tu sudah la…

Friday, October 13, 2006

Kesan-kesan menonton Eiffel I'm In Love

1. I dedicate this specially for Mama Ikmal, kipas-susah-mati (die hard fans) of Wentworth Miller. Aku terperasan lah. Macam sama tapi tak serupa antara hero EIIL, Samuel Rizal & Hero Prison Break, Wentworth Miller. Jangan marah la ye, Zack. Tu yg aku perasan aje. Kalau tak betul, jgn marah ye!



Gambar kat atas ni aku tujukan khas buat sahabat blog aku, Zack yang memang menggilakan Wenty-poo dia ni. Kalau korang nak tau semua pasal Wentworh Miller, silalah lawat ke blog dia atau ke mamaikmal(dot)blogspot(dot)com

2. Selain dari itu, aku sudah semakin menyayangi Titi Kamal. Eventhough she's in as a speacial guest, but it leaves a big impact in me. (hahaha.... Dream on dude!). She appeared once in my entry. Click HERE if you wanna read it.





She's hot! Yeah, I like her! Anything wrong with that?

Thursday, October 12, 2006

Eiffel I'm In Love (2005)

Dah lama pulak tak buat review ni. Rasa rindu plak nak buat review movie ni. Anyway, kalau korang nak tonton filem tentang cinta remaja, korang tengok ah cerita Ada Apa Dengan Cinta, Eiffel I’m In Love, 30 Hari Mencari Cinta, Dealova, Tentang Dia, My Heart and the list goes on lah!

Anak muda and remaja-remaja kita are so possed with that kind of movie. (hahaha!! Kau tu dah tua ke Maddox oi!?) Aku ingat lagi masa Ada Apa Dengan Cinta mula-mula datang Malaysia, semacam ada satu wabak datang melanda. Penuh sesak panggung Golden Screen Cinema kat Midvalley nieh! (Aku baca kat suratkhabar. Aku tak ada kat tempat kejadian ok!)

Anyway, malam tadi sempat lah jugak aku tengok Eiffel I’m In Love ni. Aku ingatkan nak tengok Click, tapi geledah punye geledah, ternampak pulak CD Pirate EIIL ni. So, aku fikir, Why not give it a shot? So, macam biasa lah, ni serba sempoi review aku pasal movie ni.

First of all, watak-watak


Adit : Aku nampak dia ni sikit antagonis, egois, sombong, tegas & jelek. He’s a man who loves someone but doesn’t know how to express them in words. He loves Tita but the just can’t put it in words. In fact, dia garang habis dengan Tita. Ni le kata orang, malu tapi mahu. But he is very protective over the person he loves.

Tita : She’s a crybaby. Cengeng nak mampus. Sikit-sikit menagis! Sikit-sikit menangis! Selalu kena buli dengan Adit. Walaupun pada mulanya dia tak suka dengan Adit, tapi sikit demi sikit perasaan tu mula berubah.Tapi dia tak berani nak cakap kat Adit pasal perasaan dia.


Allan : Abang pada Tita. Not much to say about him sebab dia cuma watak pembantu aje. He’s there at the beginning of the movie, lesap masa tengah-tengah movie, and re-appears masa akhir movie.

Om Reza : Dah lama siot aku tak tengok Didi Petet. Watak dia tak berapa besar. Watak sampingan aje. He’s the father of Adit and they are staying in Paris.

Uni : Kawan baik Tita yang kononnya dikatakan perampas Adit from Tita Sebenarnya dia ada tujuan murni Dia berkomplot dengan Adit nak mainkan si Tita supaya dia jealous.

Ergi : Boyfriend Tita yang main kayu tiga dengan Intan Muka takde lah handsome mata, tapi perangai kononnya romeo. Watak penting dalam movie ni tapi sayang, orangnya macam tak reti berlakon aje. Lakonan dia macam tak menjadi and memang nampak masih boleh diperbaiki.

Intan : Wow!! Titi Kamal beb! Awek aku tuu!!! Heheeh… She us ex-girlfriend Adit yang main cinta dengan dengan Ergi. Dia ni macam social-escort-in-the-making kot.

Nanda : Therapist and consultant for Tita. Kalau ada apa-apa masalah, Tita akan cari dia. Watak dia pun tak berat and besar sangat. Mostly scene dia cuma on the phone aje.

Bonda : Ibu yang over-secured and over protective. Mengongkong Tita.

Papa : Lagi lah tak banyak muncul. Kejap ada, kejap takde.

Here’s the synopsis: Adit has been in love and has always been in love with Tita since they are small. Walaupun dah terpisah sampai Adit ke Paris sekalipun, dia tetap sayangkan Tita. But he is too egoistic to admit it. And cara dia tunjukkan pun semacam aje. He used Uni to makes Tita jealous. He used Intan to show how beautiful his girlfriend is.

After staying in Paris for quite some time, he came back to Indonesia with his dad. Dia buat cerita kat Tita kononnya dia dengan Tita nak dijodohkan. Tita ni pun tak senang duduk dibuatnya. Dia dah ada boyfriend kat sekolah. Kat sekolah, Tita ada her own sets of problem. Dikatakan dia hamil anak Ergi lah, perempuan tak tau malu lah.

Sepanjang diorang berjumpa berdua, memang tak pernah sebulu pun. Asyik bergaduh and bertekak aje. Ade aje benda yang nak dicakarkan. Sampai Tita janji buktikan yg cowoknya lagi ganteng dari Adit and Adit pun janji nak tunjukkan yang ceweknya lagi cantik dari Tati. They decided to meet at this Pesta Kembang Api (Orang sini cakap bunga api

Kat sini lah mulanya the turning point of the movie. Start from here, there is the other side of Adit yang membuatkan Tita mula menyuki Adit. The softer, romantic side of Adit. Perasaan sayang tu dah mula terbit tapi masing-masing takut dan terlampau sombong nak meluahkan perasaan tu. Last-last, makan hati lah dua-duanya. Tita jealous dengan Uni and Ait; and Adit jealous dengan Tita and Ergi.

Lagi satu yang menarik about the movie is the Original Soundtrack adalah hasil kerja tangan Melly Goeslow and Anto Hoed. Alah, kalau korang dengar semua lagu dalam movie ni pun, memang typical Melly punya muzik.

Kata Aku: Tak berapa best! Itu yang aku rasa lepas tengok cerita ni. AADC is better than EIIL in many ways. Jalan cerita dia sikit longgat, lakonan-lakonan diorang pun masih banyak yang longgar. Samuel Rizal, sebagai seorang antagonis, sombong, mungkin dia berjaya bawak watak tu. Shandy Aulia, well she can do better than that lah. The rest, biasa aje.

Apa-apa pun, it’s a typical Indonesian teenage movie. Scene dalam bilik tidur dengan perhiasan yang fancy, scene kat SMA, scene kat shopping mall memang dah jadi part and parcel and trademark diorang. Lebihnya movie ni? Penggambaran kat Paris.Bagi aku lah, kalau dapat movie ni diorang focus pada Paris and Eiffel Tower kan bagus. Sure nampak lebih menarik dan romantik. Dah tajuknya pun Eiffel I’m In Love.

Oh ye, sekarang dah jadi trend ada kissing scene budak-budak sekolah kat movie-movie Indonesia. Kelakar la aku tengok scene tu. Memang nampak sangat amaturnya ciuman diorang tu. Tak terasa the heat of the kiss. Anyway, jangan ada filem-filem kita kat Malaysia ni buat kissing scene macam tu udah lah. Ramoha Rahman punya teater last time,A Streetcar Named Desire (betul ke ni?) yang ada adegan cium pun kena hentam.

One more thing, Samuel Rizal speaks bad French. Seriously! Memang sounded macam orang Jawa sungguh la.

At least sekarang aku tau yang Eiffel Tower tu dibina since 1830an smp 1920an. Heheh… dapat jugak info percuma from this movie.
Aku kasi : ***1/2 / *****

P/s : Kita ada filem cinta remaja tak? Ada… Macam Sama tak Serupa, Gemerlapan, Cinta Fotokopi,

P/s : Cuba korang baca review ni or watch this movie dengan beriringkan background lagu Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon). Sure meleleh beb! Menangkap wa cakap lu!

P/s: Perrggghhh!!! Panjangnya.

Wednesday, October 11, 2006

Episode 3 : The Return of the Jendul

Okay… after much anticipation, here’s the last and final episode of my trilogy. Bukan sengaja aku amik masa yang lama tapi I am too caught up with my work and other things. Sebab tu aku lambat sikit nak continue the never-ending mishap of Maddox. So, here goes nothing

[disclaimer : nama-nama didalam cerita ni hanya rekaan semata-mata. takde kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada yang idop, atau dah meninggal. Juga yang puasa, ataupun tak puasa.Watak, tipu aje. tapi ini plot cerita, betul punya aaa!!!]

Episode 3 : The Return of the Jendul

Right after the Jedi Master, Qui-Gonn Jinn (aku lah tu!) berbuka puasa kat Chillis dengan Padme Amidala membincangkan macam-macam benda termasuk hal-hal The Federation, Jedi Council punya perihal dan benda-benad yang terjadi kat planet Taboo (office kitorang), JM Qui-Gonn Jinn had to rush to the heart of Taboo, PJ because my friend was waiting for me.

He, Mace Windu, asked me to follow him to Planet Medanooine (Taman Medan lah) to settle some scores with the Imperial Army. So, aku pun follow lah dia ke sana. We stopped at another old friends house sebab dia yang tau rumah arch nemesis si Mace Windu ni. We decided to go together with him sebab senang sikit. Lagipun, I am not familiar with that place.

Okay… Okay… what does this has got to do with anything, you ask me?

Actually macam ni, masa aku on the way to his house, kitorang decided to go on one car dengan menaiki yang twin turbo siap dengan NOS dan ada CD Player dia tu.


Pod member aku

Yang menarik perhatian aku sebenarnya bukannya kereta dia tu, tapi the fact that dia pasang CD group yang memang dah lama giler aku tak dengar. In fact, aku memang tak pernah imagine yang aku akan dengar lagu dari group ni lagi dah…Korang nak tau group apa?Haaaa….. KRU.

Kelakar? Heheh.. okay…. I admit yang aku ni memanglah bukan peminat hard core KRU, I just listen to their song. Itu aje. Tak salah kan? Jangan pulak korang gelakkan aku sebab I listen to KRU. Aku tau, korang anggap yang lagu-lagu diorang tu sesuai dengan bebudak sekolah menengah yang baru-baru nak naik tu. Cuma my belief is this.. Why should I confine myself to one type or genre of music aje?Music is universal kan? So, I am free to choose any type of music that I like kan?

Cuma satu perkara aje lah, Aku Cuma dengar most of their songs sebelum they throw out shits like Jangan Lafazkan, Babe, Impak Maksima, Penantian Terasing, Ooh La La, Terhangat Di Pasaran and the latest is Gerenti Beres! Total Crap! I know I am saying this at the risk of kena hentam dengan peminat-kipas-susah-mati (die-hard-fans) KRU but for me, the moment they produce that type of songs, for me diorang dah go against their principle, the music that they fight for, their rap.

I am no music wizard la kan, Cuma bagi aku their interpretation of rap now is different from back then and itu Cuma pandangan aku aje pun. Macam Penantian Terasing, yes! It is an old song but let me put it this way, the effort was honourable, but the result did not sound right. Ikut halwa telinga aku lah!

Anyway, itu la! Terasa macam walking down memory lane pulak lah kiranya. Seriously, Aku memang tak pernah terfikir lah that ada lagi yang still minat nak dengar lagu-lagu lama KRU tu. Teringat zaman-zaman berseluar hijau dengan baju putih dulu.

Apa-apa pun, dah sampai ke destinasi yang dituju, me and my fellow Jedi Masters lepak dengan another ex-Jedi Knight, Obi-Wan Jendul yang dah terlucut jawatannya. Dah 3 tahun lebih I haven’t seen him since dia cabut macam tu aje dari the Jedi Council without proper resignation notice.

Macam-macam yang diceritakan… cerita pasal kerja, pasal our department, our boss and all sorts of stuff lah. And to top things, up we had a good laugh about it. Actually, me and this friends of mine, we had our sets of differences back then. Tapi benda tu pun dah lama dah. So we tend to let bygones be bygones. Lagipun, it’s always nice to meet old friend and have a good chat.




Pertemuan Jedi-Jedi Master.

After some times, all those bitter memories turns out to be some sweet after all. Biasa lah, part and parcel of life, ye tak? Biasa lah tu.

In the end,kitorang lepak kat kedai mamak sampai about 11 something. Disebabkan besoknya kerja and aku terpaksa menghadap meja aku yang dah takde ruang nak menulis tu lagik, so, the Jedi Council decided to dismiss and aku pun headed straight back home.

Huh… habis pun 3 part trilogy aku ni. Ingatkan nak buat semalam. Tapi biasa lah, kan semalam cuti Nuzul Quran. Tapi tu bagi yang kerja kat Selangor aje. Yang tinggat kat selangot tapi kerja kat KL takde kena mengena okay!


Monday, October 09, 2006

Just another manic Sunday.

Aku tak ada idea nak buat introduction apa untuk entry aku kali ni. I am still pissed at something, or rather someone in my office (and I am still holding on tight on my composure and I don’t want to blow up for nothing!).

Kisah ini adalah kisah Tri-Logi. 3 kisah yang berlaku dalam satu hari in my life. Kisah ni berlaku dari petang ahad sampai lah ke tengah malam semalam.

Episode 1 : The Orang Tak Puasa’s Menace.


Want to find the best place to eat kalau korang tak puasa? Korang malu nak makan depan khalayak ramai sedangkan perut ngkorang dan berdendang semacam dah? Jawapannya mudah saje, masuk lah kedalam panggung yang ada kat Malaysia ni. Makan pun korang dapat, movie pun boleh layan. Korang beli lah cikeedis ke, pop corn ke, 1901 Chicago Been ke (or was it Chicago Chicken), Twistees ke, Cheezels ke, Sweetcorn ke and air coke… pastu bawak masuk kat dalam panggung.

Sorry! They don’t have mee goring mamak, nasi ayam hainan, mee kantonis, chicken chop Cowboy Corner or Char Kuey Teow. Makanan yang light-light aje yang ada. Alah kira okay ape. Beli aje, and then melantak lah korang sambil tengok movie tu. Takde nye JAIS ke.. JAWI ke, JAKIM ke, JKR ke, KDNHEP nak tahan korang punya deee….

Ala, macam ni….Semalam, sebelum aku berbuka puasa dengan kawan aku kitorang pun buat keputusan nak tengok wayang. Alah, just to kill the time sementara menunggu masa berbuka aje.Lagipun, nak gi jalan2 or shopping, malas lah pulak. Baik tengok wayang aje. So, kitorang tengok lah apa apa cerita-cerita yg ada utk masa-masa yang sesuai dalam waktu-waktu macam ni Just nice for us to watch the movie and by the time it finishes, sedang elok sangat lah kan. Senang cerita, keluar aje panggung wayang, terus pergi berbuka puasa.

We decided to go for My Super Ex-Girlfriend sebab tayangannya start dalam 5.05 minit. Tambah tolak kali bahagi, rasanya sempat kot sebelum berbuka. Tapi just to make sure. Kitorang pun tanya kat amy kaunter tu, dia cakap it will finish about 6.45. Hmmm.. okay lah tu! Dan lagi nak gi tempat makan.




So, kitorang pun masuk lah kedalam panggung dengan kadar yang segera. Masuk-masuk aje, movie baru-baru sangat nak start, so, kira okay lah jugak. Takde la miss any important scene. Hmm.. tengok layan-layan movie tu, tetiba aku terbau makanan. Rupa-rupanya ada pasangan couple kat sebelah ni tengah sedap dok melantak sweet corn. (I know the smell of sweetcorn when I found one).

Yang menjadikan misterinya, adakah silelaki atau si perempuan yang memakannya. Yang perempuannya, kalau makan pun takde sapa yg boleh nak question or halang. Mana lah tau kalau tiba-tiba lampu traffic warna merah ke. So, that leaves just the lelaki. Tapi, on the other hand, that man looks like and Indian. Yelah walaupun gelap,. Tapi gelap dia gelap India. Jenis yang cuma nampak mata dgn gigi aje kat dalam panggung tu. So, still tak boleh meinimbulkan keraguan yang munasabah. Kalau lelaki tu India Muslim atau pun Muslim lah pada dasarnya, memang lah kena sambar petir dia nanti. Kalau dia tu memang India yang bercouple dengan orang melayu, hmmm….. free-free aku dapat dosa kering.


Episode 2 : The Buka Puasa Strikes Back

Semalam, aku dengan this very very dear friend of mine, decided to berbuka puasa kat Chilli’s Grill and Bar KLCC. Itu pun setelah penat memerah otak nak fikir kat mana nak makan.

Yeah! Yeah! What’s so great about eating at Chilli’s huh? Macam tak pernah makan kat sana pun. Punya lah ramai orang yang pergi makan kat situ. Ini pun bukannya first time pergi makan kat situ pun. So what? Memang… memang semua tu betul. Sebenarnya, ia lebih dari sekadar berbyka puasa, ini adalah perjanjian. It’s a sworn words between me and her. Benda ni dah jadi macam a yearly ritual bagi kitorang. At least once a year, kitorang berdua (without the interference of other friends of ours) akan bukak puasa sama and the other’s expense. Since last year I paid for everything, this year it is her turn to. Jadi, tugas aku cuma datang, lepak, borak dan melantak.

Alah, kalau nak dikira, hari-hari pun boleh berbuka puasa sama sama because we are working in the same office, but it is different this time sebab it’s a promise. Satu janji yang memang perlu ditepati setiap tahun. Well, it was not just the dinner, it was the companionship that counts. It’s a celebration of 2 great friends who is binded by a promise that knots our relationship each year. Cheewah!! Poyo-poyo aje kau Maddox. Tapi memang betul, kitorang dah janji, no matter what happens, no matter where, kat mana pun kitorang kerja, what differences we had, janji tu perlu ditunaikan. Sounds funny? Not if you value the meaning of friendship.

Cuma satu aje lah. susah aku nak menerima kehadiran orang lain dalam “majlis” tu. It has became “sacred” because it is a time when me and her just talk about anything and everything. Memang ada kawan-kawan aku and “boyfriend” dia yang nak join sekali dengan kitorang. My answer is SORRY. NO CAN DO. You wanna go, we can do it some other time, dude!

Episode 3 : Return of the Jendul

Tunggu lah kejap…. Aku penat nak menaip panjang-panjang masa bulah puasa ni. Dah lah kerja aku berlambak. Alah! Sedangkan George Lucas pun took more than 20 years to produce the prequel of Star Wars.ni, kan pulak aku ni.

Coming up too, the review of My Super Ex-Girlfruiend.

Thursday, October 05, 2006

My Top 10 List

Aku akan buat banyak top 10 list from now on. So, sementelah bulan puasa, bulan yang mulia ni, mungkin banyak yang akan berkaitan dengan bulan puasa and hari raya tu nanti. For starter, here are the top 10 things you can only see during bulan puasa

1. Waktu sembahyang jumaat, masjid akan penuh sesak dari luar kebiasaan berbanding dengan waktu-waktu biasa. Bulan keinsafan kan. Kadang-kadang tu, kita nak bersembahyang Jumaat pun tak dapat sebab terlampau sesak sangat dengan orang. Selain tu, diorang jugak datang sebab nak bayar zakat fitrah. Kat Selangor ni ,zakat fitrah per person is RM 4.70. So, korang dah bayar belum?

2. Bazaar ramadhan (or is it spelt as BAAZAR?) tumbuh macam cendawan. Masa ni lah kita boleh dapat macam-macam jenis makanan dan minuman. Eventhough setan kena ikat bulan puasa ni, tapi nafsu yang membuak-buak tu lagi hebat. Kalau boleh, sepuluh jenis kuih, 4 jenis air, 3 jenis lauk semuanya nak dibeli. Tapi lepas makan sejenis semuanya, yang lain dibuang aje. So, ingat lah! Berjimat lah kalau gi kat Bazaar Ramadhan.

Photobucket - Video and Image Hosting

3. Traffic jam yg teruk giler. If you think that traffic jam during the normal hours is bad, then the traffic condition during fasting months is even worse. Try taking Federal Highway, and then take the road to Lapangan Terbang SAAS, then korang akan tau ape yang aku maksudkan. Orang semua nak bergegas nak balik rumah awal sebab nak berbuka kat rumah. Kalau tidak, maknanya minum air mineral, makan roti High 5 (Dah halal ok!) and hisap rokok aje lah buat berbuka utk mana yang tak sempat sampai tu. Yang aku pelik kan, bangsa dan agama lain pun bersungguh-sungguh ni, nak balik awal jugak. Macam diorang tu puasa aje ye!



Photobucket - Video and Image Hosting

4. Orang yg seksi-seksi giler babeng akan mula menutup aurat sebagai menghormati bulan puasa. Mana-mana yang biasa berskirt, ber-tube dan ber-spaghetti strap tu semua akan berbaju kurung semasa bulan puasa ni. Yelah, nanti tambah panas kalau terdedah dedah tu. Bukannya senang angin nak masuk, tapi azab bulan Ramadhan utk yang suka mendedah-dedah tu. Jangan jadi macam kawan aku, F bukan nama sebenar, bulan puasa tahun tu, dia dah insaf pakai tudung, tapi, bulan puasa tahun depannya, bukak balik. Hmmm….. Macam mana tu ( this is based on a true story )

5. Anak-anak yatim lah antara yang paling beruntung dan gembira sekali masa bulan puasa ni. Diorang akan dicelebrate dengan majlis berbuka puasa anjuran artis-artis dan badan-badan korporat. Diorang akan dapat duit raya dan baju raya. Tapi pelik kan? Why must it be during bulan puasa aje diorang dapat keuntungun sebegini rupa. Why not masa bulan Rejab, Muharram, Safar, Zulkaedah, Zulhijjah? Sebab pahala bulan puasa lebih ke?


Photobucket - Video and Image Hosting

6. Hotel-hotel akan penuh sesak dengan buffet ramadhan. They serve wide variety of food, from different range of price for any kind of appetite. For those who is too tired after working and rasa macam malas nak masak, the best place yang nak dituju is buffet lah. Sekarang kat mana-mana pun senang nak cari. Even McD have their own buffet. The most outrageous price for a buffet yang aku tau? RM 115! Seriously! It’s damn expensive!

Photobucket - Video and Image Hosting

7. Banyak manusia yang masuk hospital.Kadar remaja-remaja, budak-budak dan orang tua yang mendaftarkan diri ke dalam ICU kat hospital-hospital kerajaan, hospital specialist dan hospital swasta akan meningkat pada musim-musim perayaan ni. Dapat pulak we will be having double celebration this year. Deepa-Raya katanya. Deepavali and Hari Raya Puasa. Jangan sampai ada perang meriam between Kg Bedollah Badawi dengan Estate Samy Bellu! Muka mereka jugak lah yang bakal menghiasi muka depan surat khabar-surat khabar and tabloid kat Malaysia ni Yelah, semuanya mangsa mercun dan meriam buatan sendiri. Orang dulu pakai meriam buluh, diorang lagi advance meriab besi paip tu yg digunakannya. So, beringat dan berhati-hati lah di bulan yang mulia ni. Jangan bulan puasa ni kita kurang buat dosa, kita kurang jugak anggota badan.

Photobucket - Video and Image Hosting

8. Banyak usahawan-usahawan dan usahanita-usahanita yang berjinak-jinak dalam business. Yelah, mana tak nya, siapa yang menjalankan bazaar Ramadhan ni kalau tak peniaga singgah ni. Masa ni lah nak menambah amal besides menamban sumber rezeki. Kalau nak harap gaji, maknanya makan pasir kuah rumput aje lah lepas raya. Yang jual kuih raya pun sama jugak. Macam-macam jenis kuih dengan macam-macam rasa. Yang tak pernah kita jumpa pun berlambak ada dijual.

9. Keuntungan kat pusat membeli belah akan berlipat kali ganda naiknya. Mana tak nya, orang semua sibuk nak beli baju baru, seluar baru, kasut baru, langsir baru, perabut baru, perhiasan baru, jewellery baru, pendek kata, semua nya baru lah (Tu pendek yg kata, belum panjang yang kata)… Serba serbi baru untuk hari raya lah maknanya. Walaupun Malaysian Mega Sale dah habis awal bulan 9 lalu, tapi diorang still sanggup berbelanja sakan walaupun harganya tinggi yg amat. Macam yang aku cakap tadi lah, berbelanja tu beringat lah ye. Nanti lepas raya jangan pulak ada yang tak makan, meminjam sana sini sebab semuanya dah abis masa berbelanja.

10. Rancangan masakan yang makin meriah memenuhi airtime kat televisyen. Haa… ni satu benda yang paling menarik bagi aku. Time-time ni lah, ada aje rancangan memasak yang diorang show kat tv. Kadang-kadang tu, berturut-turut sampai 3 or 4 rancangan at one time. yang rancangan masak kuihnya lain, yang ada tu pulak rancangan memasak lauk pun ada. Muka-muka biasa utk rancangan memasak ni, Chef Wan, Jaafar Onn, Chef Zaidah (kalau korang tak tau, yang ada taik lalat besar bertepek kat muka dia tu) and Chef Ismail.

Photobucket - Video and Image Hosting

P/s : korang rasa apa lagik ye? Habaq kat aku, nanti aku add kan.

Wednesday, October 04, 2006

Why DCT loves DK...







Yummy.....

Coming Soon






Monday, October 02, 2006

I don't know which is more insulting. Being in a reality show about you are crazy enough looking for true love or being in Cit Cat Azwan to tell the whole world that it is not wrong to do so? Tell me about that? Being in that show is humiliating enough, let alone being in Cit Cat Azwan to defend urself?

You come to a reality show just to humiliate you and your family, showing that you are sooo horny for love, ready for love and would do anything to gain love. Hahahha... isn't that just funny. My mother also fell in love, but she never had it aired on national television and the relationship still works. My take on reality show acting as cupid to find the right match for a man and a women? IT IS SIMPLY RIDICULOUS! So what kalau the eastern has The Bachelor, The Bachelorette, Average Joe, The Beauty and The Qeek and the list goes on.

Well, Aku tak pasti what is her purpose of being in the show or it is just that Azwan who is taking advantages. Aku pun not the type who watch that show where people does not really answert killing question but more to insulting themselves. Well.. I don't know about you but that is my belief.

Lagipun, that reality show is long gone and both Elly and Daniel did not work out. I don't know whether it is just a pun or what but reality prevails. Susah payah you went months and months of casting, pre-production, filming and post production, weeks and weeks of elimination, interviews, screen test. Last-last, both of you went separate. Shish! What a waste of Media Prima's budget just for nothing.


Now, he ended up marrying someone else and you, still stuck with your life and nobody to love or to be in love with. Isn't that sad? Hmmm....

On another note, it has been a aweek since kita dah start berpuasa. Alhamdulillah! Up till now,. aku rasa bersyukur sebab dapat menjalankan puasa dengan tenang sekali. There's nothing that stops me from completing the fast. Cuma sekarang I am having a runny nose and a little cough. Tapi setakat ni still okay lagi. I won't take that as a reason for me not to fast.

Yesterday and last Saturday, I went to Shah Alam's Bazaar Ramadhan to get some food for berbuka puasa. Memang dah jadi tradisi aku tiap-tiap tahun, mesti melawat kan sana sebab you can find any food tht you like there. It's like food from all part of Malaysia in one place. My favourite food during this fasting month is like murtabak, rojak singapore, otak-otak, popiah goreng & Popiah basah (particularly S.S. Ali kat Shah Alam). Some of the food tu kadang-karang, we can only find during puasa month aje.

Satu perkara aje lah, aku tak tau lah apasal tapi tahun ni macam tak meriah sangat.Kedai pun macam tak banyak yang dibukak. Not the same like last year where the are more shops opened and variety of food to choose from. Orang pun tak berapa meriah sangat Kalau tahun lepas, sampai berlaga-laga lah.

I was thinking of berbuka puasa outside with a few friends.Actually, there's a lot of plans to berbuka puasa for this fasting month and alot of invitations. It's just that I have to arrange it so that there won't be any clashes of date. Tengok lah dulu macam mana.

Ada sesiapa wanna belanja me break my fast?

AND TODAY, I AM PISSED! WHY? AGGHHH!!! LATER!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer