« Home | me = @#@* + ^#*(!( = @%*+_()# » | Kesan-kesan menonton Eiffel I'm In Love » | Eiffel I'm In Love (2005) » | Episode 3 : The Return of the Jendul » | Just another manic Sunday. » | My Top 10 List » | Why DCT loves DK... » | Coming Soon » | I don't know which is more insulting. Being in a r... » | Entry entah apa-apa entah!!! »

Top 10 - 10 Kenangan Masa Hari Raya!

Photobucket - Video and Image Hosting

1. Dulu, masa aku duduk kat Johor, aku selalu balik kampong naik bas. Sekali dengan family aku. Memang tak nak naik kereta pun. Besar belanja bak kata ayah aku. Lagipun, masa aku bebudak, tambang half price maa. Lagi la jimat kan? Yang seronoknya bila berbuka kat dalam bas. Jamah roti aje dengan air kotak laici. Bila diorang stop dekat Hentian Yong Peng or Air Hitam, baru hentam kaw kaw.

2. Aku cukup suka kalau dapat pakai baju baru masa raya ni. Bukannya masa biasa pun tak boleh pakai baju baru tapi masa raya ni feel dia lain sikit. Lagipun masa ni la semua mak-mak nak membuat fesyen show sebab nak tunjuk baju anak siapa lagi cool. Aku ingat this one baju yang orang tua aku belikan. It’s an overall dengan baju warna biru. Jenama Kiki Lala (alah.. masa budak2, Kiki Lala pun dah cukup bagus)

3. Aku ingat lagi aku pernah kena dengan bunga api besi tu. Masa tu, aku dengan sepupu aku, Aziah (aku panggil dia Adik) tengah main bunga api. Tiba-tiba pulak, sepupu aku ni pergi campak benda tu dekat aku. Aku pulak tengah pakai sweater masa tu. Apa lagi, melecur lah kena dada aku ni. Sampai sekarang ada lagi scar tu kat dada aku.

4. Pagi-pagi buta lagi aku dengan sepupu-sepupu aku akan serbu rumah mak saudara-mak saudara. Kat kampong aku kat melaka tu, kebanyakan mak saudara-mak saudara aku memang jenis yang tinggal dekat giler. Rumah diorang sebelah-sebelah and rumah ibu pun memang ada kat situ. Rumah pertama yang kitorang pergi? Rumah Mak Long aku. Memang dah jadi perkara wajib tiap-tiap tahun

5. Kalau buat collection tu, sanggup kitorang pergi sampai ke kampong seberang ni. Kampung aku namanya Kg Krubong and kampong seberang tu pula Kg Sungai Badau. Aku orang Melaka lah beb. Sampai kat rumah yang orang aku tak kenal pun semuanya di balun.

6. Pasang pelita masa malam tujuh likur. Memang dah jadi kewajipan kami sepupu sepapat ni pasang pelita untuk malam tujuh likur kat halaman rumah kitorang. Memang terasa kemeriahan nak beraya masa tu.

7. Kena kejar dengan lembu merah. Hahahah…. Serious beb. There was this one year masa tu mak aku buat baju raya aku warna merah. Masa tu aku kecil lagi, even to complaint about the colour. So, pakai aje lah. Masa on the way pergi rumah mak saudara aku, ada pulak seekor anak lembu ni yang tiba-tiba aim aku. Apa lagi… aku pun mencicit-cicit lari selamatkan diri aku ni.

8.Yang aku dah cerita dari tadi tu belah emak aku, kalau belah bapak aku pulak, diorang semua kat Singapore. So, masa aku reside kat JB tu, memang tak miss pergi kesana. Selalunya kitorang akan pergi petang raya dengan naik bas jugak. (it’s too expensive to drive in to Singapore. Even more expensive than going back to Melaka). Yang besrnya, masa kat Kastam tu, memang pack giler orang. And along the road kat causeway tu, penuh sesah dengan kereta nak masuk Singapore.


9. Ong thing kalau beraya kat Singapore ni, celebration diorang ni lain sikit. Kat sana korang tak boleh nak ketuk rumah orang pagi-pagi subuh tu. Tradition diorang is that diorang akan jalan raya lepas menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri. Lepas tu aje yang korang akan nampak kemeriahannya. Time tu okay lagi, boleh dengar laungan Azan. Bukan macam sekarang. Azan tak boleh nak dengar dah (Bodoh punya Lee Kuan Yew).

10. yang aku suka kalau raya kat Singapore ni, memang poket korang akan lebat la. Mana taknya, orang sana busuk-busuk hulur SGD 2.00 untuk duit raya. Kalau orang yang tak dikenali pun diorang bagi banyak cam tu, kalau orang yg kenal, lagik lah best. Dah la dekat sana semua flat HDB aje. So, kalau ada sebelas tingkat, korang bayangkan lah berapa rumah boleh lawat? Balik aje johor, mewah terasa dengan currency exchange masa tu.

Hmmm… kata orang tu, those were the days. Kalau aku dapat exchange anything to experience it all over again, sudah tentu aku nak. Memang terlampau precious, all the moments. MUngkin kemeriahan kat Singapore tu berbeza dengan kemeriahan kat Melaka. But whatever it is, kita meraikan the Spirit of Aidilfitri, hari kemengangan kita selepas sebulan berpuasa.

Bila aku tengok balik kesan kat dada aku tu, hati aku mesti tersentuh. (hahaha… melankolik la pulak!) Sekarang, masing-masing dah besar panjang dah pun. Tapi, sepupu aku tu tetap akan tunggu kepulangan aku walaupun dia sekarang dah bersuami.

Actually, I haven’t met my sepupu kat sana for almost 8 years. Kenapa? Ada lah sebabnya. Do I miss them? Sudah tentu!

p/s : no offence to any Singaporeans yang baca my blog. My remark was to that old wimp tak guna tu.

p/s : This is one of the top 10 list yang aku buat sempena utk raya. So, tunggu for another few...


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer