My Top 10 List
1. Waktu sembahyang jumaat, masjid akan penuh sesak dari luar kebiasaan berbanding dengan waktu-waktu biasa. Bulan keinsafan kan. Kadang-kadang tu, kita nak bersembahyang Jumaat pun tak dapat sebab terlampau sesak sangat dengan orang. Selain tu, diorang jugak datang sebab nak bayar zakat fitrah. Kat Selangor ni ,zakat fitrah per person is RM 4.70. So, korang dah bayar belum?
2. Bazaar ramadhan (or is it spelt as BAAZAR?) tumbuh macam cendawan. Masa ni lah kita boleh dapat macam-macam jenis makanan dan minuman. Eventhough setan kena ikat bulan puasa ni, tapi nafsu yang membuak-buak tu lagi hebat. Kalau boleh, sepuluh jenis kuih, 4 jenis air, 3 jenis lauk semuanya nak dibeli. Tapi lepas makan sejenis semuanya, yang lain dibuang aje. So, ingat lah! Berjimat lah kalau gi kat Bazaar Ramadhan.
3. Traffic jam yg teruk giler. If you think that traffic jam during the normal hours is bad, then the traffic condition during fasting months is even worse. Try taking Federal Highway, and then take the road to Lapangan Terbang SAAS, then korang akan tau ape yang aku maksudkan. Orang semua nak bergegas nak balik rumah awal sebab nak berbuka kat rumah. Kalau tidak, maknanya minum air mineral, makan roti High 5 (Dah halal ok!) and hisap rokok aje lah buat berbuka utk mana yang tak sempat sampai tu. Yang aku pelik kan, bangsa dan agama lain pun bersungguh-sungguh ni, nak balik awal jugak. Macam diorang tu puasa aje ye!
4. Orang yg seksi-seksi giler babeng akan mula menutup aurat sebagai menghormati bulan puasa. Mana-mana yang biasa berskirt, ber-tube dan ber-spaghetti strap tu semua akan berbaju kurung semasa bulan puasa ni. Yelah, nanti tambah panas kalau terdedah dedah tu. Bukannya senang angin nak masuk, tapi azab bulan Ramadhan utk yang suka mendedah-dedah tu. Jangan jadi macam kawan aku, F bukan nama sebenar, bulan puasa tahun tu, dia dah insaf pakai tudung, tapi, bulan puasa tahun depannya, bukak balik. Hmmm….. Macam mana tu ( this is based on a true story )
5. Anak-anak yatim lah antara yang paling beruntung dan gembira sekali masa bulan puasa ni. Diorang akan dicelebrate dengan majlis berbuka puasa anjuran artis-artis dan badan-badan korporat. Diorang akan dapat duit raya dan baju raya. Tapi pelik kan? Why must it be during bulan puasa aje diorang dapat keuntungun sebegini rupa. Why not masa bulan Rejab, Muharram, Safar, Zulkaedah, Zulhijjah? Sebab pahala bulan puasa lebih ke?
9. Keuntungan kat pusat membeli belah akan berlipat kali ganda naiknya. Mana tak nya, orang semua sibuk nak beli baju baru, seluar baru, kasut baru, langsir baru, perabut baru, perhiasan baru, jewellery baru, pendek kata, semua nya baru lah (Tu pendek yg kata, belum panjang yang kata)… Serba serbi baru untuk hari raya lah maknanya. Walaupun Malaysian Mega Sale dah habis awal bulan 9 lalu, tapi diorang still sanggup berbelanja sakan walaupun harganya tinggi yg amat. Macam yang aku cakap tadi lah, berbelanja tu beringat lah ye. Nanti lepas raya jangan pulak ada yang tak makan, meminjam sana sini sebab semuanya dah abis masa berbelanja.