« Home | Blast from the past! (pinjam from Ironboard the Gr... » | Crime Scene Investigation » | Konsert Gemilang Anugerah Era 2006 » | Siao man! » | Crime Scene Investigation » | Leather & Denim... Fashion in Music... Mawi lagi? » | Review : All in a day's work of Maddox. » | Picture of da day » | Little Man (2006) » | Famous line dalam filem P Ramlee »

Ramadhan tiba lagi!

Memandangkan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni dah menghampiri kita, ni lah peluang terbaik kita nak membuat amal dan dalam masa yang sama masa kita nak mengurangkan aktiviti yang mengurangkan pahala puasa kita.

Selain daripara perkara-perkara macam jangan makan, minum, dilarang memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, dan jaga tingkah laku dan perkataan, aku ada beberapa perkara yang kita perlu elakkan dari kita lakukan masa bulan puasa ni.

1. Jangan beli, pinjam, curi atau tengok VCD, DVD, LD yang berunsur separuh lucah, lucah dan lucah giler babeng.

2. Jangan tengok movie yang PG-Rated or as we say it in MALAYSIA 18 SX, 18 SG & 18 PL. Movie-movie baru macam Miami Vice, John Tucker Must Die, adalah tidak digalakkan sama sekali.

3. Jangan surf website-website yang memang taraf porno macam Ariaku, website Aria Giovanni dan bermacam-macam lagik. (Jangan korang klik pulak kat link yang aku letakkan tu. Aku letak bloglog okay!)

4. Jangan jugak masuk blog-blog yang ada unsur-unsur seks, seram, ganas, brutal, lucah, dan macam-macam lagik. (Alah! Paham-paham sendiri lah ye!)

5. Kalau buat, buatlah yang lebih berinformasi dan berfaedah elakkanlah carutan-carutan (In the words of Joe KK) dalam blog ni. Kalau korang tak puasa, takpe.

6. Jangan save gambar-gambar yang bukan-bukan dari website dan blog yang ada gambar-gambar sedemikian.

7. Jangan blog banyak sangat pasal Wentworth Miller ataupun Dr House yang giler (jangan marah ye Zack!).

8. Jangan banyak sangat buat review movie yang tak bermesej yang baik macam IronBoard. (hahaha... mengata orang! Aku sendiri pun will do the same thing jugak)

9. Jangan salah gunakan office facilities macam aku ni untuk memblog, surf internet, download lagu, baca Berita Harian or Malay Mail. Tak baik tau dak!

10. Jangan nak gi berbulan madu kat Hawaii macam kawan kita sorang tu. Pesanan ni hanya untuk mereka yang baru lepas nikah, reception dinner seminggu selepas tu and then buat majlis kat kampung pulak lepas tu.

11. Jangan nak pasang lagu Kabut Setangkai Mawar by Zaiton Sameon tu berkali-kali kat office. Cuba lah pasang lagu Raihan ke, Rabbani ke, Brothers ke, Hijjaz ke. Kan lagik elok! Sesuai dengan halwa telinga kita untuk bulan puasa ni?

12. Jangan nak pasang lagu raya awal-awal. Seeloknya, pasang 2 minggu selepas kita berpuasa. Kalau tidak, asyik fikir nak raya aje sampai kita lupa tentang fadhilat puasa. Ni tidak, asyik nak fikir raya aje.

13. Jangan nak download lagu sampai naik slow jadinya PC korang kat office tu. Pastu, semua kerja tergendala.

14. Jangan nak membuang masa main game masa orang agama lain pergi lunch. This is only applicable untuk mereka yang boleh balik awal masa bulan puasa macam aku. yahoo!!! Balik pukul 4.30.

15. Jangan stay back kat office untuk semua JANGAN diatas tu. Balik lah rumah. Untuk yang ada keluarga, kan lebih afdal berbuka puasa dengan family. Yang ada isteri tu, jangan nak asyik berbuka kat luar sampai pasangat ko tu hanya makan kurma dengan air buah yang dibeli kat Bazaar Ramadhan aje. Orang macam aku yang tak dapat festival advance tu, lagik baik kalau balik seawal mungkin dari menghadap kerja ni.


AKHIR KATA,
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG MEMBACA BLOG AKU.

p/s : Nanti aku tambah lagik! Korang ada Idea lagi? postkan kat komen dan aku akan letakkan kat entry.

p/p/s : Kak Aduni, jangan nak buang masa baca blog ni. Nanti big boss marah woo!!!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer