« Home | Ramadhan tiba lagi! » | Blast from the past! (pinjam from Ironboard the Gr... » | Crime Scene Investigation » | Konsert Gemilang Anugerah Era 2006 » | Siao man! » | Crime Scene Investigation » | Leather & Denim... Fashion in Music... Mawi lagi? » | Review : All in a day's work of Maddox. » | Picture of da day » | Little Man (2006) »

One In A Million

Aku takde lah tengok One In A Million selalu sangat pun. Kira lebih kurang macam on and off aje. In fact, aku lagi banyak baca perkembangan diorang kat dalam surat khabar harian aku aje. So, aku tak tau lah sama ada komentar aku ni relevant atau tidak sebab aku tak follow the show from the beginning. Yang aku tau, adik ipar Datuk K ada jugak join tapi dah terkeluar awal-awal masa selection top 12 dulu.

So, lemme remind you guys yang komen aku ni hanyalah based on the show and all their performance malam grand finale itu sahaja. So, jangan lah marah kalau ada yang rasa komen aku ni merapu aje ataupun aku tak layak nak bagi komen sebab aku tak ikuti OIAM ni dari awal lagik.

Bulan-bulan puasa ni, tak baik nak marah-marah kan?! Anyway, here's my dose of comments and mumblings pasal OIAM ni. Alah, aku buat summary aje lah ye.

First of all, ada pulak kezutan yang tak berapa mengejutkan bila Awal & Marion umumkan yang Faizal mendapat undian terendah dan sepatutnya terkeluar dari OIAM. Tapi ghupe-ghupenye, Faizal tak terkeluar and still in the running for the 1 million ringgit. Hmmm... macam dah diplan awal-awal jek.

Persembahan peserta terkeluar

Haaa... korang tengok sendiri. Rata-rata diorang semua nyanyi lagu Indon dan lagu luar. Berapa kerat aje yang menyanyikan lagu penyanyi Malaysia sendiri?Itu diorang salahkan kita tak bangga dengan lagu penyanyi kita. Macam mana tu?


Yang menarik bagi aku cuma Zai dengan Dayang aje. Zai memang ada that black singer's talent and dia berjaya bawak lagu Alicia Keys tu dengan baik. So what if she is huge, besar badannya, besar juga bakatnya. Dayang, as usual is exceptionally good with Survivor by Destiny's Child. She needs no introduction pun. Cuma skirt Dayang malam tu, singkat giler siot!

What's up with the funniest rendition of Radja punya lagu tu? It sounds funny lah. Tak sesuai dengan suara dia. Yang lain-lain tu, biasa aje kot.

Aliff (Khayalan & Give Me Just One Night)

For his first song, agu Khayalan ni aku rasa macam biasa aje. Lagu yang tak berapa mencabar sangat vokal Aliff tu. Tapi lagu ni pun lagu baru. So, dia nyanyi ikut macam mana punya stail pun, itu hak dia sebab that is his song. It's just a simple song and takde penekanan suara dan vokal variety yang mencabar. Tapi aku enjoy dengan persembahan dia yang kedua dengan lagu 98 Degrees tu. Lagu ni lebih groovy and aku suka lah! End of the story.

For both the songs, he has very good vocal control. Dia ada kawalan suara yang baik. Especially for the English song. Yang penting, dia tak ada penyakit anxiety disorder (heheheh....)

Don't talk about diction because lidah kita ni lidah orang Malaysia. So, some how or rather, suara kita tetap ada that Manglish sound kalau kita menyanyi lagu Inggeris. The thing that I find awkward is his movement. It looks too mechanical. The move was fine. If only he could let go and lebih bermain dengan ruang (macam pernah ku dengar aje!), aku pasti tarian tu akan lebih menarik lagik.

For that age, he has raw talent. A talent yang perlu diletakkan ke landasan yang betul dan dia perlu proper guidance.

Suki (Berdiri & Everything)

Untuk persembahan lagu baru dia tu, komen aku lebih kurang sama aje untuk ketiga-tiga peserta ni. Berdiri was a simple song. It is more to an easy listening punya stail of song. Lagu tu lagu dia, so, she can do anything with it. Pitching salah ke, key salah ke, dia boleh bantai macam mana dia nak carry lagu ni. Aku rasa persembahan pertama dia tu biasa aje.

But the momentun started to gather untuk his second song and she began to improve. Kawalan suara dia kira okay jugak. Well, itu kalau nak dicomparekan dengan persembahan pertama tadi, but for the performance on it's own, aku rasa itu persembahan yang safe from her. Nothing well worth it. Well, at least she can move. Kira okay juga lah kot.

This is another Elaine Kang or Sarah Loo in the making kot. She's okay. But that's the problem, She is just OKAY and just FINE. I tried to look for something that will make her outstanding, tapi maaf, memang aku tak jumpa. Memang unfair kalau aku nak bandingkan dia dengan Jac but diorang hasil product yang sama. Same goes to Daniel yang menang Malaysia Idol II tu.

Kalau dia nak penetrate through the Malay mainstream market, she has to find something yang memang boleh letakkan dia on par; if not above; than Jaclyn Victor. Bagi aku, sama macam mana-mana komen yang aku pernah baca, she is better off with the Chinese market.

Faizal (Maha Karya Cinta & We Will Rock You - Medley)

Aku suka dengan title lagu Maha Karya Cinta ni. It has the kind of very majestic title. If you ask me about the song, aku rasa it's just a simple song. A very typical Malay lovy dovy song. Again, this is a new song, so it is up to him macam mana dia nak bentukkan lagu ni. What key he wanna use. Macam mana dia nak ad-lib lagu tu. The only thing is that he might need to work on his low note dia tu. Especially masa the beginning of the song tu. Masa dia duduk and sing tu. Mungkin sebab tu vokal dia sedikit off.Tapi dia tetap berkeyakinan dan dia very confident

For his second song, this the first time in my life aku jumpa reality show punya finalist yang nyanyi lagu medley rock dengan composition dia sendiri. This is a real live performance yang very energetic and alive. Walaupun ada masanya dia ada sedikit terkucil akibat nak mencecah high note, tapi all in all aku rasa by far, this is the best performance for the night.

Dia memang berani. He has excellent eye contact dengan penonton, superb stage presence and he wil so much confidence dengan persembahan dia. Walaupun suara dia ada sedikit terkucil in the middle of the song, tapi tak kisah lah. Dia punya showmanship dah cukup hebat. A performance that is worth a standing ovation.

Who wudda thought yang seorang bekas penyanyi nasyid ada talent macam tu sekali? Aku rasa dia boleh pergi jauh dengan talent yang dia ada if he is given the right opportunity.

Pemenang yang dah boleh dijangka!

Aku rasa pemenang OIAM ni memang dah boleh dijangka pun. Based on the fact that dia tak pernah berada kat tangga terbawah sekali, memang expected yang Suki akan menang. She won it. No question about her being a jutawan segera.

Terkilan? Yes and No.

NO knowing that this is a reality show. So, anything can happen. Undian based on sms ni memang susah. Favouritism are prone to happen whether we like it or not.

YES sebab orang yang aku rasakan layak menang tak menang. He deserves to win sebab memang persembahan yang cukup bertenaga dan mendapat tepukan paling gemuruh sekali.

Pengundi bangsa cina lagi rajin dan tak kisah nak berbelanja besar untuk memenangkan peserta Cina sendiri. Kalau semua pengundi AF dulu mengundi untuk Faizal OIAM, senang senang aje dia akan menang sejuta ringgit tu. Tapi tak apa, peluang Faizal pun besar jugak kat dalam industri ni based on the talent and capability that he has.

TRIVIA ONE IN A MILLION

[Trivia ini adalah ciptaan aku sendiri dan tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Ini hanya ape yang aku nampak dan aku peratikan sahaja.]

1. Target market untuk OIAM ni lebih cenderung kepada Malay, Chinese and Indians. Tak macam Akademi Fantasia yang memang target diorang purely Malays. Alah, eventhough ramai Chinese and Indians yang ada Astro, tapi berapa kerat sangat lah yang tune into Astro Ria pun? Compared to 8 TV yang memang accesible to anyone and boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat majmuk kat Malaysia ni.
2. The contestant tu bukan diberikan gelaran pelajar macam bebudak AF tu walaupun diorang ada guru vokal yang guide diorang. Tapi suara diorang tetap superb and takde suara kepit ataupun suara katun ataupun suara yang memang tak sedap. Kalau perempuan, aku suka pada Zai kot. Dayang? Well, the needs no introduction pun. She is already established and she has the reputation as a top singer in Malaysia.
3. Nasib baik tak ada yang menyanyikan lagu Gemilang by Jaclyn Victor tu. Kalau tidak, ia takkan lari dari konsep Malaysian Idol tu jugak. Tapi diorang ada konsep AF dalam OIAM ni. Yelah, each of the finalist was given a new song each, sama macam AF, kan? Kalau masa MI dulu, memang satu lagu yang diorang kena nyanyi. Gemilang for MI 1 and Mimpi for MI 2.
4. Diorang lebih ada liberty to choose their own songs and sing it any way they want. Which for me is good, in the sense that it allows the contestant to whether choose a safe song, or they can challenge themselves by choosing songs yang memang bebetul menguji capability and credibility diorang dalam persembahan diorang tu.
5. Kalau kita rasa Adlin tu kurang belajar dan kurang diajar hingga fail ASK, Paul Moss tu lebih tak bersekolah dam hanya sempat menghabiskan sekolah tadika kat New Zealand tu dulu. His words is much more sharp and pedas compared to Adlin.
6. Jumlah undian untuk OIAM ada jauh lebih sedikit berbanding dengan AF. Kalau for the whole musim AF, jumlah undian yang diorang terima is like more than 7 millions , OIAM hanya dapat about 500,000 votes sahaja. Which I find it quite ironic sebab it proves that kalau orang Melayu lagi rajin mengundi macam kat AF, mesti ada 2 Faizal yang menang reality show tahun ni. Tapi sayang, kedua-dua Faizal tetap tak dapat menandingi "aura you know who". Tapi kalau Faizal yang blur tu ataupun Mr You-Know-Who tu masik OIAM sekarang pun, obviously we know who is going to win it.


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer