« Home | A little bit of anything » | Cewek-cewek seberang... » | Summersault Berpusing » | Konsert Ketujuh Akademi Fantasia 4 » | Aku ingin menjadi mimpi... » | Eat your heart out! » | Setahun sudah berlalu... » | Superman Returns (2006) » | Konsert Keenam Akademi Fantasia 4 » | Hear Ye! Hear Ye! »

Diari 016

Oleh kerana aku balik awal semalam sebab tak ada apa-apa plan lain, sempat jugak lah aku melayan Diari sekejap and Ejen 016 tu. So, here's a little bith of both!

Diari AF

Aku cuma bagik simpulan aje lah ye. Malas nak cerita panjang sebab aku memang tak dapat nak follow dairi hari-hari pun. So, here goes nothing...

Haziq

Kenapa lah malas sangat Haziq oi? Nak menari pun macam nak tak nak aje. Show some commitment in your presentation la brudder. Dia masih ada problem dari segi pronunciation words dalam lagu dia tu. Tapi cikgu-cikgu dia tetap bantu dia so that he can hit it right. Aku nak tengok jugak macam mana dia bawak lagu Marc Anthony tu nanti.

Faizal

He still has troubles with this song. His diction still tak betul. Mengikut telinga aku ni, aku suka dia bawak lagu Nirwana eehh... Nirvana ni sebab bagi aku, suara dia husky (I think!). Dari masa dia practise tu, aku rasa suara dia sesuai dengan lagu ni. CUma aku takut lirik dia aje ke laut.

Masa part dia nyanyi "Hello.. hello... hello.. hello..."aku dengar macam "Halau... halau... halau.. halau..."
Hehehhe... Senyum sokmo deh!

Farhan

Macam yang aku selalu cakap, Farhan memang tak ada masalah dalam vokal dia. And I have a feeling that dia boleh bawak lagu ni dengan baik sekali. Yang aku rasa jadi masalah pada Farhan and this has been going on week by week adalah feel dia. Aku rasa dia kurang feel dalam lagu yang dia bawakkan dan aku rasa dia perlu lebih jelled lagi dengan muzik. Expression is something that she is lack of. Attitude dia towards the song tu tak ada. I mean bukan tak ada, tapi kurang.

Amirul

Amirul tak ada masalah besar sangat dengan lagu tugasan dia minggu ni. Sorry lah.. Aku makin lama makin bosan dengan Amirul. Not because of his showmanship tapi vocally. No doubt lah dia memang ada showmanship, dia menari tak kongkang dan dia ada beat sendiri. Tapi, aku dah muak dengan suara dia. Tak ada perkembangan besar sangat pun. Tapi apa susah, cute face kalau buat album. Memang boleh jual pun. Budak-budak sekolah yang berpinafor dengan budak-budak yang baru nak kenal dunia memang suka macam tu. Maestro pun target lah market diorang dekat budak-budak macam tu. Lantaklah suara macam katak panggil hujan pun, as long as they can sell the album and makes profit, fine by them. Entertainment is music huh?

Velvet

Aku tak tau whether Velvet boleh bawak ke tidak lagu ni. Yelah, this is a slow song and aku tak yakin sangat bila Velvet bawak slow song. Lebih-lebih lagik dengan slow notes. Velvet memang ada masalah dengan low notes dia. Cikgu-cikgu dia pun cakap macam tu. Tengok lah masa dia nyanyi Teman Tapi Mesra tu. Masa high notes, she hit it big time, tapi mengkala tiba low notes, aduh… perit aje bunyiknye. Tapi tak apa.. Velvet jenis yang hard-working. Dia rajin dan dia suka tolong orang. Who knows.. Velvet can do miracle?

Tuan Puteri & Hang Tuah versi Mat Salleh

Ni masa kat Diari pukul 9.00 tu. Muncullah Tiara Jacquelina and Stephen Rahman Hughes. Aku rasa korang kenal siapa diorang berdua ni kan? Leading actor and actress in Puteri Gunung Ledang the Musical. Dua-dua ni nama besar dalam bidang seni. Tiara memang famous dalam filem dan drama. Aku paling suka lakonan dia dalam Ringgit Kasorrga

Both of them share pengalaman yang diorang kutip sepanjang diorang ada dalam showbiz. Aku memang respek kat Datin Tiara yang sempoi habis dah tak kisah nak share dengan bebudak tu. Ada lah diorang bagi tips on how to tell a story by singing. Yelah, diorang ni pelakon (except for Tiara lah kan), so diorang showed one or two skills diorang in front of the students.

Yang aku kelakarkan tu, si Stephen Rahman kan tak reti cakap melayu and si Faizal pulak memang slack sikit bab speaking London. Terangguk-angguk kepala Faizal mendengar si Steve tu bersembang tapi dalam kepala dia, entah apa lah yang mat saleh celup ni gebangkan ni? Hahahaha… berkerut-kerut muka si Faizal mendengar.

Lotter kembali ke akademi!

Ape... Lotter datang balik ke akademi? aggh... no.... tidak... hahahaha... tak lah...Lotter datang balik ke akademi sebab nak mengubat kerinduan kawan-kawan dia tu especially si Faizal yang makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang sebab rindukan sangat si Lotter. Sedih gamaknya ya?

Tu aje kot kesimpulan aku on yesterday’s diary. Nothing much pun!

Ejen 016







Aku dapat tau pasal siri ni kat blog badrul-selepas-enam and Joe KK. So, malam tadi, disebabkan tak ada apa-apa plan lain, aku pun mengadap lah depan tv.

Sinopsis cerita ni : Ejen 016 memaparkan kisah perisikan ejen yang hebat di kalangan ejen-ejen yang masih ada telah ditugaskan untuk mendapatkan kembali meteor yang telah dicuri oleh Chief Blontok. Meteor misteri ini mempunyai kehebatan yang tersendiri. Ia harus diletakkan dalam sebuah puing lama, dalam masa 5 hari selepas ia terhempas, kerana jika tidak, ia akan meletup dengan kuasa luar biasa melebihi 200 kali ganda kuasa nuklear! Berjayakah Ejen 016, Ejen Alpha 0146, Ejen Delta 0146 dan Ejen Gamma 0146 dalam misi mereka? Apakah yang terjadi pada Chief Blontok dan konco-konconya?

Episod minggu ni lebih kepada episod pengenalan aje. Diorang perkenalkan siapa Agen 016(Azhar Kamaruddin Abdullah Khamis Jumaat bin Sabtu), Agen Alpha 0146 (Intan Suraya), Agen Delta 0146(Alia Sari), Agen Gamma 0146 (Kamelia Adreana). Diorang ni kerja macam perisik dah badan perisikan diorang ni diketuai oleh Chairman dan kakitangan-kakitangan bada perisikan tu are Mr K (Bukan Datuk K, woookey!), Dr Rini & Dr Mat

Penyangak dia punya ketua bernama Chief Blontok dengan dibantu oleh konco-konco dia macam Dr Whisnu, Dr Erica, Koja, Tore & Ramon Doremon.

Apa pendapat aku tentang cerita ni? Hmmm.... okay lah kot.. tapi this comedy is a bit black...No.. it's not a black comedy macam the Black Adder tu, tapi apa yang aku maksudkan dari segi plot dia, latar belakang dia, watak-watak dia, macam ada sikit black and kusam. Entah, itu pandangn aku aje. Tapi lne of cast dalam cerita ni memang power-power. So, aku expect something yang aku tak pernah jumpa kat mana-mana siri yang ada dalam Malaysia ni.

Untuk maklumat lanjut, korang lawat lah OFFICIAL WEBSITE EJEN 016

Adios!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer