« Home | Entry nak pursuade korang! » | Julai oh Julai!! » | Teori Konspirasi Aku! » | Under Construction! » | AF lagik! » | Aku ingatkan nak tulis pasal diari malam tadi, tap... » | Dance, Glitter, Beautiful Women and.... Panjat Gun... » | Konsert Kelapan Akademi Fantasia 4 » | Super Action Hero » | 47 - 27 = 20 »

Konsert AFMASUK Akademi Fantasia 4

Sebelum aku review dan ulas concert malam tadi from my eyes, mari kita recap balik semua gimik-gimik hampeh bin tak hampas, menyibuk a/l menyemak dan tak perlu d/o tak penting pada malam tadi. Sorry lah kalau kasar, but these are the things yang buatkan konsert tu makin bosan dan meleret...

Gimik-gimik dalam Konsert yang membosankan untuk konsert kali ni.

1. Masa nak umumkan kedudukan dalam carta AFMASUK tu. Sekejap kata nak umumkan, sekejap kata tak payah nak umumkan. Sudah sudah bebudak tu kejap duduk, kejap bangun. Diorang tu sengaja buat lawak atau pun sengaja nak menyeksa bebudak tu? Sepatutnya benda-benda macam ni diorang dah plan awal-awal lagik and not make a pun out of it.

2.Aznil menyanyikan lagu jepun tu untuk Karen.Ape reason. Seriously, aku tak tau entah apa purpose benda tu dibuat. Dah macam lagu Doraemon aje bunyinya. Aku tak suka Aznil goes up to that extent untuk buat gimik. It is out of the norm yang aku nampak from Aznil.

3. Kerusi tercabut. Aku tak tau lah sama ada that thing was self-inflicted, accidental or unintentionally, tapi aku rasa its something that does not need to be featured. Aku tak nampak apa rasionalnya benda tu. Setakat nak tunjuk production team tak buat kerja ke?

4. Lampu padam masa persembahan si Diddy. Lagi satu gimik yang aku memang tak faham lah apa fungsinya. Astro tak bayak habis sewa dewan ke? Yelah, next week dah tak de kat Dewan Sivik MBPJ tu. Semuanya dah beralih ke Bukit Jalil.


5. Main lagu cepat untuk Zila. Saja nak test kat si Zila ataupun nak kasi thrill kat penonton? Entah lah....

Pengkritik Jemputan :

Liza Hanim: Mak aku cakap, ya allah, mata dia macam tak boleh nak bukak langsung dengan mascara and contact lense yang macam tu. Liza, paip air kat rumah you berkarat ke? Heheheh… bukan main berkarat lagi rambut. Anway, aku rasa Liza tak menjalankan tanggungjawab dia dengan baik sangat.

Sharifah Shahira
: Maaf! Aku tak faham langsung apa fungsi sebenar Shira sebagai pengkritik. Dia banyak buat lawak kosong dan bodoh yang tak menjadi langsung. Aku rasa Shira patut fokus on how to improve the students dari segi persembahan diorang. She should say something that she is good at and and not blabber on other unimportant things.

Dah tak ada orang lain ke yang boleh jadi pengkritik untuk Akademi Fantasia ni? I mean, at this level of the competition, Astro sepatutnya panggil pengkritik yang lebih berkaliber untuk mengkritik budak-budak tu baik dari segi persembahan ataupun dari segi vokal. Masa diorang panggil Adnan and Siti Hajar dulu, bagi aku memang it is a smart move by Astro. Tapi minggu ni, panggil pulak Liza Hanim and Sharifah Shahirah. I don’t have anything against them, malam aku memang respek kat diorang. Cuma I am looking at the other side of the coin aje. We need criticism yang boleh develop bebudak tu to the next level. Itu ajr!

Carta AFMASUK

Carta undian AFMASUK tu takde lah menunjukkan apa apa menarik sangat pun. Yelah, semua orang dah tau tentang kedudukan bebudak tu semua and kedudukan tu memang tak berubah sangat pun. For a few days, Rich memang dah lead the pack and dihampiri dengan Lotter. Amirul comes next before DIddy. Yang perempuan, semua hanya merasa 4 tempat terakhir carta tu dengan beza peratusan undi yang besar giler. Zila mendahului bebudak perempuan tu, followed by Salima, then Karen and lastly Nora.

Aku kesian tengok bebudak perempuan ni. Walaupun sesetengah budak perempuan tu jauh lagi berbakat dari sesetengah bebudak lelaki tu, tapi undian diorang tetap rendah. Korang bayangkan lah, macam mana lah 1 % @ 3% undi tu nak lawan dengan 43% undi yang si Rich dapat pun?

Yelah, bebudak sekolah berpinafore yang baru nak naik tu aje yg rajin nak perabiskan duit mak bapak diorang nak undi bebudak yang kiut miut tu. Untuk kes si Rich tu lain lah kan, entah2, bapak dia mau habiskan beratus ribu nak undi anak dia tu.

Persembahan Pelajar

Salima (Nour El Chams)




Dapat jugak Salima nyanyi lagu Arab yang dia idam-idamkan sangat. Aku rasa lah, dalam banyak-banyak persembahan Salima, ni adalah persembahan dia yang terbaik sekali.I mean, lagu ni lagu rancak, tambah pulak dia kena menari ala-ala belly dancers timur tengah, sebab tu aku kata ia menarik. Cuma satu aje, Salima nampak outstanding bila dia ada sama-sama dengan back-up dancers dia. Bila dia sorang-sorang, aku tak rasa sangat yang dia appeal ke depan.

KOreografi tarian dia pun nampak cantik dah kena dengan lagunya. Salima memang boleh move dan dia memang boleh menari. Dan move dia memang kena dengan lagu macam nie. Tapi dari segi vokal, aku rasa plain dan biasa aje. Tak ada penekakan dalam high notes dan low notes.Tak ada sangat variation dalam vokal dia untuk lagu ni. Nampak biasa aje dengan banyak penekanan pada middle range aje.(cheeewah.. iye ke ni?)

Dia cuba jugak nak interact dengan penonton kat studio tapi nampak macam tak ada respon aje. Penat dia angat tangan suruh penonton penonton menyanyi bersama.. tapi tak ada sambutan langsung.

Amirul (Kurniaan Cinta)




Apa masalah nye dengan si Amirul ni? What the heck is wrong with him? Seriously, ni adalah persembahan terburuk antara yang terburuk from Amirul for the past 9 weeks. Kalau last week was bad, this week is even worse. Suara dia serba tak kena dengan lagu ni, feel dia serba tak kena, gaya dan tarian dia serba tak kena, memang ni adalah persembahan Amirul yang paling out sekali.Vokal dia memang tak sesuai dengan lagu macam ni dan macam yang aku dah cakap, dia tak menunjukkan apa-apa improvement pun dalam suara dia.

Dia macam tak bersemangat menyanyikan lagu ni. Aku setuju dengan cakap Adlin yg cakap Amirul macam tak nak aje masuk ke final. Aku tak nampak kesungguhan Amirul menyanyikan lagu ni. Dia macam nak tak nak aje menyanyi malam ni.

Masa tengah-tengah lagu ni, dia semacam pancit dan termengah-mengah aje. Kalau ye pun kau tak berminat nak masuk final, at least fake it la.. Orang pun naik bosan tengok persembahan kau tu.

Oh ye.. kenapa aku rasa lagu ni macam lagu M Nasir?

Nora (Berpaut Di Dahan Cinta)




Dari segi persembahan, aku nampak tahap keyakinan Nora agak tinggi walaupun dia hanya sempat masuk Akademi Fantasia tu selama seminggu aje. Dia tak takut nak mempelbagaikan persembahan dia. Aku rasa dia cuba memaksimakan apa yg dia belajar dalam masa seminggu kat akademi tu.


Hmmm... Nora sangat confident kat atas pentas and dia ada jugak bergerak ke hulu and hilir pentas. Cuma aksi main gitar dengan mengetap bibir tu aku rasa tak penting and tak perlu sangt dalam persembahan dia tu. But suara dia kira okay juga lah.

Rich (The Reason)



Aku memang suka dengan lagu ni dan aku suka dengan persembahan Rich pada hari ni. Face expression dia dan feel dia memang tepat dengan lagu ni. Aku rasa ni sebab lagu-lagu macam ni adalah lagu makanan dia. Sebab tu dia boleh bawak lagu ni dengan cemerlang. Tak keterlaluan ke kalau aku cakap yg ini adalah persembahan terbaik Rich setakat ni dan persembahan Rich ni adalah persemban terbaik antara ramai-ramai malam tadi.

Confidence level dia menyanyikan lagu-lagu omputih ni memang terserlah and feel dia membawakkan lagu ni memang sedang sedang elok ajer. Bagi aku, based on persembahan dia malam tadi, memang dia antara yang paling layak untuk ke final. Gaya persembahan yang bersahaja dan dia banyak interact dengan crowd kat studio and penonton kat rumah. Aku rasa dia memang sesuai bawak genre muzik yg macam ni.

Alahai... kau menangis sebab apa Rich? Kau sedih sebab tak dapat jumpa Velvet ye....

Karen (Jejaka Idaman)





Persembahan Karen ni anggap comel. Baik dari segi suara dia, nyanyian dia, presembahan dia and especially arian dia. Macam yang aku cakap dulu, dari segi sebutan dan diction bahasa melayu, Karen mem ang tak ada masalah sangat. Suara dia pun aku rasa not bad sangat lah. Kira sedap juga lah didengar kat telinga aku ni. Suara dia lantang dan voice projection dia jelas.

Persembahan Karen pun nampak menarik jugak. Koreografi dia menarik sebab dia pandai menari dan dia tau macam mana nak berinteraksi dengan penontoh dirumah dan kat dewan tu. Tahap keyakinan dia kat atas pentas tu memang tinggi dan dia ada stage presence dia sendiri.

Diddy (Diari Seorang Lelaki)


Dalam persembahan yg dulu-dulu Diddy nampak macam he is trying to hard untuk persembahan dari dia. Baik dari segi persembahan dia ke, koreografi dia ke, pergerakan dia kat atas pentas dan apa-apa pun lagi. Tapi minggu ni aku rasa Diddy nampak sempoi dan relax dalam persembahan dia. That should be the way man. I mean, walaupun this is a competition, tapi dia patut lebih relax dan cool dalam persembahan dia. Kalau dari dulu dia macam ni kan bagus, aku rasa persembahan dia akan nampak lebih menarik. And Adlin’s comments says it all.

Apa-apa pun, aku suka tengok persembahan dia hari ni. Mula-mula tu aku reluctant jugak nak tengok dia bawak lagu ni, Frankly speaking, aku takut dia tak boleh bawak aje lagu ni. Tapi he proved that he can sing this song very well.

Bagi aku, Diddy antara yang paling layak untuk jadi calon konsert akhir. Tapi itu kalau judging was based professionally lah. Tapi kalau based on undian penonton, susah sikit lah.

Zila (Bisikan Hati)


She looks sweet and beautiful dngan pakaian tradisional tu. Satu persembahan yang berbeza dari Zila. Something yang sangat menarik dan lain dari yang lain. Persembahan Zila nampak simple and modest. Just nice for that song.

Aku memang tak ada masalah sangat dengan vokal Zila. Suara dia memang sedap. Voice projection dia memang terang dan sebutan dia memang jelas. Penghayatan dia yang sederhana tu aku rasa memang kena dengan lagu ni. Feel dia cukup

Memang lagu macam ni tak perlukan tarian sebab lagu ni lagu yang slow. Sebab tu, dia berdiri macam tiang bendera aje. Walaupun macam tiang bendera, tapi, bagi aku memang cukup kena dengan lagu tu. Yelah, takkan lah lagu-lagu macam ni, nak bergerak ke hulu, ke hilir. Nanti terlondeh pulak kain songket dia tu.

Lotter (Pria Terhebat)


Ni lagik satu lagu favourite aku from Shiela On 7 and actually, I am not putting that much hope in Lotter singing this song well.

Yang menariknya persembahan si Lotter ni adalah dance move dan moon walk dia aje. Seriously! It’s not that I don’t like Lotter tapi minggu ni dia kembali dengan suara kepit Donald Duck dia tu. Lotter memang tak ada vocal variation ke? Yelah, asyik stail menyanyi macam tu aje yang dia gunakan in almost all of his performance.

Tahap keyakinan Lotter atas pentas memang tinggi. No doubt about that. Memang semua orang tau yang dia memang confident dia dalam apa-apa persembahan dia.Confidence level dan stage presence dia memang tinggi.Tapi bagi aku, aku nak tengok persembahan yang baik dengan suara yang sedap.Sorry to say, si Lotter ni ada one part of it aje. Bab suara dia memang tak ada sangat. Masa nak ke hujung-hujung tu dia dah mula pancit.

TENGOK persembahan dia memang menghiburkan tapi DENGAR persembahan dia memang memang mengharukan.

Oh ye Adlin, aku tak rasa Lotter faham apa maksud STAGNANCY tu.

Persembahan Bonus

Medley Hujan, Tanda Kasih, Hendak Ku Tanya Terasa Malu dan Berilah Kasih Sayang
Aku rasa, untuk keseluruhan persembahan bonus ni, Farhan & Velvet lagik menonjol dari Faizal and Haziq tu. Aku suka the combination of the girls. Diorang memang appeared to be above than the boys. Aku tak nampak apa-apa kelebihan Faizal dalam persembahan bonus ni. Tapi aku suka denan suara Haziq masa dia nyanyi lagi Henday Ku Tanya Terasa Malu. Ada lemak dan merdunya. Sama jugak dengan Farhan. Masa Farhan and Haziq combine suara diorang, aku rasa itu satu paduan suara yang memang kena dengan lagu tu and they compliment each other very well.. Cuma Faizal aje yang tak berapa menonjol untuk persembahan kali ni. Haziq nampak lagik menonjol dari si Faizal tu.

For the first time, aku rasa Farhan lebih open up and dia lebih move dalam tarian dia. Dia lebih banyak menari dalam persembahan bonus kali ini. Same goes to the rest of them. Ada jugak lah nampak koreografi dan percubaan diorang menari tu.
Cuma yang aku nak tergelak guling-guling tu dengan gaya empat-empat orang bebudak tu dengan gaya Superman Return diorang. Lawak sungguh!

Menuju Puncak :

Apa lagik yang aku boleh cakap for Menuju Puncak ni? I mean, rentak tarian and move yang sama jugak tiap-tiap minggu. Yang berbeza kali ni, yang menari adalah bekas-bekas pelajar tu and not the 4 finalist. Hmm.. not bad lah..nampak meriah sikit pentas tu dengan 8 orang. Kalau tidak , nampak kosong aje dengan 4 orang yg terkinja-kinja kat atas pentas tu.

Persembahan kali ni nampak okay jugak lah dan harmoni jugak tarian bebudak tu.

Keputusan :

AGGHHHH!!!! No!!! No!!! No!!! No!!! My worse nightmare became a reality. Si Donald Duck tu berjaya masukkan ke balik. Hahahahah….. Apa lagik yang aku boleh cakapkan? Aku memang dah agak dah pun yang dia akan dapat masuk balik. Well, it is between Lotter and Rich lah. Bebudak yang lain tu pun realize sebenarnya yang diorang tu doesn’t stand a single chance to win pun.

Yang aku paling kelakarkan tu, bebudak yang lain tu… bersorak, bertepuk tangan bagai na rak ni.. kononnya menyokong keputusan yang aku rasa memang boleh dijangkakan tu.Hehehehe…. korang ni tumpang gembira bebetul ke apa ni? Entah-entah, dalam hati kata lain ni kot.. Memendam rasa aje lah ye.

Aku kata :

Hmmm…. Secara rasminya, dah cukup lah 5 orang finalis yang akan bertanding dalam Konsert Final Akademi Fantasia musim ke 4 ni. Here are the finalist akhirnye


Haziq, Farhan, Faizal & Velvet + Lotter. Konsert final will be on the 5th of August next week kat Bukit Jalil. Hmmm… apa pendapat aku tentang finalis-finalis tu?

Alah.. pendapat aku does not matters sekali pun. Ini cuma pendapat peribadi aku aje. Yelah, yang mengundi, korang semua. Korang yang tentukan kedudukan bebudak tu dan korang yang akan tentukan siapa yang akan jadi juara untuk Akademi Fantasia musim ni. Cuma aku harap we will be fair to all the students and kita vote diorang based on bakat yang diorang dah tunjukkkan aje lah.

Kalau nak cerita pasal persembahan bebudak tu malam tadi, macam yang aku cakapkan sebelum nil ah, tak ada persembahan Konsert AFMASUK ni pun tak apa, Dah memang sah-sah kita tau siapa yang akan dapat masuk pun.

Apa-apa pun, aku nampak improvement dan perubahan dalam persembahan pelajar-pelajar tu. Zila, Karen and Nora nampak lebih berkeyakinan dalam persembahan diorang. Mungkin diorang dah tau macam mana nak handle the crowd. Diddy nampak lebih relax dalam persembahan dia. Lotter macam biasa, tahap keyakinan dia memang tinggi pun and dia takde masalah sangat pun dalam persembahan dia tu. Amirul was the worse that night.Seriously, he flunked badly dalam persembahan dia malam tadi. Rich was one of the best last night. Dapat lagu yang dah jadi makanan dia, so memang aku rasa something yg expected dari Rich lah.

Anyway, here are my pick of the performance last night

Rich ****
Zila ***3/4
Diddy ***1/2
Lotter***
Karen - Salima – Nora **3/4
Amirul (Again, he does not deserve anything at all based on the worse performance last night.

Aku sengaja ratekan Karen, Salima & Nora at the same level sebab I am trying to be fair. Aku rasa yang persembahan diorang tu sama menarik. So, it’s unfair kalau aku bezakan diorang tu.

Apa-apapun, aku memang respect the girls lah. And Diddy too. Walaupun diorang tau yang diorang tu memang does not stand a chance, at least they put the best effort dalam persembahan diorang. Tak macam si Amirul tu, he stand a good chance to go to the final, tapi sayang he wasted it. Hampeh tul!

Enough said, kita dah ada 5 finalis dan calon-calon juara dah pun. Apa-apa pun, kita tengok lah Konsert Finale Akademi Fantasia Musim Ke-Empat minggu depan.
Ulasan-ulasan lain (nanti kalau aku jumpa, aku updatekan)
Communication Director Dazzling Diddy

Jangan lupa, send in your votes and vote for your favourite student. Kalau susah-susah,

AFUNDI FARHAN

and send it / hantarkan ke

32999


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer