« Home | Back to the future! » | James Bond 007 : Casino Royale (2006) » | Potter's Trailer » | Crikey! The Hobbit without Jackson! » | 13 Going on 30 (2004) » | Maddox Situ Sana Sini » | Cinta » | 10 Things I Hate About You (1999) » | Hear Ye! Hear Ye! » | Anugerah Juara Lagu 21 »

Cinta (2006)

Bukan setakat will contain spoiler, memang contain spoiler pun!

Cinta - 30th November 2006

CINTA. Sesuatu yang cukup mudah. Perkataan yang cukup mudah tapi ada maksudnya yang cukup dalam. Walaupun subjektif pada setiap individu tapi it is something yang boleh diterima oleh semua. Love is unconditional, loves knows no boundary and love goes beyond any feelings. Something universal that anyone can embrace.Betul? Apa? Korang ingat cinta ni setakat kissing and caressing antara pakwe makwe aje ke? Drop dead wrong, man!

Cinta adalah elemen yang ditonjolkan dan merupakan main ingredient dalam filem Cinta by Alternate Studio ni. Tema yang cukup mudah but yet, it’s something yang kita semua boleh faham, ingat dan yang paling penting boleh rasa dalam diri kita.

10 Bintang, 5 Kisah dan 1 Cerita. CINTA adalah 5 kisah cinta dalam 1 cerita. Cinta yang bukan berpaksikan pada cinta sepasang kekasih sahaja. It’s more than that. Cinta adalah kisah cinta yang tulus, romantis cinta, unggulnya cinta, cinta yang abadi selamanya dan akan dirasai sepenuh jiwa

Tulusnya Arianna & Taufik
Sharifah Amani sebagai Arianna yang datang ke KL jauh dari selatan semata-mata nak mencari kekasihnya. Seorang yang nakal, rebellious dan “jahat”. Tapi itu semua sebab CINTA. Datang ke KL pun sebab nak mencari CINTA. Dia dipertemukan dengan Taufik. Pierre Andre sebagai Taufik seorang yang naïf tapi baik hati. Seorang yang lurus tapi kerjanya hanya “menyelesaikan sampah” orang lain. Ketulusan hati Taufik menolong Arianna mencari sesuatu yang tak pasti.Tulusnya Taufik menemukan Arianna dengan berpuluh orang Khalif. Tulusnya Arianna memaksa Khalif yang sebenar datang sebab terpaksa. Taufik sendiri tengah tercari-cari tapak dia kat bandar metropolitan ni. Kerja sebagai penulis kat Mingguan Sensasi yang buruk sangat officenya. Sekali hentak, gugur siling pejabat. Dia tolong Arianna ikhlas tapi ada maksud tersirat. Tiap kali Taufik cuba meluahkan isi hatinya, ada aje halangan yang mendatang.

Aku paling suka babak Arianna & Taufik kat jambatan tu. Simple but symbolic. Tapi babak paling romantik yang tak menjadi masa Taufik nak cakap “Saya cintakan awak, Arianna” tapi diganggu pulak oleh bunyi bising train yang memekak aje.

Favourite line : “Kalau kita betul-betul nak, mesti ada cara….” & “Awak pernah rasa tak? Apa perasaannya bila kita dah jumpa orang tu dan kita tau dia lah orangnya”

Romantisnya Azura & Azlan

Susah sangat ke bercinta dengan orang yang berjaya dan well-known? Perlu ke disembunyikan dari khalayak ramai dan menidakkan perasaan CINTA yang lahir tu?
Azlan, lakonan Eizlan Yusof is the most eligible bachelor dan a successful man. Jatuh cinta pulak dengan orang kebanyakan yang bekerja kat MPH Bookstore. Azura (lakonan Fasha Sandha) macam the girl next door. On a personal basis, pada mulanya, Azlan seorang yang sangat romantis. Kalau tak, takkan sanggup nak buat surprise dinner siap dengan a music ensemble and waiter sekali. Meamng lah tak logik sikit tapi betul jugak, you would do anything for love. Ye ke? Not me, I guess. Dia gugup sikit bila berdepan dengan Azura. Tapi dia jugak seorang egoistic yang lebih mementingkan kerjayanya. Tapi tu semua pada mulanya aje.

Aku suka dengan close-up shot masa Azlan dengan Azura baru naik dari escelator dan jumpa pulak dengan reporter (mamat iklan aiskrim Nestle tu!). Tak tau lah apasal, tapi close-up shot dari bawah masa Azlan asked for Azura’s hand tu nampak sangat menarik.

One more thing, aku kelakar tengok mamat poyo dalam ERL kat sebelah Azura yang pandang Azura macam nak telan aje. Ekspressi muka dia masa tu memang priceless!

Favourite Line “ Ambik cincin tu nak. Mahal tu. Kalau anak tak nak, makcik ada sorang anak perempuan kat rumah”

Unggulnya Elyas & Rubiah
Kita jarang dihidangkan dengan cerita cinta orang-orang lama. Mungkin dah mentaliti orang kita yang suka dihidangkan kisah cinta dongeng yang kadang-kadang tu aku rasa macam crap dan nonsense sahaja. Tapi Rubiah and Elyas tulus. Takde kepura-puraan, tak ada I & You, tak ada candle light dinner. Yang ada cuma panggilan Cikyu Elyas dan Rubi; dan jugak kedai makan Rubiah yang menjadi titik pertemuan mereka. Cinta Rubiah pada Elyas lebih kepada satu pengorbanan yang tinggi nilainya. A love that is vivid and pure. Vivid because Cikgu Elyas is an Alzheimer. Dia seorang yang “live his life for today and tomorrow is another story. Rutin hidupnya memang sebegitu tiap-tiap hari. Main chess, kedai minum, gunting rambut, kedai jam Chong and lastly Amin mengambilnya pulang. Pure simply because no matter what happens and nothing that he can remember, Rubiah masih lagi setia. Bayangkan lah, kita akan lalui hari hari yang mendatang tanpa ingat satu benda sekalipun tentang hari ni. Tapi yang bestnya, peresaan cinta tu boleh kita semai semual setiap hari. Mula-mula tu, aku tertipu jugak dengan jalan ceritanya.

Adegan paling menarik bagi aku should go to when Rubiah was moved into tears when Cikgu Elyas gets a fake haircut. It was after that when she realized that Cikgu Elyas ni istimewa hidupnya.

Favourite Line : Isteri bukannya hak milik… tapi anugerah (ditambah pulak dengan shot jauh kemudiannya diclose-upkan)

Abadinya Dyan & Dhani

Cinta antara seorang adik dan seorang kakak sememangnya abadi. Bukannya cerita yang melibatkan sumbang mahram, beb! Tapi perasaan sayang adik pada kakaknya & kakak pada adiknya. Dyan seorang yang berjaya dalam hidup dan memandu Honda Civic. Dhani seorang yang berpendapatan RM 20.00 dan cukup untuk makan sampai 3 bulan. Seorang pelukis jalanan yang bekerja dengan melukis potret kehidupan sedangkan kanvas hidupnya sendiri tak terlukis. Mana lagi tempat yang sesuai untuk orang macam Dhani besides Central Market?

Aku paling suka adegan masa Dyan menangis sebab date dia dengan Kamal telah dikenselkan oleh penyangak tu. Ditemani hujan dan latar belakang lagu Cinta nyanyian Jaclyn Victor & Misha Omar. Nanu memang hebat!

Favourite Line : “Welcome back bro…You’re gonna be okay bro” (seniman jalanan Central Market and “Selamat tidur kakakku” (perrggghh!! Touching la beb!) & “Kadang-kadang, orang yang paling kita sayang lah yang paling susah kita nak sayang.”

Awek penjaga gerai yang bernama Baizura Kahar tu mari giler lah beb! Tapi ada satu scene masa Dyan dengan Dhani baru lepas bertekak, ada pulak sorang India yang nak enterframe. Menyibuk aje! Again, kes yang sama dengan Airin & Harris, aku dengar suara Kamal aje.

Sepenuh Jiwa Airin & Harris
Aku pun tak tau macam mana perasaan bila orang yang kita sayangkan dan cinta sepenuh jiwa mencintai orang lain. Inilah konflik yang dihadapi oleh Harris (lakonan Rashidi Ishak) yang ditinggalkan Airin (lakonan Rita Rudaini) yang kononnya dah jumpa dengan soul-matenya. Harris on the surface seems to have an almost complete life. A good career as an architect, a damn beautiful wife and a great kid. He was too much in love with Airin until he didn’t see any of it coming. Si hopeless romantic yang terlampau setia, cinta dan sayangkan Airin. Airin pulak tersepit antara cinta, kasih dan saying. Sayangkan suaminya yang sudah dianggapkan abang dan cintakah belahan jiwa yang baru dia jumpainya. Impian dia nak bina mahligai tanda cintanya pada Airin hancur lebur pada jam tepat 11 malam sebelum dia sempat nak luahkan isi hati dia kat tempat pertama they went for a date. A wrong time at a wrong place lah lebih kurangnya.

Aku paling tersentuh dengan adegan peluk antara Rashidi dengan anaknya, Alissa (lakonan Erynn Erynna) tu. Dengan berlatar belakangkan lagu Cinta nyanyian semula Jaclyn Victor & Misha Omar, cukup menusuk. Lagi satu scene yang cukup menarik bila Harris nak serahkan Alissa pada Airin. That child’s tear! Wow! Genuine beb! That kid surely can act.

Cuma satu aje, sampai ke hujung filem Imran tak ditunjukkan didalam cerita ni. Dan seperkara lagi, babak kemunculan cameo seseorang pada akhirnya left me clueless? Apa signifikannya ye?

Dato’ Rahim Razali – Wataknya lebih kurang sama dengan Drew Barrymore dalam 50 First Date. Maksud aku sama is that Elyas hanya boleh ingat apa yang terjadi pada hari ni dah dia akan totally lupa semuanya keesokan harinya. Apa pun, lakonan orang lama memang bersahaja. Tak perlu nak keluarkan dialog yang terlampau banyak, tapi dengan mainan muka dan gerakan badan, dah cukup nak convey the message to the viewers.

Fatimah Abu Bakar – Mungkin loghat utaranya serba tak kena, tapi ekspressi mukanya dah cukup nak menyentuh jiwa. Macam yang aku katakan, aku cukup tertarik dengan scene kedai gunting rambut tu. She knows how to carry the character very well and it's just natural. flawless!

Que Haidar – Que ada bakat, tak dinafikan. Sekurang-kurangnya dia berjaya lari dari watak penyangak dalam Castello. Aku rasa dia dah banyak improve dari lakonan dia yang sebelum ni. Tak mustahil kalau dia bakal jadi pengganti hero-hero tua kat Malaysia ni.

Nanu – Sorang lagi pelakon yang berjaya bawak watak Dyan dengan cukup berkesan. Nanu is one our actress yang aku memang respek sebab Nanu memang pelakon yang berkaliber. Watak orang yang teraniaya memang cukup sinonim dengan Nanu dan dia berjaya membawa watak Dyan. It’s just effortless.

Rashidi Ishak – Antara watak terbaik dalam filem ni. Selain dari Nanu, aku rasa Rashidi berjaya bawak watak Harris dengan baik sekali. Lakonan Rashidi cukup baik dalam filem ni. Mainan emosi yang baik dah dia boleh bawak watak sedih. Dia tak kedekut air mata kali ni. Rashidi dah banyak improve kalau nak compare dengan lakonannya yang lepas especially dalam Mimpi Moon.

Rita Rudaini – Lakonan yang agak berkesan walaupun aku rasa sama aje dengan lakonannya dalam drama Rafflesia. Pada awal-awal cerita, Rita semacam tak dapat menunjukkan emosi dalam watak dia tapi as the story progress, baru aku nampak kesedihan dalam watak Airin tu. Especially semasa dia dapat hadiah khas dari Harris.

Eizlan Yusuf - Eizlan, well at least kali ni dia tak lah kayu macam lakonan dia yang sudah-sudah. Dia nampak lebih relaks sebagai Azlan. Mungkin watak macam ni sesuai dengan dia. Satu perubahan yang cukup baik untuk Eizlan. Walaupun watak tu sedikit stereotype tapi this time he manage to do it well enough to get a pat on the back.

Fasha – Fasha is just Fasha. Sama jugak lah macam dalam filem-filem dan drama dia yang lain. Nothing that great but it was okay.

Pierre Andre – Aku sikit kecewa dengan Pierre sebagai Taufik. Apasal? Lakonan dia masih longgar dan ada lubang here and there. Tapi kalau dia disuruh jadi macam tu punya lurus bendul and naïve, well he has done a very good job. Kalau tak, it's just plain simple Pierre Andre. Sampai sekarang I am still waiting for the best from him. What bothers me the most is his R pronunciation. Ada sikit off lah!

Sharifah Amani – Lakonannya lebih kurang sama dengan Gubra tapi kali ni lebih baik lagi. Lakonan dia lebih kurang nakal + cheeky + manja. Whatever it is, she is one rising star yang cukup hebat. Anak siapa lagi kalau bukan anak Fatimah Abu Bakar. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke pinggan.

Banyak watak pembantu dan cameo yang cukup menguatkan Cinta. Nasrizal cukup berkesan sebagai Amin, pemandu teksi bernombor HWB 6314, cucu pada Elyas. Joe (lakonan Shoffi Jikan) walaupun kecik dan kadang-kadang macam jester pada Dhani aje, tapi cukup kuat. Siapa yang boleh lupakan Erynn Erynna yang membawa watak Alissa tu yang cukup hebat dengan tangisan air mata yang tak nampak palsunya. Tony Eusoff, Annahita Bokavali, Gambit, Baizura Kahar, Khor Cheng Guan (Tokey MPH) sekadang pelengkap cerita sahaja.

Filem Cinta ni bukannya filem cinta yang berasingan. Ehh.. memang 5 kisah yang berlainan tapi watak-wataknya berkait rapat. Arianna bekerja dengan Rubiah. Arianna mencari Khalif di firma arkitek tempat Dyan bekerja. Dyan adalah rakan sekerja Harris. Harris berkawan dengan Azlan for a long time. Kalau sekali pandang, memang nampak macam jumbled-up tapi sebenarnya tak serabut langsung. Setiap cerita, pengisian kisah dan adegan disusun supaya senang bagi orang yang memang buta pasal teknikaliti filem ni nak faham. Setiap cerita, setiap watak dicrosskan dengan mudah antara satu sama lain. Jalan cerita Cinta tak kompleks dan mudah. I know I’ve said this earlier but trust me, I am going to repeat the same thing sampai habis review aku ni.

Walaupun ada part-part yang aku rasa tak logic, tapi tak kisah lah. Seronok jugak sekali sekali dibuai dengan kisah-kisah macam ni. Personally, aku lebih tertarik dengan kisah Dyan & Dhani and Airin & Harris. Bukan bermakna 3 kisah yang lain tu tak menarik tapi bagi aku, 2 kisah tu lebih appealing. Mesejnya lebih sampai pada aku and lakonan Nanu dan Rashidi Ishak lebih menangkap.

Kedai Makan Rubiah, KL Sentral, firma arkitek, hospital semacam menjadi titik pertemuah dan perpisahan dalam filem ni. Kisah Cinta banyak berpusing kat sini. KL Sentral tempat permulaan untuk Harris & Airin dan Arianna & Taufik, Kedai Makan Rubiah tempat Rubiah & CIkgu Elyas bertemu and Dyan & Dhani bertekak. Alah, korang faham sendiri lah nanti.

Mainan kata-kata dalam Cinta walaupun nampak ringkas tapi dalam maksudnya. Skripnya takde yang bogus tapi sangat mudah nak diikuti. Hats off to Mira Mustaffa, Khabir Bhatia & team sebab berjaya menghasilkan sesuatu yang baik macam Cinta ni. Kita tengok lah perkembangan diorang lepas ni.

Aku kata:

Jarang sekali aku jumpa filem melayu yang berkonsepkan sedemikian.5 kisah dalam satu cerita. Kalau ada pun, Gangster yang menampilkan 3 kisah dalam satu movie. (Is it relevant if I gave that example?) Tapi Gangster dibawak oleh hero tua yang sama dalam ketiga-tiga cerita. Cinta tidak. Cinta didokong oleh orang yang berbeza. 3 kisah Gangster takde kena mengena antara satu dengan yang lain. Cuma akhirnya sahaja ketiga-tiga cerita ni ditemukan. Tapi Cinta dari awal dah menemukan kelima-lima kisah ni.

Filem ni sarat dengan cinta. Aku cukup minat dengan the start of the movie dimana diorang buat sorotan tentang hiruk pikuk kehidupan kat Kuala Lumpur. Khabir Bhatia pandai bermain dan menangkap emosi penonton. A display of what is KL like. Dilatari pulak dengan narration Nanu Baharuddin dengan sajak (sajak ke?) yang dia tulis khas untuk adiknya sebagai permulaan. Walaupun nampak subtle tapi aku rasa very effective. In fact, filem ni jugak diakhiri dengan benda yang sama.

Bagi aku, Cinta adalah something refreshing. Menyegarkan. Aku memang cukup puas hati bila aku keluar aje dari panggung. Memang serious cukup puas hati. Jarang-jarang sangat aku dapat tengok filem yang macam ni rupa. Yang paling menarik dalam movie ni adalah ensemble pelakon-pelakonnya yang cukup mantap, storyline yang simple dan tema yang memang liberal.

Mungkin cerita ni ada kesamaan dengan Love Actually ataupun Magnolia tapi filem ni dibuat ikut acuan dan terapan kita masyarakat Malaysia. Kisah cinta orang Malaysia lah senang cerita. Sebab tu lah aku senang faham dengan cerita ni. Sebab subjeknya is very close to us and we can relate to it. It’s as simple as that.

Aku paling tertarik dengan sinematografi filem ni. Angle-angle yang digunakan untuk meamng cukup indah. Aku suka dengan lokasi-lokasi filem ni yang memang sempoi habis. Sampaikan construction site and kawasan rumah setinggan Abdullah Hukum tu pun nampak menarik. Masa penghujung cerita, diorang siap boleh capture Putra LRT, Komuter and Keretapi Tanah Melayu at the same time. Menarik! Betul kata Sharifah Amani dalam Wayang Kita, the location is something so beautiful that we see everyday until we barely noticed it.

Cuma ada beberepa perkara yang aku rasa sikit off dalam filem ni. Yang paling obvious sekali mestilah loghat kedah yang digunapakai Fatimah Abu Bakar. Aku ni bukan lah orang Kedah tapi aku ada ramai kawan-kawan orang Kedah. Aku rasa ada sedikit kejanggalan dalam dialog Fatimah Abu Bakar tu. However, nonetheless, lakonan mantap Fatimah Abu Bakar dah cukup nak menutup benda ni.

Ada satu perkara lagi. Aku tak tau lah whether production team terlepas pandang atau tak tengok into details. Kalau tak silap aku, semasa Arianna & Taufik nak berjumpa dengan Khalif tiruan kat construction site tu, Arianna menenakan safety hat berwarna putih. Correctly if I am wrong, but a white safety hat tu hanya untuk mereka yang berpangkat kat site tu aje. Kalau pelawat, warna lain rasanya.

Alah, kalau cerita dah baik, skrip dah bagus, cast-cast dah hebat dan lokasi pun menarik, you’ll tend to let go of all these minor mistakes. Yang penting, aku keluar dari panggung tu puas hati dengan RM 11.00 yang aku bayar untuk tayangan hari Selasa jam 6.30 petang.

Untuk Cinta, aku definitely kasi **** ½ / *****

P/s : perrgggh!! Panjangnya review Cinta ni. Hahahahah…..
P/s : Aku tengah duk humming lagu Ikhlas tapi Jauh by V.E. Such harmonious voice.
P/s : Thanks Edd Vedder for pointing out the sexual interconnection mistake.

Labels:

aku dah agak dah...! Mmg takde reason lain kau nak pegi Mid Valley ptg semlm...!

Anyway, review yg hebat bro !

giler tapirrr!! rebiu sampai safety hat pon ko cover!! memnag masyukkk beb!!

p/s: susah tak nak tukau ke 'beta' nih? aku takot plak nak pindah, takut rumah aku jadi kasut 'bata'!!!...

I like yr review...

IB: hahah... u know me too well bro. Aku sorang sorang pun jalan!

thanks, I guess.

Ajami: itu yang aku perasan. kalau salah, tolong jolokkan. '

tukar beta, senang aje. in fact, it's better. ala.. biasa lah ada kurang sikit sana tapi orait aje.

Budiey : Thanks.

ceh, false alarm rupernyer...

aku dok ingat ko x nak blog lagi sbb:

3) Ko terima ugutan nak kene pukul/bunuh
2) ader org tak puas hati ngan ko
.
.
.
.
.
.
1) BOSS KO BACE BLOG KO!

hampeh, bikin GIMIK jer rupernyer!

anyway, a few words from our sponsor:

Wow! I like your new blog! The layout is fabulous! Fantastic! Plastic! Polystrene!
http://xazaru.blogspot.com/

:P

Pergh, lawanya layout!!!! Bila ko buat nih? Cun, cun. Saya bagi 5 bintang!

X :bukan gimik la....

Zack : Hahaha... thanks.

"..Sampai sekarang I am still waiting for the best from him. What bothers me the most is her R pronunciation. Ada sikit off lah!"

- Aku tak tahu plak Pierre Andre androgynous..hehe.

Cuma satu aje, sampai ke hujung filem Imran tak ditunjukkan didalam cerita ni.

- It's a McGuffin. Nak biarkan penonton tafsir sendiri rupa Imran.

babak kemunculan cameo seseorang pada akhirnya left me clueless? Apa signifikannya ye?

- sebagai closure kepada kisah cinta tu. Tanpa cameo tu, penonton still akan 'kasihan' kepada Harris dan anaknya. Dengan adanya cameo tu, walaupun tak diceritakan, tapi penonton akan faham, Harris will be OK dan akhirnya dia belajar untuk let go.

That's what I think la.. hehe

Aku tak tahu plak Pierre Andre androgynous..hehe.

isn't he? Hahahah.... ala.. typo error la beb.

sebagai closure kepada kisah cinta tu. Tanpa cameo tu, penonton still akan 'kasihan' kepada Harris dan anaknya. Dengan adanya cameo tu, walaupun tak diceritakan, tapi penonton akan faham, Harris will be OK dan akhirnya dia belajar untuk let go.

I beg to differ. Aku lagi suka kalau Harris still felt temperate over Airin's loss. That hopeless romantic's love for her is too strong. maybe he's going to let it go but it's gonna take quite some time.

u back with black! (apsal aku ketinggalan nih.. ?) keep on blogging or reviewing or whateve u want to do. yes, Cinta, filem Malaysia hampir sempurna utk tahun ini.

bagi aku, black is always in. thanks. will do that, insya allah.

Really like this movie.

Dapat rasa apa yg mereka rasa.

Pasangan yg akak paling suka is Cikgu elyas,Haris and kakak n adik.

Memang tersentuh tgk adegan Haris dgn anak dia. Trus tringat anak kat rumah. huhu

Cameo utk Haris tu I think just to show that when he is willing to sacrifice by letting go the one that he love, than God will give you even better life. InsyaAllah

Post a Comment

My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer