« Home | CHARMED no more? » | Entri tak bertajuk! » | Konsert Kedua Akademi Fantasia 4 » | Entry saje saje. » | Jangan lupa saksikan Konsert Kedua Akademi Fantasi... » | Kisah Seorang Legenda » | Konsert Pertama Akademi Fantasia 4 » | I Heart Kiera Knightley » | Thundercats » | From rage to cooling down! »

Konsert Ketiga Akademi Fantasia 4

(I have been trying to edit this fu**ing entry for the third times. Mind the foul language. Tapi, my IE seems to be having troubles since I downloaded this new Yahoo! Toolbar. Darn it!!!.. This better not be the fourth time I have to edit this thing.!!)

Pengenalan :

Nampak pengenalan diri masing masing dah menunjukkan peningkatan. Setiap pelajar dah ada stail masing-masing. Walaupun ada yang macho, ada yang control, aku yang cool tapi ada jugak yang nampak poyo! Hehehe… Mungkin sifat malu tu dah kurang berbanding dengan dua minggu sebelum ini. Diddy dan Salima nampak control. You are on stage! It is important for you to attract the crowd since the start of the show. Bagi aku, yang paling best Velvet. Nampak sempoi. MALATOP!!!! (Ikut telo lidah Velvet yang pekat sekali!!!)


Peringatan Aznil tentang undian, mungkin menunjukkan pattern undian yang sering menimbulkan kejutan di Akademi Fantasia. Dan seperti yang Aznil cakap, memang keputusan telah mengundang kejutan pada minggu ni.


Pengkiritik:

M Rajoli: Wah… pada Konsert yang pertama, isterinya, pada konsert kali ni, suaminya pula. Mungkin dari segi vokal, M Rajoli tak berapa arif, tapi aku rasa, dari segi pengalaman yang dikutip, M Rajoli mungkin sangat bersesuaian. Lawak giler kritikan-kritikan yang dia buat pada minggu ni. Mungkin sebab tak nak student tu terasa kot? Yelah, orang tua lah katakan. Tapi dalam lembut tu, nasihat yang diberi tetap berguna.

Deja Moss: Deja memang dikenali dengan vokal yang baik. Beliau juga adalah juri yang memilih pelajar di peringkat ujibakat. Pemilihan yang tepat untuk menduduki kerusi pengkritik. Cuma pada mulanya, aku ada berbau sedikit perkauman especially bila dia memuji pelajar dari east malaysia. Nasib baik lepas tu okay sikit. Deja should emphasize more on the vocal and technical aspect of the singer. Macam Syafinaz masa AF3.

Adlin Aman Ramlie : Minggu ni, kepedasan Adlin kembali menyengat walaupun tak sepedas konsert yang pertama. Seperti yang aku pernah katakan, Adlin suka menggunakan RUANG, SUSTAIN RUANG PENTAS TU, DAN PAKAIAN. Itu lah modal Adlin setiap minggu. Nasihat yang dia bagi kat Faizal tu, sindiran kat Saleem ke ape? Aku rasa, Adlin is way bit out of line this time bila dia sentuh bab ganja tu. I mean, it's pretty obvious itu ditujukan pada siapa kan? But do you have to make that kind of remark in front of the national television? Cuba kalau Adlin sendiri, orang kata macam tu? How would he feel? Jaga lah sikit sensitiviti orang lain. Tersentak Faizal mendengar komen Adlin tu.

Nak cakap lebih, malaslah aku. Dia dah cukup kena kritik dan kutuk kat @15 selepas konsert tu. Need I to say more?


Persembahan :

Salima (Obsessi) : Despite the outrageous costume that she wore this week, aku rasa persembahan Salima minggu ni kira baik lagi dari last week. Walaupun vokal dia belum terserlah lagi dengan lagu ni, tapi penyampaian dia agak jelas. Salima masih belum menunjukkan vokal varietinya. She really need to work hard and impress the viewers sebab carta undian dah tak menyebelahi dia lagi sekarang. Walaubagaimanapun, pergerakan dia agak kaku dan terkawal diatas pentas. Dia menari tak sepenuhnya dan masih ragu-ragu dengan gerak tarinya. Aku masih tertanya, berapa lama lagi Salima akan berada diatas pentas ni. Minggu ni, dia terselamat. Minggu depan?


Tarikan bila adik Salima, Farah dibawa keatas pentas melepaskan rindu dendamnya pada kakaknya. Waah…Pancing undi ya. Naik undi salima lepas ni agaknya. Hehehhe….


Amirul (Yesterday) : Sebenarnya, aku amat menyukai lagu ni. So, aku sangat sangat lah berharap Amirul boleh membawakkannnya dengan baik sekali. Dan for the first time, I enjoyed Amirul’s performance. Yes, for the first time after 3 weeks. Vokal dia jelas untuk lagu ni dan sangat sesuai suara dia dengan lagu ni. His diction pun jelas sebutir-sebutir untuk patah patah perkataan inggeris itu. Feel dia baik. Emosi yang dia tunjukkan sangat baik.Perasaan dia untuk lagu ni nampak baik. Not the best out of all, but he did okay.

Rich (Mustika) : Walaupun aku bukan peminat Rich, tapi aku & Mr Iron Board adalah peminat M Nasir. So, I told myself Rich better not screw this song up. I have to say, he did okay this week. Walaupun lirik dia lupa pada mula-mula lagu, dia covered well enough nak buatkan orang tak perasan. Hanya telinga-telinga yang pantas dapat menangkap kesilapan dia. Compared to the last 2 week, this is his best performance yet. Suara dia memang sesuai membawakan lagu rock. Sampai lagu ni pun, hampir dia rock-kan. Dia membawakan lagu tu dengan stail dia sendiri & tak ikut sangat alunan mendayu Sifu M Nasir. Aku rasa feel dia untuk lagu ni abit kurang. Dan penguasaan pentas agak kurang. Asyik kedepan dan ke belakang aje.


Nasib baik bapak dia tak bagi standing ovation sendiri atas persembahan anak dia macam minggu lepas. Hehehehe....


Zila (Tak Tercapai Akalmu) : As I said, I have no problem with Zila’s voice. Suara dia sedap. There is no question about that. Lagi sedap dari suara Salima. No doubt about that but performance dia still boleh dianggap safe. Not something that people will remember and have that remarkable impact towards the viewers. Nothing yang boleh dianggap that outstanding compared to the rest. Seriously, she should find something special that she can share dengan pengundi-pengundi. Persembahan dia hari tu okay. Suara dia sesuai membawa lagu-lagu yang berjiwa melayu tapi bab persembahan pentas dia, dia macam takut takut nak menari dengan lagu ni. Lagu ni rancak, Zila should move with the song. Ada masa, she seems to shy to move on stage. And her costume, she looks like some cabaret kampung dancer with a flick of a broadway star. A total out-of- mix + complicated persona of a singer.

Farhan (Still Got The Blues) : She looks like she was born for the stage. She does it like a pro. Persembahan dia sungguh natural. Memang genre-genre begini adalah makanan beliau. TIdak dinafikan dia adalah yang terbaik pada tengah hari ni. Setiap minggu saya tak pernah kecewa dengan persembahan dia. Minggu ni, sekali lagi beliau membuktikan yang beliau layak berada di akademi. Vokal yang sangat baik, persembahan yang bersahaja. Walaupun sekadar berdiri macam tiang bendera, dia berjaya attract perhatian. Sorry lah gua sangat memuji Farhan but she deserves it.



Haziq (Cinta Nusantara) : Mungkin suaranya sesuai untuk genre-genre lagu macam ni. Lagu-lagu asli memang sesuai untuk dia. Suara dia merdu untuk lagu-lagu macam ni. Pergerakan tarian dia atas pentas terlampau biasa. Macam berterabur dan tak yakin pun ada. Sedikit kaku kalau nak dibandingkan dengan penari-penari latar. Tapi macam mana kalau dia dapat lagu yang berlainan? Lagu rock mungkin? Tentu kita ingin menyaksikannya.



Lotter (Iris) : Persembahan Lotter by the week started to disappoint me. He does not appeal himself as a penyanyi tapi more of another version of Yassin atas pentas. Minggu ni, persembahan Lotter sangat mengecewakan. Aku suka dengar lagu ni. Mungkin lagu ni tak sesuai dengan suara ni. Suara dia terlampau sharp kalau nak dibandingkan dengan range awie tu sendiri. Tapi, dia patutnya mencari jalan untuk menyesuaikan vokal suaranya nya dengan lagu ni. Sebutan dia tak jelas langsung, stage present pun kurang, pitching pun lari. Maaf, IMHO persembahan Lotter this week adalah yang terburuk antara 10 penyanyi yang ada.

Velvet (Teman Tapi Mesra) : Not the best from Velvet. Not from her for the past 3 week, and not the best out of all the students this week. Mungkin Velvet kena jaga low notes dia. Tak dengar sangat bila dia nyanyi low notes dia. Despite that, showmanship dia memang hebat. Dia tau cara nak attract crowd untuk menonton dia. Walaupun dia comel, tapi she can move. Stage present dia sangat bertenaga. Tapi suara dia minggu ni abit goyang minggu ni.

Diddy (Memori Luka)
: Suara dia memang besar. Pada aku, nyanyian dia minggu ni baik. Lontaran suara dia jelas dan sebutan dia pun terang. Sebutir-Sebutir boleh dengar. Mungkin suara dia sesuai dengan lagu ni. Aku suka dengan persembahan dia mingu ni. Tapi, personality dia terlampau plain. Tak ada apa yang istimewa yang aku boleh nampak dalam diri Diddy ni.

Faizal (Blues Terengganu Kita)
: Auu dah agak yang Saleem tentu akan buat kejutan untuk Faizal. Tepat sekali telahan aku. Faizal mendapat lagu yang aku rasa jadi makanan beliau. It’s from orang satu bendera dengan dia. Nasib baik, masa Saleem keluar, Faizal tak tenggelam dengan kemunculannya. Tak macam Amirul yang terus tenggelam dengan kemunculan 4U2C. Show Faizal minggu ni aku rasa baik. Suara dia sangat jelas. Vokal dia sangat terang. Gaya dan showmanship dia memang selamber. Meriah pentas tu masa Faizal menyanyikan lagu Blues Terengganu Kita.


Menuju Puncak :

Koreografi yang berbeza sikit minggu ni. Tapi jauh lebih baik berbanding 2 minggu sebelumnya. Pelajar lelaki nampak lebih kaku berbanding pelajar perempuan. Tapi Rich & Lotter nampak sangat bersemangat sekali. Yang perempuan, biasa aje. tapi tak ada yang MELETOP!!!(Bak kata Velvet)






Keputusan :

Mula-mula Aznil mengatakan pelajar lelaki yang akan meninggalkan Akademi Fantasia, nama pertama yang akan terlintas kat fikiran aku adalah Haziq. Bukan sebab persembahan beliau, tetapi pattern pengundi yang membuatkan aku cakap macam tu. Rich berada ditempat yang teratas pada mula-mula konsert. Memang tak aku sangka, Rich yang akan meninggalkan AF. Tapi ni lah Akademi Fantasia, penuh dengan kejutan.

Rich tak payah lah nak bawak Velvet untuk menonton World Cup sebab Rich akan dapat tengok game tu sampai lah ke Final. Hehehe.. mungkin ini adalah badi kalau cakap, nyanyi atau buat benda yang ada kena mengena dengan keluar. Macam Karen, menyanyikan lagu Kerna Terpaksa, terpaksa jugak dia keluar. Kali ni, Rich, bercita-cita nak keluar dari akademi sebab nak tengok match world cup.

Lagi satu yang aku dapat simpulkan, pecahan undi tidak mengikut kaum dan negeri. Kalau tidak, takkan lah Rich boleh meninggalkan AF kan? Macam yang gua cakap, Rich berada di tangga teradas pada setiap hari. Tapi bila datang masa konsert, keputusan takkan seperti yang kita sangkakan.

Kata aku :

Konsert kali ni lebih banyak kejutan dan hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pelajar. Macam Salima dengan adiknya, Rich dengan perlawanan bola sepaknya, Tasha dengan kek hari jadinya. Nampak lebih meriah kali ni.

Pilihan gua :
Farhan - *****
Faizal - ****
Velvet - ***1/2
Amirul - ***1/2
Diddy - ***
Haziq - ***
Zila - ***
Rich - **
Salima*1/2
Lotter*

Cuma satu aje yang aku nak sentuh, bab pakaian, kenapa Astro masih kurang peka? Yang ada tu macam penyanyi kelab malam, ada jugak yang macam penyanyi funfair, ada penyanyi yang pakaikannya nampak hebat sekali. Maaf lah, aku rasa Astro kena lebih peka tentang pakain para pelajar. As M Rajoli mentioned, pakaikan tu penting untuk lagu tu. Takkan lah pakaikan pakaian penyanyi kelab malam menyanyikan lagu untuk corporate dinner show kan?

Kami sebagai penonton, menyaksikan konsert bukan setakat nak dengar suara sedap para pelajar tu, tapi kami nak juga tengok setiap pelajar tu bergaya dan present themselves properly atas pentas. Maybe something that Astro should ponder.


Ulasan-Ulasan lain

Klubbkidd - Raging out of anger ke?
Fiebie, the one who is mentally disturbed

Badrul Selepas Enam
Sultan Melaka


The Best Slots | Casino Roll
The best slots at Casino casino-roll.com Roll. If you love septcasino table games, to play blackjack, you goyangfc have to bet twice for the dealer to win. The ventureberg.com/ dealer must

Post a Comment

My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer