« Home | Prelude Finale AF » | Khas buat budakpandai... » | Similarity : Coincidental? » | Lagu-lagu Konsert Final Akademi Fantashia Mushim K... » | Dragon Tiger Gate (2006) » | Mukhsin : Everyone has a first love story to tell » | Konsert AFMASUK Akademi Fantasia 4 » | Entry nak pursuade korang! » | Julai oh Julai!! » | Teori Konspirasi Aku! »

Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 4

Pengkritik Jemputan

Mamat Khalid – aku suka mamat Khalid ni sebab walaupun dia ni nampak kelakar and menggelabah, tapi apa yang dia cakap dan komenkan tu short but tepat. Tak lah macam Adlin yg kadang-kadang tu melalut sampai bebudak tu tak faham ape pun yg Adlin cakapkan. Cuma aku rasa kadang-kadang dia tu terlampau lineant sangat dalam komen-komen dan kritikan dia sampai dia buaikan bebudak tu dengan pujian byk sangat. Whatever it is, aku suspek dia sebab dia selamba aje sound Adlin. Eat that, u a**-hole!!


Siti Hajar – Siti Hajar tak berapa best malam ni. Apasal aku kata macam tu? Komen-komen yg dia bagi tu tak berapa pedas sangat kalau nak dicomparekan dengan masa konsert yang lepas.Mungkin ni dah konsert yg final kot, sebab tu dia tak nak bagi tekanan kat bebudak tu. Tapi bagi aku, kalau dia dapat bagi komen dia yg tepat, lagik best sebab she understands what the students are going trough and dia tau apa yg dia nak cakap dengan bebudak tu. Dia patutnya boh aje bebudak tu straight. At least bagi diorang faham betul-betul sebelum diorang face the world outside!


Kenapa aku rasa Adlin makin kurang ajar sekarang ye?Just look at the impression yang dia bagi masa penonton tu menjerit boo kan dia masa dia kritik pelajar-pelajar tu? Sometimes aku rasa macam dia tu one kind of an arrogant self-contradicting brat ajer. Tak yah lah nak buat muka menyampah kau tu. I stood up coz I believed what he said was right one time, but this time, aku rasa macam he is just beyond the limit.

Kedudukan pelajar sebelum konsert.

Faizal 37%
Lotter 27%
Farhan 15%
Velvet 11%
Haziq 10%

Alah…Apa lagik yg aku boleh cakap dengan kedudukan bebudak ni sebelum konsert? Kedudukan ni pun still remain sama macam tu jugak few days before the concert. Yang berbeza mungkin cuma peratusan undi bebudak tu aje.

Ape-ape pun, si Donald Duck bersuara kepit sengau tu aje yang melonjak naik sampai ke tempat kedua. Masa lepas konsert AFMASUK tu, dia naik sikit sikit and then, a few days before the concert, dia terus melonjak ke tempat ke dua. Walaupun Farhan, Haziq & Velvet ada advantage for one week, tapi, Lotter terus potong diorang macam macam Alonso memecut memotong Montoya and Schumacher jauh kebelakang.

Tu lah engkorang, aku dah pesan awal-awal, undi pelajar kegemaran korang, korang tak nak dengar. Sekarang tengok apa yang dah jadi?

Persembahan Pelajar

Velvet (Rembulan)



Hehehe... Walaupun aku macam ni, tapi aku tatap MALATOP!

Mula-mula sekali, aku rasa gimik kononnya Kris Dayanti datang nak jumpa dengan Velvet tu dah basi lah. Korang ingat lagi tak gimik yg sama pernah digunakan untuk Kiefli tahun lepas? Alah, masa Aznil cakap yang Anuar Zain nak datang bagi support kat si Kiefli tu. Hmmm… gimik yang dah selalu sangat dibuat sampai dah boleh agak dan pun. Dah kering idea agaknya ye?

AKu rasa lagu ni lagu yang simple aje. Simple in the sense that lagu ni tak mencabar sangat kebolehan Velvet. Lagu ni tak ada banyak high note dan banyak main dengan middle range aje.So, sebab tu aku cakap diorang tak explore abis kebolehan si Velvet ni. Tapi aku range macam ni sesuai untuk dia.

Masa mula-mula first verse lagu tu pun dia macam teragak-agak sama ada nak masuk ke tidak. Tapi projection dan nyanyian Velvet sangat terang and sebutan dia pun jelas. Aku rasa Velvet punya persembahan dan penghayatan dia agak baik. Koreografi dia pun walaupun simple tapi aku rasa not bad lah. Tak nampak berterabur and serabut sangat kat atas pentas tu.

Haziq (Gurindam Anak Muda)



Hmmm....Alahai Leez... bila lah telenovela kita nak berakhir.

Aiman naik pentas sekali lagi. Wah.. Aiman dah glamour pulak sekarang. Hehehhe… Anyway, aku rasa lagu ni sangat sesuai dengan Haziq. Baik dari segi vocal range dia, sampailah ke penghayatan dia. Memang sesuai dengan Haziq. Alah, lagu ni pun lagu berentak asli and nusantara. Dia pandai nak melenggokkan suara dia dengan lagu ni. Macam yang aku cakap dulu, suara Haziq memang ada merdunya. Especially kalau dia dapat lagu-lagu yang berentak macam ni.
Penghayatan yang dia bagi pun sesuai dengan lagu ni. Tak lebih dan tak kurang sangat. Feel dia pun agak baik dan dia pandai memaksimakan pentas tu untuk persembahan dia. Dia tak bergerak banyak sangat dalam persembahan dia.

Cuma satu aje, walaupun suit dia tu nampak smart and kemas, tapi aku rasa it’s not suitable for this type of song.

Farhan (Aku Saja Yang Tahu)




Tajuk yang sangat sesuai dengan lagu ni. All this while, Farhan macam tak reveal sepenuhnya siapa diri dia yang sebenarnya. It remains a mystery I guess.

But Farhan looks beautiful that night. From her hair, to her dress. Sekali pandang, aku nampak macam Dayang Nurfaizah pun ada. Anyway, aku suka dengan lagu ni.Lagu yang sedap dengan lirik yang cukup indah. Correct me if I am wrong, tapi aku rasa lagu ni ada a mix of blues and jazz in it. Entah! Itu ikut pendengaran aku lah kan.

Farhan punya vokal sangat jelas dan projection dia through this song pun clear dan terang. Aku tak rasa Farhan ada masalah pitching masa dia nyanyi lagu ni sebab for me it sounds good. Cuma bagi aku, Farhan masih tak utilize kebolehan dia yang sepenuhnya untuk menyampaikan lagu ni. I think she can do much better the next time she is singing this song.

Walaupun ada tahap keyakinan yang sangat tinggi, tapi aku rasa feel dia masa menyampaikan lagu ni still kurang. That is one thing yang aku perhatikan dalam setiap persembahan Farhan. She still lack of that feel and expression. Itu aje kurangnya. Kalau dia dapat letakkan lebih feel, mesti dia berjaya sampaikan lagu ni dengan baik lagik dan akan lebih sampai ke semua penonton.

Faizal (Hujan)



kereta tu, rumah tu, duit tu, semuanya... aku yang punya!


There is nothing much to say about Faizal’s performance, Alah, dapat lagu yang dia suka dan mmg jadi makanan dia. For sure la dia boleh sampaikan dengan baik. Kenapa Faizal sorang aje yg dapat lagu yg dia betul betul suka ye? Yg lain tak ada pun.

Kadang-kadang tu, aku dengar suara dia macam Allahyarham Sudirman pun ada. Especially part-part tarik dengan lenggok tu. Hmm.. apa-apa pun, projection Faizal for this song jelas dan terang. Memang tak dinafikan suara dia memang sedap lah kan. Bagi aku, suara ni sesuai dengan vokal dia.Tapi, part low notes dia tu aku rasa ada sikit off and lemah. Kalau dia dapat baiki bab tu, aku rasa dah okay dah.

Other than that, Faizal ada penghayatan and feel yang baik masa dia sampaikan lagu ni. DIa memang ada stage presence yg tersendiri dan confidence level dia memang tinggi. Nampak aje diam tapi kalau dan ada atas pentas, he gives the best.

Lotter (In The End)


Photobucket - Video and Image Hosting
Aku memang tak reti buat gaya lain lah...

Aku pikir gak, are they expecting another performance macam Amylea dengan Sweet Child of Mine jugak ke masa diorang bagi lagu ni kat Lotter? If they are, then dream on aje lah! Anyway, korang tengok gaya-gaya dua dua performance Lotter, hahahaha... sama aje ye tak? Muahahaha... ko nak pagi penumbuk kat siapa tu?

Bagi aku, dari segi nyanyian, sebutan dan diction, Lotter did a better job than masa Faizal nyanyi lagu Smells Like Teen Spirit tu lah. Sebutan perkataan dia jelas dan terang. At least aku boleh faham lah kalau nak compare dengan Faizal. Tapi yg aku respek kat Lotter adalah dia boleh bawak lagu Mike Shinoda dgn Chester Bedington ni sorang-sorang. Aku kata dia boleh bawak ye.. bukan berjaya bawakkannya.

Sebab persembahan Lotter ni macam tak ada energy langsung.Dia tak tunjukkan attitude masa menyanyikan lagu ni. Persembahan dia nampak simple and kosong aje. Vocally, aku tak boleh nak komen apa-apa lah. Aku admit yang aku memang tak berapa gemar dengan suara dia. Yang aku suka tengok cuma persembahan dia aje.


Farhan (Spain)


=
Nape lah bulu baju aku ni mcm bulu Big Bird aje? Nasib baik bukan warna kuning.

Mak aii…!! Merahnya baju?Siap ada bulu-bulu ayam pula tu. Sekali pandang aku nampak macam mak ayam lah pulak. Hahahahha…. Wah…. Ada kejutan pulak. Bawak budak kecik jumpa Farhan. Aku ingatkan anak Farhan tadi. Iyalah, sebab nak mengiyakan gossip-gossip yang ada kat luar tu yang kononnya si Farhan tu janda anak satu. Rupanya, Astro saja nak manipulate gossip-gossip tu ke dalam bentuk kejutan. Hahaha.. pandai aje nak spedo ye! Pikir logik lah,

Anyway, bagi aku Farhan dapat lagu fast yang betul-betul mencabar dia. Aku tau lagu ni bukannya senang nak dinyanyikan lagu ni. And I have to hand it to her, she did a very good job singing this song. Farhan kalau nyanyi lagu org putih memang sedap pun.

Aku letakkan si Farhan ni at a different league dengan pelajar-pelajar yang lain. Malam tadi, aku rasa dia macam some cabaret or broadway singer. Sebutan dia untuk lagu ni memang terang dan kawalan suara dia masa menyanyikan lagu ni memang baik. Especially masa the fast beat of the song.

Tapi, aku rasa penghayatan Farhan untuk lagu ni memang baik sekali and dia pun pandai berinteraksi dengan pemuzik yang bermain dengan jimbe tu. CUma sayang, dia tak menari aje. Kalau dia dapat move sikit, memang nampak cantik.

Velvet (Kini Detiknya)

Hoii!! hoii!! Aku nak meletop! Yg korang tak jahit baju aku naper???

Amboi! Seksi giler beb! Nampak segala isi Velvet dengan kain terbelah tu.Nak bergerak pun malu-malu aje ye Velvet. Heheheh…

Aku rasa lagu ni banyak main dengan middle range Velvet. And again, lagu ni tak banyak explore kebolehan vokal Velvet. Apa-apa pun projection suara yang jelas and kita boleh dengar apa yang dia nyanyikan tu. Cuma low notes dia, aku dengar macam sikit off aje.

Walaupun lirik lagu ni melankolik, tapi aku rasa Velvet tak memberikan penghayatan yang sepenuhnya dalam persembahan dia kali ni. Pergerakan dia atas pentas pun nampak plain and simple aje. Bagi aku, ni persembahan yang biasa aje dari Velvet. Velvet tak berjaya nak menyampaikan lagu ni sepenuh perasaannya.

Faizal (Lihatlah)




I don’t know why tapi aku tak berapa suka dengan lagu ni. It’s just too plain and simple. Macam bukan lagu M Nasir aje. Tapi Faizal ada kawalan suara yang sangat baik untuk lagu ni. Vokal dan nyanyian dia terang dan jelas. Penghayatan dia untuk lagu ni pun kira boleh tahan lah juga.

Cuma aku rasa persembahan dia kali ni tak berapa menarik sangat. Persembahan yang simple aje. Pergerakan dia kat atas pentas pun nampak biasa dan tak menarik sangat. Cuma satu benda aje yang mengganggu aku. Dia suka sangat mendongak ke langit kalau menyanyi. Entah kenapa entah. Nak ambik feel lebih agaknya kot?

Betul ke tak ada lesen, Faizal? Aku macam tak percaya aje lah. Jangan lah nak selindung-selindung kalau kau dah ada lesen. Tengok aje lah gambar kat bawah ni. Takkan lah kalu berani-berani kalau tak ada lesen kot?




Note : Thanks to Whitney no 1 for the info. Nanti aku akan tengok benda tu! If I am wrong, thousand apologies to Faizal's fans. With this, aku declare, FAIZAL memandu tak ada lesen!! Hehehe... saman dia wei! saman dia!

Lotter (Yang Berlaku.. Tak Berulang)


Korang nampak penumbuk ni? Siapa yg cakap suara aku sengau macam Donald Duck, siap!

Bila aku dengar aje muzik lagu ni. Aku dah memang agak ini memang muzik yang jadi identity Neves Pretty Ugly. Yelah, dengar aje lah lagu CD Bagasi Honey & En, Ronald Moore. Tapi bagi aku lagu ni memang sesuai dengan Lotter. I hope I am not too much when I say lagu ni lagi menarik dari lagu Faizal tu. Tapi lagu ni aje yang lebih menarik, bukan penyanyi yang menyanyikan lagu ni.

For this performance, aku rasa middle range Lotter sangat baik and dia tak perlu lah jerit banyak sangat untuk lagu ni. Cuma low note Lotter tu yang tak berapa baik dan sikit lemah. Maybe he can improve in the future. Projection dan kawalan suara dia, bagi aku lagi baik dari persembahan dia yang pertama tadi.

Bagi aku. penghayatan Lotter kira okay lah jugak dan feel dia pun not that bad. Dia tak berapa bergerak kat atas pentas and his movement is just plain and simple. Walau bagaimanapun, suara kepit Donald Duck dia tu tetap ada walaupun tak banyak sangat kali ni. Overall, persembahan dia kali ni lagi baik dari masa dia nyanyi lagu In The End tadi.

Haziq (Cubit-cubit Sayang)


Walaupun gelek dia nampak macam robot aje, Bagi aku, dia berjaya bawak lagu ni dengan baik sekali. Again, lagu ni memang kena dengan vokal dia. Aku rasa, projection suara dia not bad jugak lah. Terang dan jelas ape yang dia nyanyikan ni. Dia pandai nak melenggokkan lagu-lagu macam ni.

Yang aku paling suka, dia memang berkeyakinan kalau menyanyikan lagu-lagu jenis macam ni. Tak ada lah nampak sangat penyakit anxiety disorder dia tu.Penghayatan dia pun memang kena dengan lagu ni. Cuma satu aje lah, dia asyik tukar mic tu ke kiri and ke kanan masa nyanyi tu sampai mengganggu persembahan dia aje.

Persembahan Bonus

Hmmm.. persembahan bonus kali ni memang lain dari musim-musim yang lepas. Yela, selalunya diorang akan panggil bebudak yang dah terkeluar tu nak buat persembahan, tapi kali ni dorang panggil bebudak yang tak lepas Konsert Prelude untuk buat persembahan kali ni.

Mungkin bebudak tu dah dapat buat persembahan masa konsert ke 9, so diorang nakkan kelainan, so diorang suruh lah bebudak Prelude tu buat performance. So, aku wrap things up shortly ajelah.

Liya (Where Do I Begin)
– Lagu yang sedap tapi sayang dia gagal sikit nak nyanyi lagu ni dengan baik. Low note dia tak berapa dengar sangat.
Jeff (Tentang Seseorang) – Aku bagik komen mak aku lah ye “Padan lah kau tak terpilih. Entah apa-apa suara entah.” Low note dia aku tak dengar sangat.
Lynn (Teratai) – Hmmm… not bad jugak bersembahan dia ni.
Haider (Final Countdown) – Hmm… dapat jugak dia menyanyikan pentas Akademi Fantasia. Kira okay jugak persembahan dia tu.Kalau dia bawak macam ni masa Prelude, at least ada gak harapan.
Tasha (Goyang Inul) – wah… pandai siot si Tasha ni gelek. Dia nyanyi lagu ni pun kira orait jugak.Aku rasa Tasha antara yang patut terpilih ke AF musim ni.
Leez ( Tak Ada Logika) – Leez lagi satu pelajar yang aku rasa layak masuk kat AF. Dia bawak lagu ni pun kira baik jugak.
Shaz (You Raise Me Up) – Aku rasa dia ni lagi layak dari si Amirul tu. Jauh lagik layak. Seriously, dia berani bawak lagu Josh Groban nie and percubaan dia memang menjadi.
Hazama (Bukan Aku Tak Cinta) – Saja nak buat surprise ye. Simpan si Hazama last-last. Tapi dia ni memang antara budak yang paling ramai peminat. And dia ni lagik baik dari si Lotter tu. Silap-silap, kalau terpilih, boleh dia menang.


Korang tak tau, some of these bebudak buangan ni are far better than those yang ada kat dalam Akademi tu. Tasha, Leez, Shaz and Hazama for instance. Aku rasa, Amirul, Nora, Salima & Lotter sepatutnya ambik diorang ni sebagai contoh.


It should have been us!!!

Menuju Puncak


Hmm….Apa lagi yang aku boleh cakap pasal Menuju Puncak ni? Tiap-tiap minggu aku citer pasal lagu Menuju Puncak ni. Sampai aku nak nak naik bosan dah.Anyway, baru aku nampak bebudak ni all out menari and menyanyi lagu Akademi Fantasia ni. Agaknya Korrie’s presence banyak bantu diorang to be more energetic and all out. Kalau dari awal-awal korang macam ni kan best. Sayang, kalau diorang bawak semua pelajar ke atas, mesti lebih meriah and menarik.

Keputusan

Tak ada apa yang mengejutkan sangat pun keputusan pemenang-pemenang Akademi Fantasia musim ke 4 ni.Aku sendiri pun dah boleh jangka dah. Seriously, Aznil pandai aje nak buat macam-macam propaganda yang aku rasa tak berapa berkesan. Frankly speaking, diorang macam dah boleh jangka senarai pemenang untuk musim kali ni.And the winners are :

Tempat Kelima : Velvet

Tempat Keempat : Haziq

Tempat Ketiga : Farhan

Tempat Kedua : Donald Duck

Juara Akademi Fantasia : Faizal

Aku kata :


Hmmm… okay lah.. ni adalah konsert terbaik for the whole season. Alah.. give them the credit lah kan? They are already at the final concert and they have given the best effort. Takkan kita nak mintak yang lebih lagi kot?

Walaupun diorang buat konsert kat lokasi yang sama macam masa Akademi Fantasia 2, tapi aku rasa kemeriahan tu tak sama macam konsert-konsert yang lepas. Seriously! Macam ada something missing aje dalam final kali ni. Suasana dan sambutan macam suram sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lepas-lepas. Entah lah! Macam there is something missing aje. Macam kurang kemeriahannya. Penangan sorakan penonton pun tak sama macam dulu.


Tapi that’s what I think. It doesn’t matter at all pun. Hhehehe… macam kecewa aje. No lah.

Pasal keputusan pulak, there is nothing much yang aku nak pertikaikan pun. Dah kuasa pengundi yang menentukan semuanya, nak buat macam mana lagi kan? Kecewa? Sakit Hati? Terkejut? Entah lah. AKu pun tak boleh put all that in words. Faizal layak untuk menang? Hmmm.. kalau based on undian, yes. Tapi kalau based on an over all performance, mungkin dia hanya layak kat nombor 2 aje. Sorry ye! That is my personal opinion.
And kalau nak dicomparekan dengan si Donald Duck tu dengan Haziq, aku rasa Haziq lagik deserve the 3rd place.

Tak apa lah,walaupun Farhan kalah, tapi bagi aku from all the students, dia adalah yang terbaik. And kedua-dua persembahan dia adalah persembahan yang terbaik antara semua pelajar yang ada. And those 2 performance are among the best performance that she has given for the past 10 weeks.

Walaupun dia kalah, tapi aku pasti that she is the winner in her fans heart. Kalau tak ada undian SMS, I am damn sure that she will win this competition and there is no question about it. She deserves it Aku cuma harap yang MAESTRO takkan sia-siakan bakat besar yang Farhan ada.

Cuma something aku nak point out! Hmmm... result kali ni adalah campuran pada keputusan AF2 & AF3. Apesal aku kata macam tu? Okay...

1. LInda AF2 was also AFMASUK and look at her. She won 2nd place and she is from East Malaysia. No! I a not a racist cuma pointing out secara kebetulan aje. It shows, orang sana lagi kuat mengundi untuk pelajar negeri diorang.

2. Tengok AF3, Mawi and Felix, best friend and Mawi won 1st place and Felix won 2nd place. Same as Faizal and Lotter. And similarities again, Mawi & Faizal from peninsular and Felix & Lotter from East Malaysia again. Hmm... similarity? Dunno! Aku cakap aje.

Oh ye, before I end, here’s my pick of the performance

1. Farhan - Spain
2. Faizal – Hujan
3. Farhan – Aku Saja Yang Tahu
4. Haziq – Cubit-cubit Sayang
5. Velvet – Rembulan
6. Haziq - Gurindam
7. Lotter – Yang Berlalu… Tak Berulang
8. Faizal – Lihatlah
9. Velvet – Kini Detiknya
10. Lotter – In The End.


Ulasan lebih provokatf and repulsive

Klubbkidd
Orang kaler purple yg dapat dakapan mesra

Gambar-gambar dari Astro, caption kat gambar tu, copyright dari Maddox


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer