« Home | Khas buat budakpandai... » | Similarity : Coincidental? » | Lagu-lagu Konsert Final Akademi Fantashia Mushim K... » | Dragon Tiger Gate (2006) » | Mukhsin : Everyone has a first love story to tell » | Konsert AFMASUK Akademi Fantasia 4 » | Entry nak pursuade korang! » | Julai oh Julai!! » | Teori Konspirasi Aku! » | Under Construction! »

Prelude Finale AF



1 hari lagi sebelum sampainya kat kemuncak Akademi Fantasia musim ke empat ni. Hmmm… rasa macam kejap aje masa tu berjalan.. yelah…rasa macam baru semalam aje bebudak tu masuk akademi and present kat konsert yg pertama, pastu pejam celik pejam celik, kita akan tau siapa plak yang jadi juara untuk Akademi Fantasia kali ni. (hahahahha….. bunyik macam ayat Aznil aje ye!)

Hmmm… apa kata kita recap dulu the finalist yang akan bergaduh antara satu sama lain untuk dapat title juara tu. Meh kita tengok juga kelebihan dan kekurangan diorang sepanjang Akademi Fantasia ni.

Hehhe… ni kira macam aku punya analisis sendiri on the ability, capability and weaknesses of the students.



Faizal
Hmmm… Faizal… Faizal.. Franky speaking, I don’t understand what’s all the huu huu.. haa haa’s about this guy. Well, don’t get me wrong, aku suka suara dia. That’s fine with me. But that’s that lah. Nothing more & nothing less. Tapi, to vote for him, tak lah kot.

Tapi, bagi aku, Faizal can do magic! Lantak lah English berterabur ke, ape ke.. dia boleh do wonders dengan lagu dia. Tengok aje lah Smells Like Teen Spirit. Kalau nak compare, nyanyian memang out lah. Aku tak faham and dengar clear apa pun yg dia nyanyikan tu. Tapi bab presentation, dia memang gempak. Sebab tu dapat standing ovation. Cuma dia ni macam kayu. Kongkang giler kalau menari. Yang lain-lain dah okay dah. Cuma itu aje yg dia kurang. Ataupun tu yg jadi strong points dia? Sebab orang kata dia ni satu spesis macam Mawi jugak. Is he going to be another Mawi or is Faizal really Faizal? Entah! Kita tengok aje lah.


Farhan
Aku memang bias. Sorry! Tapi aku value Farhan punya bakat sebab dia memang berbakat. Suara dia memang lain dari yang lain. Well, itu pendapat aku lah. Kalau ada yang tak setuju, it’s fine with me. Dia antara pelajar yang baling konsisten dalam persembahan dia. Antara persembahan dia yang aku paling suka, Sayang, Di Sayang, Still got the Blues, Tak Ingin Lagi and afew more.

Dia ada suara untuk jadi penyanyi. Dia tau teknik-teknik menyanyi dan betul salahnya dalam menyanyi.Cuma kurangnya si Farhan ni, dia tak reti nak feel and express perasaan dia dalam lagu ni. At times, kadang-kadang dia nampak macam cold sangat.

Entah! Aku terasa macam dia tak reveal siapa diri dia yg sebenarnya. Dia macam tend to hide her true self and personality. Tak tau lah korang macam mana kan. Tapi tu ikut pandangan aku aje!

Lotter
Sorry lah, aku memang bukan peminat Lotter. So, I don’t really want him to win. But do I expect him to win? Yes! Why? Because baru seminggu selepas dia di AFMASUK, dia dah berjaya bypass Haziq, Velvet and now, Farhan.Personally, aku memang bukan a fan of Lotter. Seriously I am not.

But, apa-apa pun, Lotter’s strength lies mainly dekat dia punya showmansip dan persembahan yang memang aku respek. Lagik satu, dia ni pandai menarui. Dia memang confident giler dengan persembahan dia. Tapi itu aje lah. For me, that’s about it.

Bab vokal, sorry lah. Pendirian aku stands still. Dia still dengan suara kepit ala Donald Duck dia tu. Which I don’t understand why people like him so much? Alah, hak masing-masing lah ye!

Velvet
Persembahan Velvet ni ada turun naik nya.Tak menentu jugak. Kalau dapat lagu yg tak kena dengan gaya dia, memang takkan menjadi lah. Tengok masa dia nyanyi lagu Penantian & Teman Tapi Mesra tu. Tapi kalau dapat lagu yang suit dia, macam Langit Ke Tujuh and Run Baby Run tu. Memang malatop!

Kelebihan Velvet, masa dia nyanyi high notes, undeniable memang sangat baik. Tapi dia lemah bab nada rendah. Lagi satu, kalau dia dapat fast number, and it needs her to move lebih sikit, mulalah dia basah kena mandi peluh tu. Sampai Aznil kena sediakan tissue untuk dia lah. Yelah, macam kata Adlin, she’s big in size. Sebab tu jadi macam tu.

Lebihnya si Velvet compare dengan si Farhan, yg aku nampak, dia tak sembunyikan personality dia. Dia kelakar, dia witty and loghat negeri dia still pekat lagik.

Haziq
Boleh nyanyi lagu asli dengan baik. Tu memang kelebihan dia. Susah nak carik org muda yang minat dengan lagu macam tu. Kebanyakannya sekarang minat lagu hip hop, R & B dengan rock aje. At least the legacy lives on dengan adanya orang macam ni.

Just one thing, kalau dia diberikan lagu genre lain, mula lah dia menggelabah. Itu yg jadi his utmost fears. Sebab dia takut sangat nak bawak lagu tu.

Bagi aku suara si Haziq ni sedap cuma dia ni terlampau gemuruh sangat. Tu yang sampai terketar-ketar tangan dia terkena jangkitan kuman Anxiety Disorder tu. Hahahah…. Dia dah banyak improve dari segi nyanyian dan tarian and he takde lah stick to just one genre of music aje.

Mari kita telek guna kristal ball yang aku pinjam daripada sorang perempuan gypsy yang buat show kat Royal Albert Hall.. ehh… Royal London Circus. Kalau ikut keadaan semasa and trend undi yg ada sekarang, here’s how the results is going to be.

1. FAIZAL

2. LOTTER

3. FARHAN

4. VELVET

5. HAZIQ

tapi macam-macam boleh jadi kat konsert tu nanti. Tengok ade few weeks back, Farhan unggul kat tempat pertama lepas konsert walaupun dia kat tempat tercorot masa awal-awal konsert. Haziq pun sama, walaupun selalu dapat tempat terakhir, tapi dia selalu terselamat. And Lotter, walaupun selesa kat tempat ke 3, tapi dia still boleh terkeluar jugak. Siapa yg bleh sangka kan?

Apa-apa pun, ni pulak prediction (more to aku harap tu adalah!!) aku untuk Akademi Fantasia Musim ke-4 ni..

JUARA : FARHAN

NAIB JUARA : FAIZAL

TEMPAT KETIGA : LOTTER

TEMPAT : VELVET


TEMPAT KELIMA : HAZIQ

Ala.. ini cuma telahan aku aje. Yelah, aku bukan apa, ada kemungkinan besar Faizal akan menang. Ada yg cakap dia tu adalah replika Mawi dan dia bakal jadi juara. Tengok aje lah exposure yg dia dapat and yg paling best, pilihan lagu yg dia kena nyanyi nanti. Lagu Sudirman as cover version and lagu M Nasir & Loloq for the new song. Hmm… entah lah.. orang yg kata. Aku tak tau lah kan.

Enough said, So, skarang lah masanya korang nak buat keputusan yang bijak kalau korang nak AFUNDI pelajar yg akan menang. Haa… ni lah masa aku nak lobi kat korang semua merangkap promote pelajar yang aku rasa layak nak jadi Juara Akademi Fantasia.

Alah.,.. korang pun pengundi yang bijak laksana kan?…So, undilah untuk orang yang layak menang berdasarkan bakat dan kebolehan dia.


On a serious note, kalau selama ni korang tak AFUNDI FARHAN, lekas lekas lah tukar and undi farhan ye.



My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer