« Home | 5 things.... » | Tired... » | There's this one time.... » | Puaka Tebing Biru (2007) » | Puaka Tebing Biru (2007) » | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 » | Death Note (2006) » | Ladies, you kick ass! » | Eat Healthy, Live Healthy » | Jolly good! »

Tips-tips semasa nak beli tiket wayang

1. Kalau datang sampai 10 orang tu, tak payah la 10 orang beratur sekali. Cukup lah setakat 2 orang aje yang beratur beli tiket tu. Tak payah la korang nak bawak segerombolan manusia yang datang sekali dengan korang untuk beli tiket.

2. Pastikan yang korang tau apa cerita nak tengok. Tak pun, sambil-sambil tunggu giliran korang ni sampai, fikirkan apa cerita yang nak tengok. Jangan nak terkebil-kebil depan kaunter fikir apa nak tengok.

3. Pastikan yang korang ada cukup duit kecik atau wang mencukupi kalau nak bayar duit tiket. Tak payah nak tunjuk korang tu kaya dengan American Express, Visa or Mastercard korang nak bayar duit tiket. Menyusahkan tukang jaga kaunter tu aje.

4. Berhati-bati sikit dengan ulat-ulat yang terasa nak posong queue. DIorang ni kadang buat-buat bodoh aje pastu terus masuk line. Kalau korang jenis tak kisah, jangan jadi bangang! Ikut macam aku, sound direct aje orang yang tak reti bahasa ni.

5. Jangan nak berlagak pandai and ulas semua jenis filem yang sudah, sedang dan bakal dimainkan diwayang tu kalau korang tak expert bebetul macam otai-otai filem kat dunia blog ni. Hehehe.. Itu yang Will Ferrel tertukar jadi Colin Farrel. Tadi pun best, ada sorang mamat tu, sesedap hati aje dok menukar tajuk Brigde to Terabithia ke BRIDGE OF TERABITHA.

6. Check waktu tayangan movie yang korang nak tengok tu. Jangan movie yang belum keluar atau hanya ada untuk midnight, korang pergi ringan mulut tanya kat tukang jaga tu. Tengok dah perhatikan kat skrin semua pasal waktu tayangan and availability of the movie.

7. Kalau dah dekat skrin monitor tu cakap dah full ataupun selling fast dengan tiket yang terhad, tak payah nak tanya lagi kat orang yang jaga kaunter tu. Pilih aje movie lain. Kalau takde jugak, just angkat kaki aje. Heheheh…

8. Untuk hilangkaN bosan, especially untuk yang beratur sorang-sorang tu, bawak lah bahan bacaan ringan macam novel-novel, surat khabar, ataupun majalah-majalah. Tujuan korang tengok wayang is to enjoy. Jangan lah pulak korang bawak bahan bacaan Ilmiah macam Fundamental to Chemical Engineering ke, Kamus Dewan Jilid V ke. Pelik pulak orang tengok nanti.

9. Pastikan korang berada kat lorong yang betul semasa membeli tiket. Aku rasa korang tau yang kaunter untuk Gold Class ataupun Premiere Class and Ticket Reservation Collection Counter tu asing dari kaunter-kaunter biasa. Jangan la nak buat lawak dok beratur kat lane yang lain. Especially kalau ada big blockbuster macam Spiderman, Harry Potter ataupun Transformers yang akan datang tahun nie. For sure diorang akan buat separate lane for that. So, memudahkan kita kalau semua orang tau mana nak pergi.

10.Kesimpulan untuk kesemua diatas, hormatilah diri anda, penonton-penonton yang lain dan jugak tukang jual tiket kat kaunter tu. Kalau kita semua ada tolak ansur, aku gerenti yang semuanya akan berjalan dengan lancar.

Apa relevannya semua ni? Tadi! Masa aku tengah dok beratur kat GSC Midvalley (Mana lagi tempat aku nak pergi?), tiba-tiba datang idea aku nak buat entri kali ni. Alah, bukannya apa, entri saja-saja aje sementara menunggu review 4 movie yang masih delayed tu. Aku ni suka perhatikan gelagat orang. Tadi aje, aku dapat tengok macam-macam karenah manusia-manusia. So, kat sini aku nak rumuskan 10 tips-tips semasa nak beli tiket wayang.

p/s : ni pun dah pecah kepala aku fakir. Kalau korang rasa ada lagik, habaq mai.

The only time yang aku ada untuk nonton wayang ialah lunch hour hari Jumaat, so, masalah2 camni tak timbul la beb.

kau boleh lah. Aku nak gi time macam tu? Naya aku kena sambar petir kang!

mcm mana nak beli tiket melalui on9

Post a Comment

My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer