« Home | Puaka Tebing Biru (2007) » | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 » | Death Note (2006) » | Ladies, you kick ass! » | Eat Healthy, Live Healthy » | Jolly good! » | Coming Soon » | Not really The Departed » | Mukhsin movie trailer » | And the nominees are.... »

Puaka Tebing Biru (2007)

*AMENDED*

[Disclaimer : Sinopsis ini dicilok sepenuhnya dari kit yang dikasi oleh Tayangan Unggul kat kitorang. So, jangan timbul isu plagiat ke, Xerox ke, copycat ke.. apa ke...and this review certainly contains spoiler!]



Pelakon: Umie Aida, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Syarifah Amani, Syarifah Aryana, Wan Maimunah, Corrine Adrienne, Mislina Mustaffa, Alisa

Pengarah: Osman Ali

Penerbit: Tayangan Unggul Sendirian Berhad

Tarikh Tayangan 18 Februari 2007

Sinopsis :

Ratna adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin.


Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu.

Selepas 7 tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Namun ada sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah tenteram sejak 6 tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita yang sering mengganggu menyebabkannya menjadi semakin tertekan. Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula seorang kanak-kanak perempuan.


Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan untuk bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama, selepas 7 tahun tidak bertemu adiknya, Atilia. Setelah bertemu, Ratna dan Atilia mengambil keputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai.


Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang bermalam di situ. Lebih menggerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai.


Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan. Apakah misteri di sebalik kemunculan bayangan wanita dan kanak-kanak perempuan tersebut? Siapa kanak-kanak itu? Semuanya bakal terjawab apabila anda menonton karya sulung arahan Osman Ali, 'Puaka Tebing Biru bermula 18 Februari di pawagam!


Prolog:


First of all, lama giler movie ni. Almost 140 minutes. Kebas jugak lah punggung aku duduk dalam panggung 12 Golden Screen Cinemas, Midvalley malam tadi. Jarang sangat ada filem melayu yang dibuat macam tu punya lama. Walaupun filem ni hanya akan ditayangkan kepada umum on the 18th of Februariy, I was given the chance to watched it early. Aku pergi ke Malam Gala Premiere Puaka Tebing Biru atas jemputan Ajami Hashim @ Bicara Skrip, member blog yang gila kuasa menceceh pasal penulisan skrip drama dan filem yang aku totally tak faham langsung.


Frankly speaking, I felt a little bit awkward being there sebab I am used to being in the limelight and in the centre of a lot of so called infamous and famous-wannabes. Tapi memandangkan Ajami dah mengajak, so aku pun gasakkan lah pergi jugak. Bukannya aku tak enjoy tengok movie (especially when it's free) but being a first timer to that kind of thing, so, the feeling was there. But thanks a bunch to Ajami Hashim sebab sudi invite aku untuk ke Malam Gala Premier Puaka Tebing Biru. Next time, kalau ada lagi, sudi-sudi lah jemput aku ye!


Moving on! In simple words, Puaka Tebing Biru is a story about devotion and love, towards friendship, towards lovers, towards motherhood, and towards sisters. Tu dia, synopsis punya la panjang sedangkan ceritanya simple aje.


Ada satu benda yang aku nakkan kepastian. Who really is the main actress for this movie? Bab ni aku konfius sikit. Is it Umie Aida or Nasha Aziz? Kalau Umie Aida, then I can say that Nasha Aziz yang berjaya untuk over-shadow Umie Aida from many ways in the movie. Kalau Nasha Aziz is the main actress, then kudos to her sebab this is her best performance so far.

Sama Tak Serupa (Bukan itu tajuk filem, haaaa!!!!)

My first thing that came through my mind when I stepped out of the cinema was this " Macam Nang Nak lah". Aku tak tau dari mana aku dapat but this was the feeling that I got after watching Puaka Tebing Biru. Nang Nak adalah satu filem seram yang berat dan sarat dengan kasih sayang si isteri kepada si suami sampaikan tak sanggup nak meninggalkan suami dia. Nang Nak lakonan Intira Jaroenpura,Winai Kraibutr. Correct me if I am wrong but isn't that what Puaka Tebing Biru is all about?


Bukannya filem ni sama dengan filem Nang Nak dan aku tak cakap yang filem ni tiru Nang Nak. Tidak! Cuma, ikut pemerhatian aku, ia mempunya elemen yang sama seperti seperti Nang Nak.Hero yang berbadan sasa (aku lebih tertarik adegan Nasha & Amani berkemban. Classic!). Lagipun, Puaka Tebing Biru banyak bermain elemen angin (sama jugak macam Nang Nak), elemen air (Nang Nak kan macam tu jugak? Sampan pun ada jugak!).


Dari situ, aku nampak kesamaan Puaka Tebing Biru dan Nang Nak. Maybe it's not fair for me to compare. Aku tak mengatakan yang filem Puaka Tebing Biru tu macam Nang Nak tapi in a certain perspective, aku nampak similarity antara dua filem tu. Mungkin jalan cerita dua-dua movie tu berbeza tapi intipati dan apa yang ingin disampaikan dalam dua-dua movie tu sama.


Filem ni jugak ada pengaruh filem-filem seram Jepun atau Korea. Macam adegan hantu bergayutan, adegan dalam lif, sangat mengingatkan aku pada Ju-On & Darkwater. Nasib baik hantunya rambut mengurai dengan muka warna hijau!

Aku bukan apa, tak boleh ke kita tonjolkan something different pasal hantu-hantu dan puaka-puaka ni? Bukannya kita takde hantu versi Malaysia macam Toyol, Hantu Raya & Pochong. Tapi kita asyik kena suap dengan mistikus-mistikus hantu pompuan. Kenapa? Hantu lelaki tak menakutkan ke? Kacang Hantu versi Malaysia yang berjantinakan lelaki lagi horror lah beb!

Agghh.. ape yang aku merepekkan ni? Macam hebat sangat aje nak buat andaian sendiri ye? Sorry lah kalau aku salah! Itu aje.

Storyboard

Apa-apa pun, penceritaan filem di buat dalam bentuk play back, forward, and present. Kira macam cerita dalam cerita. Basically it will complete the movie and makes the viewers understand the movie a lot more. Bak kata Ajami, it's an ensemble filem. Ia disampaikan dalam cerita yang berbeza. Dalam cerita, disampaikan cerita yang lain. Contohnya? Kisah Ayu & Mohsin, Kisah Ayu, Mohsin & Ika, Kisah Ara & Ika. Semuanya berbeza tapi sangat berkait rapat.Ia dibuat tak berterabur and mula-mula tu, ia nampak sikit complicated jugak nak difahami the flow of the movie, tapi lepas adanya cerita-cerita berbeza yang diselang-selikan, barulah aku faham itu dan ini. Trust me, you won't remain clueless after you've watched the movie.

Relevannya kisah Ratna balik ke kampung dan singgah ke rumah lamanya is because kat sini lah tersingkap segala macam tragedi tragis, kisah silam dan ape benda yang datang menghantui Ratna di Kuala Lumpur. Kat sini baru lah direvealkan yang Ratna kena kembali ke kampung dia dengan sebab. Sebab apa? Sebab untuk merungkaikan kehilangan Ayu dan misteri puaka kecik dan puaka besar yang dok mengekor Ratna sampai ke dalam bumbung apartment dia tu.

Kalau nak difikirkan, ada jugak tak logiknya dalam benda tu. Ape maksud aku? Contohnye lah... rumah tinggal yang lengkap segala-galanya.. Ada pinggan mangkuk, kayu api yang tak basah, rumah yang tak kotor tapi berselerak (kan rumah tinggal patutnya kotor, berselerak dan macam tongkang pecah!). Yang paling creepy, Baju Ayu yang still takde habuk dan kulapak langsung. Macam saja-saja aje ditinggalkan kat situ.

Black & White

Puaka Tebing Biru ada banyak elemen of suprise, tapi it's not enough to take me of my seat. The other's seat, maybe but my seat, no!. Ya, memang banyak elemen terkejut macam masa Anita datang menerjah Ratna dirumah & hantu kecik and hantu besar yang selalu sangat dok kejar and hantui Ratna. Tapi to really scare the hell out of me, no. Mungkin bagi orang lain, filem ni dah cukup seram. So, kalau korang nak tau, you have to catch it at the cinema on the 18th.


Satu benda yang sangat menarik dalam movie ni adalah lokasinya. Puaka Tebing Biru memilih Pulau Pangkor as the main location of the move. Sinematografi yang sangat menarik yang tonjolkan keindahan and kedamaian Pangkor. Aku suka dengan setiap angle kamera yang menangkap landskap Pulau Pangkor.


Aku tak nak bercerita panjang pasal kelemahan movie ni tapi yang paling ketara sekali is make-up hantu dalam Puaka Tebing Biru yang nampak lemah dah tak menjadi. I don't know if Umie was purposely make-up that way or what. But it wasn't convincing enough to look like a ghost.

Satu perkara lagi, sape yang pegi design posteruntuk Puaka Tebing Biru ni ye? The moment I saw the poster, i told myself "Ini macam poster Zaman tahun 60'an & 70'an aje." Takde susun atur yang menarik, tulisan "Puaka Tebing Biru" yang kontra giler dengan the credentials nye. Poster orang Malaysia ni, kalau ada 50 pelakon, kesemua 50 nak disumbatkan dalam poster tu.

Pendukung-pendukung yang mendukung

Umie Aida : Aku sedikit kecewa dengan lakonan Umie Aida. Aku tak berapa teruja sangat dengan lakonan Umie dalam Puaka Tebing Biru berbanding dengan drama-drama dan filem-filem dia yang lain macam Surah Terakhir, Salam Taj Mahal orEmbun. Cuma dengan Diva Popular aje aku rasa Umie Aida hampeh gila. Mungkin as Ayu she is okay but when she is the ghost of "Ayu", I didn't find it that convincing. Umie Aida is one of the talented actress around. But I am just a little bit disappointed with "Ayu" this time around. It's okay!Yang penting, aku tak sabar nak tunggu Dukun keluar wayang.


Nasha : Nasha berlakon dengan cemerlang untuk watak Ratna dalam Puaka Tebing Biru. Frankly speaking, aku memang tak suka sangat dengan lakonan Nasha sebelum ni. Nasha pernah berlakon dengan baik dalam Trauma tapi dalam filem-filem dia macam Cinta Luar Biasa dan Laila Isabela, it was just too off for me. Aku paling tertarik dengan mainan emosi dan ekspressi muka yang ditonjolkan Nasha Aziz dalam watak Ratna ni. As a women who is traumatized and „delusioned" by shadows that haunted her,I think that she carries Ratna very well.


Fahrin : There's still a lot for Fahrin to learn to become a good actor. He can act, but that's about all of it. There's nothing special yang dia featurekan melalui watak Mohsin. Emosi dan expression yang dia tunjukkan nampak goyah and not that strong. Tapi masa adegan berahi dia dengan Umie Aida, bukan main menunjukkan ekspressi muka yang memang real. Cis! Take your hands away from her! Hahaha...


Wan Maimunah : Aku respek habis dengan makcik ni. Kalau nak kasi watak-watak sedih yang kena menangis sampai banjir, ko serahkan aje kat dia. Memang dah jadi makanan dia kalau dapat watak-watak macam tu.


Sharifah Amani : Cheeky, witty, mischevious, fun but that's about it. I see that in Sepet, Gubra, Cinta and again in Puaka Tebing Biru. Which was fine, I guess. But I really want to see more of her taking a more stronger and heavier character this this. Aku suka scene bila dia cuba nak takutkan kakak dia tu. I think she has what it takes to be the next top hantu in movies.


Corrine Adrienne : Disebabkan watak Anita hanya muncul pada awal cerita sahaja, so there's nothing much to say about. Anita is Ratna's housemate and bestfriend. She's the person who is responsible to persuade Ratna to go back to her hometown and confront what Ratna is going through.

Finale


Jangan kata aku kondem filem ni. Tidak! Aku cuma pointkan apa yang aku rasa aje. No harm in that right? Aku tak kata filem ni tak best, tapi filem ni mungkin tak cukup menyeramkan untuk selera aku. Mungkin untuk orang lain, filem ni cukup seram kot. Sedangkan kakak-kakak yang duduk seat belakang aku pun boleh berteriak. It's just that, for me, it has the element of surprise but it lacks the elements of horror.

Tapi kalau korang nak tengok kemajuan dalam lakonan Nasha Aziz, I strongly suggest that you watched the movie. This time, I am giving extra credit to Nasha Aziz because this is one of her best performance in a movie or drama. This is the first work of Osman Ali going mainstream after being an indie firm director for some time. Aku cuma pernah tengok Malaikat Di Jendela (Ning Baizura), Toll Gate Girl, Surat Untuk Bulan, Atas Nama Cinta but I've never watched Bukak Api. Teringin jugak nak tengok! Anyway, a good job for a first timer. Congrats and a job well done to Osman Ali.


Okay lah! Puji ke.. kritik ke... ape ke... yang penting


JANGAN LUPA SAKSIKAN PUAKA TEBING BIRU DI PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA PADA 18 FEBRUARI 2007.


Despite my review, it is still a good movie and worthy of your money and time queuing up buying the tickets and watching Osman Ali's first baby.


Rate aku : *** / *****


p/s : Aiyo! Si macha kat dalam bilik mayat tu teramatlah kayunya. Itu one-liner macha bikin kasi spoil itu scene lah.


p/s: Anita (Corrine) tu pasangan lessie dengan Ratna ke? Cara dia treat Ratna tu, lain macam lah. Meremang bulu tengok aku tengok. Kasih saying yang merangsangkan. Hehehe..

Ulasan / Review lain :

Ajami Hashim

Budiey

Catatan Kash

Redeo TV

Labels:

>> bagus! bagus! btw ni aku nak cakap awal2 dr kau.. aku akan PLAGIAT posting kau nih! sebabtuh aku AJAK kau! qah! qah! qah!

"Aku pergi ke Malam Gala Premiere Puaka Tebing Biru atas jemputan Ajami Hashim @ Bicara Skrip, member blog yang gila kuasa menceceh pasal penulisan skrip drama dan filem yang aku totally tak faham langsung." ~maddoxx24

>> kat kampus dulu depa label aku as 'gipang' (giler pangkat)! nampaknya ia sudah menular dlm blog plak semenjak aku join! pang! pang! pang!

plak? apa jadahnye ko nak plagiat posting aku ni?

hahahha... credit to you la beb!

Good review! Aku kecewa habis dgn Puaka Tebing Biru. Ntah la. Malas nak cakap lebih2 sebab aku dah review kat blog aku. Takut nanti orang cakap aku nak kutuk filem ni pulak. Ajami jgn lupa ajak kitorang lagi. Tak kisah la ko gila pangkat sekalipun. hahaha..

Aku punya link tu salah la... bukannya http://redeotv.blogspot.com tapi http://redeo.blogspot.com

Sekali lagi URL untuk redeoTV: http://redeo.blogspot.com/

140 minit? Mak oii.. Biasanyalah, mana2 filem kalau dah 140 minit memang selalu bermasalah - lagi2 kalau tonton kat wayang. Kita akan jadi rimas. Lagilah kalau genre horror, Osman ali patut pendekkan versi sinema, later baru kluarkan director's cut or deleted scene dlm versi DVD. Itu marketing paling simple, untung dua-dua.

Post a Comment

My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer