« Home | Jack is Back » | Wish List Aku » | Konsert Ketiga Akademi Fantasia 4 » | CHARMED no more? » | Entri tak bertajuk! » | Konsert Kedua Akademi Fantasia 4 » | Entry saje saje. » | Jangan lupa saksikan Konsert Kedua Akademi Fantasi... » | Kisah Seorang Legenda » | Konsert Pertama Akademi Fantasia 4 »

Konsert Keempat Akademi Fantasia 4

Lepas konsert konsert ketiga minggu lepas, hangat habis kat mana-mana mengatakan pasal kelantang dan ke-laser-an mulut Adlin memberi komen selepas persembahan Faizal minggu lepas. Aku tengok kat channel @15, semua menyokong Adlin. Bapak Faizal sendiri mempertahankan tindakan Adlin tu sebagai something yang bertujuan untuk mengingatkan Faizal ajer. Aku rasa minggu ni punya feel nak tengok konsert dah kurang sikit lah. Baru aje aku nak rasa feel Bahana AF minggu lepas, selepas seminggu, feel tu kurang balik sikit lah. DAMN!

Tapi apa-apa pun, aku nak bagi tema untuk minggu ni. Temanya adalah ANTI DADAH! Yelah, sejak minggu lepas, lepas komen berani mati dan maut dari Adlin Aman Ramli tu sendiri, sibuk orang bercakap kat sana sini pasal komen Adlin tu. AKu sendiri mula-mula pun terkejut jugak dengan komen Adlin tu, tapi bila aku fikir balik, tak ada salahnya apa yang dia cakapkan tu.

Anyway, enough about that story, (lepas ni pun ada lagi aku selitkan sikit pasal cerita Adlin, Saleem & Dadah ni lagi) here are the list of carta para pelajar sebelum konsert.

Amirul 12%
Faizal 12%
Velvet 12%
Lotter 12%
Farhan 11%
Salima 11%
Zila 10%
Diddy 10%
Haziq 9%


Pengkritik

Harun Salim Bachik : Aku suka Harun Salim Bachik punya komen sebagai pengkritik minggu ni. Walaupun dia dikenali sebagai sorang pak lawak, tapi komen dia minggu ni banyak yang aku rasa membina dan dia hanya sentuh banyak dari segi persembahan Macam ni lah bagus, just bagi komen dan kritik based on bidang yang kau tau sahaja. Jangan lah pula sibuk nak komen pasal benda yang tak termasuk dalam bidang kerja kau tu.

Noraniza Idris : Mak Janda ni pun kira orait jugak. Dia banyak komen based on teknik vokal, pitching, kawalan suara dan aspek-aspek teknikal dalam nyanyian. Muka sedih aje… nape ni Kak Ani? Still sedih ya.. Hehehhe… just kidding. Wah wah wah.. menyokong orang kampong sendiri nampaknya? Anyway, Kak Ani did her job quite well, I think. Dia pun hanya sentuh bab yang dia tau saja dan tak masuk area-area yang tak sepatutnya.

Adlin : Adlin is not himself. Itu yang aku boleh simpulkan tentang Adlin malam ni. He is trying to hold himself very hard from being that outspoken dengan mulut penuh cili api pedas berapi tu. Cakap penuh berlapik aje. Korang rasa best ke si Adlin macam tu? AKu rasa tak best langsung. Entah lah! Aku rasa the Old Adlin lagi best dari minggu ni.

Adlin terpaksa memohon maaf kepada semua orang diatas kelancangan mulutnya bagi komen pada minggu lepas. Mula-mula tu, aku pun angin jugak dengan apa yang Adlin cakap tu. Tapi bila aku fikir balik, betul apa yang Adlin cakap kan tu. Mesej dia direct kata SAY NO TO DRUGS. Mungkin masanya tak kena sebab lepas kemunculan Saleem.

Lepas tu, panggilan telepon dari Saleem menyatakan perasaan beliau terhadap komen Adlin kat konsert minggu lepas. Kenapa pulak kena panggilan dari Saleem? What is the big deal actually ni? Siap nak tarbiyah dan bagi syarahan kat orang pulak tu.

Satu aje yang aku nak ungkitkan. Saleem cakap tentang berubah lah perangai tu. Suruh Adlin ubah cara percakapan beliau yang lantang tu. Aku bukan apa? Adakah Saleem sendiri akan berubah? Adakah beliau pasti yang beliau takkan kembali kepada lembah najis yang jatuhkan dia dari industri seni ni sendiri? Aku rasa korang pun tau track record Saleem macam mana kan. Jangan tau suruh betulkan diri orang lain sedangkan diri sendiri tu bengkok.

Persembahan

Velvet (Dikir Puteri) - Velvet nampak sungguh manis malam ni. Kalau nak compare dengan minggu-minggu sebelum ni, aku rasa minggu ni she really look sweet in the traditional costume. Aku rasakan, dari segi nyanyian,dia tak ada masalah sangat kot. Suara dia memamg sedap pun. No question about that. Tapi kan, korang perasan tak Velvet nampak sedikit mengah minggu ni. Dia macam semput tercungap-cungap semasa menyanyi.Kenapa ya? Agaknya sebab dia penat menari agaknya kan? Tapi showmanship Velvet memang tak perlu dipertikaikan. Memamg dia tau menarik perhatian penonton dan cara tarian dia minggu ni lagi baik dari minggu lepas.

Cuma termengah-mengah tu sedikit mengganggu kelancaran persembahan Velvet minggu ni. Besides that, aku rasa Velvet did a good job.





Haziq (Buat Sang Puteri) - Anxiety Disorder? hahahah... kelakarlah bunyi penyakit ni. AKu ingatkan dia macam penyakit Mental Disorder (jangan marah lah ye fiebie!!) . Mungkin jugak ta ada kena mengena dengan period perempuan yang memang disorder timenya. Rupa-rupanya, sakit menggelabah @ cuak. Hahahha... Penyakit Parkinson dia ni datang lagi. Menggeletar - menggeletar tangan dia menyanyikan lagu ni. Macam tak kena gaya aje dia menyanyikan lagu ni. Tapia pa-apa pun, aku suka dengan persembahan dia malam tu. Ada improvement dari segi vokal dia tu. Suara dia lantang. Yang slack Cuma satu aje, vokal dia bila tiba time note tinggi tu nampak sumbang dan pitching dia ada sedikit lari lah. Tapi bila time chorus dan second verse tu, suara dia nampak stabil dan sedap. Tapi aku harus puji keberanian dia, dia berani mencuba dan ambik feel lagu ni walaupun dia seksa sebenarnya seksa nak menyanyikan lagu ni. Memang nampak confident dia minggu ni.





Zila (These Boots are Made for Walking) - That boot is really made for walking, but the costume really need to walk out! Goodness sake! Pink! That is so not me! Sorry! Aku memang tak suka warna pink!The costume sucks big time. I have to give credit to Zila for giving her best shot in singing the song. A for EFFORT. Eventhough English is not her mother tounge, I think she delivered the song just fine. Maybe there is some pitching problem here and there but her vocal is nice. She should watch out for the diction of words that she is singing. At times, some words is not clear at times. Especially when it comes to the lower part of the song. One thing that is disturbing me, she is too shy.She does not give her 100% in her performance. Eventhough her dance move is good, but she should make the song sexier. She could have been more seducing that it is.

Hahahahhaha... speaking london aku!





Diddy (Nusantara) - Hahahahhaah!!!!! Teaser sebelum Diddy lawak giler lah. Meenachi Estate mana entah, Amoy Cina Jinjang dan awek-awek semua rasa kehilangan Diddy. Last sekali, keluar Pak Hamid Gurkha kat Bora Ombak menyanyikan lagu Aduh Sayang. Keyakinan Diddy minggu ni tinggi giler. Suara dia memang besar dan terang bila dia menyanyi. Tahap keyakinan stage present dia memang outstanding minggu ni. Dia nampak enjoy menyanyikan lagu ni. Mungkin dengan bantuan rakan-rakan dia tu agaknya. Tapi aku suka dengan persembahan Diddy minggu ni. Diddy banyak tunjukkan perkembangan dia dari seminggu ke seminggu.

Cuma satu aje lah, Diddy kena jaga stamina dia. Halfway throughout the song, dia dah nampak mengah.

Amirul (Khatulistiwa) - Amirul ni beruntung.Yelah, walaupun suara dia takde lah semantap pelajar-pelajar lain, tapi ada aje kejutan yang dia terima. Kalau 2 weeks ago 4U2C datang, hari ni Ito Blues Gang pulak yang datang bagi dia support. Tapi nasib baik minggu ni dia tak tenggelam dengan kemunculan Ito sejak awal-awal lagu. Yes, I know that his vocal is not his strong point. Memang lah pitching dia berterabur sikit but Amirul memang confident dengan kalau dia ada kat atas stage. Dari segi persembahan, Amirul memang ada stage presentation yang kuat, tapi bab vokal, dia kena improve lagi lah.

Ito Blues Gang? Hahahha… macam ada maknanya aje dijemput Ito ke konsert kali ni. Lebih-lebih lagik Ito sekarang adalah penasihat bagi Pengasih. Aku rasa korang pun tau pasal PENGASIH ni kan? PENGASIH adalah rumah dan persatuan yang dikhaskan untuk bekas-bekas penagih. Ehh? Macam ada signifikan aje minggu ni dgn minggu lepas. Hahahah… sebab tu aku cakap, minggu ni aku rasa tema minggu adalah tema ANTI DADAH.





Farhan (Tak Ingin Lagi) - Tahap confident Farhan memang tinggi. Kau bagi lah lagu apa pun, dia tetap boleh nyanyi dan dia tetap bawak lagu tu dengan stail dia sendiri. Minggu ni, she looks like penyanyi kulit hitam lah. Dengan stail rambut dia tu, dan gaya dia menyanyikan lagu Tak Ingin Lagi tu dengan bantuan Shazzy. Walaupun Shazzy datang membantu Farhan, tapi dia tetap tak kalah. Again, she does it like a pro. Kawalan suara dia sangat baik sekali dan sangat bertenaga sekali. Pitching dia pun bagus dan macam hampir perfect. Tak tau lah kan, ini telinga aku kata. Tapi . Dia tau menggayakan lagu tu dengan ad-lip yang tak lebih-lebih dan she can really moves with the song.





Faizal (Wo!!) - Wo!!! There is something awkward tentang persembahan si Faizal minggu ni. Kelakar pun ada. Sebutan dia, macam mana pun tetap ada telo terengganu jugak walaupun tak banyak. Mungkin sebab banyak sangat makan keropok lekor kot . Tapi Faizal ada stail dia sendiri. Nampak cool dengan pakaian dia malam ni. Mungkin semasa buat persembahan tu attitude hip-hop dia kurang sikit kot. Tapi dia ada groove dia sendiri. Aku bagi dia thumbs up sebab keluar dari kepompong (bukan kokondong si Rich tu ya!!)dia yang biasa. He look smart in that outfit.





Salima (Senandung Hidup Berbudi) - Bagi aku, persembahan Salima biasa aje. Tak ada yang istimewa tentang persembahan dia malam ini. Kawalan suara dia aku rasa okay pada malam ni. Salima memang pandai menunjukkan emosi-emosi pada lagu-lagu yang dia sampaikan. Tapi takkan lah kita nak tengok benda yang sama aje dari Salima tiap tiap minggu kot? DIa masih tak tunjukkan apa-apa keistimewaan dia and aku rasa she needs to give something yang lain dari yang lain.





Lotter (Bertemasya Desa Gemalai) - Dari mingggu ke minggu, persembahan si Lotter ni makin mengecewakan aku. Dia dah macam hilang focus. Dia lebih nak melawak kat atas pentas tu dari menyanyi. Come on Lotter! Jangan sampai jadi badut sarkas udah la!!! Ini bukan talent show nak cari pengganti apek dalam Senario. Ini Akademi Fantasia, pertandingan nyanyian. Performance dia minggu ni, walaupun showmanship dia memang bagus, tapi nyanyian dia tak menunjukkan perkembangan langsung. Nasib baik minggu ni lagi bagik daripada masa dia nyanyikan lagu Iris tu. Walaupun keyakinan dia atas pentas tinggi, tapi suara dia ni makin lama makin biasa aje. He really needs to work hard on his vocal lah. Persembahan dia minggu ni? Not something that I will remember and it was just a simple plain performance.





Menuju Puncak : Entah apa yang nak dituju agaknya minggu ni? AKu nampak tarian Menuju Puncak minggu makin berterabur dari minggu ketiga. Takkan sebab tak ada keseimbangan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan kot? Macam malas masing-masing malas aje nak menarikan tarian Menuju Puncak dan macam tak ada tenaga aje. They should put more effort and improve on the dance step.

Keputusan

Zila jadi pelajar seterusnya yang terpaksa mengusung beg keluar dari Akademi. Bagi aku, persembahan Zila minggu ni tak lah teruk sangat. Takde la mengecewakan sangat pun. Tapi nak nama pun reality tv, so, ini adalah realitinyal. Zila dapat kurang undian minggu ni, so dia terpaksa tewas didalam perjudian korang untuk menentukan siapa yang layak untuk terus berada dalam akademi tu lagi. And kat bawah ni adalah carta undian yang mana pelajar-pelajar ni memperjudikan nasib diorang dan diorang serahkan kat tangan korang bulat-bulat untuk tentukan nasib diorang tu.

Farhan 16%
Haziq 15%
Faizal 12%
Velvet 11%
Lotter 10%
Amirul 9%
Diddy 9%
Salima 9%
Zila 9%


Ni keputusan yang selepas konsert tu. Macam yang aku dah jangkakan memang Farhan akan dapat tempat pertama. Walaupun pada awalnya, kedudukan dia kat bawah-bawah aje, tapi lepas concert, kedudukan memang berubah. Persembahan dia tiap tiap minggu memang tak pernah mengecewakan. Eventhough carta undian dari hari isnin sampai hari jumaat tak menyebelahi dia sangat, tapi voters dia made a comeback masa konsert tu dengan letakkan dia kat tempat teratas selepas konsert.

Aku kata : Konsert minggu ni macam dah hilang feelnya. Mungkin sebab macam-macam benda yang dah jadi since last week punya konsert. Aku still dengan pendirian aku untuk mempertahankan Adlin. Kenapa nak dibesar-besarkan sangat perkara tu? Mungkin nasihat yang Adlin bagi tu tak kena pada masanya, tapi intipatinya tepat sekali.

Macam yang aku cakapkan tadi, taring Adlin macam dah nak hilang aje minggu ni. Dia tahan-tahan aje ape yang dia nak cakapkan. Alah!!! come on lah Adlin, what you said is not wrong, you are being straight to the point. Tak salah pun, yang orang tu pun, malu apanya, seluruh Malaysia tau tentang sejarah dia. Jangan cakap dengan orang macam-macam, ubah itu lah, perangai ubah lah, tapi sedangkat diri sendiri, masih ada kat takuk lama lagi. AKu bukan menghina dan mengeji, tapi jangan lah nak jadi ketam yang ajar anaknya berjalan lurus.

Cukup lah pasal tu, aku nak bagi pulak pilihan persembahan aku selepas aku tengok semua persembahan pada malam tadi.

Farhan ****1/4
Velvet ****
Faizal ****
Zila ***3/4
Haziq ***1/2
Diddy ***
Amirul **1/2
Salima **
Lotter *


Frankly speaking, aku tak rasa Zila patut keluar minggu ni. Kalau based on performance tanpa mengira pengundi-pengundi, aku tak rasa yang Zila patut keluar. Patutnya pelajar lain yang tak menunjukkan peningkatan dalam persembahan dan nyanyian diorang yang patut keluar. SIapa? Aku ada pilihan aku sendiri. Tapi korang mesti tau siapa yang maksudkan ni kan?

Anyway, aku nak letakkan beberapa kategori pengundi. This is based daripada patern undian yang aku dapat perhatikan dari minggu ke minggu.

a) Pengundi yang pilih pelajar yang hensem dan cute sahaja
b) Pengundi yang pilih pelajar yang suka buat lawak tapi suara hancur
c) Pengundi yang pilih pelajar yang tak berbakat tapi entah apa-apa perangainya.
d) Pengundi yang pilih pelajar yang sama bendera dengan diorang tu.
e) Pengundi yang pilih pelajar yang berbakat dan boleh menyanyi.


Kalo korang antara a, b, c dan d, aku rasa baik korang fikirkan balik tentang cara undian korang tu. Baik orang jadi bangsa pengundi e yang memang tau mengundi dan menghabiskan duit korang kepada pelajar yang betul.

Korang rasa korang yang mana satu?Takkan korang sebagai pengundi pun ada Anxiety Disorder kot? Kalau korang pada, sebab tu lah agaknya korang tersalah AFUNDI ni. Nak taip nama lain, terAFUNDI nama lain. Haaa.. tu dah kira satu masalah tu. Pergila jumpa doktor yang sama yang consult si Haziq tu jugak.

Satu aje yang aku nak cakap, Be a smart voters lah.

p/s : picture courtesy of Astro.


Ulasan-Ulasan lain

Budak baru baik dari Singapore
Budak yang dah separuh giler
Seni Kami


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer