« Home | CONSPIRACY THEORY??? » | 7 Guys, 6 Girls & An Eating Place! » | Why do we hurt the most, The ones we love the most? » | All in a day's life!!! » | Remember! Remember the 5th of November!!! » | 30 Best Companies to Work in Malaysia » | Headnote : This entry is to support Pledge Your Do... » | Failure is the mother of all success!!! » | Ooh! La! La! » | Bluey Feeling!!! »

Fenomena kembali Mei ini!! Kembali ke???

Sekarang ni, semua tengah hangat menunggu fenomena yang akan hangat melanda negara! No.. Bukan World Cup! Bukan semua orang suka World Cup! Ini fenomena yang dah mencetuskan kontroversi sejak tahun lepas.

Haaa... tau kan ape yang gua cakap ni? Yes.. AKADEMI FANTASIA kembali menggegar Malaysia. Musim ke-empat pula tu!! Yo yo aje kata 2006 ni tak ada AF. Yelah! Nak bagi laluan pada World Cup katanya..!! sekali... ambik engkau! keluar iklan audition for AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-4 !!!Sape nak jawab tu?

Menuju puncak... gemilang cahaya...
Mengukir cita.. seikhlas rasa..
Menuju puncak... Impian di hati...
Bersama janji.. azam sejati..

Pasti berjaya.. di AKADEMI FANTASIA...


Haaa.. lagu tu lah yang akan berkumandang setiap hari starting Mei hinggalah ke konsert final yang selalunya akan berlangsung pada bulan Ogos.So, tak ada lah anak muda yang akan melepak kat luar rumah. Semuanya akan jadi penonton setia Channel 4 Astro Ria menantikan konsert mingguan setiap minggu! Elok juga! Tak ada lah yang akan merempit kat tengah tengah jalan! Yelah, semuanya akan menghadap depan tv. Dari anak muda sampai ke pak haji dan mak hajah pun minat AF ni..

Jangan cakap orang lah, even my parents are glued to the television. Berulang lah beratus kali! They will still watch it over and over and over again! Aggh!!Tension juga kadang-kadang. Takde peluang nak tukar channel lain langsung!

Sebelum Akademi Fantasia Musim Ke-Empat ni start, gua rasa we better look back dekat AF 3. Kesan dan implikasi yang AF3 ni dah bawak. Gua bukan apa, AF 3 punya penangan memang power! Semuanya sebab apa??? sebab ada Mawi! Pukulan budak Felda Taib Andak ni memang lain macam. Sampai the whole nation kena Demam TSUMAWI ni. Since dia dimasukkan kembali pada Konsert AF 2, he is the chart toppers. Tak kasi peluang dekat orang lain even to go near him. Sampai ke konsert final, orang pun dah malas mengundi untuk pelajar yang lain. Simply because they are in a battle that they will never win. Dah memang clear cut yang Mawi is going to win.

Albeit, sorry to say lah. Vocally, Mawi needs a lot of work to do to improve himself! Persembahan tak konsisten! Suara kadang-kadang pecah ke laut! Muka letih macam pekerja kontrak yang kena kerah tenaga aje! Nonetheless, in 8 months, if the rumours is true, dah jadi millionaire dah pun. Rumah besar untuk orang tua dia! Kereta sampai 3 bijik! Rantai mutiara Rafflesia untuk mak dia! Rezeki dia lah! Alhamdulillah sebab dia mampu ubah nasib keluarga dia!Yang gua nak question ni bukan pasal Mawi. I mean, as I said, dah memang rezeki dia. Tapi yang gua persoalkan, perkara-perkara berkaitan dengan Mawi aje. The best and biggest example is MAESTRO TALENT AND MANAGEMENT!

Sejak dari Mawi keluar dari kurungan akademi tu. Serata buana dia kena usung. Sampai ke ceruk ceruk kampung lah Maestro pergi bawak dia. Sampai satu hari, ada 2 @ 3 show kena attend. Bukan nampak macam Maestro menggunakan Mawi to the limit ke? Semata-mata nak kutip untung aje. Maestro kutip untung atas angin aje. Yang penat!! Yang terkangkang!!! Yang terkobak!! Mawi jugak!!! Kesian lah sikit kat mamat tu!

I have to admit that I am not a fan of Mawi! Tapi gua kesian kat dia. Give him a break lah! Bagi lah dia rest! At least, give him a chance to improve himself vocally lah! Ni tak, selagi boleh, dikerahkan tenaga mamat tu sampai muka pun nampak letih! Sampai suara pun bunyi sampai ke longkang! Nak buat apa kan? Tapi Maestro tetap pulun semua show yang nakkan Mawi! Semata mata sebab nak buat keuntungan aje!

I mean, yes, BUSINESS IS BUSINESS!! What about the rest? What about Marsha, Felix and Amylea? Frankly speaking, I prefer Felix than Mawi! Vocally that is! He has the talent too! Dah terbukti dah pun! Tapi sampai sekarang, tak kira Felix, Marsha, Amylea ataupun pelajar-pelajar lain! Semuanya macam dah hanyut kena bawak dek ombak tsumawi ni. Senyap macam tu aje! MAESTRO!! PLEASE DON'T BE PREJUDIST TOWARDS THE OTHERS! Bukannya yang lain tu tak ada talent pun. Semua ada bakat,ada rupa dan kumpulan peminat mereka sendiri. But think about it lah! Mawi dah keluar 2 album. Felix, naib juara akademi fantasia? Satu album pun tak keluar. Pergi mana-mana show itu jugak lah lagu yang dia bawak. Agaknya, peminat pun dah bosan nak dengar benda yang sama ajer setiap hari.

Last-last, album Mawi yang dikatakan tak berkualiti, tangkat muat dan tak dapat dicalonkan ke AIM 2005. tak tercalon pun untuk ANUGERAH ARTIS HARAPAN TERBAIK. Sedangkan Amylea, Marsha dan Felix tercalon. Macam mana tu? Siapa nak jawab? Kesian kan? penat lelah buat album, tapi tak diterima. katanya tak cukup syarat. Entah lah! Who to blame? Nak tuding jari kat AIM, tak boleh jugak. The need to maintain certain level of standard lah kan? Kalau tak, AIM will be just like Anugerah Media Hiburan tu aje. Anugerah pojok yang tak membawa apa-apa makna pun. Lepas tu, MAESTRO boikot pulak. Tak bagi artis dia buat show. Melalut betul lah. Come on and be a sport lah! Support lah sikit! Macam mana industri kita nak maju? Maybe what the Academy can do is that sediakan kategori ALBUM MINI TERBAIK lah. Then only album Mawi dengan Farah ni akan tercalon.

Entah bila album Felix and the rest akan keluar entah? Mungkin sampai habis tenaga Mawi tu dikerah agaknya. Baru lah nak keluar album Felix. Takkan lah nak harap album Evo tu ajer kot? Satu lagu aje ke yang nak dipersembahkan kesana ke mari? Gua rasa lah kan, if given the choice, mesti those students sedia mintak tebus talak dari MAESTRO agaknya. Dari dilayan macam tak ada dan digantung tak bertali, at least they can decide on their own path.

Alas, adakah ini nasib yang akan melanda batch-batch baru pelajar Akademi Fantasia musim ke empat ni? Adakah mereka akan melalui nasib yang sama macam pelajar-pelajar lama? And what will happened to the rest of the students yang lebih dulu bergelar senior Akademi Fantasia? Adakah Mawi akan dilupakan macam mana yang terjadi pada Zahid bila Mawi was reign as the champion? Gua rasa lah, kalau Mawi dilupakan pun, ada faithful followers dia yang setia kat dia. Lagipun, dah jadi jutawan. Apa susah kan? But what about the rest of them?

Gua rasa lah kan, selepas 3 musim AF ni. Sesiapa yang pergi audition AF 4 ni dan bakal terpilih, korang kena lah bersedia untuk semua ni. Gua bukan ape! Tengok lah nasik senior-senior tu. Tak menentu semuanya. And korang kena sedia mentally on what you are going to be in for!And I am not expecting another Mawi or Vince or Zahid. Just be yourself. That is what AKADEMI FANTASIA is all about. Jangan berpura-pura. It will do you no good. Unless mak bapak korang jutawan yang willing to spend their money semata-mata tak nak tengok korang keluar lah kan? Kalau tidak, korang will need the help of over 20 million Malaysians to determine your future.

Korang nak ke? Disambut megah lepas keluar dari akademi. Dipuja kesana kemari. Diminati? Tetapi hanya untuk 2 bulan ajer. Lepas tu, korang akan dilupakan? Dijemput pun ke show show ala-ala macam majlis orang kahwin aje? lepas tak dapat layanan yang baik, pergi mengadu kat Bi-Pop kata yang korang nak minta dilepaskan?

And as viewers! Be a smart viewers! Buat pilihan korang based on talent and not just look. Be briliiant sebab kita yang akan menentukan turun naik, baik buruknya nasib pelajar kita ni. Jangan buat pilihan yang akhirnya akan merosakkan industri muzik kita.

p/s :I am really hoping yang perempuan akan menang AF. Maybe a change of air kalau perempuan menang. :) But chances are slim kot. Yelah! Yang vote semua perempuan.

Adios muchachos!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer