« Home | Fenomena kembali Mei ini!! Kembali ke??? » | CONSPIRACY THEORY??? » | 7 Guys, 6 Girls & An Eating Place! » | Why do we hurt the most, The ones we love the most? » | All in a day's life!!! » | Remember! Remember the 5th of November!!! » | 30 Best Companies to Work in Malaysia » | Headnote : This entry is to support Pledge Your Do... » | Failure is the mother of all success!!! » | Ooh! La! La! »

Filem Kita, Wajah Kita?

Disclaimer : Apa yang gua tulis kat bawah ni cuma luahan hati seorang peminat filem sahaja. Gua tulis dengan ikhlas tanpa nak menyakitkan hati sesiapa pun. So, kalau ada yang terasa atau tak bersetuju, harap maaf. Tinggalkan lah komentar anda at comment box gua nanti ya.
 
Sekarang dah masuk pertengahan bulan April bagi tahun 2006. Sehingga kini, 5 filem Melayu (atau patut ke gua cakap FILEM MALAYSIA?) yang sudah ditayangkan di pawagam. Mengikut turutan, 5 filem tu ialah
1. Buli Balik
2. Main-Main Cinta
3. Pesona Non Grata (PNG!! Bukan PGL!!!)
4. Bujang Senang
5. Gubra
Kelima-lima filem ini menyajikan genre yang berbeza pada setiap satunya. Buli Balik dan Bujang Senang lebih kepada genre komedi manakala Main-Main Cinta dan Pesona Non Grata lebih terarah kepada cinta. Gua boleh andaikan bahawa Main-Main Cinta lebih kepada cinta remaja dan PNG pula, lebih berat dalam pengisiannya. Gubra pula? Macam mana gua nak kelaskan ya? Komedi pun ada, Cinta pun ada, kekeluargaan pun ada jugak!
Jumlah kutipan filem-filem tu pun berbeza-beza. Buli Balik & Bujang Senang mengungguli carta kotak-pejabat (box-office daa!!!). Setakat 5 filem ni lah kan. Mungkin ke sebab Buli Balik & Bujang Senang ni mengetengahkan genre komedi dan lawak, yang menyebabkan filem ni laku? Aku tak tengok Bujang Senang lagi. Sebab apa? Sebab kadang kadang gua bosan tengok lawak apek yang sama aje kat mana mana dia pergi. Aku tertanya jugak. Dia ni tak ada modal lain ke. Ye, gua tak nafikan, memang menghiburkan, tapi Apek should come up with something refreshing. Instead of the same old thing aje. Sampai kita pun dah boleh agak lawak dia macam mana dan ape yang dia nak buat. Tapi aku respek Afdlin Shauki. Dia berani membawa perubahan dalam Buli Balik. Ini satu-satunya filem yang menampilkan 5 orang jantan yang kononnya macho sebagai hero. Kalau ada pun Nasha Aziz, hanya sebagai watak pembantu aje.
 
PNG & Main-Main Cinta? Hmm... kesian sungguh nasib Nizarman dengan Metrowealth!! Merana sebab filem diorang tak dapat sambutan. Tapi pelik macam mana dua-dua filem ni boleh gagal nak capai kutipan yang baik. Nak balik modal pun susah rasanya. Sedangkan intipati dalam dua dua filem tu sama. Nama besar dan tema cinta.
 
Maksud gua, tengok aje filem PNG, ada nama besar macam Eera Fazira (or is it Erra Fazira??) & Hans Isaac. Mungkin ke sebab PNG tu dikatakan saduran dari filem THAILAND bertajuk FEBRUARY? Pulak tu, hangat di perkatakan sebab PNG tu mencilok bulat-bulat filem FEBRUARY tu? Ini bukan BAIK PUNYA CILOK.. sebab filem ni gagal nak menarik orang menonton kat pawagam. Siapa nak jawab tu?
 
Main-main Cinta pula, ada nama Misha Omar dan Adam AF 2, 2 nama yang gah betul kat persada seni suara Malaysia ni. Takkan itu pun still tak dapat nak tarik perhatian penonton-penonton kita kot? Kemana pergi peminat-peminat setia Adam? Tapi masalah jugak kan? Yang minat si Adam tu, budak budak perempuan dengan budak-budak yang baru nak naik aje. Gua rasa lah, dia bukannya ada peminat di peringkat dewasa pun. 
 
Gubra? I don't know whether it is too soon to say. Tapi from my readings at Yasmin Ahmad's Blog, it seems that Gubra is not doing very well. Not to say that film is not good. No!! I love Gubra.It is a good movie. But there has been rumours that Gubra was sabotage (Please read my earlier post). Yelah, sebab panggung half full, dikata kan full. So, siapa yang book through the phone @ internet tu, memang takkan dapat jawapan yang baik lah. Kalau betul benda ni jadi, SEBAB APA? Entah lah. Nak komen lebih-lebih pun tak boleh jugak.
Selera penonton ni pun bukan senang nak dibaca. Kejap suka komedi, kejap suka cinta. Entah! Susah jugak nak ditafsirkan selera penonton Malaysia ni.Dengan kejayaan Bujang Senang & Buli Balik, does that proves that we Malaysian still loves comedy? Tapi bagi gua lah, kalau nak buat cerita komedi pun, buat lah komedi yang tak memperbodohkan diri sendiri dan penonton. We are now smarter. Bukannya jenis yang main sapu semua cerita komedi yang ada pun.
 
Sejak 2,3 tahun lepas, kita dah disajikan dengan macam macam genre baru. Tengok Gangster, KL Menjerit, Pontianak Harum Sundal Malam (Just to say a few names lah). Walaupun ada elemen cinta, tapi at least diorang lari dari kepompong biasa filem Malaysia. And they are not doing that bad. Malah, Maya Karin was crowned Pelakon Wanita Terbaik kat Jepun pun. Bade Hj Azmi pun, pengarah baru yang memang bagi gua, cukup handal dalam mengeluarkan kehendak penonton Malaysia ni ke Layar Perak. Hampir kesemua filem dia berjaya. Mungkin Berlari Ke Langit is not as good as KL Menjerit or KL Menjerit Episod 1 lah. Tapi keberanian dia tu harus dipuji.
Bagi gua sendiri,dalam 5 filem tu, yang gua tengok cuma Buli Balik dengan Gubra ajer. Dua-dua kat GSC Midvalley. Kenapa? Entah lah! Maybe selera gua sekarang dah lebih ke filem-filem macam tu.Mungkin ke selera penonton Malaysia yang sering berubah-ubah ni yang buatkan kita susah nak polarised kan the trend? Mungkin sebab gua dah letih dengan filem mainstream! Mungkin juga sebab gua dah bosan dengan filem pengarah "prolifik" Prof. Razak Mohaideen agaknya! Bukan gua tak nak sokong filem Melayu, tapi kadang-kadang tu, gua dah bosan betul lah. Asyik-asyik cerita yang sama, pelakon yang sama, plot yang sama. Tak ada variety betul.
Gua sendiri pun bukannya bagus mana nak komen lebih-lebih pasal benda ni. Tapi ini yang gua rasa. Furthermore, kita sebagai penonton, be smart and brilliant lah. ( ish!! dah beratus kali gua cakap pasal ni kan?)... Very ironic, kita orang Malaysia ni, suka pada lawak bodoh, cinta yang mendayu-dayu entah apa apa entah. Aku pun suka jugak benda macam tu. Tapi, I feel that we should open up to other aspects jugak lah. Kita memang lah takkan dapat nak saingi Hollywood yang ada budget sampai berbillion untuk satu filem. Malaysia ni, buat filem sampai 20 juta pun hangat orang mengata. Lagipun, pasaran filem Hollywood, jangan korang nak cerita lah. Satu dunia boleh tembusi. Filem kita, kalau dapat ditayangkan kat Indonesia, Brunei, Singapore atau Thailand pun dah di canangkan satu kampung.
 
Dan kita susah nak menerima cerita yang berat pengisiannya. Contoh paling baik? Qaisy dan Laila. Buat penggambaran jauh kat Pakistan sana, dengan plot kemanusiaan pulak tu. Tapi look at what happened to it. Sayang! Habis duit Habsah Hassan hantar Fazura, Jehan, Radhi Khalid, Umi Aida dengan team penggambaran dia ke sana. Tak dapat modal pusingan langsung. Malah, rugi lagi ada. Perkara yang sama jugak dalam Buai Laju-Laju arahan U-Wei. Tak dapat sambutan pun.
 
Jangan lah cakap cerita macam Bicara Hati, Bintang Hati, Diari Romeo, Anakku Sazali (aku tak sure title dia!) dan entah apa apa cerita tu entah. Gua tak lah layak nak cakap cerita tu cerita sampah (Maaf lah kalau bahasa gua!) tapi sedih betul macam mana orang sanggup keluar modal berpuluh ribu atau berjuta sekali pun sebab keluarkan cerita macam tu. Buang duit aje lah, aku rasa!!!
Whatever it is, I have to tap our producers back lah yang tak henti-henti untuk menghasilkan karya mereka despite not knowing what they are getting theirselves into. Cuma mungkin, pada masa yang akan datang, gua harap, biarlah filem kita tu nanti dibuat agar tak malu kalau nak dibawa ke mana mana festival filem pun. Takkan kita nak usung SEPET, GUBRA, PUTERI GUNUNG LEDANG ataupun PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM aje kot? sedangkan yang lain? Hanya jadi ayam tambatan kat kampung sendiri aje.
 
Apa-apa pun, CINTAILAH FILEM KITA.
 
FILEM KITA, WAJAH KITA.
 
Adios Muchachos.


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer