« Home | Hello again... Hmm... Just got back in the office ... » | The Dearly Departed! » | Agggh!! I don't know what tittle to put! Darn! » | Tom Cruise in his Mission : Really Impossible » | Managerial Myth » | Filem Kita, Wajah Kita? » | Fenomena kembali Mei ini!! Kembali ke??? » | CONSPIRACY THEORY??? » | 7 Guys, 6 Girls & An Eating Place! » | Why do we hurt the most, The ones we love the most? »

Anugerah Industri Muzik 13

Anugerah Industri Muzik telah dijayakan dengan "megahnya". Dan ini adalah ulasan yang serba tak kena dari gua tentang acara yang penuh dengan sindir menyindir, kontroversi, kejutan dan tetap "maintain hebat", walau apa pun!!! Gua buat ulasan ni on my own effort yang bersengkang mata ke tengah malam sampai tak makan malam sebab AIM 13 ni.

Ulasan gua ni adalah based on gua punya pendapat sendiri tanpa mengambil peduli pendapat orang lain yang mungkin akan rasa gua ni bias dalam benda ni. Tekaan gua sendiri dan senarai pemenang malam tadi . Tekaan gua dibuat setelah gua tilik bola kristal yang gua ambik dari entah mana gypsy lady yang gua jumpa entah.

Frankly speaking, gua rasa semacam ada yang tak kena dengan AIM kali ni.Ditutup dengan kontroversi Maestro dan album Mawi dan Farah yang tak tercalon, juri-juri yang "professional", kehangatan AIM tetap cuba "dibuat" dalam konteksnya sendiri. Cuma gua rasa macam ada yang tak jadi dan keputusan yang memang menggemparkan seluruh tanah Malaya. Apa-apa pun, just like I have mentioned, this is my own ulasan, So read it if you want, ALT + F4 if you don't want to.

Pengacara (Afdlin Shauki & Bob Lokman)
Wah.. makin "sihat" kedua dua host kita ni ya. Hahahaha!!! Murah Rezeki agaknya, ya? Anyway, perlu ke gunakan lawak yang menjatuhkan maruah dan air muka orang lain semata-mata nak tarik perhatian orang ramai?. Afdlin buat remark pasal cuci tandas dan kena saman dengan MAFAA tu and Bob cynically sindir Mawi pasal hantar ikan dan Diana Rafar tu. Hahahah... I thought that was funny(Walaupun my parents sikit punya angin dengan Bob pasal lawak tu!!). And he continued doing so throughout the show!!! Kesian si Mawi... sememangnya jadi sebutan sampai ke seluruh pelusuk!!

During the start of the show, they talk too much. Walaupun effort untuk memperkenalkan ahli muzik by jazz song tu okay, but it stretch too long. We want to watch who is the winners and not you talking all kind of rubbish into your dialogue. All in all, I think dengan lawan subtle yang mengena dan dialog yang tak panjang sangat, they kept the pace quite well this year compared to last year.

Cuma gua pelik, AJK AIM tak boleh letakkan kepercayaan pada mana-mana pengacara lain ke? Dah bertahun-tahun muka kedua-dua pengacara ni memegang tanggungjawab sebagai pengacara. Can't the committee give way for other host to hold the responsibility? Mungkin Aznil Nawawi, Malaysian's No. 1 host could have done better.

Opening ( VE - Rentak Disco)
There's something awkward tentang VE doing the opening for AIM. Entah lah. Yang menarik pasal show diorang tu, for me, is just their dance move yang memang groovy tu. Vocal, I don't know why VE tak menyerlah dari segi vokal malam tu. Is it because Zaf is not around? or was it because the music was too loud sampai menenggelamkan suara mereka.Or maybe lagu tu yang bikin spoil sikit. I don't know.

Mungkin kalau diorang bawak lagu Pop Yeh Yeh would be an eye opener for the opening bit.

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album.
Rabbani - Suara Akhir
Raihan - Ameen
Ruffedge - Ruffera
Too Phat - Rebirth into reality
VE - For you

Pilihan Gua : VE
PEMENANG : VE - FOR YOU

Hehehehe.... frankly speaking, it is a close fight between all nominees. Tapi gua pilih VE sebab they deserve to win. Harmonious, soothing and pleasant. That is how I would describe them. Mungkin expectation orang lain is on Too Phat who made such a come back after the "dissappearance" of Malique. But whatever it is, I think VE deserve to win.

Show : Siti Nurhaliza & Hazami - Getaran
Semacam ada yang tak kena dengan kolaborasi Siti dengan Hazami ni. Kadang2 gua confuse, mana suara Siti dan mana suara Hazami!! Hehehe!! Just kidding! Lagu yang sedap tetapi sayang, ada kejanggalan pada gabungan suara Siti dengan Hazami. Suara Siti tinggi dan merdu, tapi tak jive dengan suara Hazami. Mungkin kalau Siti digandingkan dengan Anuar Zain, mesti lebih meletop!!! Apa pun, I enjoyed the song. Cuma pelik, kenapa letak Siti Nurhaliza awal-awal ya?

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
Adibah Noor
Anita Sarawak
Dina
Jaclyn Victor
Siti Nurhaliza

Pilihan Gua : Siti Nurhaliza
PEMENANG : SITI NURHALIZA

YES!!! Siti menang!! Siti menang!!! Kejuaraan Siti sukar digugat even selepas 8 tahun. Hahahha... Gua sangat puas hati. Maybe it is because Siti punya suara tak keluar dari dahi kot?...:)... Peminat Jac punya lah terlalak-lalak bila nama Jac keluar. Sekali, bila nama Siti yang diumumkan, perrrghh!!! Diam terus!!! Anyway, Royal Albert Hall banyak membantu Siti memenangi kategori ni.

GUA SUKA SITI MENANG!! PERIOD!!! Tapi, kenapa kategori sebesar ni diletakkan diawal-awal show?

Show: Nominees for Artis Baru Terbaik
This is before diorang umumkan pemenang kategori ni. Sharifah Zarina, suara not bad lah... Sedap eventhough ada note kadang-kadang tak sampai. Maybe she should have sang some other song last night. But whatever it is, she did okay. Cuma baju dia ajer, tak ada ke yang sudi nak sponsor wardrobe dia ni??? Adibah Noor, I only have one word for her!! BEST!!! Suara best!! lagu best!!! She really deserve a standing ovation lah, for me!!! Jac, hmmmm... gua bukan benci Jac, no... tapi okay lah.. not her best performance yet, but worth a clap. Smart move for not singing Gemilang or Dibawah Pohon Asmara. yelah... dah naik muak rasanya dengar. Even my mom made a remark "NASIB BAIK TAK NYANYI LAGU GEMILANG. KALAU TAK, SEMUA KELUAR GI TOILET". Dina, wow!!! This girl rocks!!! Dance move dia memang best! Suara dia pun okay!! I can say she did better than Jac that night. She made me think, GOOD THINGS COME IN BIG PACKAGES ke? (heheheh!!!) Ahli Fiqir, I find it a bit funny lah!! Don't know why. !! Mungkin lagu tu jarang didengar kot.

Artis Baru Terbaik
Adibah Noor
Ahli Fiqir
Dina
Jaclyn Victor
Sharifah Zarina

Pilihan Gua : Adibah Noor
PEMENANG : JACLYN VICTOR

Firstly, gua nak mention, Etty, tak ada orang nak sponsor wardrobe you ker?? Alah... kesian sungguh!! Macam baju yang tempah kat tukang jahit masa raya ajer!! (oopss!! jahatnya mulut gua1!!) Anyway, Gua abit dissappointed that Adibah Noor did not win. Jac, hmm... okay lah. Maybe her track records shows that she derserve to win kot. Eventhough I am voting for Adibah Noor, tapi gua tak kisah sebab Adibah Noor, for me, she is already in a different league. Yelah, bayangkan, dah 12 tahun menyanyi, sekali buat album, terus jadi calon artis baru terbaik!!! Siapa nak jawab tu??? Yang lain tu, mungkin sekadar pelengkap aje kot. Tapi Dina is not that bad!! She's good. Nasib baik Ahli Fiqir tak buat, kalau tak, mesti kontroversi, kat APM angkut artis tempatan singapura terbaik, kat AIM, artis baru terbaik. Haa... amacam?

Album Rock Terbaik
Flop Poppy (Cenderajiwa) - Andy & Mijie (Flop Poppy)
Nitrus (Rasa) - Eddie & Syed (Nitrus)
Awie (Santai) - Edrie Hashim
Zoul (Zoul) - Zoul & M Nasir
Spider (Spider Live at Planet) - Keon & Boon Tan

Pilihan Gua : Spider
PEMENANG : AWIE

Awie won after making his comeback after quite some time. Well, I choose Spider sebab album ni albul live at planet. So, they are really put to the test. Cuma mungkin rezeki menyebelahi Awie malam ni. I can't say much about it sebab gua tak nantikan sangat kategori ni.

Show: Brothers (Feat. Akbar & Waheeda)
Waheeda : She gave her best shot in rapping, tapi I find it a bit funny lah. Suara dia pun tenggelam timbul.

Akbar: Aiyoyo!!! Akbar!!!Your nasyid rapping is bad lah. Rapping is an art and not just you mumble 100 words in a minute. Inunciate your words lah!!

Brother : I'll give an A for the harmony. Memang kena dengan lagu. All in all, effort yang baik sebab nak menyatukan kembali semua ahli lama Brothers, tapi kurang sesuai lah.Macam pelik pun ada.

Album Nasyid Terbaik
Raihan (Ameen) - Bakafro
Brothers (Brothers Reunited) - Yassin, Syah & Farihin
Far East (Far East) - Greg Henderson
UNIC (Satu Dekad) - Faizal Osman, Munif Ahmad & Isman Isam
Rabbani (Suara Takbir) - Archie

Pilihan Gua : Raihan
PEMENANG : RAIHAN

Memang tak perlu disangkal lagi yang Raihan telah membawa nama Malaysia ke serata dunia. Malah lebih jauh dari Siti Nurhaliza. For me, this is a sweat victory for Raihan as an appreciation for their effort of introducing Nasyid around the world. Dan sudah 3 tahun Raihan menang kategori ni. Lagipun, kalau Raihan tak layak, it will surely go to Rabbani, for the past years, mereka berdua aje yang mengungguli anugerah ni. Yang lain tu, for me, just sekadar nak cukupkat kouta pencalon aje kot.

Album Hard Rock Terbaik
Barongan (Cakap Terang) - Barongan & Jean Lau
O2 (Radio Tanah Melayu) - Boon Tan
Jinbara (Suatu Evolusi) - Andi Rahman
May (Live & Unplugged at Planet '05) - Boon Tan & Rosmin Hashim

Pilihan Gua : Jinbara (Suatu Evolusi) - Andi Rahman
PEMENANG : May (Live & Unplugged at Planet '05) - Boon Tan & Rosmin Hashim

Nak kata terkejut tak jugak. Yelah, May pernah menang sebelum ni, tak kata tak terkejut, pun sama jugak Spider also had the same type of album. Live and Unplugged at Planet 05 tapi kalah ditangan Awie. Maybe the jury has a pathetic reason for choosing May kot. Mus siap bagi remark " Kalau tak ada, tak ada langsung. Kalau dah menang, banyak pula". Siot ajer!!!

ANUGERAH KEMBARA

PRESENTER : ROSMIN HASHIM
PENERIMA : RAIHAN

As I have mentioned earlier. RAIHAN memang layak menerima ANUGERAH KEMBARA ni. Bukan mengatakan Siti Nurhaliza is not that good when she sang at RAH, tapi kita kena ingat, the amount of contribution yang Raihan dah berikan. They have presented Malaysia in bringing the word of peace and nasyid throughout the world. Mungkin ramai yang lebih mengenali Raihan berbanding Siti Nurhaliza disana.

Melodi yang indah, ditambah pulak dengan bait-bait lirik yang cukup manis, disampaikan dengan cara yang sebegitu subtle, membuatkan semua orang terpana pada Raihan. Tengok aje kat clipping yang ditunjukkan. Ketepikan masalah bahasa, muzik itself is universal. They can relate to the melody and the selawat more than anything else.

Show: Jason Lo (Sleepy Head)
What can I say about persembahan Jason. Mamat ni memang sempoi dan memang persembahan yang cukup menghiburkan. All I can say is that Jason, YOU ROCK!!! Siap bawak bendera Malaysia lagi tu!! V ery the patriotic !!!!

Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik
Deja Voodoo Spells
Mass Raw
Saer Ze

Pilihan Gua : Gua tak pilih siapa-siapa pun!!!
PEMENANG : DEJA VOODOO SPELLS

Video Muzik Terbaik
Lo (Sleepyheads) - Henry Oi
Love Me Butch (Hollywood Holiday) - Hue Team
Ahli Fiqir (Angguk-Angguk Geleng-Geleng) - Joey Khor
Adibah Noor (Terlalu Istimewa) - Nan Sulong & Hafiz Ibrahim
Adam (Tak Tahu) - Yusry

Pilihan Gua : Adibah Noor (Terlalu Istimewa) - Nan Sulong & Hafiz Ibrahim
PEMENANG : LO (SLEEPYHEADS) - HENRY OI

ANUGERAH WIRAMA
PENERIMA : S ATAN

***SEMASA S ATAN BARU NAK KELUARKAN KERTAS TEKS UCAPANNYA, MAK GUA TELAH MENUKAR KE CHANNEL LAIN SEBAB MAK GUA KATA DIA BOSAN TENGOK UCAPAN PANJANG. LAGIPUN, MACAM-MACAM AZNIL TENGAH AIRED KAT RIA. SO, MAK GUA PUN TENGOK AZNIL DAN ANAK-ANAKNYA. SO, KAMI TERLEPAS DALAM 15 KE 20 MINIT OF THE CEREMONY. HELL WITH IT!! GUA DAPAT TAU YG SHANON DAN RIDZUAN PERFORM. HUH!!! NASIB BAIK TAK TUKAR... HAHAHAH!!! AYAT GAMPANG GILER!!!***

Album Indonesia Terbaik
Peter Pan (Alexandria) - Capling, Koni & Noey
Rossa (Kembali) - Yonathan Nugroho
Radja (Langkah Baru) - Isfan Fajar Satryo & Radja
Padi (Padi) - Piyu, Jan Djuhana & Padi
Glenn Fredly (OST Cinta Silver) - Jan Djuhana & Glenn Fredly

Pilihan Gua : Padi (Padi) - Piyu, Jan Djuhana & Padi
PEMENANG : Padi (Padi) - Piyu, Jan Djuhana & Padi


Kalau ada menjangkakan si Ariel dari Peter Pan ataupun Radja yang akan menang, korang memang silap besar. Padi memang dah selalu membuktikan kehebatan lagu lagu mereka. Mungkin Padi tak sepopular Peter Pan atau Radja di sini, tapi hasil kerja diorang memang best. Lirik yang melankolik, irama yang mendayu dan vokal yang mantap.Radja and Peter Pan does not stand a chance lah!

Artis Harapan
Amylea
Felix

Marsha
Premelodic
Ridzuan

Pilihan Gua : Amylea
PEMENANG : RIDZUAN

Haaa... first of all, gua nak tanya... who the hell is Ridzuan? Dari mana datangnya budak ingusan ini? Atas dasar apa Ridzuan ni dipilih? Apa yang pernah dibuktikannya. Juri AIM pun nak buat kejutan macam AF ke? Bagus sangat ke budak ni? Sorry I am being too blunt but from where did this kid come from? Pelik lah... orang yang jarang muncul kat kaca tv boleh menang?

This kid menang sebab dia layak atau sebab they simply refuse ke AF stars to win? Entah lah... yang pasti, GUA TAK PUAS HATI DENGAN KATEGORI ni!!!!

Kat bawah ni pulak antara keputusan yang diumumkan awal-awal lagi.

Kulit Album Terbaik
Amy Mastura (Lebih Baik)
Anita Sarawak (Another Dimension)
Fazley (Lain)
Nitrus (Rasa)
Too Phat (Rebirth into reality)

PEMENANG : TOO PHAT (REBIRTH INTO REALITY)

Rakaman Album Terbaik
Anita Sarawak (Another Dimension) - Edry
Too Phat (Rebirth into Reality) - Illegal & Yassin
Jaclyn Victor (Gemilang) - Peter Chong, Kalvin Tan, Azlan Abu Bakar, Rusmie Booty, Jenny Chin, Riza Omar, Che Mat, Alfie Zainal, Mohariz Yaakob, Zairi & Sunil Kumar.
Lo (The fall) - Greg Henderson & Lo
Dyg Nurfaizah ( Kasih) - Jenny Chin, Gred Henderson, Zailan Razak, Rahmad Ayob, Rosli Selasih, Acis & Simon.

PEMENANG: DYG NURFAIZAH (KASIH) - JENNY CHIN, GREG HENDERSON, ZAILAN RAZAK, RAHMAD AYOB, ROSLI SELASIH, ACIS & SIMON

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Azlan Abu Hassan - Ikan di laut, asam di darat (Adibah Noor)
Azlan Abu Hassan - Kata (Hazami)
Alfa Booty - Dibawah pohon asmara (Jaclyn Victor)
Alfa Booty & Masrumie Booty - Tak Tercapai Akalmu (Ellyana)
Ramli MS - Gemilang (Jaclyn Victor)

Pilihan Gua : Ramli MS - Gemilang (Jaclyn Victor)
PEMENANG : RAMLI MS - GEMILANG (JACLYN VICTOR)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
Rithan (Deja Voo Doo Dalls)
Hazami (Kata)
Jamal Abdillah (Aku Penghibur)
Muss ( May) - (Live & Unplugged at Planet '05)
Shannon (Dilanda Cinta)

Pilihan Gua : Hazami (Kata)
PEMENANG : SHANON (Dilanda Cinta)

Ha!!!! Ambik bahagian!!!!SURPRISE !!! SURPRISE!!! Siapa nak jawab ni? Gua punya terkedu sampai ternganga mulut gua ni... Boleh masuk lalat lah!!! Gua ni bukanlah peminat kipas-susah-mati Hazami, but track records shows that Hazami could have won this! Frankly speaking, gua tak pernah kenal dan jarang mendengar nama mamat ni. Cuma I was told by my other yang dia ni selalu jugak appear kat TV3.

Bukan setakat semua orang, Shanon tu sendiri nampaknya terkejut dengan kemenangan sendiri. Yelah, kira underdog kan.... Sekali tup tup... dia yang menang. I am damn sure that this is one hell of a shock untuk semua. Yelah, everyone is eyeing on Hazami to take this category.

Agaknya, Akademi memang suka buat kejutan kot. Entah apa sebab diORANG pilih Shanon as the best male vocal, only they can answer that. Apa kriteria and judging values yang giorang gunakan, pun only they can answer that. I, for once, would like an explanation from them.

Album Inggeris Tempatan Terbaik
Anita Sarawak (Another Dimension) - Archie Nasution
V.E. (For You) - Zaf, Lah, Cham, Shah, Damian Shortysoul
Pop Shuvit (Here & Now) - JD & Greg Henderson
Lo (The Fall) - Lo
Too Phat (Rebirth into Reality) - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yassin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator

Pilihan Gua : Too Phat (Rebirth into Reality) - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yassin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator
PEMENANG: Too Phat (Rebirth into Reality) - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yassin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator

DALAM KENANGAN
Tribute to Allahyarhamah Rosiah Chik dan Allahyarham S Jibeng. 2 nama veteren dalam dunis seni tanah air. Kedua-duanya telah menyumbang tenaga dan bakat mereka yang cukup besar didalam bidang tersebut.

Tapi sayang, video clip yang mereka tunjukkan terlampau pendek. Kan baik kalau diorang panjangkan lagi video clip tersebut dengan menceritakan sejarah dan latar belakang kedua-dua tokoh tu. Inin tidak, tak sampai 2,3 minit. Langsung habis. Kalau yang nyanyi lain tu... bukan main panjang lagi.

Sepatutnya mereka memanggil artis-artis muda menyanyikan semula lagu kedua-kedua tokoh yang telah meninggalkan kita ni. Tu mesti akan lebih berkesan. Baru kita boleh tengok artis baru ni boleh ke tidak menandingi kehebatan artis lama tu. Sayang betul lah... Kalau dapat dibuat macam tu, gua rasa lah, mesti akan membuai khayalan punyer!!!

Show : Dayang Nurfaizah (Kasih)
With Acis mengiringi Dayang dengan bermain piano, gua suka Dayang's rendition of Kasih. Memang Dayang berjaya bawak lagu tu dengan baik menggunakan cara nya yang tersendiri. Afdlin pun, tak payah la mention yang Dayang is your favourite singer. They are not that interested. They want to focus on Dayang singing that song ajer. Tapi gua memang tabik spring kat Dayang yang berani masuk One in a Million walaupun dah bergelar penyanyi ternama.

Dayang pun sekarang, bertambah tambah ayu dan seksi yer... Whatever it is, she look sweet and she knows how to carry herself very well.

Album Pop Terbaik
Jamal Abdillah (Aku Penghibur) - Fauzi Marzuki & Arab
Hazami (Kata) - Arab & Hazami
Dayang Nurfaizah (Kasih) - Jenny Chin, Zailan Razak & Rosli Selasih
Adibah Noor (Terlalu Istimewa) - Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakup, Jock Chew, Badrul "The Muffins"
Jaclyn Victor (Gemilang) - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli M.S., Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham

Pilihan Gua : Adibah Noor (Terlalu Istimewa) - Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakup, Jock Chew, Badrul "The Muffins"
PEMENANG : Jaclyn Victor (Gemilang) - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli M.S., Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham

Gua nak sangat Adibah Noor menang. Sebab apa, at least her 13 years of hard work just to produce an album should be paid off lah. Come on laa... give her some credit yang sepatutnya dia dapat. Album dua ni pun bagus aper. Semuanya lagu baru dan bukan lagu lama yang dibuat arrangement baru sahaja.

Adibah Noor pun tak payah terlalak-lalak dan mengeluarkan suaranya dari mulut aje dan bukan dari dahi... (oppss!!!)... Dan dia tak perlukan pakej yang cukup untuk terkenal. She is able to capture our heart just with that golden voice. Dia tak perlu seksi-seksi. She is soo modest yet pleasing. Entah lah... mungkin kebutaan dan kepekakan sesetengah orang yang mungkin tak dapat menilai kot?

Lagu Terbaik
Ku Seru - Misha Omar
Gemilang - Jaclyn Victor
Warkah Buat Laila - Zahid
Adibah Noor - Terlalu Istimewa
Aduh Saliha - Mawi

Pilihan Gua: Adibah Noor - Terlalu Istimewa
PEMENANG : WARKAH BUAT LAILA

Nasib baik lah lagu ni yang menang and not Gemilang.. Gua memang tak expect Aduh Saliha to win la....anyway, gua sesungguhnya dah bosan dengan lagu Gemilang tu. Peminat-Peminat Jac, masa diumumkan nominees tu, menjerit macam mak hilang anak, and when they announced the winners, haaa.... ambik engkau, all of them were dead silent. My god!!! Everyone was stunned I suppose when they knew this song won the best song. Who would have thought??? Yelah, without much publicity, and hardly ever air and tuned at the radio, this song won the best song. Sekali lagi, mengundang kontroversi pada mereka yang rasakan yang Gemilang patut menang.

I personally think that Gemilang is just a simple song. Ye lah, the lyrics is repetition ajer. Tak ada yang puitis ataupun indah pun. No wonder Loloq was over his head when this song reigned Juara Lagu last year. Shiiissh... for once, the jury made a wise decision. Bait-bait indah dalam lirik lagu ni dan melodi nya yang indah mungkin membuatkan juri memilih lagu ni.

Album Terbaik

PEMENANG : JACLYN VICTOR

Kategori ni adalah gabungan semua pemenang bagi kategori album yang ada pada malam tu. Franky speaking, looking at the nominees, gua hairanmacam mana album ni yang akan menang. Tapi kalau gua lah kan, gua akan pilih album Too Phat. Sebab apa, they put so much effort in ensuring that this album is a success. Takkan lah AIM tak nampak semua usaha yang Too Phat letakkan pada album ni. Semua lagu baru dan bukan lagu nyanyi semula, and they composed their own music and wrote their own lyrics. Come on man, bukan semua orang boleh buat macam ni.

Yang paling gua tak boleh terima, Ajai punya remark, bagi seorang pemenang satu trofi. Amboi! Who do you think you are? Lagipun, gua perhatikan Ajai ni kan berlagak bagus betul lah. Is he that good? I mean, tiap kali kalau artis yang nyanyi lagu dia menang, dia punya riak tu, TAK INGAT DUNIA!!!.

Remember when Siti Sarah menang best newcomer, he said this girl can go far.Same goes when Misha won. Tapi sekarang mana perginya kedua dua tu? I mean, nak cakap, cakap lah... but watch out lah. If that is the case, kenapa Nurul tu tak kemana pun? Gimme a break lah Ajai. You are not up to Ramli MS, Adnan Abu Hassan or M Nasir's level yet. Try to be modest at times lah. It would not hurt, would it?


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer