« Home | The Da Vinci Code (2006) » | Anugerah Industri Muzik 13 » | Hello again... Hmm... Just got back in the office ... » | The Dearly Departed! » | Agggh!! I don't know what tittle to put! Darn! » | Tom Cruise in his Mission : Really Impossible » | Managerial Myth » | Filem Kita, Wajah Kita? » | Fenomena kembali Mei ini!! Kembali ke??? » | CONSPIRACY THEORY??? »

Ode to Asia No. 1


Disclaimer : Kalau sesiapa yang terbaca dan mendapati fakta yang gua berikan ni salah atau tak tepat, tolong betul kan ya.

Semasa melayari blog tulisan teman gua, Encik Iron Board, gua terpandang nama Sudirman Hj. Arshad. Sememangnya gua meminati penyanyi ini, gua membesar dengan kebanyakan lagu lagu beliau yang begitu indah melodi dan liriknya.

So, gua ingin dedikasikan entry kali ini untuk Allahyarham Sudirman, Penghibur No. 1 bukan setakat di Malaysia, malah di Asia (suatu ketika dulu). Ketika itu, belum singgah lagi Siti Nurhaliza, Mawi, Jaclyn Victor, Zahid, Misha Omar, Erra Fazira (sekadar menyebut beberapa nama) di persada seni suara tanah air.

Sudirman adalah nama yang cukup besar di persada seni suara tanah air.Nama seperti Anita Sarawak, cukup sinonim dengan Allahyarham. Bermula dari ketika Allahyarham memenangi Bintang RTM, sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, Allahyarham adalah seorang penyanyi dan seorang prominent figure di persana seni suara tanah air.

Riwayat :

Sudirman dilahirkan pada tahun 1954 di Temerloh, Pahang. Allahyarham adalah anak kepada Hj Arshad dan Puan Ramlah Dahalan. Bapanya adalah seorang penoreh getah bersebelahan dengan rumahnya.

Walaupun Allahyarham menyanyi, Allahyarham tetap tidak melupakan bidang akademik. Allahyarham telah melanjutkan pelajarannya didalam bidang undang-undang di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 Sudirman telah menerima ijazah doktor falsafah dari Universiti Malaya (UM).

Tanggal 22 Februari 1992, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumahnya di Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal pada jam 4:00 pagi, di rumah kakaknya Rodziah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur. Di semadikan di Perkuburan Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang.

Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Temerloh.

Seni Suara :

Terlampau banyak jasa yang Allahyarham telah tinggalkan untuk dunia seni tanah air. Lagu-lagu Allahyarham, hingga kini, still lagi berkumandang kat corong-corong radio. Lagu-lagu Allahyarham tetap evergreen dan malar segar sepanjang masa. Siapa yang dapat menindakkan kebolehan Allahyarham?

Allahyarham memulakan kerjaya seninya apabila Allahyarham memenangi Bintang RTM pada tahun 1977. Melalui pertandingan ini RTM melahirkan ramai nama-nama besar dalam industri seni hiburan antaranya Dahlan Zainuddin, Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Rosmaria, Jennifer Yen, September 5, M. Rizal, Muhaini Suratman, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Juliza Adzlizan, Ramlah Ram, Noraliza Yusof dan Noraniza Idris.

Pada tahun 1986 Sudirman telah mengadakan persembahan konsert sulungnya dihadapan 68,000 orang penonton di Chow Kit, Kuala Lumpur. Konsert yang julung-julung kali dilakukan di tempat yang "famous" ni telah menarik perhatian ramai pihak. Allahyarham telah menyanyi selama 2 jam tanpa henti di sini.

Tahun 1989 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila Sudirman telah dinobatkan sebagai Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di Royal Albert Hall, London. Beliau ketika itu dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Penghibur nombor 1 negara dan Asia.

Kemerduan suara Allahyarham, dan dengan lagu yang indah, telah meninggalkan kesan yang cukup dalam dan berbekas didalam hati setiap peminat Allahyarham. Allahyarham seorang people person. Sangat mudah didekati dan tidak sombong. Show Allahyarham pasti dihadiri ramai orang from all walks of life. Show Allahyarham sangat menghiburkan. Allahyarham bukan seorang penyanyi tetapi seorang penghibur. He is witty, fun and cheerful eventhugh deep down inside, he is struggling. He wants to make people smile and happy eventhough he is sad. Something that is rarely found in singers today.

Antara lagu-lagu Allahyarham adalah 31 Ogos 1957 ,Apa Khabar Orang Kampung ,Adat Berkasih ,Ayah dan Ibu ,Antara Hujan dan Air mata ,Air Mata Kasih ,Anak Dagang ,Aku Pengangur ,Basikal Tua ,Berpisah Akhirnya ,Balik Kampung ,Berdendang Anak Dara ,Biarlah ku sengsara sendiri ,Bila wajahmu kubayangkan ,Bimbang Terluka lagi ,Cinta ,Chow Kit Road ,Dilema Dunia Cinta ,Dia Tiada Lagi ,Dari Jauh Ku Pohon Maaf ,Di manakah nilai cintamu, Gadis Impian ,Gerimis ,Hujan ,Hujan Semalam ,Hanya Nyanyian, Hati Rindu ,Hilang Berganti ,Jali-jali ,Jauh di sudut Hati ,Jangan Kau Curiga ,Joget Kenangan Manis ,Kasih ,Ku Pandu Laju (Bersalah) ,Ketenangan Jiwa ,Kerana Mata, Kuala Deli ,Kehadiranku ,Kau akan Kembali,Kul It ,Sebuah Cinta dan Harapan ,Sengsara Sendiri ,Mari Bergembira ,Merisik Khabar ,Mat Disko,Orang Muda, Patah Hati, Pujaan Hatiku ,Pelita Hati ,Pelangi Petang ,Pesan Abang, Punch Card ,Salam Terakhir (Lagu terakhir) ,Sepetang di Pinggir Bukit ,Selamat Malam Sayang ,Sengsara Sendiri ,Sri Sarawak ,Terasing ,Tetapkan Hatimu ,Tak Perlu Diucapkan ,
Teratai Menjelma ,Toyol ,Warisan .


Ahli perniagaan

Gua tak berapa ingat Allahyarham sebagai seorang ahli perniagaan. Tapi gua takkan lupa Allahyarham pernah mengeluarkan minuman berkarbonat yang berlabel DIR. Mesti korang pernah minum air tin Dir kan? Gua still ingat lagi, masa tu gua kecik-kecik time air berkarbonat tu keluar. Botol dia berwarna hijau, merah (kalau tak silap lah!!) Kalau tak salah gua, Allahyarham adalah perinstis untuk jenamanya sendiri sebelum 4U2C dan KRU ada label air minumannya sendiri.

Kami :



Ni adalah satu-satunya filem yang Allahyarham berlakon. Filem ni dikeluarkan pada tahun 1982 dan diarahkan oleh Patrick Yeoh. Cerita dia pasal 2 orang sahabat yang hidup merempat dan berteduh di satu rumah usang dari hujan dan panas. Tookoo @ Salleh dgn Din adalah watak dalam cerita ni sahaja. Secara kasarnya, Kami mengisahkah entang hidup 2 orang sahabat yang di kota besar. Mereka tidur hanya beralaskan cardboard dan makan sekadar yang mereka mampu sahaja. Mencari rezeki dengan menjual botol kaca, membasuh kereta, menebas rumput, dan menjual surat khabar lama. Bermacam-macam yang mereka lalui untuk melalui liku-liku hidup yang perit di bandar besar. Tapi berkat kecekalan dan semangat kesetia-kawanan yang tinggi, mereka berjaya

Adegan yang paling meninggalkan kesan bagi gua dalam filem ini adalah bila Sudirman ditangkap oleh pihak polis. Dia ditangkap sebab dituduih meragut handbag seseorang (Kalau tak silap gua lah!!). Yang paling menyentuh perasaan tu, bila kawan dia bersungguh-sungguh nak menyelamatkan Sudirman. Berlari mengejar trak polis tu sampai lah ke balai polis. Semangat setiakawan yang ditunjukkan dalam adegan tu terlampau menangkap. Gua tertanya, ada ke semangat sebegitu pada zaman sekarang ni?

Misteri :

Kematian Allahyarham Sudirman hangat diperkatakan suatu masa yang dulu. Macam-macam spekulasi dibuat tentang kematian Allahyarham. Ada yang mengatakan Allahyarham menghidap penyakit ganjil, ada yang mengatakan Allahyarham menghidap AIDS dan bermacam-macam lagi. Kalau korang ada tengok TREK SELEBRITI JIMMY SHANLEY - ISTIMEWA MENGENANG SUDIRMAN, Kakak Allahyarham , Datin Rodziah telah pun menerangkan punca kematian Allahyarham. Bagaimana Allahyarham melalui hari-hari terakhirnya dan bagaimana Allahyarham dibuatkan orang dengan meletakkan carik-carik kertas kat sekeliling rumah, tikus putih ditemui mati di kawasan rumah kakak Allahayarham, segayung air dan duit RM 1.20 didapati di depan rumah kakak Allahyarham. Subhanallah!!! Ini ke kerja syirik dan kufur manusia.

Hakikatnya, Allahyarham dah pun pergi. Usahlah kita persoalkan tentang amal ibadat, dosa pahala dan ajal Allahyarham. Tu semua kan kerja ALLAH S.W.T. Siapa kita ni nak mempersoalkan tu semua? Cukup lah setakat kita mengenang jasa Allahyarham dan menyedekahkan sesurah AL-FATIHAH bukan sahaja untuk Allahyarham, tetapi juga untuk semua yang dah pergi?

Dalam banyak-banyak lagu Allahyarham, gua punya personal favourite adalah SALAM TERAKHIR. Semacam ada maksud didalam lagu ni bila ia dinyanyikan tak lama sebelum Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

SALAM TERAKHIR
Sampaikan salam buat semua.....
Salam terakhir salam teristimewa...
Kepada kau yang tersayang...
Pada teman yang ku kenang....
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku....
Mengucap salam terakhir kepada mu....
Kerna waktu berputaran....
Bimbang tak berkesempatan.......
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan...
Yang amat menyakitkan.....
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa....
KepadaNya ku memohon keampunan...
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu....
Masih ku ingin mengulangi semula....
Saat indah bersama mu....
Sayang tak berkesempatan.....
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir....

p/s : Gua ada cakap dengan member gua, gua teringin sangat nak tengok Tribute to Allahyarham Sudirman pada mana-mana majlis anugerah yang ada kat Malaysia ni. Tak kisah lah AIM ke, ABPBH ke, Anugerah Era ke, Anugerah Seri Angkasa ke... Yang penting, jasa dan pengorbanan beliau dapat disadurkan ke generasi muda yang mungkin kurang mengenali hasil kerja Allahyarham. RAMLI MS sebagai music director, mungkin dapat dibariskan artis artis muda yang baru nak meningkat naik.

Siapa tahu? Mungkin itu akan menjadi suatu yang sangat diingati dan dikenang dalam masa yang lama. Pasti STANDING OVATION!

8nov 2016 tribute d kuala lumpur..kemunculan anak saudaranya mungkin 1 lagu.

Post a Comment

My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer