« Home | Top 10 - Lagu Raya kegemaran aku » | Salam Aidilfiri » | Top 10 - 10 things I love about raya » | Top 10 - 10 Kenangan Masa Hari Raya! » | me = @#@* + ^#*(!( = @%*+_()# » | Kesan-kesan menonton Eiffel I'm In Love » | Eiffel I'm In Love (2005) » | Episode 3 : The Return of the Jendul » | Just another manic Sunday. » | My Top 10 List »

Hari Raya Aku - Chapter 1

Macam yang aku pernah janjikan sebelum ni, aku nak share dengan korang semua about my raya celebration. This is the first part of my Hari Raya Aidilfitri.Saja nak share dengan korang pasal kemeriahan raya Maddox.

[Disclaimer : Need I to remind you that this entry is going to be very very very very long and lengthy]


[PROLOG]


Raya adalah satu kemestian bagi kita rakyat Malaysia. Dah sudah penat berpuasa selama sebulan, Aidilfitri ni masa kita nak sambut kemenangan kita. Itu pun kalau puasa cukup sebulan. Kalau puasa tu pun ada rompong rompongnya, jangan la mimpi nak puasa sebulan.

Bagi aku, selain dari raya ni sekadar a long leave from KL, ni jugak lah masa aku berjumpa dengan sanak saudara aku yang aku jumpa cuma setahun sekali aje. Jadi, ni adalah masa yang terbaik untuk berlibur, berhibur & yang penting, Relax & Enjoy.

Melaka adalah destinasi wajib aku tiap tiap tahun. Kat Melaka tu family belah mak aku. Memang tiap-tiap tahun aku sure balik Melaka punya. Belah ayah aku? Entah! Ada sejarah hitam rasanya. Family rivalry!

[INTRO]

Aku dengan adik-adik aku decide nak balik kampung sehari sebelum raya, which is Monday. So, pagi Isnin tu kitorang dah siap-siap semua baju dalam beg. Semua dah berkobar-kobar nak balik Melaka ni. Rindu giler dengan kampung halaman.

The joy of going back masa raya ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan kalau balik kampung pada hari-hari biasa. Yelah, this is the time of the year where you can see all family members berkumpul. Tak kira mak sedara, ayah saudara, sepupu sepapat, anak-anak buah and mak buah and bapak buah.

Dapat-dapat pula orang macam aku ni yang balik kampung pun setahun sekali aje. Kadang-kadang tu, sepupu aku komplen sebab aku kalau takde raya, takde aku ingat nak balik kampung. Maaf lah, bukan tak nak balik tapi kerja aku kat office tu bertimbun. Mana lah aku nak find time to go back. Tapi insya allah, tahun ni aku dah buat resolusi sendiri. Aku nak balik kampung lebih kerap lagik.

Since arwah nenek aku meniggal on 1993, datuk aku duduk sorang-sorang kat rumah ibu tu aje. He is staying there alone tapi anak cucu ada kat sekeliling rumah. Ada jugak yang boleh tengokkan makan pakai dia.

Me and my 2 twin sisters decided to go back early sebab kitorang telah ditugaskan oleh penyimpan mohor besar raja-raja dan permaisuri untuk mengemas sikit rumah atok aku tu. So, nak tak nak, kena lah jugak melaksanakannya. Dah jadi Urusan Seri Paduka Baginda.Buat aje lah!

My parents and my younger brother balik lewat sikit sebab mak aku had to finish cooking the dishes for Hari Raya. Leceh katanya nak masak kat situ. Dah atok aku tinggal sorang diri, barang barang dalam rumah tu pun bukannya lengkap sgt pun. Baik masak aje dari KL and bawak balik Melaka. Lagi senang.

[CONTENT]

Kitorang sampai sada dalam lebih kurang jam 2. Sampai-sampai aje aku tengok atok aku tengah dok menunggu kat luar. Wah.. macam tau-tau aje yang cucu-cucu kesayangan dia ni nak balik. Hahahahah…

Sayup aje aku tengok muka orang tua tu. Semacam ada kerinduan pulak dalam diri dia tu. Ye lah, menunggu anak cucu dia balik nak menyambul Aidilfitri sama-sama. Atok aku ni very reserved type of person. He minds his own business and dia semacam simpan banyak benda dalam hati dia. I don’t know how he feels after arwah nenek meninggal. Aku teringin jugak nak tanya tapi entah lah. Segan rasanya.

Kalau dulu dah dekat raya , masa arwah nenek was still alive, dia mesti ada kat jalan masuk ke kampung aku. Dia mesti tunggu nak tengok anak-anak cucu dia balik kg. Nampak sangat atok aku tu gembira kalau semuanya balik beraya. Sekarang memang dah tak ada dah since arwah nenek aku meninggal. Furthermore, he is getting older I guess.

Anyway, sampai aje, macam biasa lah, tuju kat atok aku dulu. Chatted for a while and terus masuk dalam rumah. Aku dengan adik-adik aku terus menjalankan Misi Suara Hati. Hahahaah… Doing all the essential things macam tukar langsir, sapu sampah, masak air panas, keluarkan kuih raya, mengemas.

Hati aku rasa sayup and sedih semacam bila ada dalam rumah tu. This was the house which I grew up in. Aku dulu dibesarkan oleh arwah nenek aku sampai aku habis sekolah menengah. Kat rumah ni aku kena rotan dengan arwah nenek aku, kat rumah ni aku duduk makan nasi atas lantai dengan arwah nenek aku and datuk aku. Macam macam lagi lah.

Sigh!

[CLOSING]

Dah siap mengemas, kitorang pun berehat kejap lepas kepenatan. Plan aku adik beradik memang nak berbuka kat luar. So, dalam pukul 5 macam tu, kitorang start kereta and terus menuju ke Jusco kat Air Keroh. Saja jalan-jalan cuci mata and window shopping. Mana la tau kalau ada benda yang berkenan kat mata aku ni.

We wanted to break the fast with McD. So, pergi lah ke McD kat depan Taman Buaya Air Keroh tu. Baru aje sampai, sepupu aku Aziah (aku ada cerita pasal dia dalam previous entry aku) tu ada dengan keluarga mertua dia. What a small world. Aku memang gumbira giler dapat jumpa dia.

Lepas berbuka, aku pun ajak sepupu aku tu balik sekali. Kebetulan dia memang nak balik pun. Lagipun, dah la kereta mertua dia sempit. Dia pulak tengah sarat mengandung masa tu.

[MELODRAMA]

Betapa aku rindu banget dengan kampung aku. Tempat aku membesar, tempat aku kena kejar dengan busu aku. Teringat ketika aku kena kejar dengan busu aku sebab baju sekolah agama aku kotor kena tahi lembu. Tu lah, degil sangat masa kecik-kecik dulu.

[FLASHBACK]

Masa tu aku tengah dok main kejar-kejar dengan kawan-kawan aku masa sekolah agama dulu. Masa tu waktu rehat and dah memang jadi kebiasaan kitorang kalau masa rehat tu tak buat apa-apa but fooling and playing around.

Aku tak berapa sure macam mana benda tu jadi. Tapi yang aku ingat, aku tergelincir masa tengah lari tu and gedebuk! Macam nangka busuk aku jatuh and tepat dekat setompok tahi lembu. Adoi! Busuk giler siot. Habis kena kat seluar dengan baju aku. Aku dah tak kira malu lagi dah masa tu. Yang aku fikir, macam mana nak buat ni? Aku pun apa lagi, pesan kat sepupu aku suruh bawak balik beg, aku pun cabut balik rumah.

Fikir gak macam mana la aku nak hilangkan benda ni. Mesti busu aku mengamuk macam singa lapar kalau dia nampak. Aku pun apa lagik, bukak baju terus rendam dalam baldi. Ingatkan boleh hilang and aku cuci sendiri. Tapi dah terlambat! Busu aku nampak!Apa lagi! Kena perambat keliling kampung aku! Hahaha…. Kelakar pun ada! Sebak pun ada!
That was the best time of my life!

p/s : nama macam Sani, Zainuddin, Khairul, Nizam @ Bear, Azlina, Mala, Aziah, Yati memang aku tak boleh nak lupakan. Diorang geng-geng aku masa aku sekolah dulu. Sekarang, ada jugak aku bumped into them tapi masing-masing dah tua bangka, so jumpa pun setakat salam dengan senyum aje.


p/s : Panjang giler! Biar lah! Blog aku! Aku suka nak tulis apa pun. Hahahahah….. kekwat giler…Maaf!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer