« Home | My Super Ex-Girlfriend (2006) » | Hari Raya Aku - Chapter 1 » | Top 10 - Lagu Raya kegemaran aku » | Salam Aidilfiri » | Top 10 - 10 things I love about raya » | Top 10 - 10 Kenangan Masa Hari Raya! » | me = @#@* + ^#*(!( = @%*+_()# » | Kesan-kesan menonton Eiffel I'm In Love » | Eiffel I'm In Love (2005) » | Episode 3 : The Return of the Jendul »

Top 10 – Sepuluh benda yang buat aku tersentuh masa raya tu

1. Takbir raya :Entah kenapa lah tiap kali mendengar takbir raya ni, hati aku rasa sayup and sedih semacam aje. Especially pada malam-malam raya, sambil tengah dok mengemas rumah dan buat final preparation for raya. Lagik la meruntun jiwa aku ni.

2. Melawat kubur arwah nenek aku :Kalau melawat kubur hari-hari biasa ni, tak berapa terasa sangat. Tapi kalau time-time raya ni, it’s a different feeling all together. Lagipun, aku ni duduk Melaka tapi kampung aku kat Melaka. Kira macam this is the best time for me to do so pun. Yang aku boleh buat pun sedekah kan Al-Fatihah and berdoa untuk kesejahteraan arwah nenek aku kat the other side tu. Sedih sebab arwah nenek aku yang membesarkan aku.

3. Ahli keluarga berkumpul : Again, it’s hard to find time for all family members to gather at the same time. Yelah, ada yang duduk Johor, ada yang kat Kl. Dalam family, bergaduh kecik tu biasa lah. It’s what makes the family grow. Tapi all differences are set aside bila tiba hari raya ni.

4. Lagu Raya : Hari Raya ni macam kurang meriah kalau tak ada lagu raya. Nak kata kosong tu tak jugak, tapi it adds up the joy of Hari Raya. Aku ada post lagu raya feberet aku in my previous post.

5. Drama Raya
: Banyak drama raya yang menyentuh perasaan pada tahun ni. Eventhoug ada yang ulangan dari tahun lepas macam Gitar Tua, but it is still nice to see that kind of drama. Tapi aku perasan tahun ni macam banyak drama Ellie Suriaty kat TV. Aku memang tabik spring kat lakonan dia.

6. Anak-Anak Yatim :Raya tu raya jugak, jangan lupa pada yang tak bernasib baik. Sedih kalau menonton TV tu, pasal anak yatim yang tak dapat merasakan kemeriahan penuh berhari raya. Tapi, aku memang tabik spiring and respek habis dengan apa yang Ning buat for the less unfortunates. Kalau nak tau lebih lanjut, sila ke blog Mr Manager or just click HERE. This kind of effort should be done more often. Kan?

7. Mak & Ayah aku : Aku sedih sebab banyak dosa aku dengan orang tua aku. Heck! Memang banyak giler dosa aku dengan org tua aku ni. So, tengok muka orang tua aku, sebak plak rasa. Hahahah… kalau hari-hari biasa, tak sebak pun. Cuma rasa bersalah aje.

8. Rumah arwah nenek aku : Kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. So, korang faham kan maksud aku tu? Lebih lebih lagi, arwah nenek aku menghembuskan nafasnya yang terakhir kat umah tu. So, that house brings thousand memories for me.

9. Sepupu Aku : Aku memang rapat giler dengan sepupu aku, Aziah ni. Dari kecik lagi sampailah dia kahwin. Aku memang sayang kat dia macam bini aku sendiri. Hahah…. Kitorang membesar sama-sama, so kenangan tu kira banyak lah.

10. Kampung aku : Korang ada kampung? Orang macam
Iron Board memang tak tau lah apa feelnya ada kampung sebab dia orang Bandar. Bini dia pun orang bandar. So, kalau ada pun, Kg Baru aje lah tempat makan nasi lemak antarabangsa tu aje. Untuk orang yg ada kampung macam aku ni, you should know how it feels like. Lainlah kalau kat kg tu dah takde sape sape selain dari kubur untuk dilawati. But that is not the reason for you to not balik kampung beb!

p/s : Aku baru terperasan yang entry aku kali ni ada kesamaan dengan entry Mama Zack kat
SINI. Zack, sorry ye! memang takde niat tak plagiat hasil kerja kau. Aku memang tak perasan benda ni sebelum ni. Apa-apa pun, kau antara sumber inspirasi aku. Heheheh...

p/s : Ironboard memang takde kampung dan memang takkan ada kampung. He's into those mata sepet aje. Thinking of a second one, lemme ask Erma to read your comment. Mau kau tidor luar nanti!


My complete profile, darn it!






Filem Kita
Berita Harian
Dewa 19 Official Site
Jiwang
Photobucket - Video and Image Hosting


orang tengah lepak
Who links to me?
Free Counters
Since 17.07.2006


Check Page Rank

Locations of visitors to this page

referer referrer referers referrers http_referer